Thursday, 22 September 2016

The Power Of Sharing: Jangan Diragui Medium Pemasaran Melalui Blog


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Ramai yang sudah lena di buai mimpi indah? Rieya doakan semoga Mimpi indah kalian menjadi kenyataan. Jangan lupa mimpi yang indah-indah dan baik-baik saja tau!


Menjual Dan Beriklan Tanpa Sengaja

Hari ni Rieya terpanggil nak berkongsi cerita. Rieya dapat beberapa soalan bonus dari follower Rieya hari ni. Katanya...

Rieya, aku selalu follow ko di fesbuk. Aku rasa pelik. Ko jarang buat posting iklan di fesbuk. Update status pun kadang 2-3 hari tak muncul. Tapi yang aku hairan macam mana customer ko ramai? Aku tengok ko selalu sibuk order Shaklee, tudung termasuklah beli barang tempahan makanan dari resepi yang ko olah sendiri. Stok selalu licin padahal duduk rumah jer. Join bazaar pun hujung minggu, kan? Itu pun bukan selalu tapi satu yang aku notis bila kita berjumpa, wassap ko nonstop berdering. Kalau boleh sampai hangus tebakar tu telefon ko bewassap. Apa rahsianya? Ajarlah aku. Aku nak jadi macam ko juga. Rilek jer tapi rezki tak pernah putus.

Bila dapat soalan macam ni Rieya hanya mampu tersenyum. Mau nya tak senyum? Mana ada apa-apa rahsia. Adakalanya Rieya hilang dari radar fesbuk. Bukan apa, kuota internet sangat limited. Bila kuota sudah habis di guna, Rieya tak dapat buat apa. Nak update fesbuk memang tak dapat. So Rieya luangkan masa guna wassap/telegram buat sharing. Sharing tu adakalanya "menjual dan beriklan tanpa sengaja". Rieya suka sharing pengalaman sendiri semenjak amalkan produk kesihatan Shaklee. Kesannya Rieya sudah rasa. So, tak salahkan kita berkongsi ilmu yang ada. Kadang perkongsian tu langsung tak terlintas nak menjual. Dari perkongsian ikhlas tu Allah datangkan rezki. Alhamdulillah. Ada tempahan yang masuk.


Sedekah Tanpa Sengaja

Adakalanya hati Rieya tergerak nak membantu rakan-rakan bisnes online melalui fesbuk yang kurang mahir dalam beberapa aspek penting. Mana yang terpilih tu, kira rezki laa. Contohnya buat fesbuk page. Teringat kisah beberapa bulan lepas dalam Kelas Group Support Like Batch Integra. Dalam group wassap kami saling bertukar link fesbuk page. Masing-masing saling sedekah LIKE & KOMEN.

Ramai antara rakan-rakan bisnes dalam group tu tak ada fesbuk page. Ntah bagaimana, hati Rieya tergerak nak membantu. Rieya cuma wassap dalam group "kalau nak belajar buat page Rieya boleh tolong dan siapa nak boleh PM personal". Dalam ramai-ramai yang tak ada fesbuk page tu ada sorang hamba Allah datang personal wassap Rieya. Selepas tu bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran online buat fesbuk page. Satu persatu Rieya tunjuk bagaimana nak buat fesbuk page sehinggalah beliau berjaya beriklan.

Biasanya, Rieya ambil upah buat fesbuk page dalam RM150-RM200 tapi hamba Allah ni Rieya bagi ilmu free je tanpa terlintas nak caj upah mengajar. Kelas eksklusif tau! Kalau tak silap sehari selepas Rieya turunkan ilmu buat fesbuk page, Allah datangkan rezki lagi. Hari tu Rieya dapat order Shaklee untuk Set Kesuburan dalam RM400+. Syukur sangat coz Rieya tak hilang pun rezki RM150-RM200 malah Allah gandakan jadi RM400+.

Hebat tak "kuasa berkongsi"? Secara tak langsung Rieya bersedekah tanpa sengaja. Hihihi... ada pula ayat "sedekah tanpa sengaja" ya? Sebenarnnya Rieya dah berniat, siapa-siapa yang PM personal Rieya akan bantu sekadar termampu.


Robot FB Ribut Lagi...

MAKLUMAN.... Facebook akan mula buat sekatan kepada individu2 yg menggunakan FB peribadi untuk promosikan perniagaan..hanya FB Page/Page Business sahaja yg dibenarkan membuat promosi perniagaan..so pastikan kamu guna FB Page tuk promote produk kamu..jika tidak mau di blacklist oleh FB..

Hari ini, mesej ini jadi viral di sebaran wassap, telegram mahu pun fesbuk. Secara tetiba-tiba ramai rakan-rakan bisnes online meroyan. Nak beriklan melalui fesbuk tak berani. Takut robot fesbuk blok akaun fesbuk dan blacklist. Tu lagi masalah besar. Andaikata akaun fesbuk sudah di blok, terpaksa pula bina akaun baru. Pelanggan tetap sedia ada juga hilang jejak. Apatah lagi senarai rakan-rakan fesbuk. Semuanya kena bermula semulanya.  Lebih-lebih lagi bila tak buat database pelanggan.






Beralih Medium Pemasaran Perniagaan

Apabila ramai rakan-rakan bisnes online mengeluh, Rieya tumpang simpati. Dalam hati mengucap syukur kerana pelaburan Rieya untuk belajar membina blog bisnes penulisan tidak sia-sia. Rieya masih boleh beriklan sebanyak mana pun melalui blog bisnes selain fesbuk page tanpa sekatan dan dalam masa yang sama boleh berkongsi pengalaman melalui fesbuk. Fesbuk personal pun tak kena blok.

Setelah menerima amaran dari pihak fesbuk, ramai rakan-rakan bisnes online kelam-kabut beralih arah mencari idea dan cara nak berbisnes online dengan menggunakan medium percuma iaitu blog bisnes.

Hanya satu perkongsian dibeberapa group bisnes, wassap Rieya umpama ombak menghempas pantai. Ramai bertanyakan tentang belajar asas blog bisnes di Akademi Bekerja Di Rumah. Bak kata Abam GSL, ready patah jari bila iklan dah huru-hara.



Maka dengan itu, ramai terbuka hati nak mula belajar menghasilkan sebuah BLOG BISNES. Ini adalah cara terbaik.


  • Belajar langkah demi langkah cara membina blog yang betul dan berpengaruh, lengkap dengan borang tempahan, terma syarat belian, cara memasukkan FB, FANPAGES, cara masukkan gambar, gadget di blog.

  • Belajar menghasilkan sebuah blog yang mudah dijejak pelanggan di carian google.

  • Jadikan blog sebagai medium pemasaran online. 

  • Tidak perlu sewa tapak kedai yang mahal.

  • Tidak perlu keluarkan wang upah pekerja.

  •  Kedai dibuka setiap hari (24/7).


Khas untuk semua, yang jauh yang dekat, Jom sertai KELAS BLOG ABDR bersama Rieya.


Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari. 
Boleh mula daftar dan belajar hari ini.

Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan Rieya selaku Pengurus Online Bertugas:

NasriahAbdullah - Pengurus Online ABDR
Email :
 pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716






No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular