Wednesday 28 December 2016

Upah Buat Fan Page Bisnes



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Alhamdulillah. Dengan rasminya hari ini, tempahan fesbuk page bisnes oleh Tuan Mahmud Manti telah sempurna disiapkan. Kini 'Fan Page' tersebut sudah boleh digunakan untuk beriklan sepenuhnya.

Fan Page Agen Proton Sabah

Terima kasih buat Tuan Mahmud Manti kerana sudi menggunakan khidmat servis 'upah buat fanpage' dari saya. Terima kasih atas kepercayaan yang di berikan.

Tentu ramai yang tertanya siapa Tuan Mahmud Manti? Bagaimana beliau mengenali saya? Dari mana beliau tahu tentang khidmat servis 'upah buat fan page' ni?

Mudah saja. Ceritanya macam ni. Tuan Mahmud Manti adalah seorang agen kereta proton yang berada di daerah Tawau, Sabah. Beliau ingin membuat fesbuk page bisnes tetapi kurang mahir. Tanpa membuang masa, beliau membuat carian google di internet berkenaan 'upah buat fan page'. Cari punya cari, terjumpalah maklumat 'upah buat fan page' di blog Suri RumahBerpendapatan Sendiri.

Seingat saya, entri itu di tulis pada 26 Jun 2015 (Jumaat). Sudah setahun enam bulan lebih di tulis. Terkejut juga pada mulanya bila beliau bertanya tentang 'upah buat fanpage' ni. Belum pun sempat bertanya dari mana beliau dapat maklumat tentang 'upah buat fan page', beliau maklumkan bahawa terjumpa di blog saya semasa membuat carian google.

Jumpa Blog Di Google

Selepas itu, saya semak semula rating entri tersebut. Alhamdulillah. Entri blog 'upah buat fan page', sudah berada disenarai tangga ke tiga carian google.

Syukur pada Ilahi, Allah telah gerakkan hatinya untuk menghubungi saya. Tanpa banyak soal, beliau bersetuju mengupah saya untuk membina fesbuk page bisnes  iaitu Agen Proton Sabah.

Kepada kengkawan yang mahu tukar kereta baru boleh berhubung dengan beliau. Harga boleh runding dan yang pastinya servis tip top ya. Tidak percaya? Hubungi saja beliau untuk maklumat lanjut. 


Cover Banner Agen Proton Sabah
Cover Banner ni suami yang tolong design. Lawa tak? Kalau nak buat tempahan cover banner macam ni boleh hubungi saya sekali. Hihihi... Harga murah jer. 

Ok tak mau cerita panjang lagi daaa. Kepada rakan pembaca blog Suri RumahBerpendapatan Sendiri yang ingin membuat tempahan , boleh hubungi saya di talian 0168178716. InsyaAllah harga dan khidmat servis 'upah buat fan page' terbaik buat kalian. Itu jaminan saya.



No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular