Teks: Nasriah
Abdullah
Teringat pesan #BizCoach
Kita ni ramai kawan usahawan. Usahawan di negara ni
kita ramai yang hebat-hebat. Usahawan baru. Usahawan lama. Semua punya idea dan
strategi hebat dalam bisnes masing-masing. Bisnes offline mahu pun online.
Cuma satu saja
masalah usahawan kita. Usahawan baru. Usahawan lama. Ramai yang suka simpan
idea dan strategi dalam kepala. Ya, tidak semua tapi ramai. Betul tidak? kalau
salah betulkan saya.
Mereka ingat boleh
tekan butang search kalau lupa. Hahaha ada yang terfikir macam ni ke? Ada yang
sentap ke?
Tip nya mudah saja.
Rekod. Dokumenkan strategi dan idea yang ada. So maksudnya kita kenalah bermula
dengan MENULIS. TULIS apa saja idea yang terlintas dalam kepala. Tulis
point-point penting saja pun tidak mengapa. Bila ada masa, tulisan boleh
dikembangkan. Mungkin jadi bentuk cerita, rencana, atau apa saja.
Salah satu #Tip_Usahawan yang saya maksudkan ialah dokumenkan
strategi yang ada melalui rancangan perniagaan (business plan).
TULIS. REKOD.
DOKUMEN. Jadikan satu.
Rancangan Perniagaan
ni kita boleh dibahagikan kepada empat topik utama iaitu #Pentadbiran #Operasi #Pemasaran dan #Kewangan.
Tulislah setiap
strategi di 4 topik utama tadi. Mungkin hari ini lain ideanya. Esok ada pula
idea baru. So rekod itu sudah ada dan boleh dikembangkan lagi.
Kita ini manusia
biasa. Sehebat mana pun kita, tetap tidak akan sempurna 100%. Betul, tidak?
Andai esok lusa kita punya masalah penyakit lupa, ada dokumen yang telah
direkod sedia membantu. Hihihi...
Selamat mencuba.
Moga berhasil ya kawan-kawan usahawan semua.
No comments:
Post a Comment