Teks: Nasriah
Abdullah
Foto: Nasriah
Abdullah
Assalamualaikum.
Hai hai hai warga Sandakan. Apa khabar semua? Rieya doakan kalian sihat-sihat
saja yer. Hari ni Rieya berkampung di Plazza Harbour Mall Sandakan. Nak tahu
Rieya buat apa dekat sini? Sebenarnya Rieya salah seorang usahawan yang ambil
bahagian dalam program SDSI ni.
Apa itu SDSI? SDSI
ialah Satu Daerah Satu Industri merupakan program anjuran bersama antara Kerajaan
Negeri Sabah, DIDR, MID dan MPS. Program ini berkampung di Plazza Harbour Mall,
Sandakan Sabah selama tiga hari bermula pada hari ini, 4hb sehingga 6hb Ogos
2017.
Program ini adalah
program pertama syarikat Rieya, Cahaya Nur Adhwa diberi ruang dan peluang
bersama warga Sandakan bagi memeriahkan suasana SDSI bersama-sama dengan para
usahawan seluruh Sabah menyertai EXPO besar-besaran ini.
Wow! Seronok tau.
Selain dapat balik kampung dapat juga jumpa-kawan-kawan sekolah. Networking pun makin luas terbentang di sini tau!
Jutaan terima
kasih kepada para penganjur yang berusaha untuk menjayakan program ini. Tahniah
Rieya ucapkan buat DIDR dan MID. Usaha ini amat membantu kami kalangan usahawan
IKS yang baru bermula bagi memperkenalkan produk masing-masing.
Pangilan buat warga Sandakan agar tidak melepaskan peluang untuk
datang berkunjung ke tapak pameran dan jualan SDSI di Plazza Harbour Mall hari
ini. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat pelbagai jenis produk yang diinovasikan oleh usahawan seluruh Sabah.
Bah! Apa lagi.
Jom la ajak satu keluarga dan kawan-kawan datang beramai-ramai dan sokong
produk tempatan kita. Sambil-sambil berhujung minggu bersama keluarga dengan
aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti Sandakan's Got TALENT,
cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang lumayan. Ada artis jemputan juga
tau serta ceramah perniagaan.
.
Jangan lupa cari
Rieya di tapak pameran no 21 bersebalahan pintu masuk utama. Tapak pameran
syarikat Rieya berjiran dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).
Cahaya Nur Adhwa (Produk:
Popia Kacang)
Nama Pengusaha:
Alamat:
Lot C-1-20, Fasa 3C,
Taman Pasir Putih Putatan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah.
No. Telefon:
+60 16-817 8716
Email:
Fesbuk:
Blog:
No comments:
Post a Comment