Sunday, 4 September 2016

Melakar Impian

Hanya yang bijak melakar IMPIAN, bukan menyerah pada KETENTUAN...
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua wahai sahabat Rieya...
Dah lakar impian belum? Rieya nak tengok berapa ramai SAHABAT BIJAK yang dah mrlakar impian masing-masing
Sampai tak 150 orang. Cuba say " i" kat ruangan komen...

Saturday, 3 September 2016

Kelas Al-Quran GSLP

3 minutes to go...
2 kelas jalan serentak
Kelas Al-Quran
Kelas Bisnes Via FB
.
.
.
Layan dua kelas telegram malam ini. Nasib my hero dan heroin berkampung di uma mak mertua...
Belajar dengan tenang ni malam...
#ABDR #ShakleeLover #GSLP

Kelas Al-Quran GSLP PERCUMA!


PERINGATAN! Untuk kaum ibu TEAM GSL PREMIUM, jangan lupa malam ni kita ada KELAS AL QURAN di telegram ya. So, kena masak awal dan dinner awal malam ni. Kelas start jam 9.00 malam. Jangan kata hakak lupa ingatkan pula...

Yang belum request masuk group, ayuh cepat-cepat cari link di group premium.

Kepada AB GSL yang belum upgrade ke PREMIUM better uolls upgrade cepat tau. Jangan lepaskan peluang ni. Masih boleh dagtar lagi untuk kelas 10 September ni.

Setiap bulan di GSL PREMIUM kita memang ada KELAS AL QURAN FREE. Belajar hukum-hukum tajwid, perbetulkan bacaan al fatihah dan banyak lagi ilmu lain.

Nak join GSL?

Amalan Pada 1 - 9 Dzulhijjah


Pada 3hb Sept 2016 akan masuklah bulan yang dimuliakan Allah iaitu 1 Dzulhijjah 1437. Ini lah antara bulan bulan haram yang amat di hormati dan diunjurkan kepada kita supaya meningkatkan amalan amalan pada hari hari tersebut.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi’ar-syi’ar Allah , dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram …” (QS. Al Maidah 5:2)

Pada 1 hingga 10 Dzulhijjah, adalah hari hari yang digalakkan untuk kita meningkatkan amalan kita.

"Tiada hari yang lebih baik dan lebih di cintai Allah ta'ala untuk beramal baik padanya dari sepuluh hari Dzul Hijjah, maka perbanyaklah membaca tahlil (Laa ilaaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdu lillah)".(Hadith Ibnu Umar)

"Tiada hari yang lebih di cintai Allah ta'ala untuk berbuat suatu amalan yang baik dari pada hari-hari ini yaitu sepuluh hari Dzul Hijjah, para sahabat bertanya," wahai Rasulullah, tidak pula dengan jihad fii sabilillah? Rasulullah menjawab," tidak, tidak pula jihad fii sabilillah, kecuali jika ia keluar dengan jiwa dan hartanya, kemudian ia tak kembali lagi".(Hadith Ibn Abbas)

Sepuluh hari pertama pada bulan Dzulhijjah memiliki keutamaan yang besar. Disebutkan dalam Al Quran:

وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2)
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” (QS. Al Fajr (89): 1-2)

Imam Ibnu kathir Rahimahullah menjelaskan maknanya:

(Dan demi malam yang sepuluh): maksudnya adalah sepuluh hari pada Dzulhijjah. Sebagaimana dikatakan Ibnu Abbas, Ibnu Az Zubeir, Mujahid, dan lebih dari satu kalangan salaf dan khalaf.

Antara amalan pada 1 - 9 Dzulhijjah
1. Berpuasa sunat
2. Tingkatkan bersedekah
3. Memperbanyak Tahlil, Takbir, Tahmid dan Dzikir-dzikir lainyang di Syariatkan
4. Bertaubat
5. Berdoa
6. Membaca AlQuraan
7. Perbanyakkan amal maaruf nahi mungkar
8. Tingkatkan solat solat sunat.
9. Puasa pada hari Arafah (9 Dzulhijjah)
10. Memperbanyak Do’a dan Dzikir pada hari Arafah
11. Solat Eid Adha dan berkorban pada 10-13 Dzulhijjah)
12. Tidak berpuasa pada hari raya (10 dzulhijjah) dan hari Tasyriq (11-13 Dzulhijjah).
13. Berzikr kepada Allah Ta'ala pada hari hari Tasyriq [Hari-hari tasyriq adalah hari-hari makan dan minum. (HR. Muslim No. 1141), dan dalam riwayat Abu Al Malih ada tambahan: “dan hari berdzikir kepada Allah.” (HR. Muslim No. 1141)] (Ishaq meriwayatkan dari para ahli fiqih pada masa tabi'in, bahwa mereka mengucapkan pada sepuluh hari Dzul Hijjah:
اَللَّهُ أَكْبَرُ الَّلهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَالَّلهُ أَكْبَرُ اَلَّلهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada ilah yang berhak untuk di sembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar, AllAh Maha besar dan bagi Allah segala pujian")
14. Mengerjakan haji dan Umrah


Sama samalah kita berazam untuk melaksanakan amalan pada hari hari tersebut kerana Allah swt.

Friday, 2 September 2016

Sunnah, Amalan & Adab Pada Malam Dan Hari Jumaat

Kata Imam Ghazali rahimahullah: "Hendaklah engkau jadikan Hari Jumaat itu tertentu bagi akhiratmu. Maka mudah-mudahan menjadi kaffarah (penghapus dosa) bagi segala hari yang lain daripada Hari Jumaat itu".

Diantara SUNNAH, AMALAN & ADAB pada malam dan hari Jumaat:
1. membaca surah Al-Kahfi, surah Ad-Dukhan & surah Yaasin
2. selawat keatas Rasulullah s.a.w
3. mengandam misai, janggut, bulu ketiak, bulu ari2
4. memotong kuku, membersihkan tahi telinga
5. niat mandi sunnah Jumaat, hari Jumaat dan mandi الأسبوع
6. memakai pakaian serba putih; jubah putih, baju melayu putih, kain pelekat putih, serban putih, rida'/shawl putih dll
7. memakai wangi2an; minyak atar, minyak rambut
8. memakai cincin
9. menggunakan siwak
10. datang awal ke masjid
11. datang dengan berjalan ke masjid dalam keadaan tenang, rendah hati dan berzikir
12. tidak berjual-beli setelah azan dilaungkan
13. duduk di saf hadapan jika ada kekosongan dan tidak melangkah bahu orang untuk mendapatkan saf
14. niat i'tikaf di dalam masjid; sebaiknya sehingga Maghrib
15. tidak duduk dalam keadaan ihtiba' ketika mendengar khutbah
16. tekun mendengar khutbah, tidak berbual dan tidak tidur
17. berdoa diantara dua khutbah seperti Sayyidul Istighfar;
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
18. setelah selesai solat Jumaat sebelum berkata-kata, membaca surah Al-Fatihah (7x), surah Al-Ikhlas (7x), surah Al-Falaq (7x), surah An-Nas (7x) kemudian membaca (4x);
اَللّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَاحَمِيْدُ، يَامُبْدِئُ يَامُعِيْدُ، يَارَحِيْمُ يَاوَدُوْدُ، أَغْنِنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
19. solat ba'diyah jumaat setelah jemaah bersurai
20. membaca selawat ini (80x) selepas solat 'Asar;
اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الامي وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
21. memberi sedekah
22. menziarahi orang sakit, saudara-mara, sahabat, anak yatim
23. memperbanyakkan doa terutama di waktu Fathimiyah; antara 'Asar dan Maghrib

Jumu'ah Mubarakah!

SILA SHARE JIKA BERMANFAAT...😘

Muhasabah Diri!


Pencinta Rasulullah ﷺ:
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
"Kita tiada hak untuk menghukum orang (yang minta sedekah) ini dusta (menipu). Hak kita (hanyalah untuk) bagi atau tidak"
[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]
Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat.

Thursday, 1 September 2016

Ucapkanlah ALHAMDULILLAH!


*Orang buta bermimpi untuk melihat*
*Orang tuli bermimpi untuk mendengar*
*Orang lumpuh bermimpi untuk berjalan*
*Orang bisu bermimpi untuk bicara*
Sementara kita dapat melihat, mendengar, berjalan, dan berbicara. Oleh kerana itu ucapkanlah "Alhamdulillah" dari lubuk hati yang paling dalam!
Ucaplah A L H A M D U L I L L A H...

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular