Showing posts with label Pes Ayam Lengkuas. Show all posts
Showing posts with label Pes Ayam Lengkuas. Show all posts

Tuesday, 20 February 2018

Pes Ayam Masak Lengkuas Jenama Adhwa



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Alhamdulillah. Setelah 4 hari di uji dengan sedikit kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, akhirnya hari ini sudah mula kembali menjalani rutin harian walau tidak seaktif hari-hari sebelumnya.


Tempahan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa memberi sedikit keceriaan dan sumber tenaga buat ku. Walau masih kurang bermaya, tetap gigih melayan pertanyaan daripada pelanggan setia produk-produk syarikat Cahaya Nur Adhwa di bawah jenama Adhwa.


Lagi bertambah semangat bila beberapa pelangan baru bertanya tentang cara memasak Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa.

Tidak kurang juga seronoknya apabila pelanggan berkongsi gambar kejayaan pertama mereka memasak menggunakan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa.

Terima kasih buat semua pelanggan syarikat Cahaya Nur Adhwa kerana sentiasa menyokong, membeli, memilih dan menggunakan produk jenama Adhwa.

Kepada anda di luar sana yang teringin mencuba memasak menggunakan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa, boleh hubungi Rieya di talian +60 16-817 8716.

Harga sangat murah dan berbaloi. Cuma RM11 sahaja. Berat 200 gram. Cukup untuk memasak ayam seberat 500 gram ke 1,000 gram (1kg). Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat kos. Mudah digunakan. Cepat menu ayam masak lengkuas tu dihabiskan. Anak-anak suka, suami lagi suka.

Nak minta ajar cara memasak yang ringkas, santai dan sempoi menggunakan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa pun boleh.

Jangan lupa wasap atau telefon Rieya +60 16-817 8716.

Sebelum tu jom kita intai sama-sama mereka yang baru dan telah berulang kali buat tempahan Pes Ayam Masak Lengkuas jenama Adhwa.

 

 


 











Wednesday, 1 November 2017

Ayam Masak Lengkuas


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Menu malam ni Ayam Masak Lengkuas

Cara Memasak Ayam Masak Lengkuas Menggunakan #PesAyamLengkuasAdhwa

1. Panaskan kuali. Masukkan Pes Ayam Lengkuas. Tidak perlu guna minyak masak.

2. Tambah 50ml air. Gaul hingga mendidih.

3. Masukkan ayam. Guna api sederhana supaya tidak cepat hangus.

4. Bila daging ayam empuk. Tambah garam secukup rasa.

5 Masak hingga kuning keemasan .

6. Sedia untuk dihidang.

7. Selamat menjamu selera.

Sila LIKE, KOMEN & SHARE jika bermanfaat. 
.
.
.
500g hingga 1kg ayam cukup untuk 1 pek (200g) #PesAyamLengkuas

Korang boleh buat pilihan sama ada untuk masak sehingga kering (macam dalam gambar di mangkuk kecil) atau basah, iaitu berkuah.

Kalau tanya aku, aku lebih suka kering sebab tahan lama. Kalau tak habis makan malam ni, boleh simpan untuk esok.

Kalau jenis basah (berkuah) kena habiskan terus. Kalau simpan takut pula basi sebab menu ni bersantan. Membazir. Esok tak boleh makan lagi.

Apa pun, terima kasih buat kawan-kawan terbaik di dunia yang sudi beli Pes Ayam Lengkuas #readytocook ni.

Selamat memasak semua.


Tuesday, 17 October 2017

Testimoni & Tempahan Pes Ayam Lengkuas Adhwa


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Alhamdulillah. Percubaan pertama untuk hasilkan Pes Ayam Lengkuas Adhwa sudah mula mendapat perhatian dan tempahan di kalangan peminat tegar menu tradisi suku kaum Bugis ini.

Apa yang seronoknya bukan saja kawan-kawan di kalangan suku kaum Bugis, malah Cina, Dusun, Bajau, Murut, Sungai dan pelbagai jenis suku lagi. Tak sangka pula ramai yang suka dan mula jatuh cinta dengan menu tradisi ni.  


InsyaAllah, akan ku komersialkan Pes Ayam Lengkuas Adhwa ini ke seluruh pelusuk Sabah. Kalau mendapat sambutan dari Sarawak mahu pun tanah Semenajung, akan di perluaskan lagi hingga ke sana. Mohon doa kalian juga wahai sahabat ku.

Terima kasih sudi membeli, merasa dan membuat tempahan semula. Semoga kalian juga di murahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. InsyaAllah. Aamiin.

Jika ada kawan-kawan yang nak cuba Pes Ayam Lengkuas Adhwa ni boleh la terus ketuk saja wasap ku ini 016-817 8716.


Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular