Wednesday 3 August 2016

GSL Integra: Aku Bukan Artis!



Teks: Nasriah Abdullah
Foto:

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
(ALLAH HUMMA SOLLI ‘ALA MUHAMMAD WA ‘ALAAALII MUHAMMAD)

Cabaran Ogos ABDR kini bermula. Setiap protege mahu pun alumni yang ingin berkiat aktif semula harus panaskan enjin terlebih dahulu. Kemaskini blog sekurang-kurangnya sehari satu entri. Aku? Aku takkanlah nak lepas peluang. Semangat itu dah datang semula sejak dari penghujung Julai dan kini sedang bermula setapak ke hadapan. Moga tak jatuh tersungkur. Andai ku jatuh, ku harap ada sahabat yang sudi tolong bangkitkan aku berdiri semula.


Download Ebook Percuma

Bermula hari ini, tepat jam 10.30 pagi. Tugasan pertama harus dilaksanakan iaitu memuat turun ebook percuma khas untuk protege GSL Integra. Tak sabar nak baca apa kandungan ebook tersebut.

Itu sebelum dapat ebook percuma tapi bila sudah siap muat turun, hati melonjak kegirangan. Sungguh bermanfaat ilmu yang dikongsikan di dalam ebook tersebut.

Langkah pertama, aplikasikan ilmu-ilmu yang ada di dalam 'Ebook 100 Posting Tarik LIKE'. Alhamdulillah. Bila sudah buat baru tahu hasilnya. Seronok! Memang Seronok.


Close Friend

Tugasan pertama bermula pada jam 4.00 petang. Tugasan yang diberikan sangatlah mudah cuma perlu klik label 'CLOSE FRIEND' pada setiap rakan baru yang di ADD FRIEND semalam (1 Ogos 2016). Tugasan ini berjaya disiapkan 15 minit sebelum menjelang tepat 6.00 petang. Satu target kecil yang aku kira berjaya.


Ucapan Terima Kasih

"Terima Kasih". Bunyinya mudah tapi tidak ramai yang ringan mulut melafazkan ucapan terima kasih dengan mudah. Apatah lagi ucapan terima kasih yang jarang diucapkan kepada seorang sahabat.

Kenapa harus berterima kasih? Ada banyak sebab dan alasan untuk mengucapkan "terima kasih".  Antaranya adalah;-
1. Terima kasih untuk saat-saat terindah - Keindahan yang akan selalu kita ingati dan teringin kembali ke masa itu.
2. Terima kasih untuk semangat yang diberikan - Rasa bersyukur mempunyai sahabat positif yang sentiasa ada untuk saling membantu dan mendorong walau apa jua situasi kita pada masa itu.
3. Terima kasih kerana menjadi sahabat - Satu perasaan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata selain ucapan terima kasih kerana sudi bersahabat walau pun hanya di alam maya.

Ucapan terima kasih ini merupakan tugasan ketiga yang diberikan untuk sesi pembelajaran hari ni. Seronok, teruja, lucu, insaf, bersemangat dan aura-aura positif meresap dalam diri. Terasa diri begitu dihargai dan saling melengkapi antara satu sama lain. Itulah gunanya sahabat.


Serangan Boom!

Siapa suka kena boom? Ada yang berani jawab 'Saya'? Hahaha...Hah! Berani?

Part ni yang seronok. Main boom macam main mercun. Banyak percikan api bertebaran. Maklumlah, raya kan sebulan. Tidak hairanlah jika kemeriahannya masih terasa dan ditambah pula dengan jiran-jiran saling bergunjungan. Meriah tak terluah.


Aku Bukan Artis

Sebagai penutup tirai tugasan hari ini, 7 tips penting yang perlu dihadam. Malam ni kena rebus siap-siap, esok pagi bolehlah dijadikan minuman utama sewaktu sarapan. Kenapa? Tentulah sebab utama 'Aku Bukan Artis!'. Letak status gambar kasut atau ayat poyo 'laparnya', boleh dapat beratus-ratus LIKE dalam sekelip mata. Semuanya perlu ilmu, usaha, tindakan dan pengorbanan.

Untuk itu, selamat malam semua wahai sahabat-sahabat positif ku yang sudi meluangkan masa membaca coretan malam ini. Ku doakan semoga kalian lena diulit mimpi indah malam ini dan kekal segar bertenaga bila mata celik pagi esok. Amiin.




P/S: Nantikan entri ini pada esok pagi,  3 Ogos 2016


1 comment:

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular