Showing posts with label Panduan Mula Bisnes Tanpa Modal. Show all posts
Showing posts with label Panduan Mula Bisnes Tanpa Modal. Show all posts

Friday, 29 July 2016

Kata Kunci #9: Pengalaman Memulakan Bisnes Tanpa Modal

  

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Kakak dah berangkat ke sekolah. Baba dah sampai pejabat agaknya. Adik masih melayani mimpi indah. Sempatlah agaknya siapkan satu entri pagi ni sementara anak syurga sorang ni masih lena dibuai mimpi indah.

Berniaga tanpa modal? Uhhmmm... pelik bunyinya kan? Boleh ke mula berniaga tanpa keluarkan modal? Eh! Betul ke zero modal boleh mulakan bisnes? Ramai sahabat-sahabat bertanya soalan yang sama. Ada yang percaya dan tidak kurang juga ingat saya hanya bergurau senda.

Ya betul, anda boleh mula berniaga tanpa keluarkan modal. Pengalaman saya sendiri mula terjebak berniaga tanpa modal bersama vitamin Shaklee. Eh! Kau gila Rieya, Shaklee tu mahal! Adakah orang nak beli? Kalau ada pun tentu orang-orang yang 'berada' dan bergaji besar. Mana nak korek duit nak buat modal? Tak mampulah aku...

Pada mulanya saya juga berfikiran sama seperti anda, akan tetapi setelah membuka minda dan mendalami serba sedikit ilmu tentang produk kesihatan Shaklee serta cara menjual produk berkenaan tanpa keluarkan modal, saya mula jatuh cinta. Cinta itu kian berputik apabila untung dari hasil jualan dikumpul dan dijadikan modal tambahan untuk mulakan bisnes lain.

Saya mula terjebak dengan bisnes Shaklee setelah berpantang kelahiran ketiga. Pada mulanya saya hanya berdaftar sebagai ahli Shaklee kerana inginkan harga produk yang 30% murah dari harga pasaran. Nak dijadikan cerita, pada ketika itu saya masih bekerja. Dengan mengamalkan produk ini secara konsisten saya merasai perbezaan yang ketara jika dibandingkan sewaktu berpantang kandungan sulung dan kedua. Dalam masa yang sama tanpa saya sedari rakan-rakan disekeliling saya sedang memerhati. Ok, stop cerita ini dulu. Hihihi...kita sambung cerita berniaga tanpa modal.

Masih tak nampak bukan bagaimana bisnes Shaklee tanpa modal? Caranya mudah saja. Tapi diingatkan bahawa tips yang saya kongsikan ini cuma khas untuk bisnes Shaklee sahaja. Kalau produk lain itu saya akan kongsikan di entri akan datang. InsyaAllah. Doakan saya yer.

Pada sahabat-sahabat saya yang berminat untuk mula berniaga tanpa modal dengan produk kesihatan Shaklee seperti saya, anda hanya perlu dan wajib  mendaftar sebagai AHLI Shaklee sahaja.

Dengan melaburkan yuran keahlian sebanyak RM69. Tak perlu diperbaharui setiap tahun. Yuran keahlian ini seumur hidup. Setelah sah bergelar ahli Shaklee, anda hanya perlu mulakan perkongsian dikalangan keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan sepejabat untuk mengumpul modal permulaan.

Seperti yang anda sedia maklum, tanpa modal bisnes kita sangat terhad. Justeru, kita perlu menunggu pelanggan bayar terlebih dahulu, kemudian barulah kita ada produk untuk dijual. Betul tak? Kes ini adalah sama seperti bisnes dropship. Duit bayaran daripada pelanggan adalah modal pertama kita.

Untung daripada hasil jualan tadi hendaklah disimpan dan dikumpul untuk dijadikan modal stok sedia ada dikemudian hari. Nampak tak? Sebab itulah saya sarankan agar kita mulakan dahulu dikalagan orang-orang yang terdekat dengan kita seperti keluarga dan rakan-rakan.

Selain daripada mendapat keuntungan daripada hasil jualan tadi, pihak Shaklee akan memberikan sejumlah bonus bulanan yang akan di bayar setiap tengah bulan. Bonus bulanan ini akan dibayar terus ke akaun bank setiap ahlinya yang layak sahaja.

Melalui keuntungan hasil jualan dan bonus yang dibayar inilah yang saya jadikan modal untuk membeli stok baru. Saya mulakan dengan menyimpan sedikit stok yang tinggi permintaannya seperti Alfalfa Complex, B-Complex, Ostematrix, Herb-Lax, Sustained Release Vita C Plus dan ESP.

Namun, harus diingat bahawa bisnes tanpa modal ini sangat mencabar dimana ianya memerlukan daya usaha dan kesungguhan yang tinggi dan kuat. Jika kita mahukan keuntungan dan bonus yang tinggi tanpa menyimpan stok, kita kena bijak mencuri hati pelanggan kerana tidak ramai pelanggan yang sanggup membayar terlebih dahulu kemudian menunggu beberapa hari barulah mereka dapat produk tersebut.

Selain daripada orang-orang disekeliling kita, anda juga harus bijak manfaatkan medium pemasaran percuma. Contohnya gunakan facebook, instagram, wassap, telegram, emel dan blog sebaik mungkin dalam pengiklanan produk. Daripada buang masa 'scroll-up' status wall orang lain yang tidak memberikan kita pendapatan tambahan lebih baik manfaatkan medium pemasaran itu. Hihihi... biar kita pula yang buat mereka 'scroll-up' status kita. Betul tak?

Kongsilah sebanyak mana kebaikan dan kelebihan produk Shaklee dengan bakal pelanggan di luar sana. Tempahan dan bayaran produk daripada mereka juga salah satu punca modal permulaan dalam bisnes tanpa kita keluarkan duit poket sendiri sebagai modal permulaan berniaga. Mudah bukan?

Jika anda ingin bersama saya dalam bisnes Shaklee tanpa modal dan ingin menimba ilmu dalam dunia blogger, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh wassap/telegram atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Daftarlah bila sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan segala usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : 
pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716


add saya di facebook :

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:













Kata Kunci #8: Bermula Dengan Zero Modal Perniagaan



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Ada 3 ilmu yang berbeza:

1. Ilmu MEMULAKAN Bisnes.
Ini ilmu macam mana hendak survive dalam tempoh 3 tahun pertama bisnes dimulakan. Dalam bahasa mudah, macam mana nak buat supaya bisnes tak bungkus.

2. Ilmu MEMBANGUNKAN Bisnes.
Ini ilmu di mana bisnes sudah terbukti dapat survive, yakni memang ada orang yang mahukan produk kita.

Bisnes kita masuk ke dalam fasa di mana syarikat mula membuat keuntungan. Permintaan untuk produk dapat dinaikkan. Jualan dapat dinaikkan. Keuntungan syarikat dapat dinaikkan.

Duit keuntungan itu digunakan bagi mengambil lebih banyak pekerja, termasuklah pekerja peringkat pengurusan.

3. Ilmu MENGEMBANGKAN Bisnes.
Ini ilmu bagaimana kita melepaskan urusan harian bisnes kita kepada pasukan pengurusan.

Dengan itu kita dapat memulakan bisnes baru lain. Daripada memiliki 1 bisnes, kita berpeluang memilki 2 bisnes, 3 bisnes, dan seterusnya.

Ada tak sahabat-sabahat saya di sini bercadang nak MEMULAKAN, MEMBANGGUNKAN dan MENGEMBANGKAN bisnes melalui medium percuma seperti blog? Kos ilmu yang sangat murah, berkesan dan menjimatkan tenaga serta bermula dengan zero modal perniagaan.

Pendaftaran kami buka setiap hari. Boleh mula kelas bila sudah bersedia.

Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:

NasriahAbdullah - Pengurus Online ABDR
Email :
 pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp/Telegram : +6016-817 8716


add saya di facebook :


mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:


Jemput singgah ke blog saya:




Kata Kunci #10: 3 Tips Jana Wang Dari Rumah

Kata Kunci #10: 3 Tips Jana Wang Dari Rumah

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Bagaimanakah Caranya Jana Wang Dari Rumah?

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana cara saya menjana pendapatan hanya dari rumah? Betulkah boleh dapat duit walau pun duduk di rumah? Kena keluar modal ke? Itu adalah antara soalan-soalan cepumas yang sering diajukan oleh rakan-rakan suri rumah seperti saya.

Saya pasti ramai suri di luar sana sedang mencari kebenaran mengenai kaedah atau cara terbaik "suri rumah berpendapatan sendiri", “bagaimana menjana pendapatan hanya dari rumah”, “bekerja dari rumah”, ”jana pendapatan sampingan melalui blog”, “buat duit dengan blog”, “buat duit dari rumah”, "suri rumah bergaji", dan sebagainya.

Cari saja di carian google, sudah tentu anda akan disajikan dengan pelbagai maklumat hasil carian yang menjanjikan pulangan yang adakalanya tak masuk akal.  Ada pula yang menjanjikan sehingga puluhan dan ratusan ribu ringgit. Bahkan ada yang menjanjikan sehingga jutaan ringgit. Benarkah kata mereka?

Awas! Ya, awas sahabat sekalian. Jangan terpedaya dengan kata-kata manis mereka. Tiada jalan mudah untuk mendapat hasil lumayan jika kita tidak mampu melaburkan sejumlah tenaga, usaha, kesungguhan, istiqomah untuk mendapat hasil seperti yang mereka janjikan. Tidah semudah hanya tutup mata duit datang bergolek kira dan kanan.

Sebenarnya senang saja dan ia akan membuatkan kita rasa lebih teruja sekiranya kita mampu menjana pendapatan sampingan sendiri tanpa mengeluarkan sebarang duit poket sebagai modal awal. Apa pun hakikat yang perlu kita terima bahawa tiada perkhidmatan di dalam dunia ini yang tidak memerlukan modal untuk meraih pulangan lumayan seperti kebanyakan kata-kata manis yang telah dijanjikan.

Sebelum anda berangan-angan lebih jauh lagi, ada baiknya jika anda fahami dengan lebih lanjut bahawa tiada 'pancing' ajaib ataupun tips yang mudah untuk buat duit dari internet. 

Seperti anda sedia maklum bahawa kebanyakkan pemasaran internet sepenuh masa menjadikan rumah mereka sebagai pejabat. Namun begitu, tidak semestinya mereka bebas melakukan apa saja tanpa melakukan apa-apa atau duduk sahaja duit masuk!!! Sejauh mana kebenaran duit akan masuk kalau tak buat kerja?

Ok, disini saya kongsikan secara ringkas cara saya menjana pendapatan hanya dari rumah.

1.  Menjual Barangan & Perkhidmatan Secara Online 

Anda boleh memilih untuk menjual barangan dan perkhidmatan yang anda fikirkan wajar dijual dan mempunyai sambutan hangat di laman-laman sosial seperti facebook, FB Pages, Instagram atau melalui blog.

Melalui teknik-teknik pemasaran yang berkesan dan perkongsian ilmu serta pengalaman yang ada anda mampu menarik minat pelanggan untuk datang membeli barangan dan perkhidmatan di blog anda. 

Pengalaman saya sendiri, semenjak bersama ABDR, melalui blog telah terjana pendapatan dengan mengambil upah mencipta FB Pages dan blog. Kerja-kerja ini semua dilakukan dirumah. Mudah bukan? Hanya dengan sedikit kemahiran dan ilmu yang ada, sebagai suri rumah saya juga mampu menjana pendapatan hanya dari rumah.


2. Menjana Pendapatan Dengan Menulis

Percayakah anda jika saya katakan ramai blogger pada hari ini meraih pendapatan ratusan malah jutaan ringgit melalui penulisan?

Kenalkah anda jutawan internet Irfan Khairi? Suatu ketika dahulu beliau tidak dikenali dan saya juga tidak tahu menahu apa dan di mana asal-usul beliau.

Namun begitu, selepas beliau menulis buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” nama beliau mula dikenali ramai dan seterusnya banyak menerima jemputan undangan ceramah daripada pelbagai agensi yang mana banyak memberi keuntungan lumayan kepada beliau.

Setelah buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” menjadi bualan dan permintaan ramai, secara tidak langsung kredibiliti beliau mula bertapak dan seterusnya mencipta pengikut-pengikutnya sehingga ke hari ini. Semuanya adalah melalui penulisan.


3. Jana Pendapatan Melalui Blog 

Betul ke boleh buat duit dengan blog? Bagaimana nak buat duit dengan blog? Macam mana blog ini boleh buat duit? Pada mulanya saya juga seperti anda. 1001 persoalan bermain di minda.

Semua persoalan tu sebenarnya sudah lama terjawab. Akan tetapi kita yang kurang ambil tahu atau mungkin saja sebelum ini kita tidak perlukan blog. Oleh itu, apa saja yang ada kaitan dengan blog kita hanya tutup mata dan pekakkan telinga sehingga kita tidak ambil tahu sedikit pun jawapan dari persoalan yang bermain di fikiran kita tadi. Dalam hati, ah! biarlah tiada kaitan pun dengan kerja aku. Yer tak?

Apa pun persoalan yang bermain di fikiran anda sekarang, anda adalah antara suri dan insan bertuah kerana terjumpa secebis maklumat di blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri.

Nak tahu kenapa saya kata anda suri dan insan bertuah? Akan saya kongsikan serba sedikit bagaimana duit boleh datang melalui blog. 

Pertama: Pengiklanan
Melalui Iklan-iklan yang dipasang tak kira lah sama ada google adsense, Adverlets, nuffnang, ataupun buat sewa ruang iklan di blog anda.  

Sedikit tips saya kongsikan, blog yang menarik tidak memerlukan ruang iklan yang bersepah-sepah dan nampak terlalu crowded. Bakal pelanggan susah nak cari maklumat apatah lagi engin carian macam google pun menyampah nak tengok. 

Kalau blog yang cantik penuh warna-warni tapi tiada traffik pun tak ada gunanya.

Kedua: Review Produk.
Blog-blog yang hebat macam pencinta merah sudah pun jana pendapatan puluhan ribu sebulan antaranya di bayar oleh syarikat tertentu hanya untuk membuat review produk mereka. 

So tidak hairanlah redmummy boleh dapat income puluhan ribu sebulan. Walaupun begitu redmummy juga seperti anda hari ini bermula dari nobody sehinggalah menjadi somebody dalam dunia blogger tempatan. So, apa nak dirisaukan kerana peluang sentiasa terbuka untuk kita bermula.

Semua keputusan di tangan anda. Nak bermula sekarang atau nak tunggu semua orang dah berjaya baru kita nak merangkak.


Ketiga: Melalui Contest atau Pertandingan.
Ada sebahagian blogger menganjurkan contest untuk menarik traffik berkunjung ke blog mereka. Pelbagai contest yang dianjurkan bergantung kepada kreativiti blogger untuk menarik minat pengunjung datang ke blog mereka. Kebiasaannya harga contest antara RM50-RM100. Ada pula yang menghadiahkan berupa barangan makanan tambahan seperti vitamin Shaklee. Semua bergantung pada bajet blogger tersebut.

Keempat: Melalui Produk Affiliate
Bab yang ini saya kurang mahir nak terangkan. Mungkin anda boleh google mana-mana blogger affilaite. Hihihi sebab saya pun tak faham apa benda tu Affiliate? 

Jika anda ingin menimba ilmu dalam dunia blogger, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh wassap/telegram atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Daftarlah bila sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan segala usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : 
pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716


add saya di facebook :

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:











Thursday, 28 July 2016

Kata Kunci #7: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Modal?



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Ekonomi negara semakin menyeksakan dan memberi  tekanan  hebat buat kita suri rumah. Sudahlah tiada pendapatan tambahan belanja dapur pula semakin bertambah. Duit belanja dari suami perlu digunakan secara berhemah agar cukup untuk keperluan harian.

Justeru bagi suri rumah yang baru nak bercadang berniaga, sebaiknya mulakan bisnes anda tanpa modal. Bagaimana nak bermula?

Langkah pertama yang perlu kita fikirkan adalah;

1. Kaji semula perbelanjaan harian dan bulanan. Kurangkan perbelanjaan kepada barang yang tidak berapa penting. Contohnya membeli almari baru, katil baru, tv baru dan sebagainya.

2. Elakkan membuat hutang baru, tetapi berusaha untuk menutup hutang lama.

3. Berusaha mencari pendapatan sampingan tanpa modal.


Langkah kedua adalah bertindak melaksanakan langkah pertama yang kita senaraikan tadi. Pada pendapat saya ramai yang akan bertanya bagaimana nak bermula bagi poin ketiga iaitu "berusaha mencari pendapatan sampingan tanpa modal".


2 Cara Bagaiman Memulakan Bisnes Tanpa Modal

Di sini saya kongsikan 2 cara bagaimana nak berniaga tanpa modal.

Bisnes Dropship

Walaupun margin keuntungan bisnes dropship tidaklah sebesar mana tetapi jika anda rajin berusaha, dengan bisnes dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan tanpa modal.

Apa yang penting kenal pasti kemahiran dan minat diri. Contohnya tudung, kosmetik, vitamin, buku-buku ilmiah dan sebagainya. Ini sangat penting agar anda mempunyai sedikit 'produk knowlegde' bagi membantu untuk memasarkan produk tersebut.

Manfaatkan juga medium pengiklanan secara percuma contohnya beriklan melalui facebook, instagram, wassap, telegram, email, ataupun blog.

Bisnes produk dropship ni senang saja. Anda cuma perlu iklankan produk berkenaan mengikut kretiviti sendiri, jawab soalan propek dan ambil tempahan. Anda tak perlu simpan stok. Kerja-kerja pengeposan pula akan dilakukan sendiri oleh pihak pengedar. Mudah bukan?


Manfaatkan Kemahiran Diri

Dah ada suri yang mula bingung? Bagaiman nak manfaatkan kemahiran diri? Ini lagi mudah nak buat. Kenalpasti kemahiran diri, contohnya anda pandai dan mahir menjahit baju, langsir dan tudung. Apa kata anda mula iklankan dan jual kemahiran anda dengan mengambil tempahan menjahit.

Jika anda mahir dalam bidang masakan. Anda boleh mengambil tempahan katering, sedia makanan bungkus, mengambil tempahan kek, kuih-muih tradisional dan sebagainya.

Modal untuk jual kemahiran diri hanyalah tenaga, keinginan dan minat sahaja. Betul tak?

Sebenarnya banyak peluang untuk suri rumah mula berniaga di luar sana cuma kena bijak mengatur langkah. Dari rumah sambil jaga anak juga masih boleh berbisnes tanpa keluarkan sesen modal.

Anda hanya perlu melaburkan modal sejumlah keinginan yang besar, impian yang besar dan semangat yang kental serta jiwa yang sedia untuk menimba ilmu baru.

Moga perkongsian kali ini memberikan anda sedikit inspirasi dan idea untuk mula berniaga tanpa modal.

Nak bermula bersama Akademi bekerja Di Rumah juga dialu-alukan. Boleh wassap/telegram atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Daftarlah bila sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : 
pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716


add saya di facebook :

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:




Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular