Thursday, 7 January 2016

Part #7: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google

Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan. 

7 - Mencipta Metriks Yang Membantu Perkembangan Bisnes


Salah satu cara yang saya fokus untuk memastikan bisnes saya berkembang adalah dengan menumpukan pada metriks-metriks yang penting. Metriks-metrik ini terdiri daripada angka-angka yang diperolehi dari output satu proses bisnes yang dilakukan. Dengan mengetahui petunjuk ini maka anda dapat mengawal bisnes anda. Atau buat bisnes anda melonjak lebih jauh. Jadi ketahui dan cipta metriks untuk bisnes anda adalah satu ilmu yang tak patut anda 'skip'.

Selain itu belajar juga cara menetapkan KPI, Smart Number dan Cadance bisnes yang betul jadi bisnes anda akan grow dengan sepatutnya dan bukanya tak menentu grafnya. Bisnes saya grow dari setakat buat RM3,000 naik secara steady kepada RM10,000 sebulan dan seterusnya menghasilkan RM500,000 dalam masa 18 bulan dan akhirnya melepasi had 7 angka selepas itu.

Ilmu ini terbukti membantu dan menunjukkan hala tuju dan target yang jelas kepada semua yang terlibat dalam memajukan satu-satu bisnes yang ingin dibangunkan. Apabila semua faham apa yang berlaku dan perlu dilakukan dan dicapai maka bisnes anda akan grow secara automatik.

Tiada Istilah Malu Dan Gagal Untuk Berjaya


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Jam di dinding sudah pun menunjukkan 1.17 pagi. Mata masih segar seperti siang hari. Alahai mata, apasal malam ni bertenaga melebihi hari-hari biasa? uhhmmm patutlah dah telan 3 biji Vitamin C Shaklee tadi. Patut pun tenaga malam ni semacam.

Kelajuan talian internet malam ni pula menduga kesabaran. Sambil-sambil menunggu entri di 'publish' tetiba terpikir nak hubungi semua protege-protege yang telah ku perkenalkan di dalam kelas ABDR.

Jom serbu wassap mereka semua. Harap-haraplah ada yang masih berjaga. Nak tahu siapa mereka? Anda boleh klik link di bawah untuk kenal lebih lanjut siapa mereka di ABDR.


Rugi tau tak intai-intai blog protege ABDR ni. Macam-macam idea dan maklumat boleh jadi sumber inspirasi anda yang baru nak bermula dalam mencipta blog bisnes.

Jom kita mula panaskan enjin. Tiada istilah malu dan gagal untuk berjaya. Paksa diri dulu untuk bermula, lama-lama akan jadi rutin yang kita rasa mesti kena buat. Tak buat seperti tak lengkap aktiviti harian kita. Nak tahu berkesankah tidak, kena cuba dulu.

Semoga berjaya.





Wednesday, 6 January 2016

Part #6: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan.


6 - Marketing Mastery & Lead Generation

Ketahui teknik-teknik pemasaran yang berkesan dalam membawa pelanggan dan prospek kepada bisnes anda. Belajar teknik 'membina tawaran yang berpengaruh' kepada pelanggan. Psikologi manusia adalah kunci kepada pembelian samada ianya melalui online, bersemuka, direct respon ataupun telefon. Dapatkan 'suara' sebenar bagi menerangkan nilai produk anda kepada pelanggan yang laparkan akan hasil produk anda menggunakan teknik 'Picu Pengaruh'. Pelajari 12 rusuk cara menulis ayat jualan & iklan yang convert jadi pelanggan akan lebih mudah membeli produk anda. 




Didedahkan teknik pemasaran Online daripada membina laman web yang menjual sehinggalah kepada pemasaran emel yang berkuasa. Pelajari bagaimana menukar bukan sahaja 5% pengunjung laman malah sehingga 40% pengunjung laman web kepada pelanggan anda. Dapatkan trafik daripada Google dan Facebook. Ketahui bagaimana hendak optimasikan trafik daripada kedua-dua sumber ini dan tahu bila mahu gunakan Google dan bila mahu gunakan Facebook ataupun guna Market Place? 

Anda juga boleh pelajari bagaimana membina lead databse melalui Lead Generation jadi anda boleh 'ikut' pelanggan anda lebih lama dan memindahkan duit dari poket mereka berkali-kali. Tidak ketinggalan juga ilmu marketing terkini seperti Content Marketing.

Kenangan Terindah 2015 Bersama Akademi Bekerja Di Rumah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Hari ini 6 hari bulan Januari 2016 menurut catatan kalendar Masihi. Sepanjang bersama keluarga besar ABDR aku sentiasa bersemangat untuk terus bangun dan bangkit dalam mencuba sesuatu idea bisnes baru. Di samping bisnes online dan offline, aku juga terus memasang impian dan azam untuk membantu suri rumah yang ingin upgrade diri dan ilmu sambil membantu mengurangkan beban suami menanggung kos sara hidup keluarga di zaman ekonomi Malaysia yang semakin meningkat dan menghimpit kemampuan dalam perbelanjaan seharian.

Alhamdulillah, walau pun target bulanan belum melepasi sasarannya, namun target pecah telur setiap bulan itu pasti. InsyaAllah dengan izin-NYA. Azam ku untuk Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) pada tahun ini sama sahaja seperti bulan-bulan sebelum ini untuk terus membantu suri rumah, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik atau sesiapa sahaja di luar sana yang mahu upgrade diri dan belajar memulakan bisnes secara alam maya (online) dengan menggunakan medium percuma seperti blog sebagai medium perkongsian dan pengiklanan produk jualan.

InsyaAllah, dengan kesungguhan, usaha yang tak pernah putus dan keyakinan yang ada, permulaan bisnes tanpa modal melalui belajar bina kedai online bersama ABDR pasti akan membuahkan hasil. Kedai online yang dihasilkan juga akan mudah dijejaki melalui carian google di internet. Tak percaya? Inilah buktinya:

Jun 2015

=

Memulakan langkah pertama bersama keluarga besar ABDR
Julai 2015

=

3 minggu pertama bersama ABDR mendapat tempahan upah bina blog dan FB page
Ogos 2015

=

Misi memperkenalkan ABDR diteruskan sambil  mengorek idea-idea baru daripada sahabat-sahabat senior ABDR
September 2015



=



Memperkenalkan seorang protege baru ABDR iaitu;-
1. Rosniwati Jamaludin
http://rosniwatijamaluddin.blogspot.my
- Blog Mula Bisnes Penulisan (04092015)
Oktober 2015











=











Memperkenalkan 2 protege baru ABDR iaitu;-
1. Cik Che Faizah Che Yusoff
http://faizahyusoff.blogspot.my
- Blog Mula Bisnes Penulisan (07102015)
2. Puan Zahilah Salleh
http://zahilahsalleh.blogspot.my
- Blog Mula Bisnes Penulisan (20102015)
Menerima tempahan Ebook
-  Yeah! Mama Sudah 'Resign'  (09102015)
Menerima reward daripada Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad
November 2015



=



Memperkenalkan seorang protege baru ABDR iaitu;-
1. Puan Raja Nor Soraya
http://rajanorsorayarajaazmi.blogspot.my
- Kelas Blog Bisnes Penulisan (09112015)
Disember 2015











=











Menerima 5 tempahan buku Bertanya Allah Dahulu (BAD)
Memperkenalkan 2 protege baru ABDR iaitu;-
1. Puan Fauziah Mahmod
http://fauziahmahmod.blogspot.my
- Kelas Blog Bisnes Penulisan (01122015)
2. Puan Neng Narashimah Binti Jaafar
http://nengnarashimahjaafar.blogspot.my
- Kelas Blog Bisnes Penulisan (05122015)
Menerima reward daripada Guru Online ABDR, Puan Anys Idayu Zakaria


Eh! Eh! Baru ku perasanlah. Tak sangka rupanya sudah genap 6 bulan aku bersama keluarga besar ABDR. 6 bulan itu seperti sudah 6 tahun berada dalam akademi. Masa yang begitu singkat ku rasakan seperti telah lama mengenali mereka. Ya, merekalah sahabat-sahabat ku di ABDR. Keakraban kami di alam maya membuatkan rasa itu  seperti kami berada sangat dekat. Banyak pengalaman hidup, idea-idea blog, semangat dan motivasi kami kongsikan bersama sebagai teladan dan amalan bersama.

Justeru itu, aku berazam untuk berkongsi dengan lebih ramai lagi suri di luar sana  dan kepada mereka yang ingin perubahan. 50 orang bertuah pertama yang ingin aku kenalkan dalam keluarga besar ABDR dan seterusnya berkongsi segala pengalaman, ilmu, motivasi diri dan idea-idea bisnes melalui blog.

Sahabat-sahabat ku di luar sana, mohon doa kalian ya agar cepat dimakbulkan impian, usaha dan kerja keras kami di ABDR. Amiin.

Sebelum menutup tirai luahan ku entri kali ini, satu lagi berita gembira ku terima melalui wassap sewaktu sedang kusyuk menaip entri ini. Nak tahu apa dia? Tadaaaa...





Inilah dia wassap daripada Cikgu Anys Idayu Zakaria. Tengah-tengah malam buta nak bagi hadiah. Siapa tak gembira, kan? Maunya tak gembira? Nak melompat pun ada nasib baiklah dah tengah malam buta. Target tak sampai pun masih berpeluang terpilih menerima hadiah sebagai pembakar semangat. Maunya tak bersemangat, kerja dari rumah je pun tapi dapat juga hasilkan pendapatan sendiri. Alhamdulillah, atas segala nikmat dan rezeki yang Engkau berikan ya Allah.


Semoga perkongsian malam ini memberi manfaat buat kalian di luar sana dan dapat mencetuskan idea-idea baru untuk bermula bersama Akademi Bekerja Di Rumah. InsyaAllah. 


Tuesday, 5 January 2016

Ketika Kenangan Tersimpan Rapi Dalam Almari Minda, Selamat Hari Lahir Rieya.


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan usia selangkah lagi untuk bernafas di bumi ciptaan-NYA. Menurut kalendar Masihi, hari ini adalah 5 hari bulan Januari 2016 bertepatan dengan ulang tahun kelahiran ku yang ke-34. Uhhmmm... Sungguh tak terhitung hari-hari berlalu dengan begitu pantas dan hari ini genaplah usia 34 tahun menikmati segala bentuk cobaan, dugaan dan rezeki kurniaan pencipta-NYA.

Lahir hanya sekali dalam sehari sepanjang hayat. Namun, ucapan selamat hari lahir dan doa dari keluarga dan sahabat-sahabat ku mengalir begitu deras membanjiri ruang inbox FB, Telegram dan WhatsApp ku. Ada juga segelintir sahabat-sahabat ku yang mendoakan dan mengucapkan selamat ulang tahun sehari lebih awal. Oh! Betapa terharunya aku pada kalian semua. Menitis air mata jernih di pipi ku tanpa ku sedari. Sesungguhnya kalian adalah sahabat terhebat ku yang bisa membuatkan aku penuh beremosi. Terima kasih sabahat.

Ya Allah, sungguh sebak dan terharu rasanya. Sebahagian ucapan-ucapan dan doa-doa itu mengugurkan air mata jernih ini tanpa dapat ku tahan. Sujud syukur ku kepada-Mu kerana kau temukan aku dengan insan-insan yang sentiasa ada bila aku dalam suka dan duka. Mereka keluarga dan sahabat yang tak pernah jemu menyuntik kata-kata semangat untuk aku terus mengorak langkah ke hadapan.

Ya! Inilah dunia yang memang biasanya menjadi indah dan adakalanya lebih indah dari apa yang kita bayangkan disaat kita meraihkan hari kelahiran setiap tahun. Semua memberikan kata-kata indah dan penuh makna. Dan dengan itu, hari ini membuatkan hari ku lebih bermakna sehingga sukar untuk aku luahkan.

Demi menghargai ingatan kalian terhadap hari bahagia ku menikmati usia 34 tahun pada hari ini, ku kumpulkan ucapan-ucapan dan doa-doa indah dari kalian semua. Maaf andai ada yang tidak sempat ku titipkan diruangan ini.

















Part #5: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan. 

5 - Bagaimana Mencipta & Melancarkan Produk 6 Angka Bisnes Anda

Ramai usahawan yang terbakar duit dalam menghasilkan produk bisnes mereka tetapi akhirnya tak laku di pasaran. Kadang-kadang masalah adalah produk yang syok sendiri dan kadang-kadang masalahnya produk sudah bagus tetapi jenama dan sistem produk launching pula lemah. 


Dibongkarkan kepada anda bagaimana menduga pasaran dengan idea produk anda. Ketahui bagaimana mencipta demand sebelum produk anda keluar ke pasaran. Pelajari juga sebiji-sebiji sistem melancarkan produk dan bisnes anda ( V-B-LG-A-LL-C-D ) ke pasaran dan sekaligus anda boleh menjana jualan 6 angka dalam bulan pertama. Ketahui cara mencari dan mecipta USP produk dan bisnes anda jadi pelanggan tahu mengapa mereka perlukan produk anda.

Disertakan case study sekali bagaimana saya mengubah dari produk tak laku di kampung kepada produk yang laku keras!


Monday, 4 January 2016

Part#4: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google

Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan. 


4 - Kuasai Kira-kira Bisnes Yang Penting

Kesemua ilmu kira-kira bisnes yang anda perlu tahu akan didedahkan di dalam bahagian ini. Dari ilmu kira-kira bajet, ROI hinggalah ke Forecast. Ramai yang mulakan bisnes tanpa tahu angka-angka wajib bisnes mereka kerana meraka tidak tahu bagaimana nak membuat kira-kira bisnes mereka. Saya pun dahulu macam itu.


Dengan ilmu kira-kira ini anda boleh tahu berapakah jualan yang perlu anda hasilkan agar bisnes anda terus kekal dan tidak rugi - OPM/TPM. Dengan ilmu kira-kira ini juga anda boleh ramalkan jualan yang boleh anda sentuh. Berniaga tanpa ilmu kira-kira bisnes umpama berniaga gaya ilham yang mana anda tidak tahu apa sebenarnya yang perlu diketahui dengan prestasi bisnes anda melainkan main agak-agak sahaja. Ingatkan untung rupanya rugi. Salah satu bisnes saya pernah buat sehingga RM400,000 setahun tetapi sebenarnya rugi RM7,000 setiap bulan - Akibat tak tahu kira-kira bisnes! Jadi kuasai ilmu kira-kira bisnes ini maka insyaAllah bisnes anda akan kekal dan selamat.

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular