Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts

Friday, 3 July 2015

Teknik Power Pumping Di Bulan Ramadhan (Part #2)

Entri #23

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Ramadhan Bukan Alasan Untuk Tidak Mengepam!

Semasa bulan puasa, pastikan ibu mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan 'demand and supply' yang berterusan kepada payudara. Jangan jadikan alasan bahawa sebab berpuasa anda terpaksa kurangkan sesi mengepam kerana kurangnya keberhasilan setiap sesi perahan.

Di sini saya kongsikan contoh jadual mengepam di bulan puasa bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten:

Sesi 1
Selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2
Pam pada waktu tengahari, sekitar  jam 12.00 tengahari.

Sesi 3
Pada belah petang sebelum pulang ke rumah, sekitar jam 4.00 petang.

Sesi 4
Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Tetapi harus diingat bahawa 'kurang demand, maka kuranglah supply!'

Info penting yang mesti diketahui ibu, jangan percaya yang kononnya tunggu sehingga payu dara bengkak baharu boleh mengepam. Tidak kira sama ada payu dara anda bengkak atau tidak, ibu wajib pam susu!

Ini adalah cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif. Walaupun payu dara tidak bengkak, susu akan tetap keluar juga. Jangan risau walaupun susu yang dipam sekadar 1 auns kerana percayalah hasil yang diperoleh tetap cukup untuk keperluan anak kita. 

Moga perkongsian kali ini bermanfaat buat kita semua.




Thursday, 18 June 2015

Teknik Power Pumping Di Bulan Ramadhan (Part #1)

Entri #11

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google



Pelajari Teknik Power Pumping

Wahai ibu-ibu sekalian, tahukah anda apa itu Teknik Power Pumping? Tekni Power Pumping merupakan salah satu teknik mengepam yang dapat membantu iara ibu meningkatkan penghasilan susu perahan. Adakalanya ibu menyusu akan berhadapan dengan situasi di mana pengeluaran susu merundum akibat masalah tertentu.

Jangan risau dan rasa tertekan dengan masalah ini dan jangan pernah berputus asa untuk mencampurkan pemberian susu formula kepada bayi. Sebaliknya ibu-ibu sekalian berusaha mempelajari bagaimana teknik power pumping boleh membantu anda.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh membantu ibu menyusu memperbanyakkan kembali susu ibu ketika sedang berhadapan dengan situasi susu merundum. Antara kaedah yang disarankan adalah tenik power pumping.

Sebaik-baiknya teknik ini dilakukan pada waktu malam ke subuh kerana ketika ini hormon prolaktin adalah sangat tinggi.

Apa pun teknik yang menjadi pilihan anda untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu, faktor utama adalah jangan ada rasa tertekan (stres) ketika melakukannya. Inshaallah anda pasti berjaya dan boleh kembali tersenyum lebar apabila bekalan susu untuk si manja terus mencukupi.

Untuk mengetahui bagaimana cara teknik power pumping dilakukan dan tip asas memperbanyakan susu ibu (susu perahan), baca entri selanjutnya nanti.

Insyaallah, akan saya kongsikan nanti untuk rujukan dan manfaat kita bersama. harapan saya semoga ibu-ibu di luar sana tidak melepaskan peluang mempelajari teknik power pumping yang sangat berguna dan berkesan ini. Tungguuu...


Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular