Monday 20 August 2018

Easy Ways To Delete A Facebook Page


Cara Menghapus Halaman Facebook, Fan Page atau Facebook Perniagaan


Log-iIn (log masuk) dulu ke akaun Facebook.



Setelah itu, klik ikon bendera, buka halaman (pages) 
yang kita kelola dan ingin dihapus.



Scroll ke bawah dan pilih halaman facebook 
(page) yang ingin dihapus (delete)



Selepas memilih halaman facebook (page) 
yang ingin dihapus (delete), klik butang "edit page" 



Setelah berada di halaman "edit page", 
scroll ke bawah. Klik butang "settings" 



Setelah berada di halaman "settings", 
klik butang "general".



Setelah berada di halaman "general", 
scroll ke bawah hingga terjumpa perkataan "remove page"



Pilih halaman facebook (page) yang ingin di hapus (delete)
“Hapus nama halaman secara permanen” 
atau dalam english nya "Deleting a page is permanent"

Klik butang "delete page"


Terakhir akan muncul info yang memberitahukan proses penghapusan akan dibatalkan dalam waktu 14 hari, pilih OK. Selesai

Sangat mudah bukan hanya perlu beberapa langkah saja FB page yang dulu pernah kita buat sudah dihapus dan tentu tidak akan dapat diakses lagi seperti sebelumnya.

Semoga bermanfaat dan jika masih kurang jelas sila panjangkan pertanyaan kalian ke http://bit.ly/CoachRieya

Semoga perkongsian ini membantu kalian.




Putatan: Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama eUsahawan


[PROGRAM KHAS EUSAHAWAN PUTATAN, SABAH]

Sila daftar di sini http://bit.ly/eUsahawanPutatan-September


Ingin menjadi seorang Usahawan Digital?

Anda dijemput menyertai Program eUsahawan yang bertujuan memberi latihan keusahawanan digital secara PERCUMA kepada usahawan mikro.


Sila daftar di sini http://bit.ly/eUsahawanPutatan-September



Apa yang akan anda pelajari?

• Facebook for Business
• Instagram for Business
• WhatsApp Marketing
• Copywriting Techniques
• SEO On Facebook


Apakah prasyarat yang dikenakan?

1. Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Mempunyai produk atau servis untuk dipasarkan.
3. Keinginan dan minat untuk mempelajari teknik pemasaran digital.
4. Mempunyai gajet dengan sambungan internet seperti telefon pintar dan tablet.
5. BELUM PERNAH HADIR kursus eUsahawan.


Seminar ini akan dijalankan satu hari penuh.


Butiran seperti dibawah:

Tarikh : 10, 14, 17 & 21 September 2018 (***pilih salah satu tarikh sahaja)
Hari: Isnin / Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia, Kg. Muhibbah, Petagas
Yuran: Percuma


TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA.


Pra-Pendaftaran Online, KLIK LINK ini:-



Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Hotline eUsahawan di +60 16-817 8716. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Terima kasih.


Nasriah Binti Abdullah
eUsahawan Certified Trainer
Trainer Code : TG-246



#WiraDigital #eUsahawan #eUsahawanCertifiedTrainer #eUsahawanSabah #eUsahawanKotaKinabalu #eUsahawanPutatan #eUsahawanPetagas #eUsahawanPapar #CoachRieya


Wednesday 15 August 2018

KEMAS Sabah: Kelas eUsahawan Bersama Coach Rieya [15 Ogos 2018]



Alhamdulillah. Lega sangat. Kelas eUsahawan hari ni adalah peserta usahawan KEMAS dari pelbagai daerah.  Satu cabaran baru sebenarnya berdepan dengan peserta yang agak kurang pengetahuan tentang pemasaran digital. Selain nak kongsikan ilmu, apa itu pemasaran digital, cabaran terbesar adalah mengajar topik bagaimana bina page perniagaan dan perniagan di Instagram. Rata-rata peserta hari ni yang sangat lemah dalam aplikasi pemasaran digital.

Kedua, isu penggunaan bahasa di media sosial. Rata-rata peserta yang hadir kelas eusahawan hari ini menggunakan Bahasa Melayu. Kalau melayu Malaysia tak apa juga, ini melayu versi Indonesia. Pelbagai perkataan dalam satu maksud. So, aku terpaksa memikir maksud yang sama untuk beri mereka pemahaman yang jelas.

Ketiga, pelbagai jenis jenama telefon. Dalam situasi ini, aku juga terpaksa belajar dan buat kaji selidik kedudukan ikon-ikon dan gadget yang ada di telefon pintar mereka. Lain jenama telefon, lain juga kedudukan ikon seperti edit page, edit profil, setting dan sebagainya.

Keempat, ini kelas pertama yang aku tidak sempat habiskan keseluruhan topik yang telah aku rancang untuk kelas eusahawan yang aku jalankan . Sebab pertama, peserta tiba di kelas agak terlalu lewat. Kelas yang aku rancang biasanya bermula 8.30am. Paling lewat pun lebih kurang 9.00am. Tak mengapa, boleh dimaafkan. Kemungkinan sebab lokasi kelas yang agak kurang familiar buat mereka. Kesukaran mencari lokasi dan tempat letak kereta juga punca utama.

Kelima, kelas ni khas untuk belajar pemasaran digital. Sudah tentulah penggunaan telefon pintar (laptop jika ada) dan internet sepanjang kelas berlangsung akan digunakan. Terdapat dikalangan peserta kelas baru separuh jalan untuk topik pertama, beteri telefon dah habis. Pengecas pula tak bawa. Nak pinjam kawan lain pun tak dapat. Maklumlah semua pun nak guna dalam masa yang sama. So sudahnya mereka hanya duduk diam dan mendengar bebelan aku kat depan. Harap mereka fahamlah apa yang cuba aku sampaikan.

Kelima, ada sorang peserta tu aku tanya, “kenapa tak buat apa yang saya ajar? Kalau tak buat sekarang macam mana nak tahu? Macam mana nak pandai?”. Dia hanya tersenyum dan aku tanya soalan yang sama sekali lagi. Jawapan yang aku terima, “saya tiada facebook. Saya tiada emel”. So, jawapan tu aku boleh terima tapi yang aku tak tahu nak cakap apa bila aku nak tolong dia daftarkan emel dan akaun facebook yang baru, dia cuma sempat jawab, “Tak payahlah cikgu, nanti saya tengok kawan buat (sambil tunjuk kawan sebelah)”. Kawan sebelah pula terkebil-kebil. Bila aku dapat respon macam ni, aku tak tahu nak tolong macam mana usahawan kita yang hidup jauh dari bandar agar berfikiran lebih terbuka.

Aku tak marah pun kalau dia tak tahu buat, malah aku sanggup tolong ajar langkah demi langkah macam mana daftar emel dan buat akaun facebook yang baru.  Itulah tujuan utama kenapa aku sanggup terjebak menjadi trainer eUsahawan. Aku nak tolong rakan-rakan usahawan sama-sama miliki ilmu pemasaran digital agar sama-sama maju dan dapat mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan. Seronok jugakan kalau maju ramai-ramai? Barulah meriah!

Keenam, dalam ramai-ramai peserta yang hadir, tak ada seorang pun yang membawa produk untuk dipromosikan. Kalau tak, sempatlah tolong sebarkan di ruangan blog ini.

Ketujuh, aku kagum dengan urusetia yang mengiringi peserta yang hadir. Ada sorang tu sempat bawa produk dan tester sekali. Kuih Bahulu. Sedap. Sempat juga dia promosi dengan peserta lain yang hadir dalam kelas. Cuma aku tak sempat ajar topik CANVA. Kalau tak boleh aku tunjuk macam mana nak buat iklan poster kuih bahulunya. Tak apalah, bukan rezeki namanya kan?

Kalau korang nak tempeh kuih bahulu beliau, sila layari laman niaga ni https://www.facebook.com/kuihbahuluhomemade atau boleh terus hubungi www.wasap.my/60146859693.

Kesimpulannya, aku tetap happy dengan mereka. Walau dah jam 5.15pm ada juga yang tak nak pulang. Masih gigih bertanya soalan. Kalau nak buat ni macam mana? Kalau nak buat yang tu macam mana? Cuma aku tak sempat nak layan dan tunjuk satu per satu. Pusat training dah nak tutup so terpaksa aku berkemas-kemas.

Apa yang aku harapkan, akan ada lagi kelas eUsahawan bersama peserta-peserta dari KEMAS di seluruh Sabah. Apa yang sempat aku cadangkan dengan urusetia pengiring tadi, Pn Maslia dan En. Bob, lebih baik kelas ni di adakan lagi mengikut kluster perniagaan masing-masing. Contoh, kumpulkan peserta khas untuk kluster craft, makanan, jahitan, urutan dan sebagainya. Jadi, satu kluster satu kelas. Ini adalah supaya lebih fokus kearah satu kluster perniagaan dan dalam masa yang sama bolehlah aku kongsi idea macam mana buat ayat iklan page, macam mana nak buat design poster iklan di Instagram.

Pendek kata, kita tunggulah perancangan akan datang untuk kelas eUsahawan bersama usahawan-usahawan di bawah bimbingan KEMAS Sabah.


Melakar memori sepanjang sesi kelas eUsahawan berlangsung.





























Sunday 12 August 2018

Papar: Kelas eUsahawan Bersama Coach Rieya [12 Ogos 2018]



Alhamdulillah. Hujung minggu bersama usahawan Papar di PI1M, Kg Kuala.

Selesai tugasan sesi sharing ilmu pemasaran digital di Program Terokai Dunia Perniagaan Digital eUsahawan.

Bukan main lagi peserta kali ni. Eksaited telebih dengan point reward dari portal eUsahawan Mdec. Semua tekun & teliti mentelaah maklumat yang disediakan di dalam portal eUsahawan Mdec. Ada yang nda sabar redeem claim.

Lucu tengok gelagat dorang ☺☺☺

Siapa yang nda datang hari ni, rugi la korang. Banyak input korang telepas...

Ciiiiiinnng!!! ☺



Tarikh: 12 Ogos 2018
Hari: Ahad
Masa: 8.00am - 5.00 pmm
Lokasi: Pusat Internet 1 Malaysia, Kg. Kuala Papar, Sabah
Yuran: Percuma

Senarai Peserta:

1.     Hjh Salmeeyah Zainal [www.wasap.my/60128300645]

2.     Amsiah @ Samsiah Bthe Lakibul [www.wasap.my/601155042303]

3.     D Hamidah Binti Ag Alli [www.wasap.my/60168308549]

4.     Nur Shahiera Binti Ismail [www.wasap.my/60109528014]

5.   Shariffah Karmilah Binti Sharif Abdul Halim [www.wasap.my/60113159604]

6.     Ainnil Quzzairi Bin Ahmad Qazzali [www.wasap.my/60162019407]

7.     Dayang Suhanah Harun [www.wasap.my/60138095099]

9.     Suzana Binti Abd Karim [www.wasap.my/60168449728]

10. Rahma Binti Momin [www.wasap.my/60178164635]

11. Suhaila Binti Suhaili [www.wasap.my/60168259753]

12.  Nurisa Binti Ngatimin [www.wasap.my/60168197959]

13. Surianna Manap [www.wasap.my/60138975379]

14.Bidin Bin Hassan [www.wasap.my/60196324005]

















Masa baru sampai rumah tadi, peserta berkongsi pengalaman hari ni sepanjang dalam kelas. Ada sorang peserta tu, eksaited sangat dah dapat order dari posting terbaru di Instagram beliau. Wah! Bukan main seronok lagi beliau. Baru post dah ada pelanggan yang merisik. Tahniah Kak Rahma.

Peserta kali ni memang hebat. Nampak sangat mereka teruja. Terutama bab desain poster. Hanya menggunakan “Apps Canva”, mereka mampu mendesain poster seakan pro. Waaaah! Bukan main lagi, banyak poster yang dikongsi dalam grup. Ada yang tak dapat tidur dek penangan Canva. Rata-rata dah mabuk kepayang dan jatuh cinta dengan Canva.

Syukur sangat apa yang telah diajar dalam kelas, mereka terus praktikan. Kegembiraan itu lebih terasa bila mereka nampak dan dapat hasilnya. Itulah yang kami harapkan sebagai trainer. Berkongsi secarik ilmu yang ada dan sama-sama menikmati kebaikannya.



9 Rahsia Pembuka Pintu Rezeki Dan Kekayaan

Assalamualaikum,

Seringkali kita anggap rezeki kita setaraf dengan apa yang kita kerjakan, tetapi hakikatnya tidak sama sekali. Ini terbukti apabila ramai dalam kalangan masyarakat kita yang boleh menyara keluarga mereka di luar jangkaan matematik dunia. Seperti contoh, seorang pekerja boleh menghantar lima orang anaknya  menuntut hingga ke Universiti.

Sebesar apa pun usaha manusia dalam mencari rezeki, apabila Allah SWT belum menghendaki, maka rezeki yang diterima manusia tidak akan sesuai dengan harapannya. Tapi sebaliknya, walaupun kecil upaya yang dilakukan manusia, sedang Allah SWT telah menghendaki, maka rezeki yang diperoleh pun seperti yang diharapkannya, bahkan lebih dari yang diinginkannya.

Di sini terdapat 9 Rahsia Pembuka Pintu Rezeki Dan Kekayaan  yang telah sekian lama diyakini, di amalkan dan dibuktikan oleh orang-orang yang telah berjaya.


1.     TAUBAT & ISTIGHFAR

Jika kita bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepada Nya dan kita sentiasa mentaati-Nya, maka Allah akan membanyakkan rezeki kita dan menurunkan hujan serta keberkatan dari langit, mengeluarkan untuk kita berkat dari bumi, menyuburkan tumbuhan-tumbuhan untuk kita, membanyakkan anak dan melimpahkan air susu perahan untuk kita, membanyakkan harta dan anak-anak untuk kita, menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya beraneka buah-buahan untuk kita serta mengalirkan sungai-sungai di antara kebun-kebun itu.


2.     IMAN & TAQWA

Beriman dan bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan kurniakan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.


3.     BERSYUKUR & TAWAKAL

Setiap orang yang mensyukuri segala nikmat yang diberi, maka Allah akan kurniakan rezeki terhadap mereka berganda-ganda.


4.     MENIKAH

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur ayat 32)


5.     BERIBADAH

Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam, berikan sepenuh perhatianmu untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kecukupan dan Aku akan tutupi kefakiranmu . Bila engkau tidak melakukannya, maka Aku akan memenuhi tanganmu dengan kesibukan (tidak pernah merasa cukup) dan Aku tidak akan menutupi kefakiran/kemiskinanmu .” (HR. At-Tirmidzi )


6.     INFAQ FISABILILLAH & BERSEDEKAH

Bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Dengan bersedekah kita akan terhindar dari api neraka dan sekali gus mampu membukakan pintu rezeki. Seperti yang sering kita dengar bahawa dengan bersedekah kita tidak akan menjadi miskin malah rezeki akan dilipatgandakan sebanyak 700 kali ganda.


7.     MENJAGA SILATURAHIM

Rasulullah S.A.W bersabda : “Barangsiapa ingin dipanjangkan umurnya, dilapangkan rezekinya dan diselamatkan dari su’ul khotimah, hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dan BERSILATURAHMI.” [HR Bazaar]


8.     MENGERJAKAN HAJI & UMRAH

Kerjakan haji & umrah bagi yang berkemampuan

Rasulullah S.A.W bersabda : “Lanjutkanlah haji dan umrah kerana sesungguhnya keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana api dapat mengilangkan kotoran besi.”
(HR. An Nasa’i)


9.     BERNIAGA & BERDAGANG

Rasulullah S.A.W bersabda, “Perhatikanlah olehmu sekalian PERDAGANGAN, sesungguhnya di dunia perdagangan itu ada 9 dari 10 pintu rezeki.” [HR Ahmad]

Semoga bermanfaat. Inshaa Allah.

Sumber: Nota Gembira






Kota Kinabalu: Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama eUsahawan



[KHAS UNTUK WARGA KOTA KINABALU]



ANDA SUDAH DAFTAR KURSUS ASAS PEMASARAN DIGITAL SECARA PERCUMA?

Jika belum, sekaranglah masanya.

Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama eUsahawan

Kepada usahawan atau bakal usahawan yang memenuhi kriteria dibawah:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun keatas
3. Minat menjana pendapatan secara online
4. Mempunyai gadget dengan sambungan internet (laptop atau smart phone)
5. Tidak pernah hadir kelas eUsahawan sebelum ini.

=====================================
PROGRAM eUSAHAWAN KOTA KINABALU
=====================================

Jika anda memenuhi kriteria di atas, anda dijemput menyertai Program eUsahawan Kota Kinabalu. Saya akan kongsikan bagaimana Program Asas Pemasaran Digital dan Strategi Media Sosial dapat membantu anda.

1. Memulakan perniagaan digital anda yang *PERTAMA*, atau
2. Kembangkan PERNIAGAAN SEDIA ADA, atau...
3. Tambahkan prospek dan pelanggan anda 2x-3x GANDA!

Program ini PERCUMA. Anda hanya perlu bayar dengan MASA anda.


SIJIL PENYERTAAN DIGITAL DIBERIKAN


Apa yang saya akan belajar?

a Kaedah Meningkatkan Jualan Dengan Facebook
a Dari Mata Jatuh Ke Hati Melalui Instagram
a Surat Lamaran Melalui WhatsApp
a Asas Mencairkan Hati Pelanggan Walau Sekali Pandang - Copywriting
a Asas Fotografi Hanya Dengan Telefon Pintar


BONUS istimewa khas untuk eUsahawan Kota Kinabalu!
----->>> Teknik Teknik Closing Sales Menggunakan WhatsApp
----->>> Teknik Fotografi Memikat Di Canva
***tiada di kelas eUsahawan biasa



"Inilah program yang sudah lama saya tunggu"

Baik. Kalau macam tu, daftar sekarang di link pra- pendaftaran ini,

Klik disini:



Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, klik di sini:



TERHAD! Terbuka hanya kepada 40 PESERTA PERTAMA yang berdaftar sahaja!


#eUsahawan2018 #eUsahawanSabah #eUsahawanKotaKinabalu #eUsahawanCertifiedTrainer #WiraDigital #BisnesOnline #CoachRieya


Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular