Teks: Nasriah
Abdullah
Foto: Koleksi
ABDR
Sumber : EBook
Yeah! Mama Sudah 'Resign'
Tips Bisnes
online J.
Soalan 11: Kadangkala saya
sangat kecewa dengan pelbagai kerenah pelanggan. Apabila membuat promosi dan
pemasaran, ada pelanggan yang suka bertanya pada masa yang kurang sesuai, ada
juga apabila kita membuat penerangan pelanggan diam sahaja tidak ada respon.
Bagaimanakah cara untuk kita tahu pelanggan suka dan
bersetuju membuat pembelian?
Selepas kita
mengenalpasti sasaran pelanggan iaitu prospek/bakal pembeli sangat penting
untuk kita menguasai cara memberikan keyakinan mereka. Kita letak diri sebagai
pembeli, apakah pembeli mahukan selepas mereka ini mempunyai kuasa wang dan
kuasa beli. Sudah tentunya usahawan perlu mengambil berat berkaitan khidmat
pelanggan.
Maksudnya khidmat
pelanggan adalah salah satu perkara penting sama ada ketika berurusan dan juga
selepas jualan. Ini mampu mengekalkan pelanggan sedia ada, untuk membuat
pembelian berulangkali, berbanding sentiasa mencari pelanggan baru yang hanya
membeli sekali. Berikut panduan meningkatkan keyakinan pelanggan untuk yakin
membeli secara online.
Gunakan bahasa
yang baik. Pelanggan berhak menerima bahasa dan layanan yang baik. Ini memberi
gambaran usahawan yang berhemah. Menggunakan bahasa yang sopan ketika melayan
pelanggan. Pilih bahasa atau perkataan yang sesuai dalam komunikasi dua hala
sama ada melalui mesej atau panggilan telefon. Pelanggan gembira apabila
diraikan dengan bahasa sopan. Ini menjadikan pelanggan dihargai dan mereka
lebih mudah membeli.
Baca 21 soal dan jawab dalam naskah ini.
Ebook bonus
pendaftaran ke kelas online blog ABDR
No comments:
Post a Comment