Wednesday 6 January 2016

Part #6: Belajar 12 Masterpiece Seni Bisnes Start-Up



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Haryzat Zulzahary, Penulis Genre & Modul-Modul Keusahawanan & Pelaburan.


6 - Marketing Mastery & Lead Generation

Ketahui teknik-teknik pemasaran yang berkesan dalam membawa pelanggan dan prospek kepada bisnes anda. Belajar teknik 'membina tawaran yang berpengaruh' kepada pelanggan. Psikologi manusia adalah kunci kepada pembelian samada ianya melalui online, bersemuka, direct respon ataupun telefon. Dapatkan 'suara' sebenar bagi menerangkan nilai produk anda kepada pelanggan yang laparkan akan hasil produk anda menggunakan teknik 'Picu Pengaruh'. Pelajari 12 rusuk cara menulis ayat jualan & iklan yang convert jadi pelanggan akan lebih mudah membeli produk anda. 




Didedahkan teknik pemasaran Online daripada membina laman web yang menjual sehinggalah kepada pemasaran emel yang berkuasa. Pelajari bagaimana menukar bukan sahaja 5% pengunjung laman malah sehingga 40% pengunjung laman web kepada pelanggan anda. Dapatkan trafik daripada Google dan Facebook. Ketahui bagaimana hendak optimasikan trafik daripada kedua-dua sumber ini dan tahu bila mahu gunakan Google dan bila mahu gunakan Facebook ataupun guna Market Place

Anda juga boleh pelajari bagaimana membina lead databse melalui Lead Generation jadi anda boleh 'ikut' pelanggan anda lebih lama dan memindahkan duit dari poket mereka berkali-kali. Tidak ketinggalan juga ilmu marketing terkini seperti Content Marketing.

No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular