Teks: Nasriah
Abdullah
Foto: -
Kakak dah
berangkat ke sekolah. Baba dah sampai pejabat agaknya. Adik masih melayani
mimpi indah. Sempatlah agaknya siapkan satu entri pagi ni sementara anak syurga
sorang ni masih lena dibuai mimpi indah.
Berniaga tanpa
modal? Uhhmmm... pelik bunyinya kan? Boleh ke mula berniaga tanpa keluarkan
modal? Eh! Betul ke zero modal boleh mulakan bisnes? Ramai sahabat-sahabat
bertanya soalan yang sama. Ada yang percaya dan tidak kurang juga ingat saya
hanya bergurau senda.
Ya betul, anda boleh mula
berniaga tanpa keluarkan modal. Pengalaman saya sendiri mula
terjebak berniaga tanpa modal bersama vitamin Shaklee. Eh! Kau gila Rieya,
Shaklee tu mahal! Adakah orang nak beli? Kalau ada pun tentu orang-orang yang 'berada' dan bergaji besar. Mana nak
korek duit nak buat modal? Tak mampulah aku...
Pada mulanya saya
juga berfikiran sama seperti anda, akan tetapi setelah membuka minda dan
mendalami serba sedikit ilmu tentang produk kesihatan Shaklee serta cara
menjual produk berkenaan tanpa keluarkan modal, saya mula jatuh cinta. Cinta
itu kian berputik apabila untung dari hasil jualan dikumpul dan dijadikan modal
tambahan untuk mulakan bisnes lain.
Saya mula
terjebak dengan bisnes Shaklee setelah berpantang kelahiran ketiga. Pada
mulanya saya hanya berdaftar sebagai ahli Shaklee kerana inginkan harga produk
yang 30% murah dari harga pasaran. Nak dijadikan cerita, pada ketika
itu saya masih bekerja. Dengan mengamalkan produk ini secara konsisten saya
merasai perbezaan yang ketara jika dibandingkan sewaktu berpantang kandungan
sulung dan kedua. Dalam masa yang sama tanpa saya sedari rakan-rakan disekeliling
saya sedang memerhati. Ok, stop cerita ini dulu. Hihihi...kita sambung cerita
berniaga tanpa modal.
Masih tak nampak
bukan bagaimana bisnes Shaklee tanpa modal? Caranya mudah saja. Tapi diingatkan
bahawa tips yang saya kongsikan ini cuma khas untuk bisnes Shaklee sahaja. Kalau produk
lain itu saya akan kongsikan di entri akan datang. InsyaAllah. Doakan saya yer.
Pada
sahabat-sahabat saya yang berminat untuk mula berniaga tanpa modal dengan
produk kesihatan Shaklee seperti saya, anda hanya perlu dan wajib mendaftar sebagai AHLI Shaklee sahaja.
Dengan melaburkan
yuran
keahlian sebanyak RM69. Tak perlu diperbaharui setiap tahun. Yuran
keahlian ini seumur hidup. Setelah sah bergelar ahli Shaklee, anda hanya perlu
mulakan perkongsian dikalangan keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan
sepejabat untuk mengumpul modal permulaan.
Seperti yang anda
sedia maklum, tanpa
modal bisnes kita sangat terhad. Justeru, kita perlu menunggu pelanggan
bayar terlebih dahulu, kemudian barulah kita ada produk untuk dijual. Betul
tak? Kes ini adalah sama seperti bisnes dropship. Duit bayaran daripada
pelanggan adalah modal pertama kita.
Untung daripada
hasil jualan tadi hendaklah disimpan dan dikumpul untuk dijadikan modal stok
sedia ada dikemudian hari. Nampak tak? Sebab itulah saya sarankan agar kita mulakan dahulu
dikalagan orang-orang yang terdekat dengan kita seperti keluarga dan
rakan-rakan.
Selain daripada
mendapat keuntungan daripada hasil jualan tadi, pihak Shaklee akan memberikan
sejumlah bonus
bulanan yang akan di bayar setiap tengah bulan. Bonus bulanan ini
akan dibayar terus ke akaun bank setiap ahlinya yang layak sahaja.
Melalui
keuntungan hasil jualan dan bonus yang dibayar inilah yang saya jadikan modal
untuk membeli stok baru. Saya mulakan dengan menyimpan sedikit stok yang tinggi
permintaannya seperti Alfalfa Complex, B-Complex, Ostematrix, Herb-Lax,
Sustained Release Vita C Plus dan ESP.
Namun, harus
diingat bahawa bisnes tanpa modal ini sangat mencabar dimana ianya memerlukan daya
usaha dan kesungguhan yang tinggi dan kuat. Jika kita mahukan
keuntungan dan bonus yang tinggi tanpa menyimpan stok, kita kena bijak mencuri
hati pelanggan kerana tidak ramai pelanggan yang sanggup membayar
terlebih dahulu kemudian menunggu beberapa hari barulah mereka dapat produk
tersebut.
Selain daripada
orang-orang disekeliling kita, anda juga harus bijak manfaatkan medium pemasaran percuma.
Contohnya gunakan facebook, instagram, wassap, telegram, emel dan blog sebaik
mungkin dalam pengiklanan produk. Daripada buang masa 'scroll-up' status wall orang lain yang tidak memberikan kita
pendapatan tambahan lebih baik manfaatkan medium pemasaran itu. Hihihi... biar
kita pula yang buat mereka 'scroll-up'
status kita. Betul tak?
Kongsilah
sebanyak mana kebaikan dan kelebihan produk Shaklee dengan bakal pelanggan di
luar sana. Tempahan dan bayaran produk daripada mereka juga salah satu punca
modal permulaan dalam bisnes tanpa kita keluarkan duit poket sendiri sebagai
modal permulaan berniaga. Mudah bukan?
Jika anda ingin bersama
saya dalam bisnes Shaklee tanpa modal dan ingin menimba ilmu dalam dunia blogger,
boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum
masuk kelas. Boleh wassap/telegram atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
Daftarlah bila
sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan
harapan, semoga Allah permudahkan segala usaha kita bersama menjana ekonomi
ummah.
Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Apa tunggu lagi,
mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:
Nasriah
Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716
Email : pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716
add
saya di facebook :
mohon
bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB
Page saya:
Jemput
singgah ke blog saya:
No comments:
Post a Comment