Wednesday, 3 August 2016

Kelas Online Blog



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Mulai Ogos 2016 ABDR telah kemaskini format KELAS ONLINE BLOG. Kami buka HANYA 10 PENDAFTARAN PELAJAR sahaja untuk mereka yang serius nak BELAJAR MENYIAPKAN BLOG KEDAI ONLINE.



Baki kuota hanya 5 sahaja. Cepat-cepat siapa yang betul-betul nak belajar buat kedai online   Saya sedia membantu


Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد


Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW

Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah SWT di hari akhirat kelak.

“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”



Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,


إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Surah Al-Ahzab, 33: 56)


Oleh itu, ayuh kita ramai-ramai berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kita semua beroleh syafaat dari junjungan besar ke atas Nabi Muhammad SAW.



#NasriahAbdullah
#GroupSupportLIKE
#GSLIntegra
#ABDR
#ShakleeLover
#LiveAmazing


Tuesday, 2 August 2016

Ucapan Terima Kasih



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah Azza Wa'Jalla yang telah melimpahkan nikmat dan hidayah dalam hidup ku. Tak ada satu hela nafas pun dalam hidup ku kecuali atas izin-Nya.

Selawat dan salam rindu ku kirimkan bagi insan suci pilihan, yang telah mengajar umatnya mengenal siapa penciptanya, yang telah membawa cahaya keselamatan dan jalan yang terang. 

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat positif kerana ADD dan APPROVE diri ku sebagai sahabat walau hanya di alam maya. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT.

Hari pertama mengenal kalian, banyak ilmu dan pengalaman baru kita kongsi bersama. Bila dikenangkan semula peristiwa yang berlaku sepanjang hari ini, aku tersenyum sendiri dan rasa amat bersyukur sekali kerana punya sahabat seperti kalian yang sentiasa saling menyokong dan memberi respon. Apa yang paling menarik hari ni, ramai sahabat-sahabat hebat lagi bergaya datang beraya dengan membawa buah tangan LIKE & KOMEN yang super ohsom. Hura hara aku seketika melayan kalian. Bagi sahabat-sahabat yang tak sempat ku kunjungi rumah kalian, harap bersabar. InsyaAllah, masanya pasti akan tiba.

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kerana anda telah memberi kenangan indah sepanjang hari ini. Semoga kita semua hidup dalam keberkataan dan selalu dalam keredhaan-Nya. Amiin Amiin Amiin Ya Rabbal Alamiin...

Salam sayang buat kalian semua.
JJJ

#NasriahAbdullah
#GroupSupportLIKE
#GSLIntegra
#AkademiBekerjaDiRumah
#ABDR
#ShakleeLover
#SID1195271
#LiveAmazing


Monday, 1 August 2016

Jom Jadi Bos!


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Cust: Mana si bos tu? (sambil berdiri depan tangga)

Mak: Ada di dalam.

Cust: Bos! Oh bos! Nanti aku order lagi ya.

(Biasalah orang Sabah. Semua pun bos. Kerja kuli batak pun boleh jadi bos)

Aku: Hah! Apa?!

Cust: Bos! Aku mau order lagi. Besok aku transfer ya. Nanti aku kasih tau. Jangan lupa ya. (sempat lagi kasih remind aku)

Aku: Order apa? ESP lagi? (dengan muka blur)

Cust: Ya! (sambil tunjuk CCC)

Aku: Ok. Siap!

Cust: Sedap ni kau punya susu bos. Rugi aku beli tu susu soya RM3.50 hari-hari. Kalau aku tau, lama sudah aku order yang ini. 
.
.
.
Alhamdulillah... En abang sado minum ‪#‎protein_shaklee. Hilang dah gastrik tu katanya walau baru minum tong pertama.

Ada lagi ke abang sado selalu kena gastrik? Meh la cuba ‪#‎susu_soya kita. Di jamin 100% ‪#‎Sedap ‪#‎Selamat ‪#‎Semulajadi ‪#‎Berkesan. Harga pun murah.




2 Semangat Dalam 1



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Assalamualaikum dan selamat pagi Selasa. Dengan sedikit kesempatan waktu yang ada, awal pagi kita bersiaran hari ini kerana sang putera masih lena dibuai mimpi. Sang puteri pula sudah berada di perut gedung ilmu.

Dag dig dug. Jantung berdegup kencang. Berdebar rasa di hati. Lama sungguh bercuti dari dunia blog. Baru nak bermula semula.  Rasa gementar seperti anak dara yang menanti pinangan dari sang putera idamannya.

Debaran semakin terasa bila Cikgu Anys Idayu Zakaria nak cabar supaya rajin-rajin kemaskini entri setiap blog. InsyaAlah, akan ku sahut cabaran itu. Duhai idea, jangan kau pergi, sentiasalah ada bersama ku walau di mana kaki ku melangkah.


Dua Semangat Dalam 1

2 semangat dalam 1. ‪#‎ABDR dalam hati ‪#‎GSLIntegra baru nak bermula. Kini hati ku telah ditawan lagi. Hari ini bermula kisah baru. Kisah ku menjadi protege GSL Integra. Apa yang akan ku pelajari di dalam kelas ini nanti? Berapa banyak tugasan yang bakal aku terima? Seronokkah kelas ni? pelbagai persoalan bermain dipikiran. Tak sabar menanti task yang akan bermula pada hari ini, 2 Ogos 2016, Selasa. Seperti budak tadika yang baru mengenal dunia sekolah. Cuba anda bayangkan, bertapa terujanya persaan itu sama seperti sewaktu mula-mula menjadi protege ABDR setahun yang lalu.


Sesi Suai Kenal

Semalam bermulanya sesi suai kenal di dalam kelas GSl-Integra. Kelas belum bermula tetapi ribut sudah melanda. Seronok berkawan dengan orang-orang yang sentiasa positif dan ingin memajukan diri. Sementara menanti tugasan yang pertama, pihak Pengurusan GSL mengarahkan agar ADD dan APPROVE kesemua rakan-rakan baru GSl-Integra. Wah! Lagi aku rasa teruja sebab dalam masa dua hari ini aku akan dapat lebih kurang seramai 150 rakan baru.

Alhamdulillah. Ku mohon semoga Allah permudahkan segala urusan ku, lancarkan segala perjalanan hidup ku dan semoga yang baik-baik sahaja Engkau beri untuk ku, keluarga ku dan sahabat-sahabat ku. Amiin 







"Open House Raya"



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah



Subhanallah...Deruan ombak menghempas pantai kedengaran dari rumah. Angin sedang aktif bertiup kencang. Pokok-pokok pisang kini tewas diserang angin. Hujan lebat mula membasahi bumi Kota Kinabalu. Atap-atap parking kereta sedang gagah melawan serangan sang angin. Mudah-mudahan atap rumah masih gagah dengan pukulan angin itu.



Aku? Aku sedang sibuk di dalam kelas. Walau mata hampir tewas dibuai angin bayu, akan ku hadiri "rumah terbuka raya" korang...

So, siapa sekarang buat "open house raya?" Kejap lagi aku datang...


5 KOMEN TERAWAL KITA TERIMA JEMPUTAN "OPEN HOUSE RAYA"...


Friday, 29 July 2016

Kata Kunci #11: 6 Tips Post Iklan Yang Paling Sesuai




Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Waktu Pagi : 6.15am - 7.00am (pengguna FB tegar akan login)

7.00-10.00am - masa ni biasanya orang mahu pergi kerja . Hari Isnin-Khamis biasanya trafik laju . Jika Jumaat , post pula tentang Islamik sahaja . Sebab orang dah excited nak cuti keesokannya .


Masuk Keja : 8.00am - 10.00am (ni yang boleh akses FB di tempat kerja)

Post sesuatu yang bemanfaat , panjang pun tak apa , motivasi , tips , soft selling atau story telling .


Lunch Hour : 12.30pm - 2.00pm (sambil tunggu waktu lunch, layan FB)

12.30-2.00pm - masa ni org mahu keluar lunch . Elakkan posting yang panjang . Mereka tak ada masa yang cukup nak baca!


Selepas Lunch : 2.30pm - 3.00pm (layan jap sebelum sambung kerja)

Post sesuatu yg ringkas sahaja!


Sebelum Balik : 5.30pm - 6.15pm (tunggu nak checkout)

5.30-7.00pm - Orang balik kerja masa ni . Biasanya mereka penat!
Post sesuatu yang kelakar , humor atau joke .

JANGAN update pasal trafik jem sebab semua orang tahu trafik sedang jem sekarng!


Lepas Isyak : 9.00pm - 12am, kadang2 terlajak 1am - 2am.

9.30-11.45pm - biasanya org sudah habis solat Isyak atau makan malam masa ni . Masa ni la ramai online . Ada yang online sambil tengok TV . Ada yang menghadap handphone dan PC . Betul tak ?

Traffic paling laju pada jam 10 malam . Boleh juga post seawal 9:30pm . Masa ni lah masa terbaik nak buat marketing , branding , hard selling atau promosi .


Lepas jam 12.00am jangan update apa2 dah! Masa ni online banking pun dah tutup . Orang dh mula masuk tidur .


*WAKTU PALING HOT ! 10 pagi, 12 tengah hari, 3 petang, 5 petang, 9 malam, 10 malam


Share dan tag jika anda rasa bermanfaat . Ilmu ni tak ramai orang nak bagi tahu tau!



Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular