Showing posts with label Alumni ABDR Di Media. Show all posts
Showing posts with label Alumni ABDR Di Media. Show all posts

Thursday, 5 January 2017

Menjana Pendapatan Dari Rumah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


DI SINI BERMULA

Dengan sedikit kegusaran dan keyakinan yang ada, saya bermula di ABDR. Minat untuk mula menulis memang ada. Apatah lagi angan-angan dan impian untuk memulakan perniagaan secara atas talian melalui pemasaran blog. Jealous kot orang lain ada blog. Mahir berblog tapi saya satu apa pun tak tahu. Nak juga katanya. Dengan rasa cemburu itulah saya bermula.

Namun, tidak tahu bagaimana untuk bermula. Bantu dengan ketiadaan idea dan cara yang mudah untuk bermula. Lebih-lebih lagi saya hanya seorang suri rumah yang tidak punya ilmu dalam pemasaran blog. Nak ketawa? Ketawalah kalian sepuasnya. Mungkin anak remaja masa kini sudah mahir menggunakan gadget-gadget yang ada di blog. Tidak mengapa, walau lambat bermula, yang penting ada keinginan untuk menimba ilmu dan belajar sesuatu yang baru dalam hidup.

Akademi bekerja Di Rumah (ABDR)

Impian dan keinginan itu tidak terhenti di situ saja. Justeru, pencarian melalui google di internet dilakukan sehinggalah saya terjumpa Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ini melalui blog pengkongsian guru saya kini, Puan Anys Idayu Zakaria.

Hari demi hari berlalu, fesbuk peribadi Puan Anys Idayu Zakaria setiap hari diintai. Melalui messenger di fesbuk, saya berkenalan dengan guru saya, Puan Anys Idayu Zakaria. Sangat kagum dan teruja dengan setiap bait kata yang dikongsikan. Setelah mengintai fesbuk dan blog perkongsian beliau selama hampir 3 bulan barulah saya berani mendaftarkan diri. Lebih berhati-hati sebenarnya memilih guru yang mampu membimbing dan melayan karenah saya yang kurang ilmu ini. Alhamdulillah, syukur. Jalan yang saya pilih kini membuahkan hasil.


KENAPA SAYA PILIH ABDR?

Saya hanya seorang suri rumah yang tidak bergaji, dengan niat ingin menjalankan perniagaan secara online untuk membantu suami menampung kos sara hidup kami sekeluarga. Kekurangan dana menghantui saya untuk mengupah orang lain membina blog untuk perniagaan saya. Maklum saja, suri rumah yang hanya bergantung nafkah suami. Justeru, dengan usaha dan keberanian yang ada, saya memilih untuk berguru di ABDR sebagai langkah pertama untuk belajar menghasilkan sebuah blog yang ringkas.

Sepanjang pemerhatian saya, Alumni ABDR sangat ramai dan kebanyakannya adalah di kalangan suri rumah dan suri bekerjaya. Terdetik juga di hati, bagaimana mereka bermula mengurus anak-anak, rumah dan bisnes? Melalui pemerhatian ini, saya rasakan ABDR adalah satu laluan terbesar dan platform untuk saya membina satu rangkaian perhubungan yang sangat baik. Tambah pula, ABDR merupakan satu kumpulan yang sangat aktif dan berkesan.
 
Yuran Pendaftaran Kelas RM300 Bonus 5 Ebook

Dengan pelaburan sebanyak RM300, saya mula belajar membangunkan sebuah sendiri. Apa yang menariknya di sini, sebagai keluarga besar ABDR, saya ditawarkan menjadi salah seorang Pengurus Online ABDR dan akan dibayar komisyen sekiranya berjaya mempromosikan pakej kelas dan ebook seterusnya mampu mengambil balik modal yang telah dilaburkan untuk menyertai kelas sebelum ini. Selain itu, komisyen yang diberikan juga boleh dijadikan sumber modal dalam menyediakan stok perniagaan saya. 

Kesimpulan, Suri rumah sepenuh masa yang baru mula nak berjinak-jinak dunia perniagaan atas talian juga boleh menjana pendapatan dari rumah hatta tak punya produk keluaran sendiri. Mudah, bukan nak jana wang dari rumah? Syarat utama adalah usaha, yakin dan konsisten untuk menikmati hasilnya.



INI KISAH KU DI ABDR

Akademi Bekerja Di Rumah mempunyai pelbagai jenis kelas dan pakej yang ditawarkan. Tenaga pengajarnya pun ramai. Kalian boleh memilih guru disukai. Saya telah mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Bisnes Penulisan bersama Puan Anys Idayu Zakaria

Melalui pakej ini, saya diberikan 5 ebook iaitu:
1) Belajar Asas Blog
2) Super WAHM, Super Mom
3) Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
4) 101 Idea Home-Based Bisnes
5) Yeah! Mama Sudah Resign

Sangat bertuah buat kalian yang daftar ketika ini kerana kalian boleh memiliki 10 bonus ebook jika berdaftar sekarang. Dengan jumlah yuran yang sama tetapi ada penambahan jumlah bonus ebook yang akan anda terima. Rasa makin teruja, bukan?

Pakej Kelas Yang Di Tawarkan

Pada permulaan kelas, saya telah diberi tugasan untuk membaca ebook pertama iaitu Belajar Asas Blog. Kemudian barulah tugasan demi tugasan diberikan dan diselesaikan mengikut kelapangan masa saya. Seronok tak? Ya sudah tentulah rasa seronok dan gembira kerana kelas begitu santai tanpa paksaan. Tugasan yang diberikan juga begitu santai. Jadual kelas, saya sendiri yang susun-atur.
 
Ebook Belajar Asas Blog

Biasanya, saya akan berkomunikasi dengan guru secara online melalui fesbuk dan wassap tidak kira waktu pagi, tengah hari, petang mahu pun malam. Adakalanya, leka sehingga pukul 1.00 pagi. Guru yang mengajar juga tidak pernah jemu melayan karenah manja saya sebagai pelajar yang baru bertatih dalam dunia blog.

Tugasan ini sebenarnya lebih kepada pembangunan blog. Ia sangat bermanfaat kepada saya kerana sebelum menyertai kelas, saya pernah cuba membangunkan blog sendiri. Bejaya tetapi gagal dalam menepatkan nama dalam senarai muka surat pertama di carian google. Ini semua berpunca akibat kekurangan ilmu tentang blog.

Alhamdulillah, saya mampu menyelesaikan setiap tugasan dengan mudah. Sekiranya mempunyai masalah, saya bebas menghubungi Puan Anys Idayu Zakaria tanpa mengira waktu.

Kelas yang sangat fleksibel. Betul tak? Ada masa, buat. Jika sedang sibuk, tangguhkan, dahulukan mana yang lebih penting. Tiada paksaan. Tiada had masa. Tiada tekanan. Cepat selesaikan tugasan, cepatlah kita menghasilkan blog sendiri. Teruja, bukan?


ERTI SEBUAH PENGHARGAAN

Siapalah saya untuk diberi penghargaan sebesar ini. Walau baru setahun jagung bertatih di kelas ABDR, saya sudah menerima empat jenis hadiah (reward). Ya Allah, terharu sangat.

Hadiah pertama berupa senaskah mini tafsir Al-Qur'an. Reward itu diberikan atas sedikit kejayaan mempromosi kelas-kelas anjuran ABDR. Kalau tidak silap, berjaya mendaftar pelajar baru 60% daripada sasaran minima yang diberikan. Gagal mencapai sasaran 100% juga diberi penghargaan. Ya Allah, bertuahnya diri ini.
 
Terjemahan Al-Qur'an
Hadiah kedua, di pilih untuk beriklan sebagai sumber inspirasi di majalah terkenal iaitu Mingguan Wanita, slot 'Panduan Bekerja Dari Rumah'. Coretan pengalaman seorang suri rumah yang terjebak dengan dunia berbiaga bazar terpilih. Majalah Mingguan Wanita adalah salah satu majalah kegemaran suatu ketika dahulu. Perkongsian di majalah sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan traffik di blog dan secara tak sengaja dapat pula beriklan dengan percuma. 

Seperti anda sedia maklum, beriklan di majalah Mingguan Wanita boleh menelan belanja ribuan ringgit untuk satu ruangan iklan tapi saya diberi peluang keemasan, berkongsi pengalaman dan secara tak langsung dapat menyebarkan berita aktiviti bagaimana mahu mula menjana pendapatan dari rumah dengan sumber yang sedia ada. Seronok tak? Dah rasa makin teruja tak belajar di ABDR?



Perasaan teruja itu semakin sukar untuk digambarkan apabila Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad memaklumkan bahawa satu ebook terbaru ABDR bakal diterbitkan iaitu Inspirasi Bekerja Di Rumah. Dalam ebook tersebut seramai 13 suri rumah terpilih untuk paparan inspirasi dan perkongsian pelbagai pengalaman dan kisah masing-masing dalam menjana pendapatan dari rumah.

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah

Alhamdulillah. Salah seorang suri di dalam ebook tersebut adalah kisah saya, 'Raih Pengalaman Berniaga Bazar'. Tak pernah terdetik dalam hati ebook terbitan ABDR akan menyelitkan kisah saya yang tak seberapa. Malu rasanya dijadikan sumber inspirasi kerana siapalah saya. Kisah kejayaan yang belum boleh dibanggakan.

Hadiah keempat saya terima dari puan pengasas ABDR adalah edisi penuh ebook 'Inspirasi Bekerja Di Rumah', sewaktu minggu pertama pelancaran ebook tersebut. Gembira tak terkata apabila beliau mengatakan bahawa saya adalah orang pertama yang menerima edisi penuh ebook 'Inspirasi Bekerja Di Rumah'. Bagai nak melompat pun ada. Senyuman terukir di bibir di bawa hingga ke dalam mimpi. Ya Allah, hebat sungguh anugerah dan rezeki yang Engkau berikan.

Penghargaan Yang Sangat Bermakna



SUDAH TAMAT KELAS TAPI IA BELUM BERAKHIR

Syukur alhamdulillah, saya kini bergelar alumni ABDR. Walaupun kelas sudah tamat tapi segalanya belum berakhir lagi. Bagi saya, ianya baru bermula. Saya sangat berharap agar ilmu bermanfaat yang diperoleh akan dapat digunakan sepanjang hidup saya di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Kalian, mohon doakan ya.

Semoga blog yang dihasilkan mampu memasarkan dan mempromosikan perniagaan online saya dengan lebih meluas lagi. Di samping itu, dapatlah saya berkongsi idea dan ilmu kepada suri lain yang memerlukan.

Jika kalian rasa terbeban dengan taraf hidup masa kini yang semakin meningkat dan berniat mahu mengubah kehidupan sendiri, mulakanlah langkah baru. Ayuh, mulakan sekarang! Marilah sertai kami di ABDR. InshaAllah anda akan menyedari manfaat dan keberkesanannya serta merasakan bahawa ruginya 'aku tak join dari awal'.

Anda mahu berdiskusi secara santai dengan saya? Mari ringankan jemari anda,  ketuk wassap saya 016-817 8716 bila-bila masa sudah bersedia.

Moga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda semua. Silalah kongsi dengan rakan-rakan yang lain ya.

Selamat berblog semua...




Wednesday, 2 November 2016

Alumni ABDR Di Majalah Mingguan Wanita


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah & Alumni ABDR


Kisah Saya Dalam Majalah Mingguan Wanita
Bilangan 1720 (4-10 November 2016)
 
Raih Pengalaman Pertama Berniaga Bazar
Assalamualaikum. Permulaan November yang sungguh manis.


Alhamdulillah. Syukur ke-Hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hasil coretan saya terpilih untuk paparan slot 'Panduan Bekerja Dari Rumah' muka surat 68 keluaran 1720 (4-10 November 2016). 

Majalah Mingguan Wanita
Bilangan 1720 (4-10 November 2016)

Ini adalah pertama kali saya diberi ruang dan peluang untuk berkongsi kisah saya bagaimana mula terjebak dengan dunia bazar.  Saya bukan siapa-siapa. Saya cuma suri rumah biasa yang punya impian luar biasa dan tetap mengharapkan agar setiap perkongsian di dalam blog mahu pun majalah dapat memberi manfaat dan sumber inspirasi kepada mereka yang mahu bermula.

Saya suka berkongsi cuma kemahiran menulis perlu di asah lagi. Bermula dengan belajar menulis di blog. Kemudian berangan nak keluar artikel di majalah. Hamboi! Angan-angan besar dek non. Tidak mengapa. Bukankah berangan itu percuma? Beranganlah sebanyak mana pun tapi biarlah angan-angan itu diisi dengan impian yang boleh dicapai. InsyaAllah.


Bagaimana Artikel Saya Terpilih?
 
Hadiah terindah Dari Puan Pengasas ABDR


Ada yang bertanya, bagaimana artikel saya terpilih? Saya terbaca status Puan Masayu Ahmad, Pengasas ABDR pada 9 Oktober 2016 tentang reward yang hendak diberikan kepada protege-protege ABDR yang telah tamat tugasan. Pada mulanya terdetik di hati, 'Ada peluang kah aku? Ke reward ini hanya terbuka kepada mereka yang baru selesai tugasan? Aku sudah lama siap tugasan, masih layakkah terima reward yang ditawarkan? Lagi pula sudah berstatus alumni'.

Dengan sedikit kekuatan yang ada, saya membalas status fesbuk Puan Masayu Ahmad dan alhamdulillah, mendapat respon yang positif.

Senyuman manis mula terukir di bibir. Otak pula ligat berfikir. Nak tulis apa? Sehinggalah Cikgu Anys Idayu Zakaria mencadangkan agar saya berkongsi pengalaman bagaimana mula terjebak dengan berniaga bazar. I love you cikgu. You always give me some ideas. Wow! Talking london gitue...

Yes! Idea itu datang mencurah bagaikan air terjun. Ayat demi ayat ditaip sehingga tercetusnya kemalangan tertendang kabel komputer. Sudahnya, hampir 70% coretan yang siap ditaip hilang ntah ke mana. Semua silap sendiri. Siapa suruh tak save awal-awal? Hendak sambung cerita yang berbaki tapi mood sudah tiada. Tempoh bertenang dari mengarang diambil. Selepas sehari kejadian terdendang kabel barulah bermula semula.

Berkat bertenang dan berkayuh perlahan-lahan dengan fokus 100%. Akhirnya artikel 'Raih Pengalaman Berniaga Bazar' siap dihantar terus ke emel Puan Masayu Ahmad.


Jadikan Akademi Bekerja Di Rumah Sebagai Platform Untuk Dikenali

Inilah salah satu keistimewaan bila bersama jemaah ABDR yang mana dapat membantu menjenamakan perniagaan di samping beriklan secara percuma.  Uolls rasa terbakar tak? Maunya tak terbakar. Iklan percuma beb. Siapa nak kasih. Betul tak?

Keistimewaan lain adalah jaringan mantap di dalam ABDR itu sendiri sebagai platform untuk lebih dikenali ramai. Alhamdulillah, kisah saya sudah pun keluar di majalah Mingguan Wanita keluaran 1720 di mana Nabil dan keluarga menjadi penghias muka depan majalah tersebut. Nak tahu kisah lanjut, bolehlah beli majalah tersebut dan cerita penuh boleh baca coretan di sini http://nasriahabdullah.blogspot.my/2016/10/pengalaman-pertama-cuba-berniaga-bazaar.html

Pengalaman Pertama Berniaga Bazar
Yang Cukup Bermakna Dan Memberi Kesan


Syukur yang tak terkata. Melalui ABDR, saya banyak belajar. Bukan sahaja dapat belajar menulis di blog, malah blog juga dijadikan medan perkongsian ilmu, idea dan pengalaman. 

Selain itu, dapat pula berkenalan dengan ramai usahawan hebat yang berjaya dan wartawan majalah, Puan Netty.

Saya ingin menjadi suri rumah yang berilmu, kaya, berjaya, dermawan dan menjadi sumber inspirasi kepada suri rumah lain agar mempunyai pendapatan sendiri .


Alumni ABDR Di Majalah

Dahulu selalu tengok dan baca artikel rakan-rakan alumni ABDR yang terpilih keluar di majalah. Tengok orang lain gembira, kita pun tumpang gembira sekali sambil berangan artikel sendiri terpampang dalam majalah. Cemburu tau! Tipulah kalau tak ada perasaan cemburu. Kalau Artikel orang lain boleh keluar majalah kenapa aku tidak? Semangat itu sentiasa jadi penyuluh untuk terus berkongsi.

Apabila artikel sendiri keluar majalah baru tahu bertapa gembiranya kita. Ini kerana bukan senang nak sampai satu tahap artikel kita di siarkan dalam paparkan khas seperti 'Panduan Bekerja Dari Rumah'.

Antara guru online dan rakan alumni ABDR yang telah berjaya muncul di majalah, boleh baca dan lihat di link berikut:


Guru Online ABDR

1. Puan Anys Idayu Zakaria

Majalah Mingguan Wanita
Bil. 1689, April 2016

2. Puan Zaila Muhammad

Majalah Seri Dewi & Keluarga
November 2014


 Rakan Alumni ABDR

1. Puan Arbee Ali

Majalah Mingguan Wanita
April 2015


2. Puan Saniah Mat Sanat

Majalah Mingguan Wanita
Mac 2016


3. Puan Siti Naimah Norman

Majalah Pa & Ma
Disember 2015


4. Puan Zeela Lamin

Majalah Mingguan Wanita
Disember 2015


5. Puan Rohayu Rashid

Majalah Mingguan Wanita
Ogos 2015

Banyak lagi sebenarnya artikel rakan alumni yang telah berjaya disiarkan dalam pelbagai jenis majalah tersohor di Malaysia. Nak tahu siapa lagi, boleh baca kisah mereka di http://akademibekerjadirumah.blogspot.my

Ayuh rakan pembaca sekalian, kita sama-sama jadikan blog sebagai medium penyebar maklumat. Sambil memberi maklumat, boleh jana wang juga. Jimat masa, jimat tenaga, hasil lumayan. InsyaAllah.

Jangan jadikan alasan tidak ada modal, tidak pandai berniaga, tidak tahu apa nak dijual tapi sebaiknya belajar dulu, mulakan dulu. Tak buat, tak tahu apa hasilnya. Tak cuba, tak tahu apa keputusannya. Tak bermula, tak tahu apa kesudahannya. Rangsang saja minda kita. Aktifkan anggota badan yang sudah sedia cukup sempurna bentuk dan fizikalnya. InsyaAllah semuanya akan memberi kesan yang baik kepada diri kita juga. Tak percaya? Cubalah...


Pendaftaran November untuk Kelas Blog Bisnes sudah dibuka. 10 kuota kosong sahaja. Setiap pendaftaran bulan ini berpeluang untuk dapat PERCUMA buku DOA DAN AMALAN, Ustaz Ebit Lew.

Jom rakan-rakan pembaca blog saya, rebut peluang belajar secara online di ABDR. Bagi yang memilih belajar secara face-to-face juga masih ada. Kelas berlangsung pada 19 November 2016 bertempat di Royal Plaza Putatan, Sabah.

Nak tahu lagi lanjut boleh hubungi saya secepat mungkin 016-817 8716

Monday, 5 October 2015

Saya Sudah Bersedia Bekerja Di Rumah

Kelu lidah tiada idea menulis. Walau hanya cerita tanpa gambar. Yang mampu saya ucap hanya Allah Alhamdulillah.

Awalnya saya terbaca fb Puan Masayu Ahmad (pengasas ABDR) pada 9 Mac tentang berkongsi pengalaman mahu berhenti kerja, berhenti kerja dan wahm. Saya fikir ya, inilah saya. Mesti ambil peluang mesti ada sesuatu yang boleh beri manfaat pada orang lain. Seingat saya tarikh akhir hantar 10 Mac. Saya fikir "buat esok lah, sempat". Malam itu anak yang kecil meragam. Lagilah saya fikir "tak boleh buat malam ni". Apabila semua anak tidur lena berdengkur, saya fikir "jam memang sudah lewat, buat sahajalah". Lalu saya terbongkok-bongkok dalam gelap sambil menepuk punggung si kecil. Sebelah tangan memegang handphone menaip draf kisah itu menggunakan aplikasi Gtask. Rupanya Gtask juga ada limit. Kisah belum habis saya sudah tidak boleh menaip lagi. 
Kemudian saya copy dan paste di Gmail. Berulangkali membaca edit di sana sini. Sudahnya saya emailkan kepada Kak Mas jam 2 pagi. Selesai semuanya tidak juga dapat tidur lena..anak yang kecil terjaga berulang kali. Mata kuyu badan lesu tangan menepuk anak tapi saya lega.

Saya latih diri tidur sebelum jam 12 tengah malam dan bangun awal pagi. Itu cara saya menguruskan masa wahm. Akibat tidak cukup rehat, dua hari berikutnya terpaksa tidur siang dan tidak dapat menghadap laptop. 


Kisah yang ditaip jam 2 pagi itu sudah selamat dibukukan dalam ebook Yeay Mama Sudah Resign dan keluar majalah Mingguan Wanita keluaran minggu ini 22 April. Terima kasih Puan Masayu Ahmad dan Puan Anys Idayu Zakaria atas peluang, ilmu dan tunjuk ajar. 

Ramai yang belum lagi bermula atau yang sudah separuh jalan awal-awal lagi angkat tangan malas tak sanggup tiada masa update blog. Percayalah teknik 44 entri, penjenamaan diri, kerap update blog dan pautan sesama rakan ABDR mampu menaikkan ranking blog. 

Ha..kalian sudah bersedia bekerja di rumah? Apalagi buat tanpa tapi, lakukan tanpa nanti. Satu lagi, Jika sudah mula, Habiskan.
http://arbeeali.blogspot.com/2015/04/kisah-saya-dalam-majalah-mingguan.html



Panduan Bekerja Di Rumah


Teks: -
Foto: Koleksi ABDR
Sumber: http://akademibekerjadirumah.blogspot.my/2015/09/alumni-abdr-di-media.html




Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular