Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah
Assalamualaikum
semua. Apa khabar? Lama Rieya tak berceloteh panjang dalam blog ni, kan? Hari
ni nak tumpahkan segala ilmu dan beberapa pengalaman Rieya masa mula-mula
terjebak dengan dunia bazaar. Rieya belum la dikategorikan orang-orang yang
berjaya, tapi tak salahkan kita berkongsi cerita yang ada? Manalah tau dengan
perkongsian yang tak seberapa ini boleh membuahkan idea bisnes korang. Rieya
tumpang gembira dan doakan semoga setiap perancangan dan perjalanan bisnes
korang berjaya tanpa halangan besar dihadapan. Amiin. Doakan Rieya juga
berjaya, ok.
1. Minat
Setiap
bidang pekerjaan yang kita ceberi hendaklah di mulakan dengan minat. Bila minat
dah ada dalam hati kita, maka mudahlah kita
mengorak langkah seterusnya. Yer tak?
Rieya
ni bukanlah di kategorikan berdarah bisnes sangat tapi sewaktu zaman
persekolahan mak ada buat bisnes kuih-muih di kilang berhampiran rumah. Mak
juga kedai runcit kecil-kecilan di rumah. Tolong jual memang tak lah. Hihihi
tapi Rieya selalu tolong mak buat persiapan dan persediaan barang-barang jualan.
Bila jualan mak habis terjual, mak sangat gembira tapi kami adik-beradik pula
sedih. Hahaha lucu tak? Sedih sebab tak dapat makan kuih.
Sambil
berehat kami adik-beradik selalu tengok mak kira duit hasil jualan kuih-muih. Ucapan
syukur selalu tak kering dari bibir mak. Selesai mengira hasil untung rugi
jualan mak, kami adik-beradik pun dapat habuan sebab tolong mak di dapar. Dari
situ perasaan minat dengan bisnes mula timbul. Dalam hati, seronoknya menjual
mesti dapat duit banyak.
2. Lokasi Bazaar
Jika
ini adalah pertama kali korang terjebak dengan dunia bazaar ada baiknya korang
buat kaji selidik dulu. Jangan main hentam kromo jer. Kena ambil tahu sambutan
bakal pelangan yang akan berkunjung ke lokasi bazaar tersebut. Kena kaji
selidik siapa organizer bazaar tersebut. Ingat, jangan terpedaya dengan janji
manis dari organizer. Ada yang menjanjikan bulan dan bintang bagai tapi sewaktu
kejadian habuk pun tak ada. Yang berjoget riang duit masuk berkepuk-kepuk
adalah organizer tapi korang menangis darah beb! Bayar duit sewa mahal-mahal
tapi modal sewa pun tak lepas. Siapa nak tanggung? Sendiri juga kan?
Siapa
nak tengok macam mana Rieya berbazar bolehlah berkunjung ke Centre Point pada
7-9 Oktober 2016 dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Booth no B7 berhadapan
dengan pentas utama. Alhamdulillah. Kali ni rezki Rieya dapat lot corner. Bukan
senang tau nak dapat lot corner ni lebih-lebih lagi dalam Centre Point Shopping
Mall. Tambah pula sewa agak mahal. Tapi tidak mengapa asalkan pulangan lumayan.
Amiin. Doakan Rieya dilimpahkan rezki di sini yer.
3. Rakan Kongsi
Ini
cuma sekadar cadangan Rieya jer. Biasanya sewa purata bazaar dalam shopping
mall RM450 hingga RM3,200. Tengok kadar sewa terlalu mahal tentu korang dah
rasa gerun nak mencuba kan? Jangan patahkan niat dan semangat korang. Sewa
mahal pun tak bererti korang tak boleh bermula.
Cadangan
Rieya, korang boleh cari rakan kongsi. Bukan kongsi jualan tapi rakan kongsi
bayar tapak niaga. Contoh, bazaar akan datang ni RM1250 (sebab corner lot).
Kalau sorang Rieya pun tak mampu nak bayar. Bisnes kecil jer kot. Modal
pusingan barang jualan pun nak kena ada. So Rieya cari lagi 4 orang rakan
kongsi yang berminat. RM1250 tu Rieya bahagikan 5 orang. So sorang cuma perlu
bayar RM250 untuk 3 hari bazaar.
Seronok
tau ada rakan kongsi ni. Jenis jualan Rieya tak banyak, bila ada rakan kongsi
bolehlah pelbagaikan jenis jualan. Baru laa boleh menarik minat bakal pelanggan
singgat ke booth. Selain tu bolehlah back-up kita kalau lambat sampai ke, nak
ke toilet ke, nak sembahyang ke atau nak ambil stok baru.
Apa
yang penting, kenalah cari rakan kongsi yang ada senang bawa berbincang. Tak
mau yang suka monopoli kawasan. Dah nama pun sharing kan. pendek kata,
chemistry itu perlu sesama rakan kongsi barulah seronok berniaga.
4. Persediaan
Sebelum
bermulanya hari bazaar, korang perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.
Kalau tak cukup, meh sini bagi badan tu makan Shaklee supaya segala nutrisi
keperluan badan dapat dipenuhi. Hihihi jangan marah. Just kiding.
Biasanya
sebelum hari bazaar tiba, Rieya selalu buat checklist. Benda ni penting tau.
Jom follow Rieya ketat-ketat supaya tak tinggal info penting.
Pertama: Layout. Korang kena dapatkan layout dari organizer. Ini bagi
memudahkan korang kenal pasti kedudukan lot bazaar yang sudah dipilih. Bila
hari kejadian, tidaklah membuang masa pusing sana sini tak jumpa kedudukan lot
korang nanti.
Kedua: Survey Kawasan Bazaar. Dah nama pun pertama kali terjebak dengan dunia
bazaar, korang kenalah turun padang. Datang meninjau sekitar tapak bazaar yang
dijalankan nanti. Bagi yang tinggal jauh dari tapak bazaar, korang kena set
masa jam berapa nak gerak dari rumah. Jam berapa patut set-up booth. Berapa
banyak masa diperlukan untuk sampai ke tapak bazaar. Keadaan sesak, cuaca,
kedudukan lift terdekat, eskalator, tempat letak kereta, kawasan loading barang
dan musibah mahu pun halangan luar jangka kena diambil kira.
Ketiga: Produk dan Barang Jualan. Semua barang jualan hendaklah siap di packing awal.
So, esok pagi senang nak angat masuk dalam kereta atau nak lagi jimat masa
bolehlah angkat masuk sebelum korang masuk tidur malam tu. Keperluan peralatan
semasa bazaar seperti tag harga, bisnes kad, klip, gunting, rail, hanger,
plastik, alas meja, tukaran duit kecil dan sebagainya. nampak macam benda kecil
jer tapi bila tak ada kelam-kabut kita jadinya.
Keempat: Flyer & Bisnes Kad. Benda ni jarang orang buat. Nampak macam rumit sebab
perlu keluar modal nak buat fylers dan bisnes kad, sedangkan baru nak bermula
ni. Tapi ini salah satu cara korang nak sebarkan bisnes yang korang buat. Mula-mula
tu tak payahlah bazir duit sangat nak print kertas mahal-mahal. Design simple
dan cetak sendiri di rumah pun boleh. Untuk permulaan boleh la cetak dalam 50
keping jer. Cukup sekadar yang perlu.
Kelima: Susun Atur Booth: Sepanjang Rieya berbazaar ada juga yang tak reti nak
susun atur booth bagi nampak menarik dan luas. Rieya jenis yang pantang nampak
barang tak tersusun rapi. Bila kawasan booth nampak bersih, ceria, kemas dan
teratur, pelanggan senang nak datang lebih-lebih lagi bila kita pamerkan harga
yang menarik.
5. Promosi Jualan
Apabila
booth sudah siap di set-up cantik-cantik dan kemas-kemas, langkah seterusnya
adalah memikirkan tentang macam mana nak promosikan barang jualan. Salah satu
cara adalah dengan beriklan di fesbuk, instagram, telegram, wassap atau pun blog.
Bagi tau semua yang kita ada join bazaar pada sekian-sekian di tempat
sekian-sekain. Selain tu bolehlah bagi gift ke diskaun ke pada pelangan yang
singgah membeli di booth korang. Apa pun semua bergantung pada kreativiti dan
idea masing-masing macam mana nak tarik perhatian mereka datang membei di booth
kita.
6. Zikir
Semasa
hari berlangsungnya bazaar jualan, bolehalah korang basahkan bibir dengan zikkrullah.
Zikir sebanyak mungin dan doa agar dimurahkan rezki. Sambil layan pelangan pun
tak salah kita zikir dalam hati. Korang boleh amalkan zikir yang Rieya baca
sewatu berbazaar ni. Semoga bermanfaat yer.
ALLOHUMMA AGNINI BI
HALALIKA AN HAROMIKA WA BIFADLIKA AMMAN SIWAKA
Ya Allah cukupkanlah
aku dengan rezeki yang halal sehingga aku terhindar dari yang haram. Kayakanlah
aku dengan nikmatMu sehingga aku tidak meminta kepada selainMu
YA GHANI - Maha Kaya
YA MUGHNI - Maha Pemberi Kekayaan
YA FATAH - Maha Membukakan
YA RAZAK - Maha Pemberi Rezeki
YA MUGHNI - Maha Pemberi Kekayaan
YA FATAH - Maha Membukakan
YA RAZAK - Maha Pemberi Rezeki
BACA 7 KALI SELEPAS
SEMBAHYANG
BACA 70 KALI HARI JUMAAT DI SEPANJANG HARI
BACA 70 KALI HARI JUMAAT DI SEPANJANG HARI
-------------------------------------------
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
301 KALI SELEPAS
TERBIT MATAHARI
------------------------------------------------------
UNTUK PERNIAGAAN :
UNTUK PERNIAGAAN :
WA JAALTU LAHU MA
LAN MAMDUDA
Surah Al-Muddaththir (AYAT 12)
Surah Al-Muddaththir (AYAT 12)
Dan Aku jadikan
baginya harta kekayaan yang banyak
313 KALI KETIKA
BERMULA PERNIAGAAN
7. Tawakkal
Apabila
semuanya kita rasakan telah sempurna. Segala usaha dan doa telah dilaburkan,
maka sampailah masa untuk tawakkal. Kenapa perlu tawakkal? Jika kita tawakkal
maka kita redha dengan setiap dugaan dan cobaan yang Allah berikan. Andai kata
perjalanan bisnes bazaar kita yang pertama tidak berjaya, maka jangan putus
asa. Jangan patah semangat. Cuba lagi untuk kali kedua. Jangan takut untuk
berbazaar lagi. Adat berniaga, biasanya ada untung, ada rugi.
Rieya
juga pernah alami situasi yang sama. Modal sewa lebih besar dari jumlah jualan.
Kos perjalanan ke tapak bazaar, makan minum, penat lelah set-up booth lebih
mahal daripada hasil jualan pada hari tersebut.
Semua
dugaan itu Rieya telan dan cuba perbaiki di mana salah, silap dan kekurangan
yang ada. Kegagalan hari itu tidak mampu meruntuhkan semangat Rieya untuk terus
berbazaar.
Alhamdulillah,
hari ini sudah genap satu tahun 27 hari Rieya berniaga bazaar yang pada mulanya
hanya suka-suka dan mengisi masa lapang. Pahit manis semua ada tertulis di
dalam minda Rieya. Apa yang penting kita mesti berubah dan sentiasa ingin belajar
benda baru. Jangan takut untuk bermula. Jika tidak bermula manakan tau
hasilnya. Menjadi usahawan berjaya bukan mudah. Banyak perkara perlu kita
laburkan. Rieya juga masih bertatih dalam menjadi usahawan suri rumah yang
berjaya. Doakan Rieya berjaya menerbitkan satu ebook untuk panduan suri rumah
mula berniaga bazaar dan membantu seramai mungkin suri rumah agar mempunyai
pendapatan sendiri. InsyaAllah. Amiin.
No comments:
Post a Comment