Showing posts with label Inspirasi Bazaar. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi Bazaar. Show all posts

Friday, 4 August 2017

Showcase Satu Daerah Satu Industri #SDSI Peringkat Negeri dan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) 2017



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum. Hai hai hai warga Sandakan. Apa khabar semua? Rieya doakan kalian sihat-sihat saja yer. Hari ni Rieya berkampung di Plazza Harbour Mall Sandakan. Nak tahu Rieya buat apa dekat sini? Sebenarnya Rieya salah seorang usahawan yang ambil bahagian dalam program SDSI ni.

Showcase SDSI 2017, Plazza Harbour Mall, Sandakan Sabah

Apa itu SDSI? SDSI ialah Satu Daerah Satu Industri  merupakan program anjuran bersama antara Kerajaan Negeri Sabah, DIDR, MID dan MPS. Program ini berkampung di Plazza Harbour Mall, Sandakan Sabah selama tiga hari bermula pada hari ini, 4hb sehingga 6hb Ogos 2017.

Program ini adalah program pertama syarikat Rieya, Cahaya Nur Adhwa diberi ruang dan peluang bersama warga Sandakan bagi memeriahkan suasana SDSI bersama-sama dengan para usahawan seluruh Sabah menyertai EXPO besar-besaran ini. 

Wow! Seronok tau. Selain dapat balik kampung dapat juga jumpa-kawan-kawan sekolah. Networking pun makin luas terbentang di sini tau!

Jutaan terima kasih kepada para penganjur yang berusaha untuk menjayakan program ini. Tahniah Rieya ucapkan buat DIDR dan MID. Usaha ini amat membantu kami kalangan usahawan IKS yang baru bermula bagi memperkenalkan produk masing-masing.

Pangilan buat warga Sandakan agar tidak melepaskan peluang untuk datang berkunjung ke tapak pameran dan jualan SDSI di Plazza Harbour Mall hari ini. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat pelbagai jenis produk yang diinovasikan oleh usahawan seluruh Sabah.

Beli 1 balang popia kacang, dapat 1 borang cabutan bertuah. Best tak?

Bah! Apa lagi.  Jom la ajak satu keluarga dan kawan-kawan datang beramai-ramai dan sokong produk tempatan kita. Sambil-sambil berhujung minggu bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti Sandakan's  Got TALENT,  cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang lumayan. Ada artis jemputan juga tau serta ceramah perniagaan. 
.

Jangan lupa cari Rieya di tapak pameran no 21 bersebalahan pintu masuk utama. Tapak pameran syarikat Rieya berjiran dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Popia Kacang

Cahaya Nur Adhwa (Produk: Popia Kacang)

Nama Pengusaha:

Alamat:
Lot C-1-20, Fasa 3C,
Taman Pasir Putih Putatan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah.

No. Telefon:
+60 16-817 8716

Email:

Fesbuk:

Blog:

Thursday, 3 August 2017

Showcase Satu Daerah Satu Industri #SDSI Peringkat Negeri dan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) 2017



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum. Selamat malam warga Sandakan. Salam ukhwah buat kalian semua. 

Gambar agak sedikit gelap. Faktor pencahayaan atau telefon Rieya kurang canggih.

Wokey di sini sudah akhirnya. Rieya baru sampai di bumi Sandakan. Selepas hantar anak-anak pulang ke rumah, Batu 12 Kg Kenangan Manis, Rieya ditemani suami ke tapak program SDSI.

Uhhmmm malam-malam turun padang untuk persiapan terakhir di tapak pameran sebelum bermula esok pagi program SDSI.

Waaah! Meriah tau. Ramai kawan-kawan seperjuagan sibuk susun atur dan buat persiapan di tapak pameran masing-masing.

Jangan lupa, esok cari Rieya di sini tau!

Rasa sangat teruja. Seperti tak sabar nak tunggu esok pagi.
.
.
Kawan-kawan, kamu tau la tu kan di mana mau cari aku Jamilawati Binti Pudang Nang Meg Ali Karar Erda Arju Adilapaat Paat Irmayanti Lahapi




Monday, 10 October 2016

7 Tips Mula Berniaga Bazaar


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Sebenarnya hari ni Rieya nak buat satu entri sharing pengalaman mana mula terjabak dengan dunia bazaar. Punyalah kusyuk typing, tup tup kaki super aktif sampai tertendang kable. Dokumen tak save lagi. Autosave pun tak jumpa. Yang tinggal cuma half page saja. So, terpaksalah bermula semula.

Cara nak tenangkan hati yang 'sakitnya tu di sini', Rieya scroll semula entri lama kat blog sambil senyum sendiri dan terpandang pula topik entri '7 Tips Mula BerniagaBazaar'. Terus teringat junior sekolah dan beberapa orang follower pernah bertanya bagaimana Rieya mula terjebak dengan bazaar. Wah! Dah ada follower. Rasa macam retis la pula.

Tak kurang juga yang minta pendapat nak jual apa kat bazaar? Nak labur berapa banyak modal? Macam-macam la diorang tanya. Kadang terasa diri macam pakar jualan bazaar. Hihihi mana tau kan satu hari nanti.

Rieya share entri '7 Tips Mula Berniaga Bazaar', manalah tau kan ada rakan-rakan blog Rieya terdetik nak buat blog mengenai dunia peniaga bazaar.

Share jika korang rasa bermanfaat yer... Link Rieya letak kat sini '7 Tips Mula Berniaga Bazaar'

Monday, 26 September 2016

7 Tips Mula Berniaga Bazaar


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Lama Rieya tak berceloteh panjang dalam blog ni, kan? Hari ni nak tumpahkan segala ilmu dan beberapa pengalaman Rieya masa mula-mula terjebak dengan dunia bazaar. Rieya belum la dikategorikan orang-orang yang berjaya, tapi tak salahkan kita berkongsi cerita yang ada? Manalah tau dengan perkongsian yang tak seberapa ini boleh membuahkan idea bisnes korang. Rieya tumpang gembira dan doakan semoga setiap perancangan dan perjalanan bisnes korang berjaya tanpa halangan besar dihadapan. Amiin. Doakan Rieya juga berjaya, ok.


1. Minat

Setiap bidang pekerjaan yang kita ceberi hendaklah di mulakan dengan minat. Bila minat dah ada dalam hati kita, maka mudahlah  kita mengorak langkah seterusnya. Yer tak?

Rieya ni bukanlah di kategorikan berdarah bisnes sangat tapi sewaktu zaman persekolahan mak ada buat bisnes kuih-muih di kilang berhampiran rumah. Mak juga kedai runcit kecil-kecilan di rumah. Tolong jual memang tak lah. Hihihi tapi Rieya selalu tolong mak buat persiapan dan persediaan barang-barang jualan. Bila jualan mak habis terjual, mak sangat gembira tapi kami adik-beradik pula sedih. Hahaha lucu tak? Sedih sebab tak dapat makan kuih.

Sambil berehat kami adik-beradik selalu tengok mak kira duit hasil jualan kuih-muih. Ucapan syukur selalu tak kering dari bibir mak. Selesai mengira hasil untung rugi jualan mak, kami adik-beradik pun dapat habuan sebab tolong mak di dapar. Dari situ perasaan minat dengan bisnes mula timbul. Dalam hati, seronoknya menjual mesti dapat duit banyak.


2. Lokasi Bazaar

Jika ini adalah pertama kali korang terjebak dengan dunia bazaar ada baiknya korang buat kaji selidik dulu. Jangan main hentam kromo jer. Kena ambil tahu sambutan bakal pelangan yang akan berkunjung ke lokasi bazaar tersebut. Kena kaji selidik siapa organizer bazaar tersebut. Ingat, jangan terpedaya dengan janji manis dari organizer. Ada yang menjanjikan bulan dan bintang bagai tapi sewaktu kejadian habuk pun tak ada. Yang berjoget riang duit masuk berkepuk-kepuk adalah organizer tapi korang menangis darah beb! Bayar duit sewa mahal-mahal tapi modal sewa pun tak lepas. Siapa nak tanggung? Sendiri juga kan?

Siapa nak tengok macam mana Rieya berbazar bolehlah berkunjung ke Centre Point pada 7-9 Oktober 2016 dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Booth no B7 berhadapan dengan pentas utama. Alhamdulillah. Kali ni rezki Rieya dapat lot corner. Bukan senang tau nak dapat lot corner ni lebih-lebih lagi dalam Centre Point Shopping Mall. Tambah pula sewa agak mahal. Tapi tidak mengapa asalkan pulangan lumayan. Amiin. Doakan Rieya dilimpahkan rezki di sini yer.






3. Rakan Kongsi

Ini cuma sekadar cadangan Rieya jer. Biasanya sewa purata bazaar dalam shopping mall RM450 hingga RM3,200. Tengok kadar sewa terlalu mahal tentu korang dah rasa gerun nak mencuba kan? Jangan patahkan niat dan semangat korang. Sewa mahal pun tak bererti korang tak boleh bermula.

Cadangan Rieya, korang boleh cari rakan kongsi. Bukan kongsi jualan tapi rakan kongsi bayar tapak niaga. Contoh, bazaar akan datang ni RM1250 (sebab corner lot). Kalau sorang Rieya pun tak mampu nak bayar. Bisnes kecil jer kot. Modal pusingan barang jualan pun nak kena ada. So Rieya cari lagi 4 orang rakan kongsi yang berminat. RM1250 tu Rieya bahagikan 5 orang. So sorang cuma perlu bayar RM250 untuk 3 hari bazaar.  

Seronok tau ada rakan kongsi ni. Jenis jualan Rieya tak banyak, bila ada rakan kongsi bolehlah pelbagaikan jenis jualan. Baru laa boleh menarik minat bakal pelanggan singgat ke booth. Selain tu bolehlah back-up kita kalau lambat sampai ke, nak ke toilet ke, nak sembahyang ke atau nak ambil stok baru.

Apa yang penting, kenalah cari rakan kongsi yang ada senang bawa berbincang. Tak mau yang suka monopoli kawasan. Dah nama pun sharing kan. pendek kata, chemistry itu perlu sesama rakan kongsi barulah seronok berniaga.


4. Persediaan

Sebelum bermulanya hari bazaar, korang perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Kalau tak cukup, meh sini bagi badan tu makan Shaklee supaya segala nutrisi keperluan badan dapat dipenuhi. Hihihi jangan marah. Just kiding.

Biasanya sebelum hari bazaar tiba, Rieya selalu buat checklist. Benda ni penting tau. Jom follow Rieya ketat-ketat supaya tak tinggal info penting.

Pertama: Layout. Korang kena dapatkan layout dari organizer. Ini bagi memudahkan korang kenal pasti kedudukan lot bazaar yang sudah dipilih. Bila hari kejadian, tidaklah membuang masa pusing sana sini tak jumpa kedudukan lot korang nanti.

Kedua: Survey Kawasan Bazaar. Dah nama pun pertama kali terjebak dengan dunia bazaar, korang kenalah turun padang. Datang meninjau sekitar tapak bazaar yang dijalankan nanti. Bagi yang tinggal jauh dari tapak bazaar, korang kena set masa jam berapa nak gerak dari rumah. Jam berapa patut set-up booth. Berapa banyak masa diperlukan untuk sampai ke tapak bazaar. Keadaan sesak, cuaca, kedudukan lift terdekat, eskalator, tempat letak kereta, kawasan loading barang dan musibah mahu pun halangan luar jangka kena diambil kira.

Ketiga: Produk dan Barang Jualan. Semua barang jualan hendaklah siap di packing awal. So, esok pagi senang nak angat masuk dalam kereta atau nak lagi jimat masa bolehlah angkat masuk sebelum korang masuk tidur malam tu. Keperluan peralatan semasa bazaar seperti tag harga, bisnes kad, klip, gunting, rail, hanger, plastik, alas meja, tukaran duit kecil dan sebagainya. nampak macam benda kecil jer tapi bila tak ada kelam-kabut kita jadinya.

Keempat: Flyer & Bisnes Kad. Benda ni jarang orang buat. Nampak macam rumit sebab perlu keluar modal nak buat fylers dan bisnes kad, sedangkan baru nak bermula ni. Tapi ini salah satu cara korang nak sebarkan bisnes yang korang buat. Mula-mula tu tak payahlah bazir duit sangat nak print kertas mahal-mahal. Design simple dan cetak sendiri di rumah pun boleh. Untuk permulaan boleh la cetak dalam 50 keping jer. Cukup sekadar yang perlu.

Kelima: Susun Atur Booth: Sepanjang Rieya berbazaar ada juga yang tak reti nak susun atur booth bagi nampak menarik dan luas. Rieya jenis yang pantang nampak barang tak tersusun rapi. Bila kawasan booth nampak bersih, ceria, kemas dan teratur, pelanggan senang nak datang lebih-lebih lagi bila kita pamerkan harga yang menarik.


5. Promosi Jualan

Apabila booth sudah siap di set-up cantik-cantik dan kemas-kemas, langkah seterusnya adalah memikirkan tentang macam mana nak promosikan barang jualan. Salah satu cara adalah dengan beriklan di fesbuk, instagram, telegram, wassap atau pun blog. Bagi tau semua yang kita ada join bazaar pada sekian-sekian di tempat sekian-sekain. Selain tu bolehlah bagi gift ke diskaun ke pada pelangan yang singgah membeli di booth korang. Apa pun semua bergantung pada kreativiti dan idea masing-masing macam mana nak tarik perhatian mereka datang membei di booth kita.


6. Zikir

Semasa hari berlangsungnya bazaar jualan, bolehalah korang basahkan bibir dengan zikkrullah. Zikir sebanyak mungin dan doa agar dimurahkan rezki. Sambil layan pelangan pun tak salah kita zikir dalam hati. Korang boleh amalkan zikir yang Rieya baca sewatu berbazaar ni. Semoga bermanfaat yer.


ALLOHUMMA AGNINI BI HALALIKA AN HAROMIKA WA BIFADLIKA AMMAN SIWAKA

Ya Allah cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal sehingga aku terhindar dari yang haram. Kayakanlah aku dengan nikmatMu sehingga aku tidak meminta kepada selainMu

YA GHANI - Maha Kaya
YA MUGHNI - Maha Pemberi Kekayaan
YA FATAH - Maha Membukakan
YA RAZAK - Maha Pemberi Rezeki
BACA 7 KALI SELEPAS SEMBAHYANG
BACA 70 KALI HARI JUMAAT DI SEPANJANG HARI
-------------------------------------------
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
301 KALI SELEPAS TERBIT MATAHARI
------------------------------------------------------
UNTUK PERNIAGAAN :
WA JAALTU LAHU MA LAN MAMDUDA
Surah Al-Muddaththir (AYAT 12)
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak
313 KALI KETIKA BERMULA PERNIAGAAN


7. Tawakkal

Apabila semuanya kita rasakan telah sempurna. Segala usaha dan doa telah dilaburkan, maka sampailah masa untuk tawakkal. Kenapa perlu tawakkal? Jika kita tawakkal maka kita redha dengan setiap dugaan dan cobaan yang Allah berikan. Andai kata perjalanan bisnes bazaar kita yang pertama tidak berjaya, maka jangan putus asa. Jangan patah semangat. Cuba lagi untuk kali kedua. Jangan takut untuk berbazaar lagi. Adat berniaga, biasanya ada untung, ada rugi.

Rieya juga pernah alami situasi yang sama. Modal sewa lebih besar dari jumlah jualan. Kos perjalanan ke tapak bazaar, makan minum, penat lelah set-up booth lebih mahal daripada hasil jualan pada hari tersebut.

Semua dugaan itu Rieya telan dan cuba perbaiki di mana salah, silap dan kekurangan yang ada. Kegagalan hari itu tidak mampu meruntuhkan semangat Rieya untuk terus berbazaar.


Alhamdulillah, hari ini sudah genap satu tahun 27 hari Rieya berniaga bazaar yang pada mulanya hanya suka-suka dan mengisi masa lapang. Pahit manis semua ada tertulis di dalam minda Rieya. Apa yang penting kita mesti berubah dan sentiasa ingin belajar benda baru. Jangan takut untuk bermula. Jika tidak bermula manakan tau hasilnya. Menjadi usahawan berjaya bukan mudah. Banyak perkara perlu kita laburkan. Rieya juga masih bertatih dalam menjadi usahawan suri rumah yang berjaya. Doakan Rieya berjaya menerbitkan satu ebook untuk panduan suri rumah mula berniaga bazaar dan membantu seramai mungkin suri rumah agar mempunyai pendapatan sendiri.  InsyaAllah. Amiin.


Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular