Monday 26 September 2016

7 Tips Mula Berniaga Bazaar


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Lama Rieya tak berceloteh panjang dalam blog ni, kan? Hari ni nak tumpahkan segala ilmu dan beberapa pengalaman Rieya masa mula-mula terjebak dengan dunia bazaar. Rieya belum la dikategorikan orang-orang yang berjaya, tapi tak salahkan kita berkongsi cerita yang ada? Manalah tau dengan perkongsian yang tak seberapa ini boleh membuahkan idea bisnes korang. Rieya tumpang gembira dan doakan semoga setiap perancangan dan perjalanan bisnes korang berjaya tanpa halangan besar dihadapan. Amiin. Doakan Rieya juga berjaya, ok.


1. Minat

Setiap bidang pekerjaan yang kita ceberi hendaklah di mulakan dengan minat. Bila minat dah ada dalam hati kita, maka mudahlah  kita mengorak langkah seterusnya. Yer tak?

Rieya ni bukanlah di kategorikan berdarah bisnes sangat tapi sewaktu zaman persekolahan mak ada buat bisnes kuih-muih di kilang berhampiran rumah. Mak juga kedai runcit kecil-kecilan di rumah. Tolong jual memang tak lah. Hihihi tapi Rieya selalu tolong mak buat persiapan dan persediaan barang-barang jualan. Bila jualan mak habis terjual, mak sangat gembira tapi kami adik-beradik pula sedih. Hahaha lucu tak? Sedih sebab tak dapat makan kuih.

Sambil berehat kami adik-beradik selalu tengok mak kira duit hasil jualan kuih-muih. Ucapan syukur selalu tak kering dari bibir mak. Selesai mengira hasil untung rugi jualan mak, kami adik-beradik pun dapat habuan sebab tolong mak di dapar. Dari situ perasaan minat dengan bisnes mula timbul. Dalam hati, seronoknya menjual mesti dapat duit banyak.


2. Lokasi Bazaar

Jika ini adalah pertama kali korang terjebak dengan dunia bazaar ada baiknya korang buat kaji selidik dulu. Jangan main hentam kromo jer. Kena ambil tahu sambutan bakal pelangan yang akan berkunjung ke lokasi bazaar tersebut. Kena kaji selidik siapa organizer bazaar tersebut. Ingat, jangan terpedaya dengan janji manis dari organizer. Ada yang menjanjikan bulan dan bintang bagai tapi sewaktu kejadian habuk pun tak ada. Yang berjoget riang duit masuk berkepuk-kepuk adalah organizer tapi korang menangis darah beb! Bayar duit sewa mahal-mahal tapi modal sewa pun tak lepas. Siapa nak tanggung? Sendiri juga kan?

Siapa nak tengok macam mana Rieya berbazar bolehlah berkunjung ke Centre Point pada 7-9 Oktober 2016 dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Booth no B7 berhadapan dengan pentas utama. Alhamdulillah. Kali ni rezki Rieya dapat lot corner. Bukan senang tau nak dapat lot corner ni lebih-lebih lagi dalam Centre Point Shopping Mall. Tambah pula sewa agak mahal. Tapi tidak mengapa asalkan pulangan lumayan. Amiin. Doakan Rieya dilimpahkan rezki di sini yer.






3. Rakan Kongsi

Ini cuma sekadar cadangan Rieya jer. Biasanya sewa purata bazaar dalam shopping mall RM450 hingga RM3,200. Tengok kadar sewa terlalu mahal tentu korang dah rasa gerun nak mencuba kan? Jangan patahkan niat dan semangat korang. Sewa mahal pun tak bererti korang tak boleh bermula.

Cadangan Rieya, korang boleh cari rakan kongsi. Bukan kongsi jualan tapi rakan kongsi bayar tapak niaga. Contoh, bazaar akan datang ni RM1250 (sebab corner lot). Kalau sorang Rieya pun tak mampu nak bayar. Bisnes kecil jer kot. Modal pusingan barang jualan pun nak kena ada. So Rieya cari lagi 4 orang rakan kongsi yang berminat. RM1250 tu Rieya bahagikan 5 orang. So sorang cuma perlu bayar RM250 untuk 3 hari bazaar.  

Seronok tau ada rakan kongsi ni. Jenis jualan Rieya tak banyak, bila ada rakan kongsi bolehlah pelbagaikan jenis jualan. Baru laa boleh menarik minat bakal pelanggan singgat ke booth. Selain tu bolehlah back-up kita kalau lambat sampai ke, nak ke toilet ke, nak sembahyang ke atau nak ambil stok baru.

Apa yang penting, kenalah cari rakan kongsi yang ada senang bawa berbincang. Tak mau yang suka monopoli kawasan. Dah nama pun sharing kan. pendek kata, chemistry itu perlu sesama rakan kongsi barulah seronok berniaga.


4. Persediaan

Sebelum bermulanya hari bazaar, korang perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Kalau tak cukup, meh sini bagi badan tu makan Shaklee supaya segala nutrisi keperluan badan dapat dipenuhi. Hihihi jangan marah. Just kiding.

Biasanya sebelum hari bazaar tiba, Rieya selalu buat checklist. Benda ni penting tau. Jom follow Rieya ketat-ketat supaya tak tinggal info penting.

Pertama: Layout. Korang kena dapatkan layout dari organizer. Ini bagi memudahkan korang kenal pasti kedudukan lot bazaar yang sudah dipilih. Bila hari kejadian, tidaklah membuang masa pusing sana sini tak jumpa kedudukan lot korang nanti.

Kedua: Survey Kawasan Bazaar. Dah nama pun pertama kali terjebak dengan dunia bazaar, korang kenalah turun padang. Datang meninjau sekitar tapak bazaar yang dijalankan nanti. Bagi yang tinggal jauh dari tapak bazaar, korang kena set masa jam berapa nak gerak dari rumah. Jam berapa patut set-up booth. Berapa banyak masa diperlukan untuk sampai ke tapak bazaar. Keadaan sesak, cuaca, kedudukan lift terdekat, eskalator, tempat letak kereta, kawasan loading barang dan musibah mahu pun halangan luar jangka kena diambil kira.

Ketiga: Produk dan Barang Jualan. Semua barang jualan hendaklah siap di packing awal. So, esok pagi senang nak angat masuk dalam kereta atau nak lagi jimat masa bolehlah angkat masuk sebelum korang masuk tidur malam tu. Keperluan peralatan semasa bazaar seperti tag harga, bisnes kad, klip, gunting, rail, hanger, plastik, alas meja, tukaran duit kecil dan sebagainya. nampak macam benda kecil jer tapi bila tak ada kelam-kabut kita jadinya.

Keempat: Flyer & Bisnes Kad. Benda ni jarang orang buat. Nampak macam rumit sebab perlu keluar modal nak buat fylers dan bisnes kad, sedangkan baru nak bermula ni. Tapi ini salah satu cara korang nak sebarkan bisnes yang korang buat. Mula-mula tu tak payahlah bazir duit sangat nak print kertas mahal-mahal. Design simple dan cetak sendiri di rumah pun boleh. Untuk permulaan boleh la cetak dalam 50 keping jer. Cukup sekadar yang perlu.

Kelima: Susun Atur Booth: Sepanjang Rieya berbazaar ada juga yang tak reti nak susun atur booth bagi nampak menarik dan luas. Rieya jenis yang pantang nampak barang tak tersusun rapi. Bila kawasan booth nampak bersih, ceria, kemas dan teratur, pelanggan senang nak datang lebih-lebih lagi bila kita pamerkan harga yang menarik.


5. Promosi Jualan

Apabila booth sudah siap di set-up cantik-cantik dan kemas-kemas, langkah seterusnya adalah memikirkan tentang macam mana nak promosikan barang jualan. Salah satu cara adalah dengan beriklan di fesbuk, instagram, telegram, wassap atau pun blog. Bagi tau semua yang kita ada join bazaar pada sekian-sekian di tempat sekian-sekain. Selain tu bolehlah bagi gift ke diskaun ke pada pelangan yang singgah membeli di booth korang. Apa pun semua bergantung pada kreativiti dan idea masing-masing macam mana nak tarik perhatian mereka datang membei di booth kita.


6. Zikir

Semasa hari berlangsungnya bazaar jualan, bolehalah korang basahkan bibir dengan zikkrullah. Zikir sebanyak mungin dan doa agar dimurahkan rezki. Sambil layan pelangan pun tak salah kita zikir dalam hati. Korang boleh amalkan zikir yang Rieya baca sewatu berbazaar ni. Semoga bermanfaat yer.


ALLOHUMMA AGNINI BI HALALIKA AN HAROMIKA WA BIFADLIKA AMMAN SIWAKA

Ya Allah cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal sehingga aku terhindar dari yang haram. Kayakanlah aku dengan nikmatMu sehingga aku tidak meminta kepada selainMu

YA GHANI - Maha Kaya
YA MUGHNI - Maha Pemberi Kekayaan
YA FATAH - Maha Membukakan
YA RAZAK - Maha Pemberi Rezeki
BACA 7 KALI SELEPAS SEMBAHYANG
BACA 70 KALI HARI JUMAAT DI SEPANJANG HARI
-------------------------------------------
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
301 KALI SELEPAS TERBIT MATAHARI
------------------------------------------------------
UNTUK PERNIAGAAN :
WA JAALTU LAHU MA LAN MAMDUDA
Surah Al-Muddaththir (AYAT 12)
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak
313 KALI KETIKA BERMULA PERNIAGAAN


7. Tawakkal

Apabila semuanya kita rasakan telah sempurna. Segala usaha dan doa telah dilaburkan, maka sampailah masa untuk tawakkal. Kenapa perlu tawakkal? Jika kita tawakkal maka kita redha dengan setiap dugaan dan cobaan yang Allah berikan. Andai kata perjalanan bisnes bazaar kita yang pertama tidak berjaya, maka jangan putus asa. Jangan patah semangat. Cuba lagi untuk kali kedua. Jangan takut untuk berbazaar lagi. Adat berniaga, biasanya ada untung, ada rugi.

Rieya juga pernah alami situasi yang sama. Modal sewa lebih besar dari jumlah jualan. Kos perjalanan ke tapak bazaar, makan minum, penat lelah set-up booth lebih mahal daripada hasil jualan pada hari tersebut.

Semua dugaan itu Rieya telan dan cuba perbaiki di mana salah, silap dan kekurangan yang ada. Kegagalan hari itu tidak mampu meruntuhkan semangat Rieya untuk terus berbazaar.


Alhamdulillah, hari ini sudah genap satu tahun 27 hari Rieya berniaga bazaar yang pada mulanya hanya suka-suka dan mengisi masa lapang. Pahit manis semua ada tertulis di dalam minda Rieya. Apa yang penting kita mesti berubah dan sentiasa ingin belajar benda baru. Jangan takut untuk bermula. Jika tidak bermula manakan tau hasilnya. Menjadi usahawan berjaya bukan mudah. Banyak perkara perlu kita laburkan. Rieya juga masih bertatih dalam menjadi usahawan suri rumah yang berjaya. Doakan Rieya berjaya menerbitkan satu ebook untuk panduan suri rumah mula berniaga bazaar dan membantu seramai mungkin suri rumah agar mempunyai pendapatan sendiri.  InsyaAllah. Amiin.


Thursday 22 September 2016

The Power Of Sharing: Jangan Diragui Medium Pemasaran Melalui Blog


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Ramai yang sudah lena di buai mimpi indah? Rieya doakan semoga Mimpi indah kalian menjadi kenyataan. Jangan lupa mimpi yang indah-indah dan baik-baik saja tau!


Menjual Dan Beriklan Tanpa Sengaja

Hari ni Rieya terpanggil nak berkongsi cerita. Rieya dapat beberapa soalan bonus dari follower Rieya hari ni. Katanya...

Rieya, aku selalu follow ko di fesbuk. Aku rasa pelik. Ko jarang buat posting iklan di fesbuk. Update status pun kadang 2-3 hari tak muncul. Tapi yang aku hairan macam mana customer ko ramai? Aku tengok ko selalu sibuk order Shaklee, tudung termasuklah beli barang tempahan makanan dari resepi yang ko olah sendiri. Stok selalu licin padahal duduk rumah jer. Join bazaar pun hujung minggu, kan? Itu pun bukan selalu tapi satu yang aku notis bila kita berjumpa, wassap ko nonstop berdering. Kalau boleh sampai hangus tebakar tu telefon ko bewassap. Apa rahsianya? Ajarlah aku. Aku nak jadi macam ko juga. Rilek jer tapi rezki tak pernah putus.

Bila dapat soalan macam ni Rieya hanya mampu tersenyum. Mau nya tak senyum? Mana ada apa-apa rahsia. Adakalanya Rieya hilang dari radar fesbuk. Bukan apa, kuota internet sangat limited. Bila kuota sudah habis di guna, Rieya tak dapat buat apa. Nak update fesbuk memang tak dapat. So Rieya luangkan masa guna wassap/telegram buat sharing. Sharing tu adakalanya "menjual dan beriklan tanpa sengaja". Rieya suka sharing pengalaman sendiri semenjak amalkan produk kesihatan Shaklee. Kesannya Rieya sudah rasa. So, tak salahkan kita berkongsi ilmu yang ada. Kadang perkongsian tu langsung tak terlintas nak menjual. Dari perkongsian ikhlas tu Allah datangkan rezki. Alhamdulillah. Ada tempahan yang masuk.


Sedekah Tanpa Sengaja

Adakalanya hati Rieya tergerak nak membantu rakan-rakan bisnes online melalui fesbuk yang kurang mahir dalam beberapa aspek penting. Mana yang terpilih tu, kira rezki laa. Contohnya buat fesbuk page. Teringat kisah beberapa bulan lepas dalam Kelas Group Support Like Batch Integra. Dalam group wassap kami saling bertukar link fesbuk page. Masing-masing saling sedekah LIKE & KOMEN.

Ramai antara rakan-rakan bisnes dalam group tu tak ada fesbuk page. Ntah bagaimana, hati Rieya tergerak nak membantu. Rieya cuma wassap dalam group "kalau nak belajar buat page Rieya boleh tolong dan siapa nak boleh PM personal". Dalam ramai-ramai yang tak ada fesbuk page tu ada sorang hamba Allah datang personal wassap Rieya. Selepas tu bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran online buat fesbuk page. Satu persatu Rieya tunjuk bagaimana nak buat fesbuk page sehinggalah beliau berjaya beriklan.

Biasanya, Rieya ambil upah buat fesbuk page dalam RM150-RM200 tapi hamba Allah ni Rieya bagi ilmu free je tanpa terlintas nak caj upah mengajar. Kelas eksklusif tau! Kalau tak silap sehari selepas Rieya turunkan ilmu buat fesbuk page, Allah datangkan rezki lagi. Hari tu Rieya dapat order Shaklee untuk Set Kesuburan dalam RM400+. Syukur sangat coz Rieya tak hilang pun rezki RM150-RM200 malah Allah gandakan jadi RM400+.

Hebat tak "kuasa berkongsi"? Secara tak langsung Rieya bersedekah tanpa sengaja. Hihihi... ada pula ayat "sedekah tanpa sengaja" ya? Sebenarnnya Rieya dah berniat, siapa-siapa yang PM personal Rieya akan bantu sekadar termampu.


Robot FB Ribut Lagi...

MAKLUMAN.... Facebook akan mula buat sekatan kepada individu2 yg menggunakan FB peribadi untuk promosikan perniagaan..hanya FB Page/Page Business sahaja yg dibenarkan membuat promosi perniagaan..so pastikan kamu guna FB Page tuk promote produk kamu..jika tidak mau di blacklist oleh FB..

Hari ini, mesej ini jadi viral di sebaran wassap, telegram mahu pun fesbuk. Secara tetiba-tiba ramai rakan-rakan bisnes online meroyan. Nak beriklan melalui fesbuk tak berani. Takut robot fesbuk blok akaun fesbuk dan blacklist. Tu lagi masalah besar. Andaikata akaun fesbuk sudah di blok, terpaksa pula bina akaun baru. Pelanggan tetap sedia ada juga hilang jejak. Apatah lagi senarai rakan-rakan fesbuk. Semuanya kena bermula semulanya.  Lebih-lebih lagi bila tak buat database pelanggan.






Beralih Medium Pemasaran Perniagaan

Apabila ramai rakan-rakan bisnes online mengeluh, Rieya tumpang simpati. Dalam hati mengucap syukur kerana pelaburan Rieya untuk belajar membina blog bisnes penulisan tidak sia-sia. Rieya masih boleh beriklan sebanyak mana pun melalui blog bisnes selain fesbuk page tanpa sekatan dan dalam masa yang sama boleh berkongsi pengalaman melalui fesbuk. Fesbuk personal pun tak kena blok.

Setelah menerima amaran dari pihak fesbuk, ramai rakan-rakan bisnes online kelam-kabut beralih arah mencari idea dan cara nak berbisnes online dengan menggunakan medium percuma iaitu blog bisnes.

Hanya satu perkongsian dibeberapa group bisnes, wassap Rieya umpama ombak menghempas pantai. Ramai bertanyakan tentang belajar asas blog bisnes di Akademi Bekerja Di Rumah. Bak kata Abam GSL, ready patah jari bila iklan dah huru-hara.



Maka dengan itu, ramai terbuka hati nak mula belajar menghasilkan sebuah BLOG BISNES. Ini adalah cara terbaik.


  • Belajar langkah demi langkah cara membina blog yang betul dan berpengaruh, lengkap dengan borang tempahan, terma syarat belian, cara memasukkan FB, FANPAGES, cara masukkan gambar, gadget di blog.

  • Belajar menghasilkan sebuah blog yang mudah dijejak pelanggan di carian google.

  • Jadikan blog sebagai medium pemasaran online. 

  • Tidak perlu sewa tapak kedai yang mahal.

  • Tidak perlu keluarkan wang upah pekerja.

  •  Kedai dibuka setiap hari (24/7).


Khas untuk semua, yang jauh yang dekat, Jom sertai KELAS BLOG ABDR bersama Rieya.


Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari. 
Boleh mula daftar dan belajar hari ini.

Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan Rieya selaku Pengurus Online Bertugas:

NasriahAbdullah - Pengurus Online ABDR
Email :
 pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716






Saturday 17 September 2016

Kelas Pengurusan Database oleh Uncle Tiger


Alhamdulillah. Selesai sudah kelas PENGURUSAN DATABASE malam ini. Curahan ilmu dari Uncle Tiger. 2 jam sudah pun berlalu pergi tanpa sedar. Terasa ingin ku propose kelas akan datang hingga 3 jam sekali. Tak puas! Nak lagi. Nak lagi. nak lagi...

Banyak yang Rieya belajar malam ni. Ilmu yang sangat PREMIUM. Sememangnya tak akan jumpa di tepi jalan mahu pun pasar malam. Beruntunglah AB GSL PREMIUM yang dah upgrade diri ke kelas PREMIUM. Tapi sayang hanya 825 AB GSL PREMIUM saja yang hadir malam ini.

Terima kasih yang tak terhingga buat Abam kerana sudi sponsor Rieya dalam kelas PREMIUM malam ni. Semoga Abam, Uncle Tiger & team dilimpahkan rezki yang tak akan pernah putus.

Doakan Rieya sentiasa istiqomah dan konsisten dalam mengaplikasikan ilmu yang telah dicurakan. Amiin...

Kelas Pengurusan Database Oleh Uncle Tiger


Alhamdulillah... Hari ni sempat masak kueh teow kerang dan sambal telur yang super simple. Kejutan menu untuk MIL birthday hari ni.

Sebla malam pla dapat sedikit ketenangan menimba elmu PENGURUSAN DATABASE. Kelas PERCUMA yang di SPONSOR by Abam founder GSL. Elmu di turunkan oleh Uncle Tiger.
Si anak kecil kusyuk dengan kartun dan senapang baru. Lantaklah janji tiada gangguan manja minta teman main askar-askar.

Nak tahu apa kami belajar dalam kelas PENGURSAN DATABASE? Jom la upgrade ke kelas PREMIUM GSL. Kelas ni kalau kat luar abes ratus-ratus juga tau. Tapi dalam kelas GSL Premium semuanya PERCUMA.

Best ke Best?

Keistimewaan Menimba Ilmu Di Akademi Bekerja Di Rumah


Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak berkurang harta yg disedekahkan, dan tidak akan menambahkan kepada yg suka memaafkan, melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang itu bertawadhu ' (merendahkan diri ) kerana Allah melainkan Allah mengangkat derajatnya."
(HR Muslim)


Keistimewaan menimba ilmu di Akademi Bekerja Di Rumah:
1) Belajar branding nama utk mudah pelanggan jejak kita di carian google.
2) Masa kelas sangat fleksibel ikut masa pljr sndiri.
3) Nota2 lengkap disediakan di group kelas di fb
4) Pautan dan bertukar link dengan lebih 1000 alumni ABDR, untuk membantu aliran traffik ke blog
5) Dapat menjana pendapatan melalui ABDR, selain mempromo produk sendiri

Ayuh rakan-rakan semua kita sedekah ilmu melalui blog di ABDR.

Nak tahu lagi lanjut? Meh laa Rieya share apa lagi yang best di ABDR...

Ayuh bangkit! Kita bersenam pagi.


Hujan membasahi bumi Sabah. Kedengaran bunyi ombak sedang menghempas pantai. Pokok hampir tumbang setelah ditiup angin kencang. Cuaca kelihatan gelap seperti masih waktu subuh sedang jam sudah menunjukkan 7.35 pagi.

Sesiapa yang benar-benar ingin mencari keredhaan Allah s.w.t dan berhasrat untuk menghampiri-Nya serta mengenali-Nya hendaklah jangan bertangguh-tangguh lagi.

Ayuh bangkit! Kita bersenam pagi. Renggangkan otot-otot badan sambil berfikir mau sarapan apa pagi ini😂😂😂

Ada yang sudah siap bersarapan? Korang share laa sarapan apa pagi ni.

Friday 16 September 2016

Doa Hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di hari Juma'at yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.
يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

35 Juta Pembuluh Darah Dalam Tubuh

*SATU KALI ZIKIR SIRR SEBANDING DENGAN 35 JUTA ZIKIR LISAN*
*Jika Asma Allah diucapkan sekali saja dengan lisan, itu disebut Zikir (mengingat) Lisan, namun jika Nama Allah diingat dengan hati, maka itu akan sebanding dengan dengan tiga puluh lima juta ucapan-ucapan (zikir) lisan. Itulah Zikir Hati atau Zikir Sirr.*
*Ada 35 juta pembuluh darah dalam tubuh, dan semua terhubung ke jantung. Jika Nama Allah diucapkan bahkan sekali saja (dengan hati) maka semua yang mengalir mengucapkan juga.*
*Al HABIB Sayid Ali Jamaat Shah Naqsybaandi-Mujaddidi*

Thursday 15 September 2016

Robot FB

Malam ni ribut fb. Ramai dapat warning dari robot fb. Robot pesan, sila guna nama glamor yang mak bapak korang bagi. Hargai penat lelah mak bapak korang perah otak pikir nama yang baik-baik tapi korang tak nak guna.
Hah! Tau takut. Robot fb dah naik hangin satu badan.
Tak caya? Sila jangan tukar nama glamor dari mak bapak korang. Kita tengok robot fb tu nak buat apa nanti.

Mimpi Vivix!

Rezki malam Jumaat. Order #vivix masuk lagi. Reward diri menikmati "sanggara peppe' pecco lambache' dengan kopok lekor panas-panas...


Fuuuh! Sedap hingga tak terkata. Dan yang paling best di hidang sekali dengan secawan #cinchteamix.
Jom rehatkan minda dan jemari setelah penat berhempas pulas mengemaskini blog yang dah nak lelap.
Malam ni boleh mimpi indah lagi dengan tempahan bedezuuuuup#vivixtonikajaib. Sempat lagi ni jual vivix 3 botol sebelum closing.
Bah! Sapa mau selit order sila PM tepi jalan 😂😂😂

Kek Coklat Moist



Sudah lama rasanya tidak merasa kek coklat moist hasil air tangan mama rock Normi Mimi. Agak2 la kan bila mau buat untuk adik mu ni kak? 😂😂😂kena buat lebih ya sebab nanti yang pasti dorang adik2 mu yang lain pasti jLos FaDh-eMa Lan Kristy Paul Sheena G. Reyes . Assistant baker Nora Jezu sila jangan pening kepala ya 😉

Kek coklat moist hasil adunan kasih sayang mama boyot Sarimah Gafar juga sedap. Yang dah rasa sekali pasti nak lagi. Kalau nak, datanglah ke Suria Sabah 23-24 September ni. Cari saja lot A3 tentutanya ada di sana. Mana yang tak sanggup tunggu hujung bulan boleh saja direct kontek bakernya...jangan biar liur anda meleleh tanpa noktah.

EMS Moist Choco Cake By Sarimah Gafar


Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular