Showing posts with label Mudahnya Menjemput Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Mudahnya Menjemput Rezeki. Show all posts

Sunday, 12 August 2018

9 Rahsia Pembuka Pintu Rezeki Dan Kekayaan

Assalamualaikum,

Seringkali kita anggap rezeki kita setaraf dengan apa yang kita kerjakan, tetapi hakikatnya tidak sama sekali. Ini terbukti apabila ramai dalam kalangan masyarakat kita yang boleh menyara keluarga mereka di luar jangkaan matematik dunia. Seperti contoh, seorang pekerja boleh menghantar lima orang anaknya  menuntut hingga ke Universiti.

Sebesar apa pun usaha manusia dalam mencari rezeki, apabila Allah SWT belum menghendaki, maka rezeki yang diterima manusia tidak akan sesuai dengan harapannya. Tapi sebaliknya, walaupun kecil upaya yang dilakukan manusia, sedang Allah SWT telah menghendaki, maka rezeki yang diperoleh pun seperti yang diharapkannya, bahkan lebih dari yang diinginkannya.

Di sini terdapat 9 Rahsia Pembuka Pintu Rezeki Dan Kekayaan  yang telah sekian lama diyakini, di amalkan dan dibuktikan oleh orang-orang yang telah berjaya.


1.     TAUBAT & ISTIGHFAR

Jika kita bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepada Nya dan kita sentiasa mentaati-Nya, maka Allah akan membanyakkan rezeki kita dan menurunkan hujan serta keberkatan dari langit, mengeluarkan untuk kita berkat dari bumi, menyuburkan tumbuhan-tumbuhan untuk kita, membanyakkan anak dan melimpahkan air susu perahan untuk kita, membanyakkan harta dan anak-anak untuk kita, menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya beraneka buah-buahan untuk kita serta mengalirkan sungai-sungai di antara kebun-kebun itu.


2.     IMAN & TAQWA

Beriman dan bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan kurniakan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.


3.     BERSYUKUR & TAWAKAL

Setiap orang yang mensyukuri segala nikmat yang diberi, maka Allah akan kurniakan rezeki terhadap mereka berganda-ganda.


4.     MENIKAH

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur ayat 32)


5.     BERIBADAH

Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam, berikan sepenuh perhatianmu untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kecukupan dan Aku akan tutupi kefakiranmu . Bila engkau tidak melakukannya, maka Aku akan memenuhi tanganmu dengan kesibukan (tidak pernah merasa cukup) dan Aku tidak akan menutupi kefakiran/kemiskinanmu .” (HR. At-Tirmidzi )


6.     INFAQ FISABILILLAH & BERSEDEKAH

Bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Dengan bersedekah kita akan terhindar dari api neraka dan sekali gus mampu membukakan pintu rezeki. Seperti yang sering kita dengar bahawa dengan bersedekah kita tidak akan menjadi miskin malah rezeki akan dilipatgandakan sebanyak 700 kali ganda.


7.     MENJAGA SILATURAHIM

Rasulullah S.A.W bersabda : “Barangsiapa ingin dipanjangkan umurnya, dilapangkan rezekinya dan diselamatkan dari su’ul khotimah, hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dan BERSILATURAHMI.” [HR Bazaar]


8.     MENGERJAKAN HAJI & UMRAH

Kerjakan haji & umrah bagi yang berkemampuan

Rasulullah S.A.W bersabda : “Lanjutkanlah haji dan umrah kerana sesungguhnya keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana api dapat mengilangkan kotoran besi.”
(HR. An Nasa’i)


9.     BERNIAGA & BERDAGANG

Rasulullah S.A.W bersabda, “Perhatikanlah olehmu sekalian PERDAGANGAN, sesungguhnya di dunia perdagangan itu ada 9 dari 10 pintu rezeki.” [HR Ahmad]

Semoga bermanfaat. Inshaa Allah.

Sumber: Nota Gembira






Friday, 5 August 2016

Doa Mudahnya Menjemput Rezeki



Teks: Nasriah Abdullah
Foto:



ALLOHUMMA AGNINI BI HALALIKA AN HAROMIKA WA BIFADLIKA AMMAN SIWAKA

Ya Allah cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal sehingga aku terhindar dari yang haram. Kayakanlah aku dengan nikmatMu sehingga aku tidak meminta kepada selainMu

YA GHANI - Maha Kaya
YA MUGHNI - Maha Pemberi Kekayaan
YA FATAH - Maha Membukakan
YA RAZAK - Maha Pemberi Rezeki


BACA 7 KALI SELEPAS SEMBAHYANG
BACA 70 KALI HARI JUMAAT DI SEPANJANG HARI

------------------------------------------------------
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

301 KALI SELEPAS TERBIT MATAHARI

------------------------------------------------------
UNTUK PERNIAGAAN :

WA JAALTU LAHU MA LAN MAMDUDA
Surah Al-Muddaththir (AYAT 12)

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak

313 KALI KETIKA BERMULA PERNIAGAAN

----------------------------------------------------

Marilah sama-sama kita amalkan. InsyaAllah ekonomi umat Islam dapat diperkukuhkan dan kita menjadi orang kaya yang beriman.

Saturday, 2 January 2016

Formula Menjemput Rezeki

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Perkongsian 'Group WhatsApp'


Formula Menjemput Rezeki:

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8. SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Lain-lain:

1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH..


Wallaahua'lam..

Monday, 6 July 2015

Mula Bisnes Tanpa Modal (Part #2)

Entri #25


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Jom sertai saya menjana pendapatan dengan dropship buku-buku motivasi kehidupan dan motivasi pekerjaan.





Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)


RM 25 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran


Allah Tempat Meminta (ATM)

RM 25 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah & Sarawak)
*Harga termasuk kos penghantaran



21 Formula Hidup Luar Biasa (21-FHLB)


RM 45 (Semenanjung)
RM 45 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran



Bersama Kesusahan Ada Kesenangan (BKAK)

RM 25 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah & Sarawak)
*Harga termasuk kos penghantaran



Aku, Dia & Rezeki

RM 31 (Semenanjung)
RM 35 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran



Untuk sebrang pembelian buku-buku yang ada di sini, anda boleh berhubung terus dengan saya melalui:-

WhatsApp: +010-366 8516
Call/SMS: +6016 817 8716
Page: Ummy.Adhwa
Email: pnnasriahabdullah@gmail.com
Blog: http://nasriahabdullah.blogspot.com



Tuesday, 23 June 2015

'Door Gift MMR' Yang Unik Dan Bermanfaat

Entri #13

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Idea Gubahan 'Door Gift MMR' Yang Ringkas, Cantik Dan Menarik

Syukur alhamdulillah, masih berkesempatan meluangkan sedikit waktu yang terluang mencoretkan sesuatu di ruang kedai alam maya ini. Moga segala idea yang tercetus di ruangan ini memberi 1001 inspirasi dan sumber idea buat kalian pembaca setia kedai alam maya saya.

Idea gubahan 'Door Gift MMR' ini tercetus rentetan dari permintaan buku-buku ilmiah yang sangat 'terlajak laris' di pasaran sehingga pihak pengeluar tak menang tangan nak mencetak semula tempahan yang beratur panjang. Bukti 'telajak laris'? Baru buka 'pre-order', dah 'sold out'. Alhamdulillah, ini menunjukankan bahawa ramai pembaca telah mendapat manfaat daripada isi kandungan buku ini sehinggakan tercetus idea nak jadikan sebagai cenderahati dan 'door gift' bagi majlis-majlis pertunangan, perkahwinan dan aqiqah. Ada di antara pembaca buku-buku ilmiah ini yang meraihkan hari ulang tahun kelahiran dan perkahwinan menjadikannya sebagai cenderahati kepada tetamu yang  hadir. Tidak kurang juga kepada mereka yang ingin bersedakah, lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan ramai pembaca yang mengambil kesempatan bersedekah dengan mewakafkan ke surau-surau dan masjid-masjid. Justeru, tidak hairanlah jika ramai yang membeli dengan jumlah yang banyak (borong). 



Adat Orang Melayu

Walau pun pelbagai bangsa dan agama, adat memberikan buah-tangan kepada tetamu yang hadir ke majlis kenduri-kendara untuk di bawa pulang sebagai tanda mata (kenangan) sudah menjadi kebiasaan. Jika dahulu, bunga telur menjadi pilihan utama, kemudian beralih kepada pemberian pemanis mulut seperti coklat, jajan, candy, cup cake, kipas tangan, cawan, kristal dan sebagainya. Namun, buah-tangan itu hanya setakat itu sahaja dan tidak memberikan manfaat yang berpanjangan kepada si penerima. 

Dunia sudah berubah. Zaman sekarang semuanya inginkan satu kelainan dari kebiasaan. Kelainan dari segi manfaat cenderahati itu sendiri kepada si penerima (tetamu). Bak kata pepatah, 'win-win situation', pemberi dan penerima buah-tangan itu akan dapat manfaat yang berpanjangan. Insyaallah...

Sebagai idea alternatif, melakukan sedikit perubahan kepada pilihan biasa yang sedia ada di pasaran, saya mencadangakan Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) dijadikan sebagai 'doof gift' pelbagai majlis. Harganya juga sangat murah dan mudah di bawah walau ke mana sahaja. Jika mengundang tetamu berstatus VIP, sesuai sangatlah kiranya menghadiahkan 'Pek Berkembar MMR' iaitu gabungan versi penuh Buku Mudahnya Menjemput rezeki dan Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR).



Uniknya MMR

Kenapa saya katakan MMR ini unik? Pada pandangan saya, Mini MMR ni sangat unik dan wajar dijadikan cenderahati kerana:-

Unik & Luar Biasa
MMR ni sangat unik dan lain daripada yang biasa contohnya seperti Al-Ma'thurat dan Yassin

Eksklusif & Mewah
Warna kulit buku yang sangat ceria, cantik dan kelihatan sangat eksklusif dan mewah dengan jenis tulisan timbul lagi berkilat

Bersaiz Kecil
Saiznya yang comel dan kecil sangat sesuai sebagai cenderahati

Gubahan Ringkas & Sederhana
Oleh kerana buku itu sudah cukup kelihatan mewah dan eksklusif, dekorasi ringkas dan sederhana sudah cukup memadai

Murah & Jimat
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Jika membeli dengan kuantiti yang banyak (borong), harga yang ditawarkan juga sangat murah (diskaun harga superb jimat!)

Ilmu Yang Bermanfaat
Ilmu yang bermanfaat, tidak habis sebagaimana makanan dan tidak pudar sebagaimana perhiasan. Secara tidak langsung, sedar atau tidak anda telah pun turut serta dalam penyebaraan ilmu dan dakwah Islamiah

Pahala Berpanjangan
Penyumbang akan mendapat pahala berpanjangan andai kata ilmu yang terkandung di dalam buku itu diamlkan oleh si penerima dan di kongsikan kepada pembaca yang lain. Insyaallah...



Koleksi Gubahan 'Door Gift MMR' 






Harga Buku Mudahnya Menjemput Rezeki
    • Buku MMR Versi Penuh: RM18 (SM) / RM20 (SS)
    • Buku Mini MMR: RM2.70 (SM) / RM3 (SS)
      • Kos penghantaran RM7 (SM) / RM10 (SS) (penghantaran ke seluruh Malaysia)


Anda berminat mendapatkan buku mini mahupun untuk versi penuh MMR untuk majlis anda?
Atau anda masih mempunyai kemusykilan?
Saya sedia membantu...


Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah;

Whatsapp Sahaja: 010-366 8516

Call/SMS: 016-817 8716






***Pembelian buku mini mahupun versi penuh MMR secara borong akan mendapat diskaun yang sangat menjimatkan.





Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular