Showing posts with label Jejaki Blog Saya. Show all posts
Showing posts with label Jejaki Blog Saya. Show all posts

Sunday, 7 February 2016

Kata Kunci #1: Menyesal DAFTAR Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Dulu punyalah susah cari kelas blog dengan yuran kelas yang murah. Sana sini merayu minta ajar dengan rakan-rakan sepejabat. Tidak kurang juga sahabat-sahabat muka buku. Stress sangat-sangat. Bosan ada apatah lagi putus asa. Hilang semangat dan motivasi diri.

Namun, kembali bersemangat bila bertemu guru online ABDR iaitu Cikgu Anys Idayu Zakaria di alam maya. Perkongsian beliau tentang ABDR untuk suri rumah seperti saya membuatkan diri ini tak keruan bila sehari tak baca dan melihat status post terkini dari beliau.

Rasa menyesal sangat-sangat kerana ambil masa yang panjang baru nak bermula di ABDR. Bertapa seronoknya berada bersama keluarga besar ABDR. Lagi riang tak terkata bila tiga minggu pertama berada di ABDR berjaya mendapat pelanggan pertama dari blog iaitu upah buat FB page dan blog. Seterusnya ditawarkan pula sebagai Pengurus Online ABDR walhal tugasan sebagai protege ABDR belum pun sempat diselesaikan. Wah! Semakin berkobar-kobar siapkan tugasan yang diberikan ketika itu. Kegembiraan itu berganda apabila blog lama yang terkubur kembali berseri.

Alhamdulillah. Semua ini adalah berkat keyakinan dan kesungguhan menuntut ilmu mencipta blog di ABDR. Secara peribadi, di ABDR bukan saja protege akan mendapat ilmu baru malah dalam masa yang sama boleh menjana pendapatan tambahan dengan blog di samping menambah pelanggan-pelanggan baru serta rakan-rakan bisnes. Oh! Indahnya belajar mencipta blog di Akademi Bekerja Di Rumah.

Kepada semua suri rumah di luar sana, di ABDR anda diberi banyak pilihan. Pilihan untuk suri atau sesiapa sahaja yang igin belajar mencipta blog bisnes, blog penulisan dan seterusnya menjana pendapatan dari rumah melalui blog dengan lebih jimat. Bukan sahaja jimat, malah yuran kelas yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Pendek kata, bajet yuran kelas memang mampu bayar J. Jumlah yuran yang sangat berbaloi dengan curahan dan limpahan ilmu yang diperolehi.

Pilihan Pakej Kelas Yang Ditawarkan Di ABDR


Saya percaya bahawa tiada kelas semurah ini di mana kita boleh menimba ilmu sambil menjana pendapatan. Buktinya saya sendiri telah alami di mana "44 entri" tugasan pertama sudah mendatangkan pelanggan dari blog.

Ini terbukti bertapa blog kami bersama ABDR mudah dijejaki dalam carian google. Jika tidak, takkan prospek ABDR yang berada di Korea, Philipin, Manila dan sebagainya turut menjadi sebahagian dari keluarga besar ABDR? Setiap hari ada saja yang bertandang di blog kami dan bertanya tentang ABDR seterusnya mengambil keputusan berdaftar sebagai protege ABDR.

Inilah sebahagian bukti blog protege ABDR dijejaki melalui carian google.







Anda di luar sana moga tidak terlambat untuk menyertai jemaah kami di ABDR. Jangan jadi seperti saya yang mengambil masa panjang untuk berdaftar di ABDR. Menyesal tau tak daftar awal. 

Daftarlah bila sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Boleh mula kelas bila-bila masa anda bersedia. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : 
pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716


add saya di facebook :

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:








Tuesday, 10 November 2015

Suri Rumah Berpendapatan Sendiri


Entri Ulasan #2

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Ulasan: Kelas Online ABDR (Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan)
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria


Belajar Blog Melalui 'Uncle Google'


Setahun sudah berlalu, facebook mengingatkan aku ketika aku mula belajar mencipta blog. Mencipta blog dengan hasil usaha sendiri. Tanpa guru. Tanpa Mentor. Tanpa Pemerhati.


Kenangan Terindah
Belajar Blog Melalui 'Uncle Google'
Namun itu semua bukan penghalang untuk aku belajar sesuatu yang baru. Akhirnya aku berjaya walau hanya dengan bantuan 'Uncle Google'. Namun, kegembiraan itu terhenti seketika kerana aku mula bingung. Bigung bila berhadapan dengan 'java script'. Nampak sangat ceteknya ilmu IT yang aku ada. Aku baru nak belajar meneroka dunia blog dikala ramai anak muda dan remaja masa kini sudah mahir dengan berblog. Aku peduli apa! Kenapa perlu aku malu? Aku lagi malu bila dah tahu tak tahu buat tapi buat-buat tahu di depan orang ramai.

'Java Script?'. Wah! macam mana nak baca ni? Nak taip satu persatu ke? Mak ai, panjangnya. Takkan nak taip satu-satu? 1001 soalan ku tanya pada diri sendiri. Soalan demi soalan bermain difikiran ku. Aku buntu. Tak tahu pada siapa harus ku bertanya. Aku berkenalan pada beberapa orang rakan facebook yang mahir berblog tetapi mereka tak sudi mengajar ku. Mereka hanya meminta aku membaca hasil tulisan mereka di blog masing-masing.

Membaca? Aku sudah pun selesai membaca semua hasil tulisan dan perkongsian mereka di blog tapi aku masih buntu. Aku perlukan seseorang yang boleh aku ajukan pelbagai jenis soalan. Hanya setakat membaca? Siapa pun boleh membaca tapi aku perlukan seorang guru yang boleh membimbing aku dalam mencipta blog dan seterusnya menyebarkan blog yang ku cipta ke serata dunia. Bukan hanya mencipta blog semata.

Aku perlukan blog ilmu. Blog yang mampu memberi sumber inspirasi kepada blogger lain. Aku perlukan blog yang akan memberi aku sumber pendapatan untuk diri ku dan seluruh keluarga ku.

Aku sangat gembira apabila berjaya mencipta sebuah blog. Namun, kegembiraan itu cuma seketika. Aku mula bosan dan putus asa apabila berhadapan dengan bahagian 'java script'. 'Jaca Script' membuatkan aku putus harapan untuk meneruskan sesi belajar membina blog. Akhirnya blog itu terkubur seketika.


Suri Rumah Sepenuh Masa


Bermula 1 Disember 2014, dengan rasminya aku bergelar suri rumah. Suri rumah sepenuh masa yang tidak punya pendapatan hasil titik peluh sendiri. Pada mulanya aku selesa tapi dalam masa yang sama aku sering ternanti-nanti hujung bulan. Ada apa pada hujung bulan? Ya setiap insan yang bekerja tidak kira bekerja di sektor kerajaan mahu pun swasta semua akan gembira bila tiba hujung bulan. Duit gaji akan masuk akaun. Tetapi aku hanya menanti pemberian dari suami.

Aduuuh! Sungguh satu tindakan yang tidak aku gemari. Walau pun nafkah dari suami itu wajib tapi aku tidak suka meminta-minta apatah lagi berharap pada duit suami semata.

Di saat aku tidak keruan memikirkan hasil pendapatan sendiri, aku mula beri suntikan semangat pada diri sendiri. Aku mula bangkit. Merenung tajam ke blog yang sudah beberapa bulan terkubur.

Di saat aku nekad ingin hidupkan semula blog yang telah ku bina, aku dipertemukan dengan insan yang bernama Anys Idayu Zakaria. Cantik nama tu. Secantik empunya nama. Perkenalan di dunia blog dan facebook akhirnya kami menjadi sahabat. Walau hanya sahabat alam maya, namun hubungan kami seperti telah lama berkenalan dan telah bersua muka.

Hari demi hari melihat status Anys di facebook dan coretan ilmu di blognya membuatkan aku semakin ingin mengenali siapa Anys. Apa pekerjaannya? Begitu indah susun atur setiap bait kata-katanya. Setiap hari berkongsi ilmu blog di status facebook-nya. Aku semakin ketagih maklumat terkini darinya.


Berani Menanggung Risiko


2 Mac 2015, 9.10pm. 
Aku dan Anys sah bergelar sahabat alam maya.
2 Mac 2015, 9.10pm. Aku dan Anys sah bergelar sahabat alam maya. Disaat itu aku banyak bertanya tentang blog. Blog yang mampu memberi pulangan wang ringgit walau hanya bergelar suri rumah.

Setelah beberapa soalan ku ajukan kepada Anys tentang blog, aku semakin berminat dan bersemangat kembali nak mulakan semula belajar berblog tapi kali ini berbeza sedikit. Belajar mencipta blog dengan sistem, ilmu dan mentor.


Tanpa berfikir panjang, 31 Mac 2015, aku melaburkan sedikit modal sebagai yuran pendaftaran dan sah bergelar pelajar disalah sebuah akademi alam maya. Berani menanggung risiko belajar di Akademi Bekerja Di Rumah. Akademi yang dikendalikan secara online. Macam seronoknya bunyinya. Yer tak? Belajar dari rumah sambil masak, sambil jaga anak, sambil kemas rumah, sambil tunggu duit masuk akaun. Namun begitu aku tidak dapat teruskan kelas kerana beberapa halangan menimpa yang harus aku selesaikan terlebih dahulu.

10 Jun 2015, 2.40pm adalah kelas pertama ku bersama Cikgu Anys Idayu Zakaria. Berkobar-kobar semangat di dada. Tugasan pertama yang diberikan cepat saja aku selesaikan. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran ku ingin mencipta blog sendiri yang mudah dijejaki 'Uncle Google', dengan bimbingan mantap seorang mentor yang punya sistem dan ilmu semakin berhasil.


Modal RM300 Membuahkan Hasil


Walau hanya 3 minggu aku bersama protege-protege Akademi Bekerja Di Rumah, modal pelaburan iaitu yuran pendaftaran 'Kelas Blog Bisnes Penulisan' sebanyak RM300 dengan bonus 5 ebook telah membuahkan hasil. Ada diantara pembaca blog yang mengupah aku mencipta blog dan ada yang mengupah untuk mencipta FB page bisnes untuk mereka.

Yuran Pendaftaran RM300 
Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan
Alhamdulillah, RM300 hasil simpanan dari duit belanja yang suami berikan tiap bulan tidak sia-sia. Di minggu ketiga aku bersama ABDR, Cikgu Anys Idayu Zakaria menawarkan untuk menajdi Pengurus Online ABDR. Alhamdulillah, rezeki datang lagi.

Semenjak dari itu. rezeki berblog tidak pernah putus. Hari demi hari ada saja yang ingin aku lakukan. Dan setiap tindakan itu sering membuahkan hasil. Saat aku ditawarkan sebagai Pengurus Online ABDR, aku mula tawar hati memohon kerja di mana-mana agensi kerajaan mahu pun swasta kerana bagi ku keseronokan bekerja di rumah jauh lebih baik berbanding makan gaji di mana-mana sektor pekerjaan.


Tawaran Sebagai Pengurus Online ABDR


Pengurus Online ABDR: 
Ebook Panduan Rakan Niaga
Setelah bergelar Pengurus Online ABDR, di saat itulah aku nekad menjadi suri rumah yang mampu menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung pada suami seorang menanggung hidup keluarga. Aku bersyukur kerana mempunyai suami yang sentiasa memberi semangat dan dorongan walau apa saja yang ingin ku lakukan. Tidak lupa juga ibu bapa ku serta kedua mentua ku yang sering memberi kata semangat dan sokongan.

Pada sahabat-sahabat ku di luar sana. Anda jangan putus asa andai status anda hanya suri rumah. Jadilah suri rumah yang mampu menjana pendapatan sendiri. Dari rumah kita juga berhak dan mampu menunggu duit masuk akaun. Kita sebagai suri rumah lebih istimewa. Kenapa? Apa yang istimewa? Kerana kita adalah suri rumah. Suri rumah yang akan menunggu duit masuk akaun setiap detik, setiap hari, setiap bulan. Hebat tak? Tentulah hebat bukan. Duit masuk akaun tak perlu tunggu hingga hujang bulan.


Berani Bermimpi


Apa yang penting adalah usaha dan tindakan. Bukan angan-angan kosong semata. Maka, anda sebagai suri rumah harus berani bermimpi. Bermimpi sehingga mimpi itu menjadi satu realiti. Jika anda percaya dan yakin, InsyaAllah dengan izin-NYA mimpi itu pasti menjadi nyata.

Justeru, wahai sahabat-sahabat ku yang bergelar suri rumah. Andai kata anda mempunyai masalah mencipta blog dan ingin menjana pendapatan hanya dari rumah melalui blog, daftarlah segera di Akademi bekerja Di Rumah.


Kenapa di ABDR?


Kerana Akademi Bekerja di rumah (ABDR) adalah;-
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online 
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah 
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan 
  • Kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm 
  •  Platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.
  • Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
  • Belajar asas berjualan melalui program dropship.
  • Belajar menjual produk fizikal.
  • Belajar menjual produk digital.
  • Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

 
Ebook Belajar Asas Blog
Apa yang saya belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?
  1. Menulis cara santai, tapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
  2. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
  3. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
  4. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
  5. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih melebihi 2000 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
  6. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
  7. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
  8. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.


Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp/Telegram : 
+6016-817 8716


add saya di facebook :


mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:


Jemput singgah ke blog saya:







Wednesday, 19 August 2015

Kelas Asas Blog Mula Bisnes ABDR Pilihan Ramai


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Syukur alhamdulillah ya Allah kerana mengilhamkan pengasas ABDR, mengadakan kelas online blog secara online sahaja. Kelas yang mengikut kesesuaian setiap protege-nya tanpa ada rasa tekanan mahupun desakan daripada guru yang membimbing.

Memudahkan setiap calon protege (pelajar) yang bakal berdaftar untuk menyertai kelas ABDR walau di mana sahaja berada.





ü  Anda peniaga online?
ü  Ada produk sendiri?
ü  Tak ada produk?
ü  Tak ada blog?
ü  Tak tahu cara nak buat blog?


Jangan risau, kami di ABDR akan bantu anda bina blog yang mudah di jejaki oleh 'uncle google'. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula mendaftar bagi yang sudah bersedia. Mula daftar dan belajar hari ni.



Rebutlah Promosi Bulanan Ogos 2015

Berikut adalah pakej kelas yang ditawarkan:

Pilihan ABDR-1


Pilihan ABDR-2


Pilihan ABDR-3


Kenapa ABDR Menjadi Pilihan Ramai Surirumah Bekerjaya?

  • Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook.
  • Masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada had masa ditetapkan.
  • Nota tutorial bergambar lengkap disediakan.
  • Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online dan wahm.
  •  Masih boleh ikuti tutorial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan.
  • Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE.






Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:

Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email :
 pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp/Telegram : 
+6016-817 8716


add saya di facebook : 
www.facebook.com/aura.adhwa

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:
http://nasriahabdullah.blogspot.com
http://ummyadhwa.blogspot.com

Friday, 7 August 2015

Kelas Asas Blog Mula Bisnes


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

BERBALOI KE JOIN KELAS ABDR?

Salam Jumaat yang mendamaikan.
Petang ni saya nak menjawab soalan bonus yang sering di ajukan kepada saya oleh pembaca dan pengikut setia blog saya, http://nasriahabdullah.blogspot.com. 

Jawapan ikhlas yang lahir dari sudut hati kecil ini, secara peribadi tentulah ianya sangat berbaloi. Ya, sangat berbaloi kerana di dalam kelas ini banyak perkara-perkara baru yang saya pelajari. Kalau tak berbaloi buat apa saya kongsikan dengan kalian di luar sana? Tak gitu? Adakalanya timbul perasaan rugi tak kenal ABDR dari awal. kalau tak, agak-agak dah jadi jutawan baru kot. Hihihi... Tak pe berangan sekejap. Mana tahu jadi kenyataan satu hari nanti. Mohon doa kalian semua. Amiin, InsyaAllah...


Saya bermula bersama ABDR dengan mengikuti kelas ini. Walau saya sudah tahu serba sedikit asas blog, tetapi saya mengambil peluang belajar lagi mana tahu ada yang saya tidak tahu dalam pada saya ingat saya serba tahu.



Di dalam kelas ini saya belajar perkara-perkara berikut:



1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau perkhidmatan. Contohnya macam saya sebagai Pengedar Shaklee berdaftar dengan ID:1195271, ahli berdaftar Ikan Realiti TV IRTV:00540006 dan perniagaan terbaru saya adalah menerima tempahan buat fanpage, blog dan design banner (FB cover, Fanpage Cover, Biz Card dll), produk dropship seperti buku-buku ilmiah.

2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online. Walau saya ada asas, tetapi ada banyak juga perkara yang baru saya belajar di sini. Kaum bapa-bapa juga di alu-alukan turut serta dalam memeriahkan keluarga besar ABDR ini.

3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara. Untuk saya, saya dah bermula cuma saya perlu perkemaskan apa yang saya dah mulakan.

4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk pilihan seperti produk sunnah, buku-buku ilmiah, pakej digital ebook, ruang periklanan dan sebagainya.

5. Belajar jana pendapatan melalui blog.

6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.

7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.

8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

9. Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Income masuk akaun tanpa perlu berpanas, berhujan. Insya-Allah...


Alhamdulillah... Saya telah menerima hasilnya dan beroleh sesuatu yang saya rasai perubahannya selepas saya bersama ABDR.


Berminat untuk tahu lebih lanjut, hubungi saya untuk bermula.


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR


Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716



add saya di facebook : 


mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:


Jemput singgah ke blog saya:
http://nasriahabdullah.blogspot.com
http://ummyadhwa.blogspot.com




Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular