Showing posts with label Sambal Tai' Minyak. Show all posts
Showing posts with label Sambal Tai' Minyak. Show all posts

Sunday, 7 October 2018

Lauk 4 Bahan, Menambah 3 Piring Nasi



Sambal Ikan Masin Lada Putih


4 bahan jer untuk lauk makan tengahari hari ni. Simple. Sempoi. Cepat. Jimat. Hihi…ramainya mak-mak yang tertanya apa menu 4 bahan tu?

Jom, ku kongsikan menu simple ni. Lauk kampong jer tapi jangan salahkan aku kalau korang menambah hingga 3 pinggan nasi yer.



Bahan-bahan:
1.     Ikan masin
2.     Tomato
3.     Lada Putih
4.     Minyak sayuran


Cara memasak:

1. Panaskan kuali. Masukkan minyak sayuran.

2. Bila minyak sudah mula panas, masukkan ikan masin dan goreng hingga garing.

3. Bila ikan masin dah garing (tak perlu nak tos minyak bagai), masukkan tomato.

4. Gaulkan tomato hingga sedikit layu, kemudian masukkan lada putih.

5. Gaul hingga sebati dan sedia untuk di hidang.


Korang rasa, senang tak masak lauk ni? Best tak? Kalau best, tolong SHARE untuk kengkawan korang pula ya. Manatau ada di antara mereka nak menambah berat badan ideal macam aku ni. Hihiihi….


Kalau tak ada masa langsung nak masuk dapur, senang jer. Ni haaa Sambal Tai Minyak Adhwa yang lagi senang nak disediakan. Hanya buka penutup botol kemudian hidang bersama nasi putih. Kalau nasi putih pun kau tak ada masa nak masak, boleh jer makan dengan roti.  


Jangan lupa tau, SHARE dengan kengkawan korang entri ni. Moga bermanfaat buat mereka yang memerlukan idea ni.

Jumpa lagi di entri akan datang….



Wednesday, 8 November 2017

Sambal Tai' Minyak Adhwa Kini Di Dubai

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Sambal Tai' Minyak Adhwa sudah hari ketiga berada di Dubai. Ini merupakan produk kedua jenama Adhwa berjaya sampai ke Dubai sebelum tuannya. Hihihi (sabar jak la ko Rieya).

Alhamdulillah. Hari ini bakal berlangsung "Business Matching" antara team usahawan #IKSnita bersama delegasi Dubai. Semoga hasil perbincangan dan pembentangan dari team usahawan IKSnita di bawah pimpinan Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal membuahkan hasil seperti yang telah dirancang.

Avasee Skin Care oleh Faineh Modirim, Sambal Belacan Rehan dan Sambal Bilis Rehan oleh Timbalan Presiden IKSnita (Pn Rehan Rahim), Coffee Tukou, Cookies Bite, Sri Delima Facial Soap, Batooka, Tonik Rambut Raban Xtra antara produk usahawan IKSnita yang dipertaruhkan dalam "Busniess Matching" di Dubai.

Sebenarnya banyak lagi produk usahawan yang terlibat cuma ini saja yang terlintas dalam fikiran aku sekarang. Mohon maaf yang tidak tersebut produknya ya kawan-kawan.

Doa kami sentiasa mengiringi kalian di sana. Semoga apa yang telah dirancang dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Aamiin.




Tuesday, 31 October 2017

Sambal Tai' Minyak Adhwa


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Sambal Tai' Minyak. Pelik bunyinya bukan? Ada yang bertanya kenapa letak nama macam tu? Takut. Seram. Nampak macam jijik. Tahi minyak? Hello, sapa nak beli?

Ya. Tidak ku nafikan. Namanya memang pelik. Tapi rasanya tidak sepelik namanya. Itu adalah salah satu nama makanan tradisi suku kaum Bugis. Siapa yang tidak kenal dengan Resepi Tradisi Nusantara? Pelbagai nama makanan yang pelik-pelik dan jarang kita dengar. Namun, sekali kau merasa yang pasti kau akan terus jatuh cinta. Begitu jugalah dengan Sambal Tai' Minyak jenama Adhwa ini.

Dulu masa kecil, mak rajin buat Sambal Tai' Minyak ni. Setakat 5 ke 10 biji kelapa tu sekelip mata saja kami tiga beradik habiskan. Maklum saja, sebiji kelapa cuma menghasilkan kurang 100 gram tahi minyak. Nak dapat hasil yang banyak, kenalah guna pati santan pekat yang banyak.

Percubaan pertama aku buat sendiri. Saja ingat-ingat balik resepi yang mak pernah ajar sewaktu sekolah rendah dahulu. Sekilo pati santan pekat bersamaan 5 biji kelapa. Hasil yang aku dapat cuma 420 gram tahi minyak saja. Sedikit bukan?

Kebetulan masa tu encik suami ajak bercuti sempena "Staff Out Day" syarikatnya. Jadi aku bawa lah sebotol sebagai bekalan. Sambal Tai' Minyak ni bukan saja sesuai di makan bersama nasi putih (nasi kosong), juga boleh dijadikan perencah nasi gorang.

Selain itu, Sambal Tai' Minyak ni juga boleh dimakan bersama bubur, pulut, buras, mee, ubi kayu, pisang goreng dan roti sanwich.

Bagi batch pertama ni, aku buat tak banyak. Saja nak tengok pasaran macam mana. Nak tahu juga, orang pandai makan ke tidak? Orang suka ke tidak dengan rasanya.

Alhamdulillah. Ramai beri respon yang baik. Sedap! Nak beli lagi. Nak yang pedas-pedas manja. Nak pedas menggigit. Ada-ada saja permintaan dari citarasa pelangan. InsyaAllah. Akan aku usahakan mengikut permintaan dan selera kalian. Terima kasih atas segala sokongan dan komen yang diberikan.

Bagi kalian yang baru mahu mencuba rasa Sambal Tai' Minyak ni boleh dapatkan di Kiosk FAMA UTC, Kota Kinabalu. Sebotol Sambal Tai' Minyak cuma RM11  sahaja. Murah bukan?



Jika nak tempah secara borong juga dialu-alukan. Ketuk saja wasap ku ini +60 16-817 8716





Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular