Showing posts with label 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online. Show all posts
Showing posts with label 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online. Show all posts

Thursday, 5 January 2017

44 Kata Kunci Pertama Di ABDR


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

44 kata kunci pertama banyak membantu naikkan traffik blog melalui carian google.

Dengan kata kunci yang sesuai, blog mudah di jejak walau di mana saja kalian berada. Syarat utama, talian internet wajib ada! Menggunakan komputer, laptop atau telefon pintar adalah pilihan.

Macam mana nak tahu 44 kata kunci pertama? Topik ini bergantung dengan analisa yang diberikan semasa memulakan tugasan pertama di Kelas Blog Bisnes Penulisan.

Nak gali lagi banyak ilmu blog bisnes penulisan? Ayuh sertai kami jemaah ABDR.

Pendaftaran sedang berlangsung. Ada 9 tempat EKSKLUSIF lagi untuk di isi. Adakah anda orangnya?


Wednesday, 9 September 2015

Ulasan Ebook - 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online


Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Ebook ABDR


Assalammualaikum...
Alhamdulillah, setelah baca ebook ini, semua persoalan selama ini telah terjawab. Walaupun saya telah lama bermula dalam bisnes online, tetapi apa yang ada dalam ebook ini tetap menjadi amalan saya sehingga kini. Dulu sebelum bermula, terlalu sukar untuk mencari buku atau ebook tentang bagaimana ingin memulakan bisnes online, tetapi kini, dengan adanya ebook ini, sangat-sangat membantu untuk yang ingin bermula.

Dulu sebelum saya bermula, pelbagai badan-badan kerajaan dan pihak yang ingin menawarkan pinjaman perniagaan, mudahkan? Di universiti juga, kita di ajar untuk membuat kertas kerja untuk memohon pinjaman perniagaan. Tahukah anda?, itu adalah perangkap yang sangat berbahaya. Elakkan berhutang untuk memulakan perniagaan. Dalam ebook ini, terdapat panduan asas untuk bermula tanpa modal. Antaranya, tidak memulakan bisnes dengan berhutang, tidak memulakan dengan modal yang besar, belajar asas berniaga dan berjualan, belajar asas bina kedai online pertama, urusniaga pertama, jualan pertama dan belajar asas bisnes dan tahap perkembangan berperingkat. Dalam ebook ini juga ada panduan atau strategi untuk kita bermula tanpa perlu kita menjadikan modal sebagai faktor utama.

Dropship???
Perkataan yang paling popular pada masa kini. Semuanya ada di terangkan di dalam ebook ini. Ada yang memandang rendah pada 'dropship', mungkin kerana margin keuntungannya tidak begitu besar, tetapi mereka lupa, bahawa untuk bermula bukanlah keuntungan yang menjadi faktor utama, tetapi belajar dan fokus dahulu cara pemasaran yang betul. Jika kita ingin bermula dengan lambakan stok, tetapi tidak mahir dalam pemasaran, bagaimana sekiranya, barang jualan tidak mendapat sambutan, kita akan menghadapi masalah dalam pusingan modal seterusnya. Jom berkuli dahulu sebelum menjadi tuan.

Secara ringkasnya, di dalam ebook ini, pelbagai panduan berguna untuk yang ingin memulakn perniagaan, sama ada secara online atau pun offline. Bermulalah dengan mencari ilmu  agar kita tidak mengambil jalan jauh dengan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu. In shaa Allah, usaha, doa dan tawakkal...semoga berjaya...:) 


Sekian..

Tuesday, 11 August 2015

10 Langkah Mudah Bina Kedai Online

PROMOSI RM150 - Untuk apa sahaja perniagaan asalkan ada produk/servis untuk diperkenal dan dipromosikan.

Ini antara ebook ABDR yang bakal terbit. Ada 100 ruangan sewa iklan kekal di dalamnya. Siapa mahu, ia pakej iklan yang sangat menarik:
SUDAH HABIS RM100 untuk 30 tapak iklan terawal. 
SEKARANG RM150 untuk 70 tapak iklan;

Bakal diiklankan di dua tempat berikut: 
① Ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online
BONUS: 3 ebook (boleh pilih di http://akademibekerjadirumah.com/shop/)

Bila tarikh tutup? Sehingga akhir bulan ini. Lebih tepat, tutup selepas habis tapak. Sehingga entri ini ditaip, masih berbaki 68.

Apa faedahnya? Kami ABDR bantu promo produk kalian. Kami ini kebanyakannya adalah wanita/ibu/surirumah yang fokus mencari peluang jana pendapatan. Jadi sememangnya kami akan giat mempromosikan ini kepada umum. Ebook ini juga adalah rujukan wajib bagi semua ABDR.

Kekal? Bermaksud tak diubah tak dipadam tanpa tempoh masa. Kekal hingga bila-bila.

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular