Friday 29 December 2017

Bazaar Borneo Fest, Imago Shopping Mall


Sedang berlangsung BORNEO FEST di Imago Shopping Mall.
Jom uolls transit di booth CAHAYA NUR ADHWA...
Booth No-1(corner) berhadapan dengan Pizza Hut & The Cafe BBQ








Monday 25 December 2017

Misi Lightning Mc Queen


Misi Lightning Mc Queen buat birthday boy. 
Ini belum lengkap sebab kawan-kawan Mc Queen tiada. 
Nasib itu cup cake Ariel lupa kejap. 
Harap besok nda kena tagih cup cake awal pagi.

  


Sunday 24 December 2017

Lightning Mc Queen


Baru mau bawak ni birthday boy keluar jalan cari cup cake lightning mc queen
Kedai mana kunuk ada jual tu cup cake yang di idam oleh birthday boy?
Cup cake jak di minta tapi tu tema bikin pusing..
Tawakkal jak la pusing kk yang macam-macam rasa jem ada...


Happy Birthday Muhammad Nadzril Adhwan Bin Iwan Mahdzuan


Maka dengan rasminya hari ini bersamaan tarikh yang sama 5 tahun lepas. Genaplah sudah usia anak teruna ummy Nasriah Abdullah dan baba Iwan Mahdzuan Mahali dan satu-satynya adik kepada  Nadzhatul Adhwa menyambut kelahiran tahun ke-5 Muhammad Nadzril Adhwan.

Semalam ummy tanya, Ariel mau hadiah apa sempena hari lahirnya. Ariel cuma minta hadiah #CupCake #LightningMcQueen.

So sweet. Cup cake jak di minta.

So, kepada bakers sekitar Kota Kinabalu siapa yang ada buat CUP CAKE LIGHTNING MC QUEEN sila munculkan diri.

Pamerkan hasil kreativiti kalian diruangan komen. Mana tahu mampu mengoda pandangan mata anak teruna ummy yang sambut hari lahir hari ini.




Tuesday 19 December 2017

Bengkel Asas Pengurusan Kewangan Perniagaan


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: WIN Training & Management


Tarikh: 28 DISEMBER 2017
Hari: KHAMIS
Masa :  9.00 PAGI - 5.00 PETANG
Lokasi: KOTA KINABALU
Yuran Penyertaan: RM100 SAHAJA (seorang)


Pengetahuan mengurus kewangan syarikat membantu anda dalam membuat keputusan pengeluaran kredit demi memastikan kedudukan kewangan syarikat terpelihara; mengelak daripada berlakunya cek tendang, kekurangan dana, kelalaian mengutip bayaran dan sebagainya.


Bengkel ini menerangkan tentang konsep dan proses perakaunan yang digunakan di dalam perniagaan sebenar. Peserta (anda) akan mudah memahami dan menggunakan data kewangan dalam membuat keputusan.


Objektif:
1. Memahami dengan jelas Prinsip Asas Perakaunan
2. Membuat analisis penyata kewangan
3. Membuat tafsiran berdasarkan maklumat yang ada
4. Memahami pelbagai kegunaan belanjawan
5. Menghargai pentingnya kawalan dalaman


Modul bengkel:
1. Penetapan Minda Usahawan
2. Pengenalan Kewangan Perniagaan
3. Latihan amali cara betul susun semula perniagaan usahawan


Kenapa anda perlu hadir ke bengkel ini?
1. Sesi pembelajaran di sampaikan dalam bahasa yang mudah difahami
2. Bengkel ini berbentuk latihan praktikal. BUKAN satu kelas TEORI
3. Membolehkan anda sebagai usahawan tahu tentang untung atau rugi perniagaan anda
4. Ilmu yang dikongsikan bakal membuktikan bahawa anda usahawan tidak merompak duit perniagaan sendiri


Yuran Bengkel RM100 seorang termasuk:
·        Yuran bengkel
·        Makan tengahari
·        Modul bengkel
·        Sijil penyertaan
·        PERCUMA minuman prebiotik untuk tenaga eksklusif daripada WIN Training & Management


Sasaran Peserta:
1. TERHAD! 30 peserta sahaja
2. Peniaga atas talian (online)
3. Pengusaha industeri kecil dan sederhana (SME)
4. Mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan


Peringatan!
1. Alat tulis (buku nota dan pen), sila bawa sendiri
2. Peserta WAJIB membawa labtop masing-masing


Bersedia untuk menjadikan rekod kewangan anda sebagai suatu perniagaan yang berjaya!

Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Miss Rieya di talian 








Sunday 17 December 2017

Tempahan Upah Buat Blog


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Hati berbunga harum mewangi bila dapat risikan dari Tanjung Malim, Kedah.



Dalam kesibukan mengatur kelas-kelas ilmu, tempahan popia kacang, pes ayam lengkuas, sambal tai' minyak dan air mineral prebiotik untuk tenaga #WIN di risik pula dengan tempahan upah buat profil syarikat dan upah buat blog.

Alhamdulillah. Rezeki datang tepat pada waktunya. Hari ini tidak ke mana. Tenangkan minda sambil layan anak teruna sepahkan rumah dengan pelbagai jenis permainan dan buku-buku contengan.

Berdepan komputer menyusun atur aktiviti dan perancangan kelas-kelas ilmu seterusnya sambil menyiapkan tempahan profil syarikat client.

Ok. Siap! Next?





Tempahan Upah Buat Profil Syarikat


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah




Kenapa perlu ada Profil Syarikat ?

1. Mendekati atau menerokai segmen baru yang boleh meningkatkan perniagaan

2. Menarik minat pelabur sekiranya perlu

3. Untuk memberi maklumat atau penerangan yang menarik perhatian bakal pelanggan

4. Untuk memberi gambaran bagaimana syarikat anda mamapu mememenuhi keperluan pelanggan

5. Untuk menanam kepercayaan pelanggan terhadap syarikat
.
.
.
[+] Mahu belajar buat profil syarikat?
[+] Tiada masa buat profil syarikat?
[+] Mahu buat tempahan upah buat profil syarikat?

Meh! roger Rieya...



Tempahan Upah Buat Profil Syarikat


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Sudah pukul 2.18 petang. Mentari masih tak kunjung tiba. Laut Cina Selatan dan Laut Sulu bergelora. Hujan semakin rancak menemani hari ku di rumah. Seperti tidak membenarkan kaki melangkah keluar.

Tidak mengapa. Sang hujan memberi ku ruang dan peluang menjengah sepintas lalu blog yang ku tinggalkan sudah beberapa hari. Positifkan saja.


Terima kasih pada yang sudi bertamu ke blog coretan ku. Pendaftaran kelas blog semakin rancak. Kelas bermula 10 Januari. Mahu bersama ku? Tempah ruang kelas blog secepatnya. Tanya aku di wasap 0168178716


Tempahan upah buat profil syarikat juga seperti air membanjiri ruang parking kereta. Alhamdulillah. Rezeki itu tidak pernah membataskan impian kita. Usahakan saja, insyaallah berhasil.




Jumpa kalian nanti di Kelas Pemrposesan Herba Tradisional & Tumbuhan Beraroma pada 21 & 22 Disember 2017. Curahan ilmu Asas Urutan Tradisional juga ada. Jadi kenapa harus berfikir panjang? Mari tempah kerusi anda secepatnya.


Rieya
- Yakin saja, kau boleh bah!



Thursday 14 December 2017

Kelas Pemprosesan Herba Tradisional Dan Tumbuhan Beraroma & Asas Urutan Tradisional


Text: Nasriah Abdullah
Photo: WIN Training & Management




Date: 21 & 22 December 2017
Day: Thursday & Friday
Time: 9am - 4pm (Thursday) & 9am - 2pm (Friday)
Location: Tuaran
Entry fee: RM150 per person


Inclusion fees include: -
• Comfortable learning classes
• Herbs and equipment
• Drink WIN Prebiotic Water For Energy is FREE
• Lunch available (Thursday Only)
• Participation certificate after completion of course will be given


Why you need to attend: -
• Proficient and experienced teaching staff on herbal medicine and traditional massage, Mr. Luilis Lopug Sorudim
• Description of traditional herbs
• Innovation in producing own health products
• Low-cost products
• Recipes are FREE
• Traditional massage basics


Learning Class Methodology: -
• Demo and hands on
• Techniques and ways to create herbal-based products
• Product results will be brought back by participants
• Materials and equipment provided by the instructor
• Question and answer session
• Relaxing learning


Sort type: -
• Massage a healthy person
• Massage the sick
• Learn the theory & practical
• Learn the important vein points of pain
• Learn which parts can and can not massage


Reminder:
Stationery (notebook and pen), please bring your own.


Our fees are the lowest in the market. Our intention is to share knowledge and help you get to know herbal plants and its functions for traditional treatments. Besides acquiring knowledge about herbs, you are also exposed to a traditional massage base. When you are good, you can take care of your own family members. Right?


Interested in herbs?
Want to produce health products based on herbs?
Having a health problem?
Wanting to know how to preserve and maintain health with the use of natural herbs?


PLACE IS LIMITED!


Come on, we're together studying in the "KELAS PEMPROSESAN HERBA TRADISIONAL DAN TUMBUHAN BERAROMA & ASAS URUTAN TRADISIONAL"!

For more information and registration, please contact Miss Rieya


Wednesday 13 December 2017

Kelas Pemprosesan Herba Tradisional Dan Tumbuhan Beraroma & Asas Urutan Tradisional

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: WIN Training & Management



Tarikh: 21 & 22 Disember 2017
Hari: Khamis & Jumaat
Masa: 9.00am - 4.00pm (Khamis) & 9.00am - 2.00pm (Jumaat)
Lokasi: Tuaran
Yuran penyertaan: RM150 seorang



Yuran penyertaan termasuk:-
  • Kelas pembelajaran yang selesa
  • Bahan-bahan herba dan peralatan
  • Minuman WIN Prebiotic Water For Energy diberi PERCUMA
  • Makan tengahari disediakan (Khamis Sahaja)
  • Sijil penyertaan selepas tamat kursus akan diberi


Kenapa anda perlu hadir:-
  • Tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman tentang ilmu herba dan urutan tradisional, En Luilis Lopug Sorudim
  • Penerangan tentang herba-herba tradisional
  • Inovasi dalam menghasilkan produk kesihatan sendiri
  • Produk yang berkos rendah
  • Resepi diberi PERCUMA
  • Asas urutan tradisional


Metodologi Kelas Pembelajaran:-
  • Demo dan hands on
  • Teknik dan cara membuat produk berasaskan tumbuhan herba
  • Hasil produk akan dibawa balik oleh peserta
  • Bahan dan peralatan disediakan oleh pengajur
  • Sesi soal jawab
  • Pembelajaran yang santai


Jenis urutan:-
  • Urut orang sihat
  • Urut orang sakit 
  • Belajar teori & praktikal
  • Belajar point-point urat penting punca kesakitan
  • Belajar bahagian yang boleh dan tak boleh urut


Peringatan
Alat tulis (buku nota dan pen), sila bawa sendiri.



Yuran kami adalah yang terendah dipasaran. Niat kami adalah untuk berkongsi ilmu dan membantu anda mengenal tumbuhan herba dan fungsinya untuk rawatan tradisional. Selain menimba ilmu tentang tumbuhan herba, anda juga didedahkan dengan asas urutan tradisional. Bila sudah mahir, bolehlah merawat ahli keluarga sendiri. Betul tak?


 Berminat dengan tumbuhan herba?
 Bercita-cita mengeluarkan produk kesihatan sendiri berasakan tumbuhan herba?
 Mengalami masalah kesihatan?
 Ingin tahu bagaimana memelihara dan mengekalkan kesihatan dengan penggunaan herba semulajadi?

TEMPAT
ADALAH

TERHAD!



Ayuh, kita sama-sama belajar di KELAS PEMPROSESAN HERBA TRADISIONAL DAN TUMBUHAN BERAROMA & ASAS URUTAN TRADISIONAL!



Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Miss Rieya 





Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular