Showing posts with label Bebas Hutang Dengan Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bebas Hutang Dengan Bisnes. Show all posts

Wednesday, 28 December 2016

Buat Fan Page Di FB Personal


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Idea menulis kini kembali. Alhamdulillah. Sebenarnya hari ni saya mahu berkongsi tentang fesbuk page bisnes di fesbuk personal.

Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa 'Fan Page' merupakan salah satu medium pemasaran percuma yang disediakan oleh fesbuk. Ianya sangat penting bagi memasarkan apa jua jenis produk dan perkhidmatan.

Jika sekiranya anda salah seorang peniaga online yang menggunakan fesbuk personal sebagai medium pemasaran tetapi tidak mempunyai fesbuk page bisnes, anda sudah anggap ketinggalan. Ini kerana zaman teknologi sekarang semakin pantas dan cepat berlalu. Anda juga kena berubah mengikut arus zaman moden dunia teknologi.

Medium pemasaran fesbuk page bisnes marupakan salah satu pilihan yang tepat. Ini kerana ianya sangat mudah di bina (jika punya ilmu) dan senang bergerak secara viral.

Selain itu, perkhidmatan buat fan page juga boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan dari rumah. Apa yang penting, perkara asas yang wajib ada ialah kemahiran membina fesbuk page, komputer dan talian internet. Jika anda mahir desain banner itu satu bonus untuk tentukan harga perkhidmatan yang bakal anda tawarkan.

Hah! Saya bebel panjang-panjang ni ada yang faham ke? Kepada pembaca yang nak buat tempahan fesbuk page bisnes dengan saya, boleh hubungi nombor ini 0168178716.

Kalau nak belajar cara-cara membina fesbuk page bisnes juga boleh. Yuran sangat berbaloi. Belajar sampai pandai. InsyaAllah, saya akan ajar anda sehingga mahir membina fesbuk page sendiri. Bila sudah mahir nanti bolehlah jana pendapatan sendiri pula. Betul tak?

Tempahan Fesbuk Page Bisnes Penapis Air Dan udara Coway

Tempahan fesbuk page bisnes Penapis Air dan Udara Coway ni oleh Puan Dayang Fauziah Kadir. Kalau ada yang berminat nak buat pemasangan bolehlah hubungi beliau di talian yang tertera di cover banner ya atau boleh saja jenguk-jenguk fesbuk page beliau, Penapis Air dan Udara Coway. Orangnya ramah tau. Servis juga tip top. Tak percaya? Cubalah hubungi Puan Dayang Fauziah Kadir.

Moga bermanfaat ya. Boleh kongsi post ini di fesbuk kalian untuk kegunaan pembaca yang lain.


Terima Kasih.

Upah Buat Fan Page Bisnes



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Alhamdulillah. Dengan rasminya hari ini, tempahan fesbuk page bisnes oleh Tuan Mahmud Manti telah sempurna disiapkan. Kini 'Fan Page' tersebut sudah boleh digunakan untuk beriklan sepenuhnya.

Fan Page Agen Proton Sabah

Terima kasih buat Tuan Mahmud Manti kerana sudi menggunakan khidmat servis 'upah buat fanpage' dari saya. Terima kasih atas kepercayaan yang di berikan.

Tentu ramai yang tertanya siapa Tuan Mahmud Manti? Bagaimana beliau mengenali saya? Dari mana beliau tahu tentang khidmat servis 'upah buat fan page' ni?

Mudah saja. Ceritanya macam ni. Tuan Mahmud Manti adalah seorang agen kereta proton yang berada di daerah Tawau, Sabah. Beliau ingin membuat fesbuk page bisnes tetapi kurang mahir. Tanpa membuang masa, beliau membuat carian google di internet berkenaan 'upah buat fan page'. Cari punya cari, terjumpalah maklumat 'upah buat fan page' di blog Suri RumahBerpendapatan Sendiri.

Seingat saya, entri itu di tulis pada 26 Jun 2015 (Jumaat). Sudah setahun enam bulan lebih di tulis. Terkejut juga pada mulanya bila beliau bertanya tentang 'upah buat fanpage' ni. Belum pun sempat bertanya dari mana beliau dapat maklumat tentang 'upah buat fan page', beliau maklumkan bahawa terjumpa di blog saya semasa membuat carian google.

Jumpa Blog Di Google

Selepas itu, saya semak semula rating entri tersebut. Alhamdulillah. Entri blog 'upah buat fan page', sudah berada disenarai tangga ke tiga carian google.

Syukur pada Ilahi, Allah telah gerakkan hatinya untuk menghubungi saya. Tanpa banyak soal, beliau bersetuju mengupah saya untuk membina fesbuk page bisnes  iaitu Agen Proton Sabah.

Kepada kengkawan yang mahu tukar kereta baru boleh berhubung dengan beliau. Harga boleh runding dan yang pastinya servis tip top ya. Tidak percaya? Hubungi saja beliau untuk maklumat lanjut. 


Cover Banner Agen Proton Sabah
Cover Banner ni suami yang tolong design. Lawa tak? Kalau nak buat tempahan cover banner macam ni boleh hubungi saya sekali. Hihihi... Harga murah jer. 

Ok tak mau cerita panjang lagi daaa. Kepada rakan pembaca blog Suri RumahBerpendapatan Sendiri yang ingin membuat tempahan , boleh hubungi saya di talian 0168178716. InsyaAllah harga dan khidmat servis 'upah buat fan page' terbaik buat kalian. Itu jaminan saya.



Tuesday, 7 July 2015

Panduan Penggunaan Zikir Asmaul-Husna Dalam Menghadapi Masalah-Masalah Kehidupan

Entri #29

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Cara Menggunakan Asmaul-Husna Untuk Selesaikan Hutang


Mungkin ada diantara kita mempunyai masalah hutang yang belum/sukar diselesaikan.

Moga ia membantu anda.


Zikir tiap satu 40x tiap lepas solat


Zikir nama di mulut


Zikir bicara hati dalam hati



Friday, 26 June 2015

Upah Buat Fan Page Dan Blog

Entri #18

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -



Alhamdulillah... Jumaat yang indah sempena Ramadhan ke-9...


Hari ni Allah SWT bagi rezeki deal dua bisnes iklan realiti tv. Lepas tu dapat pula bisnes upah buat fan page dan blog. Dua perkara ni memang dah pandai buat pun cuma tak pula pernah terpikir boleh buat duit. Bab design pla bagi kat suami sebab dia lagi terror bab design ni. 

Syukur alhamdulillah Allah SWT bagi jalan  pada WAHM macam saya ni. Tak rugi jadi full time WAHM. Lebih-lebih lagi jadi pelajar ABDR a.k.a Akademi Belajar Di Rumah. Semakin terasa indahnya berkerja dari rumah. Lebih bersyukur di temukan insan seperti Puan Anys Idazu Zakaria, sentiasa sabar melayan karenah saya dan tekun membimbing dalam penulisan blog. Jasa mu di kenang cikgu!

Berbalik kepada cerita tadi, sebenarnya sebelum ni memang dah ada kawan-kawan minta buat fan page untuk bisnes tapi tak berani nak ambil order. Maklumlah, time tu masih bekerja, full commitment suma saya bagi kat opis. 

Serba salah juga sebenarnya nak ambil. Nak buatkan memanglah tak berapa susah sangat (tak susah bagi yang dah mahir) tapi cerewet dan leceh kerjanya, betul tak? Maklumlah, bukan setakat nak nak menaip, ubah-ubah format font kira kanan atas bawah terus siap. 

Banyak nak kena pikir. Kena buat analisis juga. Kena fikir konsep yang sesuai untuk bisnes dia. Kena design cover pula. Oh! Customer tu nak buat fan page, blog nanti dulu katanya coz nak buat entri tu tak ada masa. 

Buat survey kat internet, macam-macam harga ada. Dari RM100 sampailah RM600. Sebenarnya teringat suatu ketika dahulu sebelum mula nak berbisnes. Offer paling murah buat fan pages RM300. Maik ai...tebeliak biji mata saya. Mana nak cari duit banyak tu? So dari sana saya belajar dan usaha sendiri macam nak nak buat fan pages. Tak kan nak tabur duit jer kat orang lain kan? Better belajar sendiri lepas tu boleh buat duit. Dapat juga merasa hasil titik peluh dari usaha sendiri. Setuju tak? Sempat juga saya laburkan duit RM300 beli CD semata-mata nak belajar buat fan page. 

Alhamdulillah, CD dapat, ilmu pun dapat. Tak rugi laburkan duit RM300 tu untuk masa depan sendiri. Agaknya kalau time tu main bagi upah kat orang jer buat, dah tentu sampai hari ni tak reti nak buat fan page. Ye tak?

Jadi upah buat fan pages dari customer tu RM150 jer termasuk design 2 cover page. Murah tak? Itu pun sebenarnya masih tertanya-tanya, ok ke harga yang ditawarkan? Takkah terlalu mahal atau pun terlalu murah? Create fan pages tak lah rumit mana pun bagi yang dah tahu buat, semuanya percuma. Itu pun kalau tahu. Kesimpulannya KALAU TAHAU a.k.a KALAU PANDAI BUAT.



Bagi tak tak berapa nak pandai buat tu rasanya RM150 tu da kira murah agaknya. Rasanyalah kot... Hehehe



Create fan pages ni mudah jer cuma nak design cover page tu kena kira kadar kekreatifan juga. Nak kena perah otak juga. Macam-macam idea nak kena korek.


Lagi satu register facebook pun free tapi tak sesuailah kalau pakai facebook semata, kenalah buat facebook pages barulah mantap. Bila guna facebook pages, kenalah kreatif. Kena perah otak lagi. 

4-7 hari punya kerja ni, upah RM150... Wah! Ini dah kira murah...








Wednesday, 24 June 2015

Program Menjana Pendapatan 'Extra' Hanya Dari Rumah

Entri #15


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah



Bekerja Hanya Dari Rumah

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua...

Alhamdulillah...sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa. Hari ni saya nak kongsikan kisah sebenar tentang cara-cara mendapatkan pendapatan sendiri walau hanya bergelar suri rurah sepenuh masa tanpa mengeluarkan sebarang modal dan yang pasti akan memberi kepuasan dan keuntungan.

Seringkali kita mendengar bahawa ramai penjawat awam mahupun swasta mengeluh dan berputus asa untuk mencari pekerjaan sampingan di media online, apatah lagi suri rumah seperti anda dan saya. Perasaan ini berpunca daripada tumbuhnya bak cendawan program-program yang berunsur SCAM mahupun menjual produk yang akhirnya membuatkan kita mengalami kerugian dari segi modal dan masa. Namun, hasilnya 'zero'! 

Di sini saya ingin berkongsi satu peluang di mana anda sebagai suri rumah sepenuh masa juga mampu menjana pendapatan sendiri tanpa modal hanya dengan bekerja dari rumah sambil menjaga anak-anak di rumah. Seronok tak? Hah! tentu anda tak sabar apa program yang menarik tu, kan? 



Sistem Pengiklanan LED TV

Pernah dengar IRTV tak? Apa itu IRTV? IRTV adalah Iklan Realiti TV yang berkonsepkan periklanan mampu milik. Di samping mengiklankan perniagaan, kita akan menjana pendapatan tambahan bersama IRTV network. Sistem pengiklanan ini merupakan satu sistem yang paling murah di Malaysia. Formula Iklan Realiti TV ini dicipta sepenuhnya oleh pengasas Syarikat EMS, iaitu Dato' Mohd Fadli Fathullah, Pengarah merangkap presiden IRTV Group dan En. Arapah Bin A.Patiroi, Pengarah kedua yang bertapak di Kota Kinabalu, Sabah. 


Kenapa ianya begitu murah? Tak laku di pasarankah? Oh! Tidak... itu semua andaian yang salah. Dengan adanya sistem pengiklanan yang murah ini, maka dapatlah memberi sedikit ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga IKS, peniaga online, dropship dan sebagainya untuk memasarkan produk dan perkhidmatan perniagaan mereka. Anda sebagai suri rumah harus menyertai 'Program Menjana Pendapatan Extra Hanya Dari Rumah' ini. 

Sambutan 'Sistem Pengiklan LED TV' amat memberangsangkan dan sedang hangat dalam pembentukan ekonomi peniaga-peniaga IKS, peniaga online, dropship dan sebagainya. 'Hanphone' pun tak henti-henti berdering tau. Ramai yang berminat menyertai program ini, sampai naik kebas tangan saya menjawab panggilan telefon dan malayan wassap yang ingin turut serta dalam program hebat ini. Nasiblah dapat bantuan Ostematrix, Multivitamin Vita-Lea Iron formula dan Alfalfa Complex Shaklee sahur tadi. Terima kasih vitamin Shaklee, buatkan diriku kekal bertenaga hingga kini.



Bagaimana Hendak Bermula?

Bagaimana hendak bermula? Bagaimana hendak menyertai program ini? Antara soalan yang sering di ajukan kepada saya. Justeru, di sini saya tunjukkan serba sedikit langkah-langkah mudah dalam menjana Program Menjana Pendapatan 'Extra' Hanya Dari Rumah.


Langkah 1: Sediakan Yuran Pendaftaran Ahli

Dalam setiap perniagaan anda perlu menyediakan modal permulaan tetapi dalam Program Menjana Pendapatan 'Extra' Hanya Dari Rumah ini modal tidak diperlukan. Anda hanya WAJIB menyedikakan RM100 untuk mendaftar sebagai ahli IRTV.

Yuran Pendaftaran Ahli Hanya RM100 Sahaja

Langkah 2: Buka Akaun Bank

Sebelum bermula, anda perlukan akaun bank. Ini kerana bayaran BONUS akan di bayar terus ke akaun bank anda. Jika anda mempunyai mana-mana akaun bank, anda boleh terus ke langkah berikutnya.


Langkah 3: Daftar Sebagai Ahli IRTV

Jika anda sudah membuat keputusan untuk menjadi ahli berdaftar IRTV, anda hanya perlu membayar Yuran Pendaftaran Ahli sebanyak RM100 ke akaun bank yang akan saya berikan nanti. Sila wassap saya di talian 010-366 8516 (wassap sahaja).



Langkah 4: Sertakan Dokumen Dan Bukti Pembayaran

Setelah pembayaran dibuat, sila hantar BUKTI pembayaran/transaksi, salinan/gambar Kad Pengenalan (depan & belakang), nama dan nombor akaun bank,  melalui wassap saya di talian 010-366 8516 (wassap sahaja)

SMS dari nombor 63660 akan di hantar selepas pendaftaran telah berjaya di daftarkan.


Langkah 5: Pengiklanan

Apa yang akan anda dapat setelah SAH bergelar AHLI IRTV BERDAFTAR? Anda kena buat iklan. Ya, iklan! Anda akan diberitan 3 slot TV LED untuk mengiklankan perniagaan anda selama 1 bulan. Di samping itu, tiba masanya untuk anda berkongsi pada semua orang di luar sana mengenai program ini sambil mengiklankan produk dan perkhidmatan perniagaan anda sendiri.

Senang cerita, anda buat iklan sambil ajak kawan-kawan lain buat iklan dengan memasarkan atau mempromosikan perniagaan masing-masing. Anda boleh sebarkan progam ini secara offline mahupun online di Facebook, Instagram, Twitter, Email, Telegram, WhatsApps, WeeChat, Blog dan sebagainya. 


Langkah 6: Penajaan

Apabila ada individu yang berminat dan mereka akan mendaftar melalui anda. Mereka akan melalui proses yang sama seperti anda. Jika anda berjaya mendapat 1 tajaan, anda akan dibayar bonus sebayank 20%. Jika anda berjaya mendapat 5 tajaan, anda akan dibayar bonus sebanyak 100%. Ini bermakna duit RM100 sebagai yuran pendaftaran telah pun anda dapat semula.  Mudahkan? Semuanya dilakukan hanya dari rumah.

Bagaimana nak tahu tajaan anda telah berjaya di daftarkan? Sistem IRTV akan menghantar SMS untuk makluman anda.

Banyak sebenarnya nak kongsi cerita 'part' penajaan ni, tapi lagi elok kita berbicara di dalam talian atau bersua muka. 

Inginkan informasi lebih lanjut mengenai penajaan? Sudilah kiranya menghubungi saya melalui wassap di talian 010-366 8516 (wassap sahaja). atau 016-817 8716 (SMS & Call).



Suri Rumah Berpendapatan Sendiri 

Senangnya buat duit! Betulkah?  Biar gambar berbicara...




Bukti Komisen/Bonus Di Bayar Selepas 1 Minggu Sah Ahli IRTV Berdaftar


Bah! Apa tunggu lagi cepat-cepatlah daftar!



Hubungi Saya melalui mana-mana medium di bawah:-

WhatsApp Sahaja: +6010 366 8516

Call/SMS: +016 817 8716


FB Pages: Ummy.Adhwa

Email: pnnasriahabdullah@gmail.com




Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular