Monday, 18 September 2017

Sains Metafizik: Rahsia Disebalik Tarikh Lahir


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Assalamualaikum. Apa khabar mak-mak di rumah? Anak-anak sudah ke sekolah? Yang pulang dari sekolah sesi pagi sudah sampai di rumah? Begitulah nampak gayanya, kan? Pagi, tengahari hinggalah ke petang urusan mak-mak bekerja di rumah tidak tahu bila siapnya. Bila beresnya. Sudah ke petang sambung lagi ke malam.

Mak-mak hanya dapat berehat bila ana-anak sudah dibuai lena. Itu pun sempat lagi mengurus bisnes yang tertangguh. Menguruskan kesempatan yang ada sebelum masuk berehat melayan penat lelah dengan urusan anak-anak, suami, rumah dan bisnes di rumah.

Apa pun, laksanakan tanggungjawab itu dengan tenang dan sentiasa berlapang dada. Semoga ada hikmat dan rezeki yang tak terduga datang menyapa.


Baru-baru ini telah dianjurkan Seminar Rahsia Tarikh Lahir & Cash Flow" di Hotel Disini @ Yaho, Sembulan. Program ini bermula dari 9.00 pagi hingga 1.30 petang untuk sesi Rahsia Tarikh Lahir manakala sesi petang pula mengenai 2.00 petang hingga 5.00 petang topik Cash Flow.

Untuk setiap satu sesi seminar itu ada yuran penyertaan. Yuran yang dikenakan cuma RM40 sahaja. Oleh itu, peserta yang berminat boleh la mendaftar dengan bayaran RM80 untuk kedua-dua sesi tersebut.

Oleh kerana, tarikh seminar itu berlangsung pada sambutan Hari Malaysia iaitu 16/09/2017, pihak penganjur iaitu Career Development Program (CDP) bermurah hati memberikan diskaun  sebanyak RM20. Jadi, peserta hanya perlu membayar RM60 untuk kedua-dua sesi tersebut. Murah tak?


Alhamdulillah. Rezeki datang tanpa diundang. Tanpa diduga. Untuk seminar sesi pertama, Rahsia Tarikh Lahir aku dapat tiket percuma. Terima kasih Nurul Asyiqin sudi beri tiket percuma untuk ilmu hari ini. Semoga bertambah murah rezeki mu sahabat baru ku dan aku berharap agar ikatan persahabatan yang baru terjalin ini akan berkekalan hingga ke jannah. InsyaAllah. Aamiin.

Kaedah Asas Pengiraan Tarikh Lahir Dan Huraiannya.



Huraian Nombor 1

Kelebihan: Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin atau ketua,berani berdikari, berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Inginkan kesetiaan serta 'perfectionist'. Sangat bagus memulakan sesuatu projek atau tugasan dan membuatnya bersungguh-sungguh sehingga selesai.

Kekurangan: Tidak mudah menjadi pengikut, diktator, kurang diplomasi, pentingkan diri sendiri, sensitif dan sukar menerima pandangan atau kritikan.

Perubahan yang perlu dilakukan:  Banyakkan diplomasi, belajar menerima pandangan orang lain serta percaya pada kelebihan dan kebolehan orang lain.

Kerjaya: Institusi kewangan, teknologi maklumat, perundangan, otomotif, askar, polis, kejuruteraan, pengangkutan dan barang kemas.

Elemen: Besi

Warna elemen: Putih, kelabu dan emas

Warna tidak perlu pakai: Merah, oren dan ungu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1: Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan



Huraian Nombor 2

Kelebihan: Bijaksana dengan idea yang bernas, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik, tidak suka bergaduh, tenang dalam apa jua keadaan, mementingkan kebersihan, rajin, penyayang, pemaaf, lembut hati dan selalu memikirkan keperluan serta perasaan orang lain.

Kekurangan: Tidak mempercayai kebolehan diri sendiri, sukar buat keputusan kerana mudah binggung, mudah berkorban perasaan atau mengalah, mudah dipengaruhi oleh orang lain, sukar mengatakan TIDAK dan dinasihati jangan cuba lakukan idea baru.

Perubahan yang perlu dilakukan: Dinasihati mengikuti jejak langkah orang yang berjaya atau MENTOR supaya mempercepatkan proses kejayaan, percaya pada kebolehan sendiri dan belajar membuat keputusan.

Kerjaya: Perkhidmatan pelanggan, komunikasi, wartawan, diplomat, logistik, perhotelan, perkapalan, makanan laut, air dan minuman.

Elemen: Air

Warna elemen: Biru dan hitam

Warna tidak perlu pakai: Kuning, coklat dan beige

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2: Adi Putra, Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna



Huraian Nombor 3

Kelebihan: Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – 'all-rounder'. Agresif, kreatif, suka bersosial, ceria, pandai berjenaka, mudah teruja, mudah simpati, kebolehan berfikir dengan baik, kelebihan dalam lisan dan perkataan. Kebahagiaan bila menyayangi dan disayangi.

Kekurangan: Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran, egois, suka cakap lepas, suka mengawal, hangat-hangat tahi ayam, apabila melakukan sesuatu dan jangan biarkan kasih sayang terlampau menguasai diri.

Perubahan yang perlu dilakukan: Perlu fokus dan sabar bila melakukan sesuatu perkara, perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik, dan fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu.

Kerjaya: Masakan, media, penerbangan, telekomonikasi, hiburan, perhubungan awam, bahan api, pengiklanan, pereka, penulis, minyak dan gas serta kecantikan.

Elemen: Api

Warna elemen: Merah, oren dan ungu

Warna tidak perlu pakai: Biru dan hitam

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3: Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby



Huraian Nombor 4

Kelebihan: Kuat merancang, tidak membuat sesuatu sambil lewa, mengambil berat butir-butir terperinci, seorang yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar, fokus, berupaya melakukan kerja yang paling membosankan suka kepada keadilan, praktikal sistem, dan logik. Sangat menyanjungi kesetiaan dan mudah setia serta boleh melakukan tanggungjawab dengan baik.

Kekurangan: Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

Perubahan yang perlu dilakukan: Perancangan yang bagus memerlukan keberanian Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain. Bersikap dan berfikiran lebih terbuka. Berterus teranglah dalam sesuatu perkara.

Kerjaya: Pendidikan, perubatan, perkayuan, pertanian, percetakan, penerbitan, pertukangan, perhutanan dan rekaan grafik.

Elemen: Kayu

Warna elemen: Hijau

Warna tidak perlu pakai: Putih, kelabu dan emas

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4: Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan



Huraian Nombor 5

Kelebihan: Suka kebebasan, suka 'window shopping', berfikiran jauh, pandai cari peluang, melakukan sesuatu dengan teruja, boleh menceburkan diri banyak perkara dalam satu masa, berani ambil risiko, tenaga serta semangat yang kuat. Sentiasa rasa dirinya muda, 'public relation (PR)' yang bagus dan 'centre of attraction'.

Kekurangan: Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam hal hal kecil. Kadangkala mereka memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Kurang teliti dalam melakukan sesuatu. Emosi tidak konsisten dan suka 'menjual minyak'.

Perubahan yang perlu dilakukan: Jangan terlampau 'banyak goreng'. Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil. Melihat sesuatu dengan teliti. Kawal emosi dan fokus dalam apa jua yang dilakukan.

Kerjaya: Hartanah. arkitek, pembinaan, kontraktor, perlombongan, politik, perakaunan, pekebun, peladang dan saham.

Elemen: Tanah

Warna elemen: Kuning, coklat dan beige

Warna tidak perlu pakai: Hijau

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5: Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears



Huraian Nombor 6

Kelebihan: Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor yang mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan dan kekayaan. Sentiasa jadi pihak pendamai, sabar, mudah simpati, memahami inginkan ketepatan, teratur, tersusun dan cinta merupakan kekuatan. Boleh menjadi kaunselor, memberi kasih sayang dan cinta yang berpanjangan. Banyak tanggungjawab yang tidak disangka-sangka. Mampu untuk buat kebajikan yang banyak untuk semua. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Mereka juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka.

Kekurangan: Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap atau pun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu disebabkan ada kepentingan diri. Degil, suka mengarah, suka kemewahan, bercitarasa tinggi, mata duitan dan tamak.

Perubahan yang harus dilakukan: Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri. Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubah. Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan. Kurangkan citarasa tinggi dan mewah (kehendak dan keperluan).

Kerjaya: Institusi kewangan, teknologi maklumat, perundangan, otomotif, askar, polis kejuruteraan, pengangkutan dan barang kemas.

Elemen: Besi

Warna elemen: Putih, kelabu dan emas

Warna tidak perlu pakai: Merah, oren dan ungu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6: Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver



Huraian Nombor 7

Kelebihan: Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara (suka mengkaji). Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian serta ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejar kemahsyuran dan tuah. Gemar kepada perkara teknikal. Mempunyai '6th sense' dan 'deja vu'.

Kekurangan: Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka 'berahsia' yang tidak membantu imej mereka secara luaran. Orang menganggap mereka adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan mereka tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan (sukar didekati). Mereka boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Perubahan yang harus dilakukan: Berfikir itu bagus namun ia adalah masalah yang perlu adalah tindakan. Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar.  Selain tiu, perlu kawal angin dan ubah 'can forgive but never forget'.

Kerjaya: Perkhidmatan pelanggan, kominikasi, wartawan, diplomat, logistik, perhotelan, perkapalan, makanan laut, air dan minuman.

Elemen: Air

Warna elemen: Biru dan hitam

Warna tidak perlu pakai: Kuning, coklat dan beige

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7: Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson



Huraian Nombor 8

Kelebihan: Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.Bertanggungjawab, tabah, adil, berterus terang, bertekad tinggi, pertahan kawan, kuat bekerja dan suka mengurus. Keberanian adalah aset, suka buat kebajikan dan dipandang sebagai ketua.

Kekurangan: Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah. Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Kera kepala apabila telah membuat keputusan.

Perubahan yang harus dilakukan: Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Kerjaya: Masakan, media, penerbangan, telekomunikasi, hiburan, perhubungan awam, bahan api, pengiklanan, pereka, penulis, minyak dan gas, kosmetik dan kecantikan.

Elemen: Api

Warna elemen: Merah, oren dan unggu

Warna tidak perlu pakai: Biru dan hitam

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8: Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda



Huraian Nombor 9

Kelebihan: Lengkap serta dikategorikan sebagai keseluruhan dan yang pengakhiran bererti kejayaan. Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Kekuatan psikik, mudah memahami, boleh dipercayai dan diharap serta menanggung beban tanpa sungutan. Mereka tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Berfikiran global, romantis dan melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

Kelemahan: Mereka tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Sensitif, merasa tidak pernah cukup dan tidak tolak ansur. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari mereka ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Perubahan yang harus dilakukan: Jangan banyak bercampur dengan perkara-perkara yang negative. Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata. Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan. Kurangkan sifat emosional.

Kerjaya: Pendidikan, perubatan, perkayuan, pertanian, percetakan, penerbitan, pertukangan, perhutanan dan rekaan grafik.

Elemen: Kayu

Warna elemen: Hijau

Warna tidak perlu pakai: Putih, kelabu dan emas

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9: Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley






Pertama, nombor kod asas diwakili oleh huruf O di dalam petak berwana biru. Nombor kod asas ini mewakili ciri-ciri utama individu.

Kedua, nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T di dalam petak hijau. Sekiranya nombor-nombor cermin ini memiliki nilai yang sama; sebagai contoh S = 6, dan T = 6, maka individu tersebut dikatakan berpotensi besar untuk menjadi seorang individu yang amat hebat dan popular.

Ketiga, nombor chasis atau nombor kod peribadi. Nombor chasis ini terdiri daripada I, J dan O. Nombor chasis ini juga dikatakan sebagai nombor kombinasi penentu sifat peribadi seseorang. Kedudukan nombor-nombor chasis ini telah aku tandakan dengan perkataan'Spiritual, Mental dan Root'.

Keempat, nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T. Kombinasi nombor-nombor tertentu daripada nombor circular ini juga dikatakan satu cara lagi untuk menghalusi sifat peribadi individu.

Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh individu sebelum mengira nombor chasis atau kod asas individu berdasarkan tarikh lahir mereka. 

Pertama AB mewakili dua digit hari lahir. Kedua DC mewakili dua bulan lahir. EF dan GH pula mewakili empat digit tarikh lahir. Pendek kata, tarikh lahir individu perlulah disusun mengikut format AB.CD.EFGH yang pada akhirnya akan bertumpu menjadi A+B+C+D+E+F+G+H untuk mengetahui nombor kod asas.

Sebelum itu, perlu diketahui di sini, bahawa sebarang nombor dua digit seperti 10, 11, 12 dan ke atas perlulah diubah menjadi nombor satu digit menerusi kaedah numerologi seperti berikut:

10 –> 1 + 0 = 1

11 –> 1 + 1 = 2

12 –> 1 + 2 = 3

19 –> 1 + 9 = 10 –> 1 + 0 = 1 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 1

20 –> 2 + 0 = 2

94 –> 9 + 4 = 13 –> 1 + 3 = 4 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 4

Sebagai contoh, aku akan ambil tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tokoh negara Malaysia ini dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan merupakan seorang tokoh yang amat dikagumi di kebanyakan negara, termasuk di negara-negara maju.

Mari kita semak cara pengiraan tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas. Mula-mula kita susun tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada 10 Julai 1925 kepada 10:07:1925 mengikut format AB:CD:EFGH, dan kita akan dapat menjalankan pengiraan seperti di bawah:



Pertama
AB:CD:EFGH –> 10:07:1925
A=1, B=0, oleh itu A+B= 10 –> I=1
C=0, D=7, oleh itu C+D= 7 –> J=7
E=1, F=9, oleh itu E+F=10 –> K=1
G=2, H=5, oleh itu G+H=7 –> L=7
dan seterusnya.

Berdasarkan kiraan rahsia tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas, maka kita dapati Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-nombor berikut:

Nombor kod asas diwakili oleh huruf O = 7

Nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T adalah sama iaitu masing-masing ialah 6.

Nombor chasis atau nombor kod peribadi I.J.O Tun Dr. Mahathir ialah 1.7.7.

Nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T bagi Tun Dr. Mahathir ialah 1, 1, 3, 6, 6, 6, 6, 6, 6, 7, 7, 7, 8, 8, 9 dan 9.


Huraian nombor kod asas:-

Nombor kod asas ini diperolehi berdasarkan nombor chasis. Contohnya Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-nombor kod asas 1, 7 dan 7 atau nombor chasis 1.7.7. Ini bermaksud Tun Dr. Mahathir memiliki nombor chasis berdasarkan 1 dan 7. Jika anda memiliki nombor chasis 1.2.3 maka sifat peribadi anda adalah berdasarkan nombor 1.2.3. Namun kod asas yang paling utama bagi anda adalah nombor yang mewakili huruf O. Dalam kes ini, nombor 7 mewakili ciri-ciri utama Tun Dr. Mahathir, manakala nombor 1 adalah rangkaiannya.


Kesimpulannya;-

1. Fokus pada kekuatan yang kita miliki dan asah sehingga ia menjadi LUAR BIASA.

2. Kelemahan yang dimiliki, kita cari jalan untuk atasi tanpa bertangguh.

3. Mesti selalu berfikiran positif kerana ia menyemai benih kejayaan (negatif = racun berbisa).

4. Sentiasa percaya pada kelebihan yang kita ada.


Ok, itu saja yang aku nak kongsi dengan korang apa yang aku belajar di seminar ni. Lepas balik dari seminar ni, aku terus praktikkan untuk test benda ni. Most of 80% ke 90% adalah betul dan kena dengan dorang apabila terangkan ciri-ciri pada dorang. Suka dorang buat kira-kira, lepas tu aku bentangkan jawapan mengikut nombor yang dorang sebutkan. Dan 80% ke 90% betul dan 10% ke 20% lagi tak berapa kena. So, di harap korang jangan terlalu taksub untuk percaya benda ni. Aku saja kongsikan dan korang fikirlah sendiri.


Hah! Korang yang kusyuk membaca tu, bagaimana? Dari pengiraan Rahsia Tarikh Lahir di atas, korang berada dalam golongan selebriti terkenal yang mana satu? Cepat-cepatlah kira dan kongsilah diruangan komen di bawah.


1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Hương Lâm chuyên dịch vụ cho thuê máy photocopy màu hoặc bán máy photocopy màu uy tín, giá rẻ tại TP.HCM và giải đáp máy photocopy nào tốt nhất cũng như link download driver toshiba 456 chính xác.

    ReplyDelete

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular