Showing posts with label IKSnita Sabah. Show all posts
Showing posts with label IKSnita Sabah. Show all posts

Monday, 13 November 2017

Karnival Usahawan Wanita Sabah 2017 Anjuran IKSnita Sabah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah




KARNIVAL USAHAWAN WANITA SABAH
ANJURAN IKSNITA SABAH


Imago Shopping Mall
2 - 3 Disember 2017
Sabtu & Ahad
10.00 pagi hingga 10.00 malam

Booth pameran/jualan hanya untuk local produk
Shell Scheme Booth RM2,000
Saiz booth 10ft x 10ft
Meja 2ft x 3ft
Kerusi 2 unit


Syarat Penyertaan untuk menyertai expo pameran/jualan ialah:
1. Produk usahawan tempatan sahaja
2. Jenama (brand) sendiri
3. Ruang pameran/jualan mestilah kemas dan teratur
4. Jenis produk: Pakaian, kraftangan, makanan, minuman, kosmetik, penjagaan kesihatan dll (janji produk usahawan Sabah)

Tinggal 2 booth saja lagi. Siapa cepat dia dapat!

Rieya www.wasap.my/60168178716




Wednesday, 8 November 2017

Sambal Tai' Minyak Adhwa Kini Di Dubai

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Sambal Tai' Minyak Adhwa sudah hari ketiga berada di Dubai. Ini merupakan produk kedua jenama Adhwa berjaya sampai ke Dubai sebelum tuannya. Hihihi (sabar jak la ko Rieya).

Alhamdulillah. Hari ini bakal berlangsung "Business Matching" antara team usahawan #IKSnita bersama delegasi Dubai. Semoga hasil perbincangan dan pembentangan dari team usahawan IKSnita di bawah pimpinan Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal membuahkan hasil seperti yang telah dirancang.

Avasee Skin Care oleh Faineh Modirim, Sambal Belacan Rehan dan Sambal Bilis Rehan oleh Timbalan Presiden IKSnita (Pn Rehan Rahim), Coffee Tukou, Cookies Bite, Sri Delima Facial Soap, Batooka, Tonik Rambut Raban Xtra antara produk usahawan IKSnita yang dipertaruhkan dalam "Busniess Matching" di Dubai.

Sebenarnya banyak lagi produk usahawan yang terlibat cuma ini saja yang terlintas dalam fikiran aku sekarang. Mohon maaf yang tidak tersebut produknya ya kawan-kawan.

Doa kami sentiasa mengiringi kalian di sana. Semoga apa yang telah dirancang dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Aamiin.




Saturday, 28 October 2017

Sesi Pertama: Klinik Usahawan Wanita Sabah Kelolaan IKSnita Sabah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah & Pn. Rehan Rahim, Timbalan Presiden IKSnita  Sabah


Alhamdulillah. Selesai sudah sesi pertama untuk program Klinik Usahawan Wanita Sabah kelolaan IKSnita Sabah pada petang tadi di Wisma Wanita, Kota Kinabalu.

Sambutan yang agak memberangsangkan dari usahawan-usahawan wanita yang datang dari pelbagai daerah di negeri Sabah.

Antara isu yang dibincangkan adalah bagaimana mahu mendapatkan fakta nutrisi bagi setiap produk yang dikeluarkan? Topik ini nampak mudah tapi jika kita kurang ilmu, kurang pendedahan sudah pasti ianya begitu sukar untuk dilaksanakan.

Bagaimana mahu membina "jenama" produk walau pun hanya dari rumah. Ada antara usahawan yang sudah berpengalaman belasan tahun dalam bisnes dari rumah tapi tidak tahu bagaimana mahu bina "jenama" produk.

Ada yang rasa terkilan kerana mendapati produk keluaran mereka ditukar hak milik "dibuat oleh" tanpa pengetahuan dan persetujuan dari mereka. Ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mahu pun pendedahan tentang  kepentingan "jenama" yang perlu di daftarkan.

Ada pula usahawan yang cuba bangunkan "jenama" yang sudah didaftarkan oleh orang lain tanpa mereka sedar dan tahu. Tindakan ini sia-sia kerana tanpa sedar, kita yang akan rugi dan boleh didakwa jika terdapat pihak yang sudah mendaftarkan jenama itu buat aduan hak cipta mereka dicuri, digunapakai atau ditiru oleh pihak lain.

Rancangan Perniagaan juga merupakan salah satu topik paling hangat dan digilai ramai oleh usahawan-usahawan baru. Kertas kerja Rancangan Perniagaan adalah penting untuk memohon pembiayaan atau pinjaman kewangan bagi apa jua jenis perniagaan. Menyentuh tentang topik ini, masih ramai yang tidak tahu akan kepentingannya. Rancangan Perniagaan merupakan dokumen WAJIB dalam membuat permohonan dana berupa geran atau pinjaman perniagaan di MARA / PUNB / SME Bank / Bank Pembangunan dan Badan-badan kerajaan yang berkaitan.

Tanpa Rancangan Perniagaan, sudah tentulah sukar untuk kita dapatkan bantuan dana daripada mana-mana pihak kecuali "Ah-Long" (peminjam wang tanpa lesen). Setuju?

Media pengiklanan online juga tidak kurang hebatnya. Ramai yang kurang mahir bagaimana mahu mempromosi dan memperkenalkan produk masing-masing menggunakan media sosial. Ada yang beranggapan "aku sudah tua, jadi tidak perlulah semua itu". "Media sosial ni hanya untuk orang-orang muda".

Jika kita beranggapan seperti ini, maka kita akan semakin jauh ketinggalan. Pemasaran media sosial sebenarnya tanpa mengira usia asalkan kita tahu dan pandai memanfaatkan penggunaannya.

Oleh kerana masa yang diperuntukan tidak cukup, maka penerangan tentang Kelas Blog Bisnes Penulisan di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai salah satu medium pemasaran percuma tidak berapa aku tekankan. InsyaAllah. Jika punya ruang dan peluang, akan dikongsikan dimasa akan datang.

Sebelum bersurai sempatlah kami bergambar kenangan untuk tatapan di masa depan selain menjalin ukhwah yang baru. Kata orang, lebarkan sayap "netwoking" yang sedia ada.

Hah! Nak tahu? Sempat lagi aku merasa kuih kampung hasilan tangan seorang makcik ni. Kuih Penjaram Gula Merah. Sedap. Memang susah nak dapat rasa asli kuih ni.  Kalau nak tempah untuk makan-makan di rumah atau jamuan bagi sebarang majlis, bolehlah cari makcik ni nanti ya.

Silapnya, aku lupa tanya nama makcik ni tadi. Suka hati je aku promo dan rekomen, kan? Tapi tidak mengapa, "follow" saja perjalanan blog "Suri Rumah Berpendapatan Sendiri" ni. InsyaAllah, entri seterusnya akan ku kongsikan maklumat tentang makcik usahawan kuih penjaram ni.

Jom kita cuci mata dengan gelagat usahawan wanita Sabahan ni. Semuanya punya idea yang hebat-hebat tau! Boleh dimajukan dan ditambahbaik lagi produk yang sedia ada. Moga kalian semua berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aamiin.


Hari ni "klinik" kami kekurangan staf "nurse" jadi Doktor Jamu mengambil-alih tugas pendaftaran. Sebelum masuk ke "klinik" kenalah daftar nama dulu dengan Doktor Fai. Tak daftar, tak dapat masuk tau! Hahaha, tak daftar kau tunggulah di luar sampai habis acara. Kejam tak?

"Apa benda dalam balang ni? Boleh rasa ke?" Tanya sorang peserta klinik. "Eh! Sila... Silalah makan. Yang tu memang untuk di rasa. Boleh komen apa yang kurang. Yang tu Popia Kacang Adhwa. Yang satu lagi Sambal Tai' Minyak Adhwa."  


Apalah agaknya yang Datuk Presiden curahkan tu? Kelihatan begitu kusyuk mendengar curahan idea dari dari Datuk Presiden IKSnita, Dg Khatijah Datu Bachtiyal.

Ntahlah, agaknya apa yang sedang dibincangkan dalam telefon tu ya? Sekumpulan mak-mak berbisnes sibuk layan gadjet masing-masing. Agaknya banyak tempahan masuk ke? Alhamdulillah. Rezeki tu. Nanti bolehlah kongsi dengan aku ya.

Timbalan Presiden IKSnita pun bukan main rancak lagi dengan topiknya. Penuh ceria dan gembira terpancar dari raut wajah Pn. Rehan. Masing-masing fokus menuntut ilmu.

Laju! Ready? 1...2...3... Caaak!

Bah! Ready kamu senyum manis-manis arrr

Cahaya apa di belakang tu? Jaga-jaga kamu arrr

Caaak! Haha sempat juga aku beraksi.

Di sini kami hari ni bos!
Sebelum beredar, jom tinggalkan jejak di sini.

Ok. Jom, pulang! Klinik dah tutup!


Tuesday, 24 October 2017

Klinik Usahawan Wanita Sabah, IKSnita Sabah vs Fitness Dance, FFL


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: IKSnita Sabah & FFL

Assalammualaikum dan salam ceria sahabat-sahabat POSITIF semua.

Teman niaga yang POSITIF selalu berbincang dalam BERKUMPULAN bukan BERSENDIRIAN.

Dalam ramai-ramai pasti timbul pelbagai idea yang boleh digunapakai bersama. Singkirkan perasaan NEGATIF yang ada dalam diri baru laa idea akan berkembang megah. Setuju?

Cuaca agak mendung pagi ini. Ku doakan semoga jiwa sahabat-sahabat semua tidaklah semendung cuaca pagi ini ya.

Saja ingin ku war-warkan bahawa Karnival Gempak Usahawan Wanita, Wisma Wanita Kota Kinabalu anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) bakal berlangsung pada hujung minggu ini iaitu 28 dan 29 Oktober 2017 bertempat di Wisma Wanita.

Antara acara yang paling meriah dan mendapat sambutan terbaik adalah Klinik Usahawan Wanita yang akan dikelolakan oleh IKSnita Sabah. Waaah! Tak sangka begitu hebat sambutan Klinik Usahawan Wanita Sabah bersama Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal, Presiden IKSnita Sabah.

Sehingga entri ini di tulis, sudah lebih 100 pendaftaran usahawan wanita yang datang dari seluruh daerah di Sabah. Sungguh hebat aura Datuk Presiden kita ni ya. Ramai yang tidak mahu ketinggalan dan terlepas peluang menimba ilmu keusahawanan bersama Datuk Presiden.  Tahniah di ucapkan.

Selepas selesai saja sesi klinik keusahawanan pada 29 Oktober 2017, kalian bolehlah renggang-renggangkan tulang, lembut-lembutkan saraf dengan menyertai acara "Fitness Dance" kelolaan FFL dengan kerjasama IKSnita Sabah yang akan bermula pada 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Elite Instructor Chacha Garza dan Zin Mocks bakal beraksi di atas pentas "Fitness Dance" bersama kalian semua. Rugi tau kalau kalian tak datang. Semua acara ini diberikan percuma istimewa khas untuk kalian usahawan wanita Sabah.

Jumpa anda di sana!!!




Karnival Usahawan Wanita Sabah 2017 Anjuran IKSnita Sabah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: IKSnita Sabah

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua

Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT. Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.

“Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redha-MU dan bukan mencari keredhaan orang lain” — Umar Al-Khattab

Panggilan buat usahawan Sabah. Berita gembira buat kalian. Karnival ini sudah lama dinanti-nantikan. 

Buat julung-julung kalinya, kami bawakan istimewa khas untuk usahawan wanita Sabah sahaja.

Karnival Usahawan Wanita Sabah 2017 anjuran IKSnita Sabah bertemakan "Wanita Peneraju Ekonomi Global" akan berlangsung pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 2 & 3 Disember 2017
Hari: Sabtu & Ahad
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi: Imago Shopping Mall


Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang 2 hari karnival ini adalah:-

1. Majlis Perasmian Karnival Usahawan Wanita Sabah 2017

2. Program Pelancaran Website Rasmi IKSnita Sabah

3. Pertandingan Hiasan Booth Tercantik

4. Pertandingan "Idea Packaging" Produk Usahawan

5. Happy Hour (Lelong Time 10 - 15 minit)

6. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

7. Dan pelbagai aktiviti menarik



Bayaran booth RM2,000 termasuk:
1. Scheel scheme booth bersaiz 10ft x 10ft
2. Meja bersaiz 2ft x 3ft
3. 2 buah kerusi untuk setiap booth dan
4. Plug point (extension bawa sendiri)



Syarat Penyertaan untuk menyertai expo pameran/jualan ialah:
1. Produk usahawan tempatan sahaja
2. Jenama (brand) sendiri
3. Ruang pameran/jualan mestilah kemas dan teratur


Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan urusetia bertugas:-

- Pendaftaran booth pameran/jualan
- Pendaftaran pertandingan "idea packaging" produk usahawan

- Pendaftaran pertandingan mewarna kanak-kanak



#IKSnita #IKSnitaSabah #IKSnita2017 #KarnivalIKSnita #VendorIKSnita #UsahawanNewbie #ProdukSabahan #UsahawanWanitaSabah #ImagoShoppingMall  #JenamaSabah

Tuesday, 17 October 2017

Karnival Gempak Usahawan Wanita, Wisma Wanita Kota Kinabalu


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: JHEWA & IKSNITA


Panggilan buat peminat tegar penyanyi Rohana Jalil. Jangan lepaskan peluang untuk melihat dan berjumpa dengan artis kesayangan anda pada 28hb Oktober 2017 jam 10.30 pagi di Karnival Gempak Usahawan Wanita di Wisma Wanita, Kota Kinabalu.

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi karnival tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun atur istimewa untuk kalian. Antara aktiviti sepanjang dua hari karnival ini berlangsung adalah seperti Pertandingan Permainan Congkak, Permainan Bahasa, Pertandingan Mewarna, dan Pertandingan permainan Batu Seremban. Selain itu, disediakan juga War Machine dan Iron Man.

IKSnita Sabah telah dijemput untuk turut serta dalam memeriahkan lagi karnival ini. Kalian boleh turut serta dalam Klinik Usahawan Wanita Sabah. Klinik ini juga percuma.

Untuk makluman, Klinik Usahawan Wanita Sabah ini akan bersama  Presiden IKSnita Sabah iaitu Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal berlangsung selama 2 hari iaitu 28hb dan 29hb Oktober 2017.

Setiap sorang hanya memilih satu tarikh sahaja. Klinik Usahawan Wanita ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Tujuan utama klinik ini adalah untuk berbincang keperluan produk usahawan yang boleh ditambah baik dari beberapa sudut. Seramai 5 orang "Doktor Usahawan" yang dilantik sedia membantu diagnos produk usahawan pada masa tersebut.

Anda boleh memilih salah satu "Doktor Usahawan" mengikut pilihan dan keperluan dalam perniagaan masing-masing.

Ini bukanlah seminar atau bengkel. Klinik ini membantu sesama kita di kalangan usahawan baru bagi mengenalpasti penambahbaikan produk di masa akan datang. 

InsyaAllah. Semoga usaha ini berhasil dan memberi idea serta inspirasi baru dalam memajukan produksi masing-masing.

Mohon kalian bantu kami war-warkan karnival ini kepada kawan-kawan di luar sana agar visi dan misi karnival ini dapat capai dengan jayanya.



Tuesday, 5 September 2017

Kursus Kemahiran Kecantikan Bertemakan "Kemahiran Asas Keusahawan" Anjuran IKSnita Dengan Kerjasama AEU Universiti


  
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Selamat datang ke blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri.

Jutaan terima kasih kerana anda sudi meluangkan sedikit masa membaca coretan santai di blog ini.



Untuk makluman, Kursus Kemahiran Kecantikan bertemakan "Kemahiran Asas Keusahawan" bakal berlangsung pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 28 - 29 September 2017
Hari: Khamis - Jumaat
Lokasi: Kudat


Pendaftaran Kursus Kemahiran Kecantikan sudah bermula. Hanya 30 kuota eksklusif untuk diisi.

Rebut peluang ini sekarang!


Untuk pendaftaran pantas boleh hubungi Pn Linda di talian 012-811 7396. 



Monday, 4 September 2017

"Wanita & Inovasi Dalam Perniagaan". Program Prospernita PUNB Sabah Dengan Kerjasama IKSnita Sabah.



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Prospernita PUNB & IKSnita

Assalamualaikum. Selamat pagi Isnin. Hari ni tak jumpa lagi status "Monday Blues". Semua kelihatan gembira masih diambang cuti yang panjang.

"Syukur dapat bercuti extra sehari lagi hari ini".

Itu kata mereka. Rasa hati mereka yang punya rutin kerja hakiki 8 pagi, 5 petang. Lalui dengan gembira. Hanya tinggal sedetik lagi cuti yang berbaki.

Bagi yang bercuti di kampung halaman, sudah mula sibuk mahu berangkat pulang ke destinasi masing-masing. Moga kalian selamat sampai.

Dikesempatan ini, ingin ku khabarkan mengenai satu program besar anjuran PUNB. Program PROSPERNITA PUNB Sabah 2017 dengan kerjasama IKSnita Sabah.

Alhamdulillah. Jutaan terima kasih buat PROSPERNITA PUNB Sabah, atas kepercayaan dan mandat yang diberi kepada IKSnita Sabah.

Sekalung tahniah buat peneraju usahawan-usahawan Sabah. Siapa lagi kalau bukan Puan Presiden IKSnita Sabah, Dg. Khatijah Datu Bachtiyal dan Puan Rehan Rahim merangkap Timbalan Presiden. Semoga usaha kalian membawa usahawan-usahawan Sabah ke peringkat antarabangsa membuahkan hasil. InsyaAllah. Aamiin. Doa kami sentiasa mengiringi kalian.

Program ini bertemakan " Wanita & Inovasi Dalam Perniagaan". Hebat tak tajuk ni?

Sehebat tajuk nya, sudah tentulah hebat lagi pengisian yang sudah disusun atur.

Walaupun penyertaan adalah percuma, tapi tempat dan ruang yang disediakan adalah terhad. Justeru, kalian yang berminat boleh dafatr segera.

Pendaftaran pantas atau inginkan maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Puan Wan Raizah Matsah di talian 010-236 0472 atau melalui emel wan.raizah@yahoo.com.

Jangan fikir panjang tau. Bertindaklah sekarang!






Monday, 21 August 2017

Borneo Road To Dubai Bersama IKSnita, Sabah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: IKSnita, Sabah

Assalamualaikum. Salam pagi Isnin buat rakan pembaca coretan perkongsian blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri. Ku doakan moga kalian sentiasa dalam rahmat dan lindungan-NYA. InsyaAllah. Aamiin.


Pagi ni dengan senang hati ingin ku kongsikan satu taklimat Borneo Road To Dubai anjuran bersama IKSnita, Sabah dan Victus PTD LTD, Dubai.

Inti-pati taklimat ini mengenai pasaran Global Village, Dubai. Program B2C yang akan meletakkan produk-produk usahawan Sabah selama 6 bulan di Dubai dan negara teluk untuk jualan dan promosi.

Ayuh! Rakan usahawan semua yang ingin meluaskan pasaran produk keluaran masing-masing ke luar negara untuk turut serta dalam taklimat tersebut. 

Jangan risau! Taklimat ini PERCUMA untuk anda yang bergelar usahawan Sabah yang mampu berdaya saing di pasaran global.


Maklumat taklimat adalah seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 26 Ogos 2017
Hari: Sabtu
Masa: 10 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: TH Hotel, Kota Kinabalu



Inginkan maklumat lanjut? Kalian boleh berhubung terus dengan Puan Faineh Modirim di talian 016-827 1628 



Monday, 14 August 2017

Seminar Keterampilan Diri Usahawan Wanita Anjuran Bersama IKSnita Dan JHEWA, Sabah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: IKSnita Sabah

"Be The Face".



"Keterampilan Diri Usahawan Wanita". Satu seminar eksklusif untuk usahawan dan bakal usahawan wanita anjuran bersama IKSnita dan JHEWA, Sabah.

Program eksklusif sangat sesuai bagi kalian yang bergelar usahawan baru dan lama ke arah menuju kejayaan.

Tentatif program sepanjang seminar berlangsung adalah seperti berikut (sila lihat gambar):-

Tentatif Program


Mahu berbicara dengan pihak penganjur atau daftar terus, boleh berhubung terus dengan Puan Linda A.Othman di talian 012-811 7396 atau Puan Faineh Modirim di talian 016-827 1628.







Friday, 21 July 2017

Pertandingan Tatarias Pengantin Sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan Malaysia 2017, IKSnita Sabah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: IKSnita Sabah


Panggilan buat tatarias pengantin untuk suku kaum yang berada di Sabah.

Anda punya bakat?

Ayuh! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Program ini julung-julung kali dianjurkan dan istimewa dibawakan khas untuk anda pada 10 September 2017 bertempat di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.

Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 bakal di bawa pulang. Jumlah yang besar, bukan? Nak lagi hadiah?

Trophy dan sijil penyertaan juga turut diberikan.

Jadi kenapa harus berfikir panjang? Jom ajak kawan-kawan sekali untuk turut sama menyertai program yang gilang gemilang ini. Lagi ramai, lagi meriah. Betul tak? 

Yuran penyertaan cuma RM100 sahaja. Berbaloi, bukan?

Jom asah bakat!


Sila hubungi Puan Linda  di talian 012-811 7396 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut. Penyertaan anda amatlah dialu-alukan.


Monday, 6 March 2017

Pink Car Parade, International Women's Day 2017



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Anda PEMILIK KERETA BERWARNA PINK? Jadi kenapa harus bersembunyi?



Jom kalian ramai-ramai munculkan diri. Jemputan khas sebagai TETAMU VIP sempena sambutan INTERNATIONAL WOMEN'S DAY 2017 yang bakal berlangsung pada 24 Mac 2017 di Pan Pacific Sutera Harbours Kota Kinabalu, Sabah.



Daftar segera kerana masih ada 5 KEKOSONGAN SAHAJA buat pemilik kereta pink yang BERTUAH.

Yo yo yo yoooo wassap youuu 0168178716


Sunday, 5 March 2017

Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat, Libaran Sandakan


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Program Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman




Pendaftaran KELAS BLOG BISNES PENULISAN juga berlangsung. Inilah peluang anda bagi yang mahu mulakan bisnes online dan jana wang dari rumah.

Pendaftaran bagi program INTERNATIONAL WOMEN'S DAY 2017 juga berlangsung hari ini. Mau berniaga, berzumba, menang wang tunai rm1000, vip guest pink car parade semuanya di sini.

Datang kamu ramai-ramai pi sini. Tambang free lagi ya. Meriah woooo. Kami berada di booth 67-70 IKSnita Sabah.







Friday, 17 February 2017

Tapak Niaga Be Bold For Change, International Women's Day 2017, IKSnita Sabah



Bazaar Be Bold For Change
International Women's Day 2017


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah. Syukur.
 
Ini layout plan rasmi yang telah disahkan untuk tapak niaga Be Bold For Change,
International Women's Day 2017


Jualan tapak telah dibuka SEKARANG!!!

Sila ikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur bagi memudahkan urusan jual beli tapak:-

1. Lihat layout dan pastikan nombor tapak sebaik mungkin sebelum membuat pilihan atau tempahan.

2. Whatsapp kami (016-817 8716 Rieya atau 016-827 1628 Kak Fai) dengan maklumat lengkap berikut :

Nombor Pilihan Tapak:
Nama Perusahaan:
Nama Brand/Produk:
Jenis barang jualan/produk:
Nama Pemilik: 
Nombor Telefon:

3. Tidak dibenarkan menukar tapak setelah membuat pilihan bagi mengelakkan pertindihan.

4. Perlu buat BAYARAN PENUH dalam masa 24 jam. Ini adalah WAJIB untuk “LOCK” tapak pilihan anda. Pihak penganjur berhak membuka tapak untuk sewaan semula jika tiada bayaran diterima selepas 24 jam.

5. DEPOSIT 50% diterima untuk tempahan. BAYARAN PENUH hendaklah dijelaskan sebelum 15hb Mac 2017. Namun diutamakan kepada mana-mana usahawan yang membuat BAYARAN PENUH terlebih dahulu.

6. Sila sertakan BUKTI TRANSAKSI (RESIT) maklumat pembayaran kepada kami melalui whatsapp secepat mungkin untuk sahkan sewaan.

Sila hubungi untuk tempahan segera!
WhatsApp : 016-817 8716 (Rieya) 016-827 1628 (Kak Fai)


Jom ramai-ramai kita memeriahkan majlis sambutan HARI WANITA ANTARABANGSA 2017 pada 24hb Mac 2017 nanti di Grand Ballroom, Pan Pacific Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabah.


Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular