Showing posts with label Cara Mudah Suri Rumah Berpendapatan Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Cara Mudah Suri Rumah Berpendapatan Sendiri. Show all posts

Tuesday, 28 February 2017

Popia Kacang By Adhwa's Cookies Menawan Wilayah Department of Industrial Development & Research (DIDR)


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Alhamdulillah. #PopiaKacangbyAdhwaCookies mula menawan wilayah DIDR.
Esok ke DIDR lagi kita. Ada yang mula merindu sudah di sana.


Kaaaan dah cakap. Sekali kau merasa 10 kali kau datang meng-order. https://www.facebook.com/images/emoji.php/v7/fd0/1/16/1f602.png



Lepas tu meronda ke Centre Point & Warisan Square lagi kita. 

Siapa mau selit order wahai warga Tun Fuad Stephens dan LHDN, bolehlah wassap 016-817 8716 saya yer.



Saturday, 18 February 2017

Tempahan Popia Kacang By Adhwa's Cookies Ke Tanah Selangor



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah




Alhamdulillah. #PopiaKacangByAdhwaCookies bakal terbang ke Selangor lagi.

Sahabat-sahabat dari tanah Semenanjung ada yang nak selit order sekali?

Sila ketuk wassap 0168178716 saya sekarang...




Tempahan Popia Kacang By Adhwa's Cookies Ke Bumi Sandakan



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah




Lagi lagi dan lagi #PopiaKacangByAdhwaCookies bakal berada di bumi Sandakan.

Warga Sandakan, ada yang mau selit order sekali?

Cepat ketuk wassap 0168178716 ku ini...



Popia Kacang By Adhwa's Cookies & 'Ayam Likku'


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah




Ok prepare new stock #PopiaKacangByAdhwaCookies lagi malam ni. Esok customer nak singgah uma. Isnin ada seminar lagi, "Transforming SMEs To SMEs Exporters Stage 1 & 2" selama dua hari di Podium, Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu.

Esok pagi nak masak "Ayam Likku" pula, special request my beloved customer...
Seronok berurusan dengan customer macam ni. Faham dengan kemelutan harga bahan mentah. Tak adanya nak merungut dengan harga yang ditetapkan. Nak minta diskaun? Fuuuh! Jauh sekali. Jarang sungguh jumpa customer macam ni.

Kita ni kadang sebagai peniaga takut nak letak harga. Kadang-kadang terfikir juga tak mahal ke? Tapi nak buat macam mana? Harga barang dah naik rm1-rm4. 

Banyaaaaaak tu!

Kesimpulannya, sabar separuh daripada iman. https://www.facebook.com/images/emoji.php/v7/f7f/1/16/1f60a.png😊 Nak merungut sampai bila? So, stay focus dengan apa yang kita nak capai.

Yang penting sapa nak selit order, sila ketuk wassap 0168178716 saya malam ini.

Chayoo! Chayoo! Chayoo beb! (tepuk bahu sendiri)




Monday, 9 January 2017

Kuih Keria Gula Merah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Hari ni mood rajin nak buat dissert. Menu minum petang ialah Kuih keria keledek ungu gula merah. Sebenarnya sudah beberapa hari teringin nak makan kuih keria. Malam Jumaat lepas, sepupu suami buat majlis tahlil untuk arwah makcik (ibu kepada sepupu suami).

Menantu sulung arwah makcik pula ada buat kuih keria keledek. Sedap. Kuih tu pula jadi bayangan hingga ke hari ni. Sewaktu sibuk membuat persiapan juadah majlis tahlil sempat juga saya bertanya serba sedikit bahan-bahan nak buat kuih keria ni. Tak ada salin apa-apa nota pun. Cuma sembang-sembang macam biasa. Sukatan berapa gram berapa cawan semua tu pun tak ada tanya. Teringat tanya bahan-bahan utama je. Saya ni suka main campak-campak je kalau nak mencuba. Bak kata omputeh 'try and error' jer. Kalau tak menjadi, cuba lagi. Kalau adunan menjadi, tu kira satu bonus dan percubaan terbaik.

Semalam singgahlah kat kedai Supermarket Survey. Lalu kawasan sayur-sayur dan terpandang keladek ungu (Yam). Tak cek harga lagi dah. Ambil, terus masukkan dalam plastik dan timbang. Dekat 2kg juga la berat keledek tu. Keledek tu nampak cantik, segar dan besar. Saya sempat ambil tiga biji. Tu pun berat dah cecah hampir 2kg. Harga lebih kurang RM9.50 kalau tak silap saya.

Semalam, balik dari kedai terus singgah rumah mak mentua. Bercerita hal keluarga sampai lewat malam. Sudahnya tak sempat siapkan doh semalam untuk bekalan kakak ke sekolah agama. Pagi tadi pun tak sempat nak buat sebagai sarapan. Jadi, kuih keria ni santapan minum petanglah jawabnya.

Ok, jom kita ke dapur. Sebenaranya ini pertama kali nak buat kuih keria. Selalu tengok orang jual. Memang laku kuih ni. Kalau jual kat bazar cepat saja habis. Tu yang teringin nak belajar ni. Kalau menjadi, bolehlah ambil tempahan nanti. Betul tak?


Bahan-bahan:

2 biji keledek ungu (berat lebih kurang 1.5kg sebab saiz keledek tu besar)
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 gula merah
1/2 cawan gula pasir
Minyak secukupnya


Langkah demi langkah membuat Kuih Keria Gula Merah:

1. Kupas kulit keledek. Kalau nak potong kecil-kecil pun boleh. Nak rebus saiz besar macam tu pun ok. Terpulang dengan saiz periuk yang digunakan. Rebus keledek hingga empuk.  Kalau nak masukkan sedikit garam pun boleh tapi saya tak campur garam semasa merebus. 



2. Kemudian, lenyek dan sejukkan. Nak lenyek guna lesung batu pun boleh tapi saya guna pelenyek daging burger. Mudah dan cepat. Tak sabar nak makan, jadi saya tak sejukkan dahulu. Lenyek jer time panas-panas. Hihihi...


3. Masukkan 1 sudu kecil garam ke dalam keledek lecek.


4. Masukkan 2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) ke dalam keledek lecek.



5. Masukkan 2 cawan tepung gandum (sedikit demi sedikit) ke dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh. 1 cawan lagi letak tepi untuk kegunaan semasa membentuk doh nanti agar tidak melekit di jari atau talam yang digunakan.



6. Hah! Inilah rupa keledek yang sudah siap diadun tadi. Cantik tak warna ungu ni? Tengok warna ungu terang macam ni pun dah nak meleleh liur tau. Haish..tak sabar nak makan.



7. Taburkan tepung atas talam dan tapak tangan. Ambil doh sebanyak 30 gram atau ikut suka saiz yang diinginkan. Bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis. Kalau nak buat bentuk senyum pun ok. Anak-anak lagi teruja nak makan.


8. Jarang buat kuih kat rumah. Selalu beli kita main beli jer. Jadi peralatan tu agak kurang. Nak bagi leper doh tu saya guna tumbler Shaklee. Boleh guna botol apa saja asalkan dia bulat dan rata. hah! Jom kita golek doh tu. Golek sampai leper. 



9. Tak jumpa mana letak penekap kuih yang bulat jadi saya tekap guna cawan. Saiz cawan ikut suka hati nak saiz kecil ke besar. Untuk anak-anak pula yang buat bentuk senyum. Kuih keria ni untuk makan sendiri jadi saya buat saiz besar baru puas hati, Betul Tak? 


.


10. Beginilah hasilnya doh yang telah siap dibentuk. 



11. Panaskan minyak dan goreng doh yang telah dibentuk tadi hingga kuning keemasan. Kuning keemasan ker? Eh! Saya tengok macam warna gangsa pun ada. Lihat kuih keria tu, tersenyum riang di dalam kuali. Hihihi comel tak?


12. Angkat dan toskan minyak. Sejukkan sebentar.



13. Masukkan gula merah, gula pasir dan air ke dalam kuali tanpa minyak. Didihkan menggunakan api yang sederhana. Sebelum tu, pastikan gula merah tadi telah ditumbuk hancur. Takkan nak masuk seketul besar macam tu? Lambat pula cair nanti.



14. Lihat warna gula merah tu. Cantik tak? Apabila air gula sudah mula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi. Gaul hingga rata.


15. Bila gula mula melekat pada kuih keria, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Uhhmmm tak sabar dah nak rasa satu.


16. Susun di pinggan secantik mungkin. Hidangkan. 




Tips Tambahan

1. Pastikan tepung di masukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.

2. Tabur sedikit tepung gandum ke dalam bancuhan gula tadi agar ia m tidak mudah cair dan melekat lebih lama di kuih keria.
Selamat mencoba.

Cuba tengok warna kuih keria ni. Warna ungu yang cantik. Lepas dah siap terus rasa panas-panas dari kuali sebelum sempat dihidang. Leleh dah dek non liur ni. Tak tahan tunggu lama-lama lagi dah. Macam mak-mak tengah ngidam pula kan, hihihi. Terus selamat innalillah dalam perut. Nasib baik tak habis sepinggan.

Keledek jenis ni cantik sangat buat kuih keria dengan warna ungu terang dan rasa keledek yang semulajadi manis. Kuih Keria ni ada yang gelar kuih gelang tapi itu yang saiz besar kot. Kalau yang saiz kecil-kecil lagi comel ni, ramai gelar kuih keria.

Makan waktu panas-panas sedap sebab diluarnya rangup, dalamnya gebu. Gula salutannya pun rangup. Kalau di biarkan terlalu lama di suhu bilik, gula akan mencair semula dan kuih jadi lembut tak rangup. Tapi kuih keria yang saya buat ni tahan lama gulanya. Nak tahu macam mana? Boleh baca semula di topik 'tips tambahan' tadi. Ada juga yang suka bila sejuk macam tu.

Adik bangun dari tidur tadi terus cari kuih senyum. Hihihi sebab ummy dah janji nak buat kuih senyum. Jadilah kuih keria senyum selalu. Habis juga 4 biji adik makan tadi.

Kakak pula kebiasaannya pulang sekolah terus cari nasi. Petang tadi sampai jer rumah, simpan beg sekolah terpandang kuih keria atas meja. Tak ada soalan lagi dah ummy buat kuih apa. Nampak jer kuih keria bentuk senyum tu terus capai pinggan comei dah bedal sampai 6 biji. Wah! Bukan main lagi. Lupa ler tu nak simpan untuk bapa sikit.

Nasib baik ummy dah bentuk dua jenis. Kuih keria senyum selalu mereka dua beradik habiskan dan yang bentuk gelang untuk ummy dan baba katanya. Beginilah karenah anak-anak. Apa yang penting mereka suka hasil air tangan ummy. Bukan main selera lagi makan.

Bagi mak-mak yang nak jana pendapatan dari rumah, kuih keria ni salah satu idea untuk menu sarapan atau minum petang. Bolehlah kalian cuba-cuba resepi yang saya kongsikan tadi.

Kepada yang nak buat tempahan untuk sebarang majlis, boleh ketuk wassap saya di talian 016-817 8716 untuk perbincangan lanjut.

Selamat mencuba dan saya doakan moga kalian murah rezeki...


Thursday, 5 January 2017

Menjana Pendapatan Dari Rumah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


DI SINI BERMULA

Dengan sedikit kegusaran dan keyakinan yang ada, saya bermula di ABDR. Minat untuk mula menulis memang ada. Apatah lagi angan-angan dan impian untuk memulakan perniagaan secara atas talian melalui pemasaran blog. Jealous kot orang lain ada blog. Mahir berblog tapi saya satu apa pun tak tahu. Nak juga katanya. Dengan rasa cemburu itulah saya bermula.

Namun, tidak tahu bagaimana untuk bermula. Bantu dengan ketiadaan idea dan cara yang mudah untuk bermula. Lebih-lebih lagi saya hanya seorang suri rumah yang tidak punya ilmu dalam pemasaran blog. Nak ketawa? Ketawalah kalian sepuasnya. Mungkin anak remaja masa kini sudah mahir menggunakan gadget-gadget yang ada di blog. Tidak mengapa, walau lambat bermula, yang penting ada keinginan untuk menimba ilmu dan belajar sesuatu yang baru dalam hidup.

Akademi bekerja Di Rumah (ABDR)

Impian dan keinginan itu tidak terhenti di situ saja. Justeru, pencarian melalui google di internet dilakukan sehinggalah saya terjumpa Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ini melalui blog pengkongsian guru saya kini, Puan Anys Idayu Zakaria.

Hari demi hari berlalu, fesbuk peribadi Puan Anys Idayu Zakaria setiap hari diintai. Melalui messenger di fesbuk, saya berkenalan dengan guru saya, Puan Anys Idayu Zakaria. Sangat kagum dan teruja dengan setiap bait kata yang dikongsikan. Setelah mengintai fesbuk dan blog perkongsian beliau selama hampir 3 bulan barulah saya berani mendaftarkan diri. Lebih berhati-hati sebenarnya memilih guru yang mampu membimbing dan melayan karenah saya yang kurang ilmu ini. Alhamdulillah, syukur. Jalan yang saya pilih kini membuahkan hasil.


KENAPA SAYA PILIH ABDR?

Saya hanya seorang suri rumah yang tidak bergaji, dengan niat ingin menjalankan perniagaan secara online untuk membantu suami menampung kos sara hidup kami sekeluarga. Kekurangan dana menghantui saya untuk mengupah orang lain membina blog untuk perniagaan saya. Maklum saja, suri rumah yang hanya bergantung nafkah suami. Justeru, dengan usaha dan keberanian yang ada, saya memilih untuk berguru di ABDR sebagai langkah pertama untuk belajar menghasilkan sebuah blog yang ringkas.

Sepanjang pemerhatian saya, Alumni ABDR sangat ramai dan kebanyakannya adalah di kalangan suri rumah dan suri bekerjaya. Terdetik juga di hati, bagaimana mereka bermula mengurus anak-anak, rumah dan bisnes? Melalui pemerhatian ini, saya rasakan ABDR adalah satu laluan terbesar dan platform untuk saya membina satu rangkaian perhubungan yang sangat baik. Tambah pula, ABDR merupakan satu kumpulan yang sangat aktif dan berkesan.
 
Yuran Pendaftaran Kelas RM300 Bonus 5 Ebook

Dengan pelaburan sebanyak RM300, saya mula belajar membangunkan sebuah sendiri. Apa yang menariknya di sini, sebagai keluarga besar ABDR, saya ditawarkan menjadi salah seorang Pengurus Online ABDR dan akan dibayar komisyen sekiranya berjaya mempromosikan pakej kelas dan ebook seterusnya mampu mengambil balik modal yang telah dilaburkan untuk menyertai kelas sebelum ini. Selain itu, komisyen yang diberikan juga boleh dijadikan sumber modal dalam menyediakan stok perniagaan saya. 

Kesimpulan, Suri rumah sepenuh masa yang baru mula nak berjinak-jinak dunia perniagaan atas talian juga boleh menjana pendapatan dari rumah hatta tak punya produk keluaran sendiri. Mudah, bukan nak jana wang dari rumah? Syarat utama adalah usaha, yakin dan konsisten untuk menikmati hasilnya.



INI KISAH KU DI ABDR

Akademi Bekerja Di Rumah mempunyai pelbagai jenis kelas dan pakej yang ditawarkan. Tenaga pengajarnya pun ramai. Kalian boleh memilih guru disukai. Saya telah mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Bisnes Penulisan bersama Puan Anys Idayu Zakaria

Melalui pakej ini, saya diberikan 5 ebook iaitu:
1) Belajar Asas Blog
2) Super WAHM, Super Mom
3) Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
4) 101 Idea Home-Based Bisnes
5) Yeah! Mama Sudah Resign

Sangat bertuah buat kalian yang daftar ketika ini kerana kalian boleh memiliki 10 bonus ebook jika berdaftar sekarang. Dengan jumlah yuran yang sama tetapi ada penambahan jumlah bonus ebook yang akan anda terima. Rasa makin teruja, bukan?

Pakej Kelas Yang Di Tawarkan

Pada permulaan kelas, saya telah diberi tugasan untuk membaca ebook pertama iaitu Belajar Asas Blog. Kemudian barulah tugasan demi tugasan diberikan dan diselesaikan mengikut kelapangan masa saya. Seronok tak? Ya sudah tentulah rasa seronok dan gembira kerana kelas begitu santai tanpa paksaan. Tugasan yang diberikan juga begitu santai. Jadual kelas, saya sendiri yang susun-atur.
 
Ebook Belajar Asas Blog

Biasanya, saya akan berkomunikasi dengan guru secara online melalui fesbuk dan wassap tidak kira waktu pagi, tengah hari, petang mahu pun malam. Adakalanya, leka sehingga pukul 1.00 pagi. Guru yang mengajar juga tidak pernah jemu melayan karenah manja saya sebagai pelajar yang baru bertatih dalam dunia blog.

Tugasan ini sebenarnya lebih kepada pembangunan blog. Ia sangat bermanfaat kepada saya kerana sebelum menyertai kelas, saya pernah cuba membangunkan blog sendiri. Bejaya tetapi gagal dalam menepatkan nama dalam senarai muka surat pertama di carian google. Ini semua berpunca akibat kekurangan ilmu tentang blog.

Alhamdulillah, saya mampu menyelesaikan setiap tugasan dengan mudah. Sekiranya mempunyai masalah, saya bebas menghubungi Puan Anys Idayu Zakaria tanpa mengira waktu.

Kelas yang sangat fleksibel. Betul tak? Ada masa, buat. Jika sedang sibuk, tangguhkan, dahulukan mana yang lebih penting. Tiada paksaan. Tiada had masa. Tiada tekanan. Cepat selesaikan tugasan, cepatlah kita menghasilkan blog sendiri. Teruja, bukan?


ERTI SEBUAH PENGHARGAAN

Siapalah saya untuk diberi penghargaan sebesar ini. Walau baru setahun jagung bertatih di kelas ABDR, saya sudah menerima empat jenis hadiah (reward). Ya Allah, terharu sangat.

Hadiah pertama berupa senaskah mini tafsir Al-Qur'an. Reward itu diberikan atas sedikit kejayaan mempromosi kelas-kelas anjuran ABDR. Kalau tidak silap, berjaya mendaftar pelajar baru 60% daripada sasaran minima yang diberikan. Gagal mencapai sasaran 100% juga diberi penghargaan. Ya Allah, bertuahnya diri ini.
 
Terjemahan Al-Qur'an
Hadiah kedua, di pilih untuk beriklan sebagai sumber inspirasi di majalah terkenal iaitu Mingguan Wanita, slot 'Panduan Bekerja Dari Rumah'. Coretan pengalaman seorang suri rumah yang terjebak dengan dunia berbiaga bazar terpilih. Majalah Mingguan Wanita adalah salah satu majalah kegemaran suatu ketika dahulu. Perkongsian di majalah sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan traffik di blog dan secara tak sengaja dapat pula beriklan dengan percuma. 

Seperti anda sedia maklum, beriklan di majalah Mingguan Wanita boleh menelan belanja ribuan ringgit untuk satu ruangan iklan tapi saya diberi peluang keemasan, berkongsi pengalaman dan secara tak langsung dapat menyebarkan berita aktiviti bagaimana mahu mula menjana pendapatan dari rumah dengan sumber yang sedia ada. Seronok tak? Dah rasa makin teruja tak belajar di ABDR?



Perasaan teruja itu semakin sukar untuk digambarkan apabila Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad memaklumkan bahawa satu ebook terbaru ABDR bakal diterbitkan iaitu Inspirasi Bekerja Di Rumah. Dalam ebook tersebut seramai 13 suri rumah terpilih untuk paparan inspirasi dan perkongsian pelbagai pengalaman dan kisah masing-masing dalam menjana pendapatan dari rumah.

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah

Alhamdulillah. Salah seorang suri di dalam ebook tersebut adalah kisah saya, 'Raih Pengalaman Berniaga Bazar'. Tak pernah terdetik dalam hati ebook terbitan ABDR akan menyelitkan kisah saya yang tak seberapa. Malu rasanya dijadikan sumber inspirasi kerana siapalah saya. Kisah kejayaan yang belum boleh dibanggakan.

Hadiah keempat saya terima dari puan pengasas ABDR adalah edisi penuh ebook 'Inspirasi Bekerja Di Rumah', sewaktu minggu pertama pelancaran ebook tersebut. Gembira tak terkata apabila beliau mengatakan bahawa saya adalah orang pertama yang menerima edisi penuh ebook 'Inspirasi Bekerja Di Rumah'. Bagai nak melompat pun ada. Senyuman terukir di bibir di bawa hingga ke dalam mimpi. Ya Allah, hebat sungguh anugerah dan rezeki yang Engkau berikan.

Penghargaan Yang Sangat Bermakna



SUDAH TAMAT KELAS TAPI IA BELUM BERAKHIR

Syukur alhamdulillah, saya kini bergelar alumni ABDR. Walaupun kelas sudah tamat tapi segalanya belum berakhir lagi. Bagi saya, ianya baru bermula. Saya sangat berharap agar ilmu bermanfaat yang diperoleh akan dapat digunakan sepanjang hidup saya di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Kalian, mohon doakan ya.

Semoga blog yang dihasilkan mampu memasarkan dan mempromosikan perniagaan online saya dengan lebih meluas lagi. Di samping itu, dapatlah saya berkongsi idea dan ilmu kepada suri lain yang memerlukan.

Jika kalian rasa terbeban dengan taraf hidup masa kini yang semakin meningkat dan berniat mahu mengubah kehidupan sendiri, mulakanlah langkah baru. Ayuh, mulakan sekarang! Marilah sertai kami di ABDR. InshaAllah anda akan menyedari manfaat dan keberkesanannya serta merasakan bahawa ruginya 'aku tak join dari awal'.

Anda mahu berdiskusi secara santai dengan saya? Mari ringankan jemari anda,  ketuk wassap saya 016-817 8716 bila-bila masa sudah bersedia.

Moga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda semua. Silalah kongsi dengan rakan-rakan yang lain ya.

Selamat berblog semua...




Wednesday, 28 December 2016

Buat Fan Page Di FB Personal


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Idea menulis kini kembali. Alhamdulillah. Sebenarnya hari ni saya mahu berkongsi tentang fesbuk page bisnes di fesbuk personal.

Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa 'Fan Page' merupakan salah satu medium pemasaran percuma yang disediakan oleh fesbuk. Ianya sangat penting bagi memasarkan apa jua jenis produk dan perkhidmatan.

Jika sekiranya anda salah seorang peniaga online yang menggunakan fesbuk personal sebagai medium pemasaran tetapi tidak mempunyai fesbuk page bisnes, anda sudah anggap ketinggalan. Ini kerana zaman teknologi sekarang semakin pantas dan cepat berlalu. Anda juga kena berubah mengikut arus zaman moden dunia teknologi.

Medium pemasaran fesbuk page bisnes marupakan salah satu pilihan yang tepat. Ini kerana ianya sangat mudah di bina (jika punya ilmu) dan senang bergerak secara viral.

Selain itu, perkhidmatan buat fan page juga boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan dari rumah. Apa yang penting, perkara asas yang wajib ada ialah kemahiran membina fesbuk page, komputer dan talian internet. Jika anda mahir desain banner itu satu bonus untuk tentukan harga perkhidmatan yang bakal anda tawarkan.

Hah! Saya bebel panjang-panjang ni ada yang faham ke? Kepada pembaca yang nak buat tempahan fesbuk page bisnes dengan saya, boleh hubungi nombor ini 0168178716.

Kalau nak belajar cara-cara membina fesbuk page bisnes juga boleh. Yuran sangat berbaloi. Belajar sampai pandai. InsyaAllah, saya akan ajar anda sehingga mahir membina fesbuk page sendiri. Bila sudah mahir nanti bolehlah jana pendapatan sendiri pula. Betul tak?

Tempahan Fesbuk Page Bisnes Penapis Air Dan udara Coway

Tempahan fesbuk page bisnes Penapis Air dan Udara Coway ni oleh Puan Dayang Fauziah Kadir. Kalau ada yang berminat nak buat pemasangan bolehlah hubungi beliau di talian yang tertera di cover banner ya atau boleh saja jenguk-jenguk fesbuk page beliau, Penapis Air dan Udara Coway. Orangnya ramah tau. Servis juga tip top. Tak percaya? Cubalah hubungi Puan Dayang Fauziah Kadir.

Moga bermanfaat ya. Boleh kongsi post ini di fesbuk kalian untuk kegunaan pembaca yang lain.


Terima Kasih.

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular