Monday, 7 May 2018

Braniqo: Tempahan Kambing Golek Faqih


Teks: Nasriah Abdullah
Video:  Ana Masyhur


Aku bukan pemakan kambing. Apa-apa saja menu berasaskan kambing, aku nda akan teliur. Ko bagi free pun aku say TQ saja dan ku sedekahkan ko semanis kurma punya senyuman J

Tapi aku tabek spring sama ni anak (sila tonton video arrr). Baru berusia 12 tahun sudah mahir membantu ayahnya dalam bisnes kambing golek. Jarang sungguh di zaman ini ada kanak-kanak sebaya Faqih yang mahu buat kerja-kerja tanpa gajet.

Teruskan usaha Faqih. Mana tau kau lagi hebat dari bapak mu naaak. Hahaha...(abis laaa...memanaslah bapak nya ni...)

Bah! Kamurang yang sememangnya peminat tegar kambing golek , boleh roger kawan ku Ana Masyhur.


Harga? Jan kamu tanya aku, sila direct dengan tuan tokei kambing Braniqo. Bilangnya boleh runding juga tu bosku. Untuk majlis akikah, kenduri kawen, majlis hari jadi ada..apa lagi untuk kenduri doa selamat sambut ramadhan pun ada. Runding sampai jadi bilang kawan ku Jaya Bin Parakkasi

Kawan-kawan ku yang lain ni Wan Raizah Matsah PuanTapai iz'Yanie Pfie Fadzillah Saidin peminat tegar kambing. Pun begitu nda mampu robohkan nafsu ku untuk makan kambing. Hahaha huntong la korang kurang korum berebut makan kambing macam di Damansara hari tu.


Resepi Selera Adhwa: Nasi Goreng Telur Masin


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Hari ni hari terakhir semua parti #PRU  berkempan-sakan. Esok adalah hari yang dinanti-nantikan setelah 5 tahun berlalu. Di kesempatan ini, saja ku kongsikan resepi ringkas untuk bekalan korang sebelum buat barisan panjang esok hari.

Biarlah gambar nda cantik, asalkan perut ku dah kenyang!

Resepi ni ringkas saja. Bahan pun tak banyak. Yang penting masa korang masak nasi untuk dinner malam ni, nasi tu masak lebih sikit dari hari biasa. So esok subuh-subuh boleh buat sarapan untuk anak-anak dan suami sebeluam keluar mengundi.


Bahan-bahan:

Nasi putih
- Sukatan ikut berapa banyak lebihan nasi putih korang ada masa dinner semalam

Telur masin
- Suka hati korang nak letak berapa biji

Bawang merah
- Satu ulas dah cukup

Bawang putih
- 2-3 ulas pun ok. Kalau suka bawang putih, boleh letak lebih

Cili padi
- Kalau suka pedas letak la cili padi. Aku suka yang kaler hijau. Rasanya pedas-pedas manis. Hiris halus-halus je dan sedap di kunyah. Ni salah satu ejen penambah selera.

Minyak sayuran
- 2-3 sudu. Bergantung dengan kuantiti nasi putih yang korang nak goreng.

Garam
- Secubit cukup la.



Cara Memasak:

1.  Panaskan kuali. Masukan minyak sayuran. Guna api sederhana.

2. Tumbuk kasar bawang putih dan bawang merah. Guna lesung batu lagi bagus dari mesin pengisar. Jadi boleh bagi dengar dekat jiran sebla yang korang tengah masak.

3. Bila minyak dah sedikit panas, masukkan bahan yang di tumbuk tadi.



4. Sementara menunggu bawang-bawang tu naik bau yang harum semerbak baiklah kau lenyek sampai lumat tu telur masin. Guna sudu boleh. Mau guna lesung batu pun boleh. Lagi digalakkan.

5. Setelah bebawang tu kuning keemasan, cepat-cepat kau masukkan telur masin yang siap dilenyek tadi. Gaul hingga sebati dan pastikan guna api sederhana supaya tak cepat hangus.


6. Masukkan nasi putih. Gaul hingga tiada lagi ketulan. Maksudnya hingga sebatilah campuran antara bebawang, telur masin lenyek dan nasi putih.

7. Bila dah hampir nak masak, masukkan secubit garam. Jangan letak lebih nanti nasi goreng korang telajak masin.

8. Sebelum hidang nasi goreng telur masin tu, cili padi hijau yang sudah di hiris halus-halus tadi korang tabur saja atas nasi dan gaul sebati.

9. Tadaaaaa. Nasi Goreng Telur Masin mengikut Selera Resepi Adhwa siap untuk di hidang.



So, bolehlah korang masukkan siap-siap dalam tupperware untuk bekalan buang undi.

Jika korang rasa resepi ni mudah nak masak dan pembuka selera yang tak tau nak makan apa, baiklah korang share dengan kengkawan yang lain. Manalah tau boleh tolong bangkitkan selera mereka yang tak berselera nak makan apa. Tu kira satu ibadah juga kan? Hihihi...


Moga bermanfaat. 


Melaka: Tempahan Upah Buat Page


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah 

Di sana sibuk kempen #PRU.
Di sini sibuk #KempenCariDuit.
Di sana sibuk baris panjang-panjang tunggu "turn Q" buang undi.
Di sini duduk rileks tunggu #DuitMasuk.
Pilihan di tangan masing-masing.
Mau baris panjang-panjang atau mau duduk rileks?
Sebenarnya ni dua cerita tiada kaitan.
Tiada siapa boleh paksa.
Sendiri punya hal.

Dari kau pening kepala memikir kerja yang nda akan ada habisnya, baiklah tolong mereka yang memerlukan. Kawan kita ni dari Melaka. Anak muda yang mengusahakan bisnes kereta sewa.

Dari blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri kami bertemu. Terus bersapa di media sosial talian wasap. Indahnya jalinan silaturrahim tercipta.  Dalam sibuk-sibuk mereka berkempen PRU, kami sibuk membicarakan soal bisnes. Dua situasi yang berbeza, jadi sila jangan kaitkan. Hahaha...


Mahu Upah Buat Page?

InsyaAllah. Saya akan bantu sebaik mungkin. Kos upah yang sangat murah dan dijamin berbaloi.

Apa yang akan anda dapat:-

1. Bina FB Page yang baru

2. Design Cover Banner

3. Bantuan dapatkan LIKE minima 50

4. Bantuan LIKE daripada 4k+ friend list FB saya

5. Bantuan iklan dan promo di personal FB saya Nasriah Abdullah dan beberapa page saya di Akademi Bekerja Di Rumah Sabah Menjana Pendapatan Hanya Dari Rumah Cahaya Nur Adhwa

6. Bantuan LIKE di kalangan grup bisnes wasap yang saya ada (50+ grup bisnes)

7. Bantuan iklan dan promo LINK FB Page anda akan bertapak di blog saya Suri Rumah Berpendapatan Sendiri selamanya TANPA FEE (bernilai RM150)

8.  Bantuan 1 copywritting (story page) di FB Page anda (simple copywritting)


Kalau dihitung-hitung, bagi saya servis yang ditawarkan sangatlah murah. Jika anda rasakan ianya mahal, anda boleh cari saja orang lain yang lebih master dari saya.

Ilmu dan kemahiran ini seperti satu kebajikan untuk saya bantu anda yang baru hendak bermula kerana saya juga pernah seperti anda. Apa yang anda lalui sekarang, saya juga pernah alami.

Anda mahukan lebih dari apa yang saya tawarkan, mungkin servis ini tidak sesuai untuk anda J


Jangan fikir panjang! Berminat mengupah saya bina FB Page (kedai fb) anda?

Apa mahu malu? Apa mau segan? Mari kita chit-chat...


Wasap sekarang!




Thursday, 26 April 2018

5 Tips Pemasaran Guna Personal FB.


Let's Inspire.
==========

1. Tukar setting PRIVACY post jadi PUBLIC, bukannya Friends atau Only me. Kecuali kalau kau memang nda mau ramai orang baca. J

2. Bila ada orang komen status kita, terus LIKE komen itu. Reply komen sekiranya perlu. Ini sebagai makluman bahawa kita baca dan suka dengan komen mereka. Boleh bah kan? J

3. Jangan jadi SILENT READER. Bila jumpa status yang baik dan menarik, terus LIKE dan sesekali tinggalkan KOMENJ

4. Rajinkan diri buat SITE VISIT ke timeline orang lain dan komen status dorang. Kalau nda tahu mau komen apa, komen emoticon pun ok. Paling kurang pun belanja Like. Sehari dapat ziarah timeline 5 rakan FB pun kira ok sudah dah. 


5. Tulis status dan komen guna EJAAN PENUH. Bila kita permudahkan urusan orang lain, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita. Belajar jangan jadi pemalas. J







Sunday, 15 April 2018

Rieya, You Can Do It!


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Hidup ini umpama pelangi. Pelbagai warna. Ada warna digemari. Ada warna setakat suka-suka. Ada warna langsung dibenci. Begitulah juga hidup kita.

Kadang, bila kita disukai dan diperlukan, mereka pasti mencanang kitalah yang terbaik dan hebat sebagai pelakar pelangi indah. Apa saja idea kita taburi, pasti disokong tegar.

Namun, sebaliknya jika kita tidak lagi punya kepentingan pada mereka. Sebelum sempat berkata sepatah dua, sudah disimbah dengan kata-kata fitnah menyengat.

Apa saja tindakan dan perbuatan yang dipamer pasti tak kena di hati mereka yang punya rasa dengki dan sering tak puas hati. Begitulah lakaran dan kitaran hidup kita.

Kita? Apa perlu kita buat?

Bagi ku, hindarkan bau-bauan bangkai. Tanamkan saja bersama sampah-sampah yang tak dapat dikitar semula. Biar mereput bersama arus masa.

Kita? Teruskan hidup. Teruskan matlamat. Ada impian perlu di gapai tanpa kehadiran mereka. Melangkah tanpa henti hingga terhasil apa diimpi.

Moga terus kuat dan kreatif dalam melakar pelangi indah dan menabur bakti pada yang memerlukan.


Rieya
You Can Do It!

Saturday, 10 March 2018

Kuih Keria Gula Merah Dan Pulut Hitam Ayam Masak Lengkuas Jenama Adhwa


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Gandingan mantap! Pulut hitam ayam lengkuas. Kuih Keria Gula Merah. Istimewa khas buat customer #CahayaNurAdhwa.



Jom serbu booth #TeamSapuHabis FaDh-eMa Lan Rafidah Ahmad Momoy Amoy Lina Lina sekarang! Stok nda banyak ya. Yang lain sudah kena borong awal.

Siapa lambat kompom la melepas.

Macam-macam lagi jenis makanan ada di booth kami. Kamu mau apa?
Kek lapis pelbagai rasa? Ya ada, takut bulau jak mata kamu memilih.

Popia Mini Serunding Udang? Ada saja bah kalau kau cuma kalau ko lambat datang kompom la nda ampit bah!

Bah! Jumpa kamurang di centre point ya. Datang sekarang tau!!!

Pulut Hitam Ayam Masak Lengkuas. RM5 sahaja satu tapau. 

Kuih Keria Gula Merah. RM4 sahaja satu tapau.

Kuih Keria Gula Merah.
Produk terlajak laris tiap kali berbooth di mana-mana expo.





Tuesday, 20 February 2018

Pes Ayam Masak Lengkuas Jenama Adhwa



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Alhamdulillah. Setelah 4 hari di uji dengan sedikit kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, akhirnya hari ini sudah mula kembali menjalani rutin harian walau tidak seaktif hari-hari sebelumnya.


Tempahan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa memberi sedikit keceriaan dan sumber tenaga buat ku. Walau masih kurang bermaya, tetap gigih melayan pertanyaan daripada pelanggan setia produk-produk syarikat Cahaya Nur Adhwa di bawah jenama Adhwa.


Lagi bertambah semangat bila beberapa pelangan baru bertanya tentang cara memasak Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa.

Tidak kurang juga seronoknya apabila pelanggan berkongsi gambar kejayaan pertama mereka memasak menggunakan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa.

Terima kasih buat semua pelanggan syarikat Cahaya Nur Adhwa kerana sentiasa menyokong, membeli, memilih dan menggunakan produk jenama Adhwa.

Kepada anda di luar sana yang teringin mencuba memasak menggunakan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa, boleh hubungi Rieya di talian +60 16-817 8716.

Harga sangat murah dan berbaloi. Cuma RM11 sahaja. Berat 200 gram. Cukup untuk memasak ayam seberat 500 gram ke 1,000 gram (1kg). Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat kos. Mudah digunakan. Cepat menu ayam masak lengkuas tu dihabiskan. Anak-anak suka, suami lagi suka.

Nak minta ajar cara memasak yang ringkas, santai dan sempoi menggunakan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa pun boleh.

Jangan lupa wasap atau telefon Rieya +60 16-817 8716.

Sebelum tu jom kita intai sama-sama mereka yang baru dan telah berulang kali buat tempahan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa.

 

 


 











Braniqo: Tempahan Kambing Golek Faqih

Teks: Nasriah Abdullah Video:    Ana Masyhur Aku bukan pemakan kambing. Apa-apa saja menu berasaskan kambing, aku nda akan teli...

Post Paling Popular