Showing posts with label Tempahan Buat Blog. Show all posts
Showing posts with label Tempahan Buat Blog. Show all posts

Sunday, 17 December 2017

Tempahan Upah Buat Blog


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Hati berbunga harum mewangi bila dapat risikan dari Tanjung Malim, Kedah.



Dalam kesibukan mengatur kelas-kelas ilmu, tempahan popia kacang, pes ayam lengkuas, sambal tai' minyak dan air mineral prebiotik untuk tenaga #WIN di risik pula dengan tempahan upah buat profil syarikat dan upah buat blog.

Alhamdulillah. Rezeki datang tepat pada waktunya. Hari ini tidak ke mana. Tenangkan minda sambil layan anak teruna sepahkan rumah dengan pelbagai jenis permainan dan buku-buku contengan.

Berdepan komputer menyusun atur aktiviti dan perancangan kelas-kelas ilmu seterusnya sambil menyiapkan tempahan profil syarikat client.

Ok. Siap! Next?





Tuesday, 24 October 2017

Upah Buat Blog Dan Kelas Blog Bisnes Penulisan ABDR


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Ya Allah,
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat. Aamiin...


Wahai sahabat. Buat kalian yang ingin memulakan perniagaan di alam maya (internet), aku yakin dan pasti di kalangan kalian ramai yang punyai kekangan masa untuk membuat blog sendiri. Betul, tidak? Mungkin, ada juga yang tidak tahu bagaiman mana mahu mencipta blog sendiri.

Justeru itu, aku ingin mudahkan kerja kalian. Bagi yang sangat sibuk dan tidak punya kesempatan, bolehlah upah sahaja buat blog. Aku sediakan servis itu.

Jika mahu, aku ada menyediakan perkhidmatan membuat blog bisnes. Contoh blog yang akan dihasilkan adalah seperti blog ku ini.

Perkhidmatan upah buat blog ini, terbuka kepada mereka yang mahu membuat blog. Tidak kira la nak buat blog peribadi ka, blog bisnes penulisan ka, atau apa saja mengikut citarasa masing-masing. Mudah saja. Kalian hanya perlu hantar bahan yang perlu dimasukkan dalam blog tersebut.

Blog yang bakal dihasilkan cuma blog yang ringkas, tiada gadget-gadget hiasan yang cantik yang akan melambatkan proses loading pembaca ke blog kalian. Blog ringkas yang lengkap dengan gadget yang perlu ada dalam sesebuah blog mesra pembaca.

Bagi kalian pula yang ingin belajar dan menimba ilmu, ada kelas khas buat kalian yang tidak punya masa menghadiri kelas-kelas offline. Dari rumah juga boleh belajar.


Kelas Blog Bisnes Penulisan Secara Online

Masa sangat fleksibel (2minggu) sehari 1 tugasan. 

Kelas di group wasap dan boleh terus sambung nota di group FB. 

Yuran RM250. Bonus 6 ebook ABDR. 
1. Ebook asas blog
2. Ebook super wahm supermom
3. Ebook mula bisnes butik
4. Ebook 101 idea home bisnes
5. Ebook yeay mama sudah resign
6. Ebook rahsia khidmat pelanggan

Modul : Email, blog, label, pages, link fb ke blog, link fanpages ke blog, borang tempahan, terma syarat, cara masuk gambar, gadget lain yang perlu ada dalam blog.

Pendaftaran sesi Novermber 2017 sudah bermula. Hanya 10 tempat saja untuk diisi bagi yang cepat merebut peluang.

Nak daftar? Jom ketuk wasap ku ini 016-817 8716



Tuesday, 17 October 2017

Upah Buat Blog Bisnes Penulisan


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Alhamdulillah. Rezeki musim hujan. Ada yang mahu tempah buat blog bisnes penulisan sebab tak mampu  nak teruskan kelas dalam grup. Mungkin ada sedikit rasa segan. Rasa takut atau malu hendak bertanya.

Oh! Tidak mengapa. Kalian boleh buat tempahan secara personal dengan saya. Cuma yuran kelas dan upah servis buat blog bisnes penulisan sedikit berbeza. Ini kerana perkhidmatan yang saya tawarkan tidak sama dengan yang lain.

Saya akan buatkan blog bisnes penulisan kalian yang asas sahaja tetapi saya akan pantau sehingga kalian benar-benar faham dan dapat mendalami serta mampu mengikut rentak dunia penulisan blog.

Apa yang penting, kalian harus rajin bertanya jika tidak faham apa saja maklumat yang cuba saya sampaikan. InsyaAllah, saya akan cuba kongsikan sekadar apa yang saya tahu.


Terima kasih kerana memilih saya untuk membantu kalian dalam berkongsi ilmu blog bisnes penulisan. 


Tuesday, 5 September 2017

Dari Tempahan Upah Buat Fan Page Terus Daftar Ke Kelas Blog Bisnes Penulisan Di ABDR


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum. Selamat pagi Selasa. Cuti panjang sudah berakhir. Noktah. Ayuh bangkit! Kembali kepada rutin kerja harian.

Pagi ini, mak-mak kembali sibuk. Urus anak-anak sekolah.

"Ummi, mana pensil kakak?".

Sudah! Soalan ni buat ummi mahu jadi singa lapar.

"Semalam apa ummi suruh kakak buat?". Tanya ku spontan

"Kemas buku". Jawabnya selamba.

"Jadi?"

"Kan ummi suruh kemas buku. Buku sudah la kakak kemas tapi tiada ummi cakap kemas pensil box". Penjelasannya dengan panjang lebar.

Mulut mula muncung. Ku biarkan kakak urus sendiri. Biar berdikari dan beringat selalu. Tidak perlu terlalu manja. Satu hari nanti ummi tiada, kakak boleh urus diri sendiri. Itu yang ummi mahukan.

Sedang kakak ke hulu ke hilir mencari pensil, terdengar deringan wasap minta di baca. Mulanya ku biarkan sahaja. Tunggu kakak bersiap ke sekolah.

Setelah segalanya selesai, sarapan roti telur untuk anak teruna pula. Pastinya bila mata celik, itu menu wajib yang akan di cari.

Bila urusan anak-anak sudah siap baru la sedikit lega hati ku. Begitulah rutin mak-mak bekerja di rumah.

Tempahan Upah Buat Fan Page
Kini, peluang melayan henfon. Bertubi-tubi serangan wasap hari ini. Ada satu wasap personal ku terima. Yang pasti, nombor itu pertama kali ku lihat.

Alhamdulillah. Rezeki raya korban. Rezeki pertama di bulan September. Prospek ini datang dari pengunjung blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri. Katanya mahu buat tempahan buat fesbuk page.

Beliau ada bertanya, "mudah ke nak cari  maklumat di enjin google jika menggunakan medium fesbuk page untuk beriklan?".

Dengan senang hati ku kongsikan pengalaman sendiri. Mengikut kajian dan pemerhatian sepanjang aku berblog dan menggunakan medium fesbuk page sebagai wadah untuk beriklan, 90% maklumat carian google datang dari perkongsian dan penulisan di website berbayar atau pun blog. Hanya 5% hingga 10% maklumat datang dari perkongsian melalui fesbuk peribadi dan fesbuk page.

Penulisan di blog lebih mudah
di jejaki jika di bandingkan
fesbuk page
Buktinya, aku punya ramai pelanggan dan prospek yang datang dari blog jika dibandingkan fesbuk page.

Kalian boleh betulkan jika aku silap. Boleh buat kajian sendiri mengunakan enjin google. Apa pun, semuanya terpulang pada pilihan kalian.

Alhamdulillah. Dengan sedikit penjelasan mengenai beriklan di fesbuk page dan blog kepada prospek berkenaan, akhirnya beliau berminat menyertai aku di kelas blog bisnes penulisan bagi sesi Oktober.

Kalian di luar sana, bagaimana? Mahu tempah upah buat fan page? Mahu belajar buat fan page sendiri? Boleh daftar segera. Kelas one-to-one melalui wasap sahaja. 

Masa? Sudah tentu mengikut kelapangan kalian sebagai peserta.

Yuran? Dijamin termurah dan kalian mampu bayar.

Atau kalian mahu mula menulis? Boleh daftar di Kelas Blog Bisnes Penulisan anjuran Akademi Bekerja Di Rumah. Kita belajar dengan santai sahaja. Tanpa perlu keluar rumah dengan muka penuh tekanan.

Pelbagai pilihan pakej yang
disediakan di ABDR
Urus anak-anak. Urus rumah. Urus suami. Semuanya dalam satu sambil belajar menimba ilmu penulisan blog bisnes.

Pendaftaran untuk sesi September sudah bermula. Hanya 10 tempat eksklusif bagi perserta bertuah.

Mahu daftar sekarang? Ayuh! Wasap nombor ini 016-817 8716














Thursday, 6 August 2015

Kelas Asas Blog & Fan Page Serta Beriklan Di Instagram





Kelas Asas Blog & Fanpage Serta Beriklan Di Instagram sudah dibuka untuk pendaftaran...


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:

Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email :
 pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp :
+6016-817 8716


add saya di facebook : 
www.facebook.com/aura.adhwa

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:
http://nasriahabdullah.blogspot.com
http://ummyadhwa.blogspot.com





Friday, 26 June 2015

Upah Buat Fan Page Dan Blog

Entri #18

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -



Alhamdulillah... Jumaat yang indah sempena Ramadhan ke-9...


Hari ni Allah SWT bagi rezeki deal dua bisnes iklan realiti tv. Lepas tu dapat pula bisnes upah buat fan page dan blog. Dua perkara ni memang dah pandai buat pun cuma tak pula pernah terpikir boleh buat duit. Bab design pla bagi kat suami sebab dia lagi terror bab design ni. 

Syukur alhamdulillah Allah SWT bagi jalan  pada WAHM macam saya ni. Tak rugi jadi full time WAHM. Lebih-lebih lagi jadi pelajar ABDR a.k.a Akademi Belajar Di Rumah. Semakin terasa indahnya berkerja dari rumah. Lebih bersyukur di temukan insan seperti Puan Anys Idazu Zakaria, sentiasa sabar melayan karenah saya dan tekun membimbing dalam penulisan blog. Jasa mu di kenang cikgu!

Berbalik kepada cerita tadi, sebenarnya sebelum ni memang dah ada kawan-kawan minta buat fan page untuk bisnes tapi tak berani nak ambil order. Maklumlah, time tu masih bekerja, full commitment suma saya bagi kat opis. 

Serba salah juga sebenarnya nak ambil. Nak buatkan memanglah tak berapa susah sangat (tak susah bagi yang dah mahir) tapi cerewet dan leceh kerjanya, betul tak? Maklumlah, bukan setakat nak nak menaip, ubah-ubah format font kira kanan atas bawah terus siap. 

Banyak nak kena pikir. Kena buat analisis juga. Kena fikir konsep yang sesuai untuk bisnes dia. Kena design cover pula. Oh! Customer tu nak buat fan page, blog nanti dulu katanya coz nak buat entri tu tak ada masa. 

Buat survey kat internet, macam-macam harga ada. Dari RM100 sampailah RM600. Sebenarnya teringat suatu ketika dahulu sebelum mula nak berbisnes. Offer paling murah buat fan pages RM300. Maik ai...tebeliak biji mata saya. Mana nak cari duit banyak tu? So dari sana saya belajar dan usaha sendiri macam nak nak buat fan pages. Tak kan nak tabur duit jer kat orang lain kan? Better belajar sendiri lepas tu boleh buat duit. Dapat juga merasa hasil titik peluh dari usaha sendiri. Setuju tak? Sempat juga saya laburkan duit RM300 beli CD semata-mata nak belajar buat fan page. 

Alhamdulillah, CD dapat, ilmu pun dapat. Tak rugi laburkan duit RM300 tu untuk masa depan sendiri. Agaknya kalau time tu main bagi upah kat orang jer buat, dah tentu sampai hari ni tak reti nak buat fan page. Ye tak?

Jadi upah buat fan pages dari customer tu RM150 jer termasuk design 2 cover page. Murah tak? Itu pun sebenarnya masih tertanya-tanya, ok ke harga yang ditawarkan? Takkah terlalu mahal atau pun terlalu murah? Create fan pages tak lah rumit mana pun bagi yang dah tahu buat, semuanya percuma. Itu pun kalau tahu. Kesimpulannya KALAU TAHAU a.k.a KALAU PANDAI BUAT.



Bagi tak tak berapa nak pandai buat tu rasanya RM150 tu da kira murah agaknya. Rasanyalah kot... Hehehe



Create fan pages ni mudah jer cuma nak design cover page tu kena kira kadar kekreatifan juga. Nak kena perah otak juga. Macam-macam idea nak kena korek.


Lagi satu register facebook pun free tapi tak sesuailah kalau pakai facebook semata, kenalah buat facebook pages barulah mantap. Bila guna facebook pages, kenalah kreatif. Kena perah otak lagi. 

4-7 hari punya kerja ni, upah RM150... Wah! Ini dah kira murah...








Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular