Showing posts with label eUsahawan. Show all posts
Showing posts with label eUsahawan. Show all posts

Friday, 6 July 2018

Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama eUsahawan



TEROKAI DUNIA PERNIAGAAN DIGITAL 

BERSAMA 


Apa yang akan anda pelajari?

FB for Business

WhatsApp for business

Instagram for business

SEO, Google Trend

 Copywriting Techniques


Siapa yang layak?

Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Mempunyai produk atau perkhidmatan untuk dipasarkan

Keinginan dan minat untuk mempelajari teknik pemasaran digital

Mempunyai gajet dengan sambungan internet seperti telefon pinar, tablet atau komputer riba.



Tarikh : Sila lihat poster yang dilampirkan
Masa : Sila lihat poster yang dilampirkan
Lokasi : Sila lihat poster yang dilampirkan



Bagaimana untuk mendaftar?

Hantarkan maklumat anda seperti berikut :

Nama anda

No telefon



Kepada : Sila lihat poster yang dilampirkan



Sila layar www.mdec.my/eUsahawan untuk maklumat mengenai eUsahawan.

Atau


Hubungi saja trainer yang berdekatan anda!


Daftar sini www.wasap.my/60108353881

Daftar sini http://bit.ly/program-eUsahawan

Daftar sini http://bit.ly/program-eUsahawan


Thursday, 26 April 2018

5 Tips Pemasaran Guna Personal FB.


Let's Inspire.
==========

1. Tukar setting PRIVACY post jadi PUBLIC, bukannya Friends atau Only me. Kecuali kalau kau memang nda mau ramai orang baca. J

2. Bila ada orang komen status kita, terus LIKE komen itu. Reply komen sekiranya perlu. Ini sebagai makluman bahawa kita baca dan suka dengan komen mereka. Boleh bah kan? J

3. Jangan jadi SILENT READER. Bila jumpa status yang baik dan menarik, terus LIKE dan sesekali tinggalkan KOMENJ

4. Rajinkan diri buat SITE VISIT ke timeline orang lain dan komen status dorang. Kalau nda tahu mau komen apa, komen emoticon pun ok. Paling kurang pun belanja Like. Sehari dapat ziarah timeline 5 rakan FB pun kira ok sudah dah. 


5. Tulis status dan komen guna EJAAN PENUH. Bila kita permudahkan urusan orang lain, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita. Belajar jangan jadi pemalas. J







Monday, 19 February 2018

eUsahawan Sprint #MDec Kota Kinabalu, Sabah


Sesi Bual Bicara bersama 7 Pakar Industry. Bina jenama (branding) dan pemasaran di media digital.


Orang pemalu tahap dewa ni lain pea'el-nya. Bercakap depan kamera pun pandai nebes tahap gaban, apa lagi bila bercakap depan khalayak ramai.

Ndak pa, biar hari ni nampak pemalu [pemalu la sangaaat kan ;-)] esok esok pudar la ia. Beguru dulu kita dengan mantan pengacara MHI TV3, Nizal Mohammad. Sekarang dah jadi Media & Brand Consultant.

Bermimpi dulu. Manatau esok boleh jadi sama hebat macam Nizal. Atau lebih hebat dari Nizal? Haha [berangan jak la kau Rieya :-D]

Monday, 18 September 2017

BootCamp eUsahawan Edisi Kota Kinabalu, Sabah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Jam di komputer sudah pukul 2.15 petang. Tak terasa masa begitu cepat berlalu. Kelihatan cuaca di luar sangat cerah. Cuma kadang-kadang kelihatan seperti hujan lebat ingin bertandang.

Sementara masih berpeluang, ingin ku kongsikan bahawa pada 11/09/2017 (Isnin) telah berlangsung mesyuarat untuk penyertaan ke Boothcamp eUsahawan Edisi Kota Kinabalu, Sabah pada 8/10/2017 anjuran MDEC.

Khabarnya pada mesyuarat, G3PNS diwakili oleh Datuk Hj. Noortaip Bin Hj. Suhaili selaku YDP, En. Mardin Bin Abdul Ghani - Pengerusi PPPK Bumiputera Putatan dan Pn. Augustine Girith  Pengerusi PPPK Penampang. Tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada ahli mesyuarat yang diwakili diantaranya oleh AIM, TEKUN, MAFI dan YUM kerjasama JTK untuk mendapatkan jumlah peserta dan lokasi sesuai untuk menghadiri program berkenaan.

G3PNS telah dipertanggungjawabkan untuk menghantar peserta seramai 150 orang. Peserta yang hadir akan diberikan sijil berbentuk digital oleh pihak MDEC.

Kriteri peserta adalah;-
1. Seorang usahawan (mempunyai sijil pendaftaran atau tidak)
2. Penyertaan dari ahli PPPK atau Angkota Sukarelawan Pintar G3PNS dialu-alukan
3. Peserta seluruh Sabah yang sanggup menghadiri program tersebut di Kota Kinabalu, Sabah

Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi En. Achmad Noorafzam di talian 012-868 0120 dengan memberikan maklumat berikut:-

1. Nama Pemohon
2. No. Kad Pengenalan
3. Alamat
4. Perniagaan/Perusahaan
5. Jenama Produk (jika ada)
6. No. Telefon
7. Email
8. Facebook
9. Instagram
10. Maklumat Tambahan (jika ada)

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 1/10/2017 (Ahad)

Maklumat terkini daripada pihak penganjur program BootCamp eUsahawan Edisi kota Kinabalu, Sabah anjuran MDEC ini akan berlangsung pada ketetapan berikut;-

Tarikh: 8/10/2017
Tempat: Dewan, Wisma Pertanian Kota Kinabalu
Masa: 8.30 pagi - 4.30 Petang

Maklumat ni penting. So, korang kena ingat tau. Jangan terlepas tarikh pula.





Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular