Showing posts with label Inspirasi Bekerja Di Rumah. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi Bekerja Di Rumah. Show all posts

Monday, 16 January 2017

Ulasan Ebook: Inspirasi Bekerja Di Rumah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Sumber: Ebook  Inspirasi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad



Alhamdulillah. Sangat teruja apabila salah satu perkongsian pengalaman yang terdapat di dalam ebook terbaru ABDR, Inspirasi Bekerja Di Rumah terselit kisah saya. Sangat terharu dan rasa ya Allah besarnya rezeki yang Engkau berikan. Tidak pernah terlintas walau secalit dalam fikiran kisah sendiri terpilih sebagai sumber inspirasi kepada insan lain. Terasa diri ini belum layak menerima pengiktirafan seumpama itu. Terima kasih buat Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah.


Apabila puan pengasas ABDR dan penulis ebook ini sendiri memaklumkan bahawa saya orang pertama dapat membaca kisah penuh Inspirasi bekerja Di Rumah, hati ini melonjak girang tak terkata. Dengan pantas memuat turun ebook yang diberikan. Berkobar-kobar hati ini ingin tahu apakah kisah menarik yang dikongsikan.

Terdapat 13 kisah mak-mak terpilih yang dikongsikan dalam ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah. Sesungguhnya kisah mereka membuatkan saya sangat kagum dan sempat berangan, 'alangkah indahnya jika aku berjaya seperti mereka'. Tidak mengapa berangan dulu. Suatu hari nanti pasti menjadi nyata. InsyaAllah.


Berani Dan Kreatif

Di saat kegawatan ekonomi masa kini, mencari pekerjaan adalah perkara yang semakin sukar kerana persaingan sengit yang cukup besar di kalangan siswazah lainnya. Bahkan yang sudah sedia bekerja juga diberhentikan sama ada sukarela mahupun secara terpaksa. Saya adalah antara pekerja terpaksa berhenti (dalam hati sebenarnya ini satu penganiayaan tapi tidak mengapa Allah kan ada) tanpa rela.

Apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan. Anak-anak dan ibu bapa (jika ibu bapa tinggal bersama) di rumah perlu diberi makan minum yang secukupnya. Beban suami juga perlu dikurangkan. Justeru, bekerja dari rumah adalah salah satu cara menghasil pendapatan tambahan.

Tapi bagaimana? Sebenarnya mak-mak yang kisahnya dikongsikan di ruangan Inspirasi Bekerja Di Rumah ini, begitu berani dan kreatif dalam mencari cara menjana pendapatan dari rumah dengan berbekalkan sumber sedia ada.

Bagaimana? Saya memilih dua contoh inspirasi yang dikongsikan oleh Puan Dila Aris dalam seni jahitan dan Puan Hayati Mohid dengan meraih pengalaman niaga jalanan.


Puan Dila Aris - Jahitan

Saya suka kisah yang dikongsikan oleh Puan Dila Aris tentang bagaimana beliau bermula dengan jahitan. Walau hanya berbekalkan bakat dan kemahiran menjahit asas yang ada, beliau berani mengambil tempahan upah jahit baju dari rumah sehinggalah berjaya membuka kelas jahitannya sendiri.

Saban hari jumlah pelajar kelas jahitan  beliau semakin bertambah namun beliau tetap gagah mengharungi cabaran serentak antara menjaga 5 orang cahaya mata sambil menjalankan kelas jahitan termasuklah tempahan upah jahit baju.

MasyaAllah. Pendapat saya, sungguh hebat ibu ini yang mampu melahirkan pelapis pelajar seni jahit, membantu insan lain menjana pendapatan dari rumah walau hanya menggunakan bakat yang ada dan lebih terinspirasi apabila beliau secara tidak langsung dapat memupuk minat anak-anak sebagai pewaris seni jahit di masa akan datang.  


Hayati Mohid - Raih Pengalaman Niaga Jalanan

Kisah yang dikongsikan oleh Puan Hayati Mohid tentang bagaimana pengalaman beliau bermula niaga di jalanan menyentuh jiwa saya. Pengalaman kami hampir sama. Situasi dan keadaan yang saya lalui juga tidak jauh beza. Yang membezakan kami adalah beliau bermula di jalanan dengan cuaca yang panas terik dan saya pula bermula di dalam mall yang sejuk berhawa dingin.

Sungguh sebak dan terharu apabila beliau bangun seawal pagi menyiapkan barang jualan, mengurus anak-anak yang masih lena untuk di bawa sekali ketika berniaga. Seperti terbayang diri sendiri dalam situasi Puan Hayati.

Dengan keyakinan yang tinggi beliau mencuba dari satu tempat ke satu tempat untuk mempromosi dan malariskan barang jualan yang ada. Berniaga secara offline perlu bijak dan kreatif dalam menonjolkan barang jualan di mata bakal pelanggan.

Walau tanpa pengalaman dan sifat pemalu yang menebal dalam diri, jangan takut untuk bermula. Pengalaman pertama itu akan banyak mengajar kita erti sebuah perjuangan dalam apa jua bisnes yang diceburi. Setiap pengalaman yang diraih akan menjana ilmu dan pengetahuan baru dan secara tak langsung sifat pemalu yang tadinya menebal pasti kian pudar tanpa kita sedari.

Ilmu perlu di tambah, bijak menggunakan media sosial kerana semuanya tersedia secara percuma dan rajin menjelajah kisah-kisah kejayaan orang lain agar membuka minda kita dalam menghasilkan sesuatu idea yang baru. Apa yang penting adalah kekalkan disiplin dalam setiap perancangan dan usaha yang berkekalan.


Kenali Potensi Diri

Potensi diri merupakan salah satu modal permulaan dalam menjana pendapatan dari rumah. Jika mak-mak yang ceritanya dikongsikan ini tidak tahu apa potensi diri masing-masing maka bagaimana mereka bermula? Dengan hanya duduk termenung memikirkan duit, mahu kerja apa, penat cari kerja di sana sini tapi semua tidak berhasil. Itu hanya menimbulkan tekanan.

Fikir sejenak sambil melihat anak-anak bermain, tulislah potensi diri. Senarai itu mungkin membantu. Contohnya mempunyai bakat menjahit seperti Puan Dila Aris, maka gunakan bakat itu dengan mengambil tempahan menjahit baju, langsir, beg dan sebagainya. Contoh lain mungkin mahir dalam bidang penulisan seperti Puan Yusnida yang bermula sebagai guru tuisyen dan menjadi seorang penulis novel.


Bijak Mencari Peluang


Setelah mengetahui potensi diri, tibalah masanya mencari peluang yang ada. Cuba dulu baru tahu. Gunakan teknologi moden yang sudah tersedia secara percuma di depan mata. Begitulah kebanyakkan cara yang mereka gunakan di dalam kisah inspirasi ini. 


Bina Perniagaan Sendiri

Bermula dengan potensi diri tanpa disedari kita sudah mula mencipta perniagaan sendiri. Contohnya, Puan Norzaihana Che Hashim bermula dengan kemahiran jahitan. Pada mulanya beliau hanya mahu belajar menjahit untuk baju sendiri dan tidak terfikir hingga ke tahap mahu berniaga dalam bisnes jahitan.

Dari menjahit baju sendiri kini beliau sudah mencipta jenama jahitan hasil kerja tangan sendiri. Sungguh hebat ibu ini, bukan?


Bina Networking

Walaupun berada di rumah itu tidak bermakna dunia kita sudah tertutup rapat dengan dunia luar. Melalui media sosial kita boleh membina jaringan perhubungan di kalangan mak-mak bekerja di rumah. Boleh saja sertai grup-grup seperti upah jahit baju, masak apa hari ini, delivery makanan, grup bazar dan sebagainya.

Grup-grup seperti ini berpotensi menghasilkan bakal pelanggan kepada perniagaan kita kerana tidak semua orang pandai menjahit baju, tidak ramai ibu-ibu bekerja punya masa untuk memasak dan sebaginya. Disinilah peluang kita bermula.



Manfaatkan Sumber Yang Ada

Terdapat sebilangan mak-mak yang baru mahu bermula tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak bermula. Kebanyakkan mereka memikikan tak ada modal nak beli stok. Tak ada pengalaman berniaga sebab bukan darah keturunan orang-orang bisnes. Saya pemalu nak jumpa orang, macam mana mahu menjual? Begitulah seribu satu persoalan yang sering dikongsi oleh mak-mak yang baru hendak bermula.

Manfaatkan sumber yang ada. Cuba selongkar almari baju. Cek mana-mana pakaian yang masih elok dan tidak di pakai lagi. Mungkin saja pakaian itu boleh dijadikan bahan jualan seperti jual baju terpakai. Daripada tersimpan berhabuk di dalam almari lebih baik dijual. Boleh juga menghasilkan sumber pendapatan. Betul tak?


Kesimpulan

Kesimpulannya, kepada mak-mak yang yang sedang dalam dilema bagaimana mahu bermula jana wang dari rumah, saya sarankan kalian baca kisah penuh ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah ini hasil nukilan Puan Masayu Ahmad.

Kisah-kisah yang dipaparkan sangat memberi inspirasi dan idea bagaimana kita boleh bermula dari rumah.





Friday, 6 January 2017

Inspirasi Bekerja Di Rumah

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Sumber: Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah, Masayu Ahmad


Disebabkan saya ini seorang yang agak aktif sebelum berkahwin, saya memerlukan satu hobi atau aktiviti untuk memenuhi masa lapang saya. Maka kerana itulah, saya memilih untuk mengajar tuisyen di rumah. Sebenarnya, sebelum berkahwin saya pernah mengadakan kelas-kelas tuisyen percuma untuk belia di kawasan tempat tinggal saya. Saya juga pernah mencari pengalaman sebagai tutor di sebuah kolej swasta secara part time (hujung minggu) dan pernah mengajar di pusat tuisyen di sebuah kawasan elit di Kuala Lumpur.

Pengalaman tersebut saya aplikasikan dalam kelas-kelas tuisyen saya. Pada asalnya, niat hanya ingin membantu anak-anak sahabat dan anak-anak jiran, akhirnya ia menjadi profesion tetap saya pula sehingga kini. Alhamdulillah, walaupun saya tidak mensasarkan profesion ini sebagai sumber pendapatan tetap saya, tetapi sedikit sebanyak ia dapat membantu membiayai perbelanjaan keluarga saya.
- Yusnida Tajudin- Usahawan Tuisyen

Itu adalah salah satu perkongsian mak-mak yang bekerja dari rumah dan  dijadikan sebagai sumber inspirasi dan idea baru dalam mencipta cara dan idea  bagaimana mahu bermula dan menjana pendapatan dari rumah.

Kalian mahu baru baca edisi penuh ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah? Boleh saja ketuk wassap saya ditalian 016-817 8716. Jika berminat nak jana pendapatan sebagai agen ebook saya sangat alu-alukan.

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah, saya tawarkan dengan harga Eksklusif, murah dan sangat berbaloi. Cuma RM50 sahaja dan diberikan dua bonus ebook lagi iaitu Super WAHM Super Mom dan Yeah! Mama Sudah Resign. Tawaran ini hanya sah di bulan Januari 2017 sahaja.

Jom kita berdiskusi...


Thursday, 5 January 2017

Inspirasi Bekerja Di Rumah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Sumber: Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah, Masayu Ahmad


Syukur atas rezeki Allah selama 13 tahun saya menyewa, saya dan suami dapat membeli sebuah rumah teres setingkat.

Di situlah saya menjadikan ruang jahitan dua mesin, ruang menjahit pakaian dan juga ruang untuk perbincangan bersama pelanggan. Rumah saya berhampiran dengan jalan besar, kenderaan lalu lalang sentiasa ada. Juga pemasaran bagi saya, pelanggan boleh nampak walaupun dalam kereta kerana ada papan tanda besar yang tertera 'ANA TAILOR' pada pagar rumah. Alhamdulillah ramai pelanggan dari pelbagai bangsa Cina, India, Melayu apatah lagi.

Cabaran saya sepanjang dunia jahitan sewaktu tidak ada modal untuk memulakan bisnes. Saya bekerja seorang diri tanpa ada oranng membantu, sambil menjaga 5 orang anak. Tetapi saya yakin Allah sentiasa bersama saya, suami sibuk dengan kerjanya tidak ada masa untuk membantu.
- Norzaihana Che Hashim-Jahitan


Itu adalah salah satu perkongsian mak-mak yang bekerja dari rumah dan  dijadikan sebagai sumber inspirasi dan idea baru dalam mencipta cara dan idea  bagaimana mahu bermula dan menjana pendapatan dari rumah.

Kalian mahu baru baca edisi penuh ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah? Boleh saja ketuk wassap saya ditalian 016-817 8716. Jika berminat nak jana pendapatan sebagai agen ebook saya sangat alu-alukan.

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah, saya tawarkan dengan harga Eksklusif, murah dan sangat berbaloi. Cuma RM50 sahaja dan diberikan dua bonus ebook lagi iaitu Super WAHM Super Mom dan Yeah! Mama Sudah Resign. Tawaran ini hanya sah di bulan Januari 2017 sahaja.

Jom kita berdiskusi...


Wednesday, 4 January 2017

Inspirasi Bekerja Di Rumah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Sumber: Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah, Masayu Ahmad

Seminggu sekali saya berniaga di tepi jalan pasar Manjung pelbagai ragam dan pengajaran yang saya pelajari. Saya telah mendapat teguran berkenaan pakaian saya digantung terlalu rendah menyebabkan orang di pasar tidak nampak dan kurang menonjol di mata mereka.

Jadi beliau mengajar saya supaya tiang penyangkut saya ditinggikan tahap seorang lelaki berdiri sampai paras dada. Manakala pakaian yang sungguh menonjol diletak tinggi membolehkan mereka yang sedang memilih ikan, sayur dan lain-lain terpegun melihat pakaian tersebut. Sekali lagi tanda syukur ramai yang singgah ke gerai saya untuk melihat dan merasa makanan saya.
- Hayati Mohid


Itu adalah salah satu perkongsian mak-mak yang bekerja dari rumah dan  dijadikan sebagai sumber inspirasi dan idea baru dalam mencipta cara dan idea  bagaimana mahu bermula dan menjana pendapatan dari rumah.

Kalian mahu baru baca edisi penuh ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah? Boleh saja ketuk wassap saya di talian 016-817 8716. Jika berminat nak jana pendapatan sebagai agen ebook saya sangat alu-alukan.

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah, saya tawarkan dengan harga Eksklusif, murah dan sangat berbaloi. Cuma RM50 sahaja dan diberikan dua bonus ebook lagi iaitu Super WAHM Super Mom dan Yeah! Mama Sudah Resign. Tawaran ini hanya sah di bulan Januari 2017 sahaja.

Jom kita berdiskusi...

Saturday, 31 December 2016

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular