Teks: Nasriah
Abdullah
Foto: Nasriah
Abdullah
Bagi yang belum
pernah mendengar atau melihat buku BKAK, inilah rupa buku berjudul Bersama Kesusahan Ada Kesenangan ini.
Dan ramai yang
bertanya. BKAK? Buku tentang apa tu. Jadi, dalam entri ni saya nak tulis
sedikit sinopsis tentang buku ini. Sinopsis ini ditulis sendiri oleh penulisnya
iaitu Puan Era Adlina A. Kadir, anak
didik Ustaz Fathuri juga.
Penulis dihujani
dengan kesusahan yang datang silih berganti semenjak berhenti kerja. Segala
usaha tidak menjadi. Fikiran semakin kusut. Apakah yang sedang Allah aturkan?
Persoalan yang tiada jawapan ketika itu membuatkan penulis semakin cemas dan
tiada harapan.
Namun di sisi
Allah, kesusahan itu berperanan demi untuk kesenangan. Sungguh! Apa jua bentuk
ujian kesusahan, kesulitan, kesedihan, tekanan perasaan yang manusia lalui itu
sebenarnya tidak akan kekal.
Keadaan itu pasti
akan berubah. Kerana sesungguhnya janji Allah itu pasti benar bahawa
"Bersama kesusahan Ada Kesenangan". Inilah yang penulis mahu
kongsikan sebagaimana Firman-Nya:
"Maka
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan
ada kemudahan." (Al-Insyirah : ayat 5-6)
Dalam buku “Bersama Kesusahan Ada Kesenangan” ini ada
berkongsi tentang bagaimana membina keyakinan dan kefahaman bahawa Bersama
kesusahan itu ada nikmat kesenangan yang Allah janjikan.
Ada formula yang
dikongsikan dalam buku BKAK ini. Insya-Allah.
Ayuh dapatkan
senaskhah buku yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis, dan
dinukilkan dari hati khas untuk semua pembacanya.
Dapatkan Buku BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN
Hanya RM25 senaskah Semenjung dan RM30 Sabah & Sarawak
Hanya RM25 senaskah Semenjung dan RM30 Sabah & Sarawak
Untuk yang minat dropship
juga dialu-alukan
No comments:
Post a Comment