Monday 24 July 2017

Geng Like: PERCUMA 4 eBook, 2 Video & Jaringan Kumpulan Sokongan Alumni Geng Like



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Assalamualaikum, kelas #GengLike akan bermula pada 30hb Julai 2017...

Sekarang pihak HQ bagi kupon diskaun RM10, maka yuran asal RM69 menjadi RM59. Jumlah kupon sangat TERHAD tau! Tak tau valid sampai bila...

Apa itu #Geng_Like di FB Personal? Jom sama-sama sertai kelas ini dan kita akan belajar 6 lagi topik penting termasuk:-
#PersonalBranding
#CopyWriting
#ContentMarketing
#StoryTelling
#EngagementFB
#Networking

Value lain yang kita dapat seperti di bawah...

1) Ebook "100 Posting Tarik Like" bernilai RM39.
2) Ebook "Pengurusan Kewangan Cara Newbie" bernilai RM69.
3) Group Networking bernilai RM199.
4) 3 video Basic Agent System (Ozir Zuri) bernilai RM99.
5) 4 video Sales (Aqif Azizan) bernilai RM99.

Semua ini diberikan secara PERCUMA tau!

Bukan itu saja, ada dua lagi ebook terbaru yang diberi secara PERCUMA iaitu:-
1) Ebook 8 Nota Menulis
2) Ebook 6 Nota Pantang Larang

Ini barulah namanya "Geng Like Bukan Sekadar Like" sebab banyak elmu penting kita belajar dalam kelas ini. Jangan tak tau dari tak reti nak menulis, kita boleh jadi penulis terhebat suatu hari nanti. InsyaAllah. Semuanya ini jika kita bermula dari sekarang!


Tapi kalau kita daftar sekarang, yuran cuma RM59 saja. Nampak tak, banyak penjimatan di situ...

Jom ajak kawan-kawan usahawan lain serbu wassap Rieya www.wasap.my/60168178716


Dapatkan kupon diskaun RM10 jika sertai #GengLike_Family_H hari ini (PM #Rieya untuk mendapatkan kupon).


atau nak lagi pantas, boleh daftar terus di sini secara online 






Sunday 23 July 2017

Mohon Maaf



Teks: Nasriah ABdullah


Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik, hari ini sudah masuk hari ke7 arwah kazen meninggalkan kami.  Seperti baru semalam berbual bicara. Bergurau senda. Sempat jua berkaraoke dan mendengar suaranya menyumbang lagu.

Kini arwah sudah berada di dunia lain. Yang tinggal hanya kenangan indah. Bila dikenang, pasti air mata mengalir deras. Sungguh tak percaya dengan musibah tragis yang berlaku. Tapi kami redha jika ini jalan yang telah tertulis untuknya. Pasrah.  Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

Mohon maaf buat sahabat-sahabat yang menghantar personal wasap tapi belum sempat ku balas. 

Mohon maaf buat founder-founder produk yang menanti  review produk di blog. Beri aku sedikit ruang untuk bertenang.

Mohon maaf buat sahabat yang buat tempahan upah buat fan page dan blog. Tempahan kalian akan disiapkan secepat mungkin.

Sahabat yang buat tempahan popia kacang. Maaf TIADA COD. Kalian boleh singgah terus ke rumah.

Terima kasih buat team organizer event yang sudi menjemput untuk sertai booth bazar kalian. Maaf. Bulan Julai masih dalam tempoh bertenang. Operasi berbazar akan bermula pada Ogos nanti. InsyaAllah. Doakan ya.

Sahabat-sahabat usahawan terutama newbie online seller yang mahu belajar bagaimana mencipta #PersonalBranding, kalian boleh daftar kelas #GengLike sekarang. Kelas akan bermula pada 30 Julai.

Topik-topik penting untuk kita hadam seperti ilmu #CopyWriting, #ContentMarketing, #StoryTelling dan #Engagement_FB  sebagai newbie online seller .

Selain tu dapatlah melebar sayap bisnes masing-masing dalam #Networking Geng Like.  Siapa tahu di kalangan peserta Geng Like nanti ada bakal customer atau agent kita nanti. Tak daftar mana nak tahu. Betul tak?


Rieya #WAHMSOHO
- Lihat komen pertama. Sila daftar di sana!


Friday 21 July 2017

Pertandingan Tatarias Pengantin Sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan Malaysia 2017, IKSnita Sabah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: IKSnita Sabah


Panggilan buat tatarias pengantin untuk suku kaum yang berada di Sabah.

Anda punya bakat?

Ayuh! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Program ini julung-julung kali dianjurkan dan istimewa dibawakan khas untuk anda pada 10 September 2017 bertempat di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.

Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 bakal di bawa pulang. Jumlah yang besar, bukan? Nak lagi hadiah?

Trophy dan sijil penyertaan juga turut diberikan.

Jadi kenapa harus berfikir panjang? Jom ajak kawan-kawan sekali untuk turut sama menyertai program yang gilang gemilang ini. Lagi ramai, lagi meriah. Betul tak? 

Yuran penyertaan cuma RM100 sahaja. Berbaloi, bukan?

Jom asah bakat!


Sila hubungi Puan Linda  di talian 012-811 7396 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut. Penyertaan anda amatlah dialu-alukan.


Jemputan Majlis Kesyukuran, Puan Dayang Khatijah Datu Bachtiyal - Presiden IKSnita Sabah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum dan salam kedamaian buat semua rakan pembaca yang tidak pernah jemu menjamu mata di ruangan ini. Walau pun serba ringkas dan santai sahaja, kalian tetap setia menanti entri-entri segar dari ku. Alhamdulillah.

Ku doakan semoga Allah SWT sentiasa memudahkan segala urusan yang telah dirancang, melapangkan hati-hati kita yang gundah-gulana dan membuka pintu-pintu rezeki yang luas dari arah yang tidak disangka-sangka. Aamiin Ya Rabbal Aa'lamiin.

Saja pepagi ni nak berkongsi kenangan indah semalam di majlis kesyukuran keluarga puan presiden IKSnita Sabah atas kepulangan anak beliau dengan membawa segulung ijazah dengan keputusan yang sangat dibanggakan oleh keluarga. Seronok. Bahagia dan kegembiraan yang sukar untuk digambarkan. Alhamdulillah. Begitulah kegembiraan yang dirasakan seorang ibu atas kejayaan anaknya.

Di samping majlis doa kesyukuran buat anak beliau, turut diselitkan juga doa selamat buat persatuan IKSnita itu sendiri. Beliau berharap dan mendoakan semoga segala rencana yang bakal diatur dan dirancang akan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. InsyaAllah. Aamiin.

Kejap...kejap...kejap nak bisik ni. Dengar baik-baik ya. Hihihi...Makanan yang dihidang semalam versi kampung-kampung. Hahaha...jangan marah. Sebenarnya , musim raya ni ramai ambil kesempatan buat majlis kahwin, jamuan rumah terbuka raya dan diselitkan sekali doa kesyukuran dengan hidangan versi kampung. Ringkas dan sedap. Tu yang menambah. Selera bukan main lagi.

Musim-musim jamuan rumah terbuka raya ni jarang kita dapat makan makanan versi kampung. Tu yang lupa diri pandai menambah. Sabar jak la puan presiden dengan pelbagai ragam dan karenah kami yang datang ni.

Sabar uolls. Pak imam tengah baca doa tu. Kejap lagi kita makan ya...

                           

                                                                                                                                                                                                                                                   
 
Tengok tu...Semua tengah kusyuk menghayati menu yang dihidangkan. 


Sambil makan sambil bincang.
Ntahlah apa agaknya yang dorang punya diskusi ni.
Macam nampak rancak jak kan? Hihihi

Selain dari menikmati menu kampung, dapatlah sesama tetamu (ahli IKSnita juga bah) beramah mesra sambil berbincang akan projek-projek persatuan yang akan datang. Projek terdekat, "Jom Kita Karoks!". Hahaha...lupakan pasal projek. Jom kita cuci mata dengan pelbagai ragam ahli-ahli IKSnita yang hadir memeriahkan suasana majlis tersebut. 


Kalau mau tengok gambar ni cun ka lawa ka sila sengetkan kepala. Hahaha

Muka kenyang. Ngantok la tu. Kejap lagi bertukar anakonda. Hahaha



Selpi dulu sebelum berpisah



Sorang Sandakan. Sorang Tuaran. Sorang tu lagi...Putatan jak



Masing-masing sibuk ambil posisi di belakang tu.
Apa lagi trep-trep ala retis le tu.
Bah! Atur kamu kedudukan begambar dulu kita sebelum berinut.

Ok! Sudah-sudah la tu begambar. Jom Pulaaaang!













Wednesday 19 July 2017

Hadiah Syawal 2017


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Abam Posmen

Alhamdulillah. Petang-petang macam ni dapat hadiah. Abam posmen dengan gembiranya datang hantar hingga ke pintu rumah. Rajin sungguh abam posmen tu.

Siap bagi salam dengan penuh tertib dan ketuk pintu sekali. Tak macam abam-abam posmen sebelum ni. Jangankan bagi salam atau ketuk pintu, di honnya jer dari bawah.

Maklumlah, rumah bertingkat-tingkat ni lain situasinya. Kau hon di bawah, duduk ber-aircon di dalam kereta sambil mengharap 1 taman perumahan datang menyerbu kereta kau dekat sana dan bertanya, "Abam, barang aku ada sampai?", memang mimpilah. Kalau malas sangat, baik resign dan duduk di rumah buat kerja dari rumah. Apa pun yang berlaku, itu semua tinggal kenangan. Perlu dilupakan dan kita perlu move on.


Hadiah Pek Percubaan Produk Penjagaan Kecantikan Jenama Kleyn oleh Nor Atika Sobri

Ok. Move on. Hadiah apa yang saya dapat? Satu dari founder produk skin care Kleyn, Nor Atika Sobri. Dapat trial pack 3 in 1 Facial foam, UV cream dan treatment cream. Comel jer packaging nya. Secomel orangnya. Terima kasih Tika sudi bagi kita rasa produk ni.


Hadiah E-Duit Raya Oleh NFatihah Suhaimi

Kedua dapat hadiah e-duit raya dari NFatihah Suhaimi. Baru perasan nama Nasriah Abdullah ada kena tag sebagai pemenang. Waaah! Best nya. Syawal nak habis dah. Dapat e-duit raya pula tu. Terima kasih Tiya.sudi pilih nama kita sebagai salah seorang pemenang.

Rieya #CahayaNurAdhwa
-Suka support kawan-kawan. Macam tu lah baru namanya #GengLike. Eh! Korang perasan tak? Macam best jer sebut nama "Tika", Tiya" ni kan? Jangan salah orang sudahlah yer. Dua-dua pun comel.https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f75/1/16/1f618.png
😘


7 Tips Power Update FB


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

TAK NAK FB ANDA KRIK KRIK? 


GUNA 7 TIPS POWER UPDATE STATUS FB INI SEKARANG!

Dalam video ini, akan dikupas 7 tips power supaya FB anda tak sunyi lagi.

Video ini berharga RM79 tapi hari ini PERCUMA untuk anda. 

Cepat! Cepat! Cepat! Jangan banyak fikir, Klik link ini https://genglike.onpay.my/order/form/fbpower/Rieya
sebelum saya letakkan harga jual.

Lambat pasti melepas!

Saya tak rugi. Yang rugi uolls.




Beraya Di Rumah Jiran Tingkat Atas


Teks: Nasriah Abdullah

Adduuuuh! Sedang kusyuk menulis tiba-tiba terdengar ketukan pintu. Tuk tuk tuk. Tuk tuk tuk. Aku biarkan saja. Leka dengan tulisan.

Tuk tuk tuk. Sekali lagi berbunyi. Pintu diketuk. Kali ini aku menjenguk keluar. Ku fikir siapa. Rupanya jiran rumah tingkat atas menjemput. Ada makan-makan katanya.
"Assalamualaikum. Mari Mama Wawa." Jemputnya selamba

"Wa'alaikummussalam. Ke mana? Ada apa?". Soal ku spontan.

"Aku ada masak soto. Marilah naik atas. Tiada orang. Kita-kita saja ni. Ajak nenek Ariel sekali" jemputan yang ringkas dan jelas.  

Haruman masakan sotonya tiba-tiba menusuk hingga ke rongga deria bau ku. Fuuuh! Macam sedap bau sotonya. Kemudian, dia mengajak jiran depan rumah pula.

Waaah! rezeki ni. Cuaca sejuk-sejuk macam ni memang sedap makan soto panas-panas. Fuuuh! Rezeki jangan di tolak. Jom beraya dekat rumah jiran tingkat atas.

Rieya #BerayaLagi

- Beraya di rumah jiran tingkat atas paling best. Tak perlu pakai baju raya. Hahaha ko ada jiran tingkat atas?

Jangan Malas Menulis!


Teks: Nasriah Abdullah


Teringat pesan #BizCoach

Kita ni ramai kawan usahawan. Usahawan di negara ni kita ramai yang hebat-hebat. Usahawan baru. Usahawan lama. Semua punya idea dan strategi hebat dalam bisnes masing-masing. Bisnes offline mahu pun online.

Cuma satu saja masalah usahawan kita. Usahawan baru. Usahawan lama. Ramai yang suka simpan idea dan strategi dalam kepala. Ya, tidak semua tapi ramai. Betul tidak? kalau salah betulkan saya.

Mereka ingat boleh tekan butang search kalau lupa. Hahaha ada yang terfikir macam ni ke? Ada yang sentap ke?

Tip nya mudah saja. Rekod. Dokumenkan strategi dan idea yang ada. So maksudnya kita kenalah bermula dengan MENULIS. TULIS apa saja idea yang terlintas dalam kepala. Tulis point-point penting saja pun tidak mengapa. Bila ada masa, tulisan boleh dikembangkan. Mungkin jadi bentuk cerita, rencana, atau apa saja.

Salah satu #Tip_Usahawan yang saya maksudkan ialah dokumenkan strategi yang ada melalui rancangan perniagaan (business plan).
TULIS. REKOD. DOKUMEN. Jadikan satu.

Rancangan Perniagaan ni kita boleh dibahagikan kepada empat topik utama iaitu #Pentadbiran #Operasi #Pemasaran dan #Kewangan.

Tulislah setiap strategi di 4 topik utama tadi. Mungkin hari ini lain ideanya. Esok ada pula idea baru. So rekod itu sudah ada dan boleh dikembangkan lagi.

Kita ini manusia biasa. Sehebat mana pun kita, tetap tidak akan sempurna 100%. Betul, tidak? Andai esok lusa kita punya masalah penyakit lupa, ada dokumen yang telah direkod sedia membantu. Hihihi...

Selamat mencuba. Moga berhasil ya kawan-kawan usahawan semua.

Rieya #AdhwaCookies
- Jangan susah. Kalau lupa, jom makan kacang. #PopiaKacang kan ada https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f0/1/16/1f60b.png
😋https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f0/1/16/1f60b.png


Tuesday 18 July 2017

Hujan: Ujian Kecil



Teks: Nasriah Abdullah
Video: Nasriah Abdullah

Assalamualaikum dan salam kedamaian.

Hujan membasahi bumi Kota Kinabalu sejak 2 ke 3 hari lepas. Beberapa tempat yang dilanda hujan mengalami sedikit musibah banjir. Ada beberapa jalan raya terpaksa ditutup akibat banjir.

Hujan kali ini sedikit berbeza. Hujan lebat yang diiringi tiupan angin kencang. Bunyi angin yang sangat menakutkan. Kelihatan atap-atap tempat letak kereta jiran tetangga seperti mahu terbang.

Jiran tetangga yang berada di tingkat 4 cukup berhati-hati bila angin datang menyapa. Trauma ada, apa lagi fobia. Pernah terjadi suatu ketika dahulu. Angin kencang seumpama ini pernah menerbangkan atap rumah (zink) di tingkat 4. Lewat malam. Mungkin sekitar 1 pagi. Kesian sang jiran. Terpaksa berjaga hingga ke pagi mengalihkan harta benda ke tempat-tempat yang beratap.

Beginilah nasib berumah di perumahan jenis flat. Bukan mengeluh mahu pun merintih dengan nasib yang ada. Bila hujan lebat jalan seiring dengan tiupan angin kencang, penghuni di tingkat bawah dan tingkat paling atas akan lebih berjaga-jaga. Seperti biasa, penghuni tingkat bawah risaunya pada banjir. Adakalanya air melimpah masuk ke rumah tanpa dapat di kawal. Bagi penghuni tingkat teratas pula risaunya pada atap. Dengan kuasa angin, atap rumah mampu terbang ke blok flat sebelah.

Betapa hebatnya kuasa angin. Walau tak dapat dilihat dengan mata kasar rupa bentuk angin, tapi dapat memusnahkan harta benda. Begitulah hebat ciptaan Yang Maha Esa. Tiada siapa dapat mempertikaikannya.

Musibah kali ini sedikit berbeza. Jika dahulu banjir akan melimpah masuk ke dalam rumah penghuni di tingkat bawah tapi kali ini air cuma bertakung di kawasan tempat letak kereta sahaja. Mungkin pengaliran dan saliran parit sudah lancar.Penghuni di tingkat atas pula tetap berjaga-jaga walau atap rumah tiada yang terbang. Aku? Aku penghuni di tingkat 1. Walau tak pernah alami banjir mahu pun atap terbang, tapi kali ini aku di duga. Sedih. Dugaan musim hujan. Rumah tak banjir tapi lantai (tiles) habis pecah. Nasib hanya 1 bilik. Mungkin rezeki lantai hendak di tukar baru. Jubin-jubin di bilik ibu meletup. Meletup seperti letupan bom kecil.

Kesian ibu. Terkejut dengar bunyi letupan. Difikirnya gempa bumi kerana gegaran di lantai bilik. Nasib ibu tidak punya penyakit jantung. Ku tenangkan perasaan ibu. Tidak perlu risau. Itu cuma perkara biasa. Mungkin sebab hujan dan angin kencang.

Ibu kembali tenang setelah aku memeriksa satu persatu jubin lantai yang pecah. Tidak mengapa. Rezeki lantai hendak di tukar baru. Jawab ku  dengan tenang walau dalam hati sebenarnya runsing.

Apa pun yang berlaku, ku doakan moga sahabat-sahabat yang baca posting ini di jauhkan dari segala musibah dan malapeta. Berhati-hati walau di mana kalian berada.

Salam kedamaian.

Rieya #CahayaNurAdhwa
-Redha dengan dugaan musibah musim hujan


GengLike: 6 Topik Utama


Teks: Nasriah Abdullah

Bagi Rieya la kan, perkara paling #best dalam #GengLike adalah dapat belajar 6 topik utama dalam bisnes dengan harga yang sangat #jimat dan #berbaloi.

Disamping urus rumah dan jaga anak di rumah, boleh upgrade diri dengan elmu basic online seller sambil packing parcel untuk customer.

6 topik penting ini banyak bantu Rieya dalam meningkatkan kemahiran menulis.
#PersonalBranding 
#Copywriting
#ContentMarketing
#StoryTelling 
#FBEngagement
#Networking


Rieya #AgentGengLike
-Tiada alasan, “aku tiada masa”, “Alaaa, tak ada jaga anak”, dan sebagainya. Di rumah pun boleh masuk kelas!

Popia Kacang


Teks: Nasriah Abdullah
                                
Syawal bakal berlalu pergi. Jamuan dan jemputan open house raya masih banyak tersusun dalam jadual.

Pelbagaikan koleksi biskut raya uolls dengan #PopiaKacang by #AdhwaCookies.

Sila tempah awal yer. Jangan menangis barisan panjang sangat.

Ingat #Rieya ingat #kacang
- Malatop bah di mulut? Bilangnya.. https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f57/1/16/1f609.png;-)

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular