Showing posts with label Ulasan Kelas GSL. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Kelas GSL. Show all posts

Thursday, 29 December 2016

GSL Vellfire


Mar nak join Vellfire & GSLP. 
Since dah last kelas... Hmm. 
Kena la ambik peluang ni cukup2. 
Belajar banyak2 prepare for 2017...
- Nur Mardhiah Che Ghani
.
.
.
Korang nampak tak aura Vellfire? 
Sekarang dah 410 peserta. 
Pendaftran masih hangat berlangsung...
Siapa belum daftar masih ada peluang beberapa jam saja lagi sebelum menjelang 12.00am...

Thursday, 4 August 2016

Ulasan Kelas Group Support LIKE (GSL)


Ulasan Kelas Group Support LIKE (GSL)

Pengalaman Bersama GSL (Group Support Like)

Teks: Anys Idayu Zakaria
Foto: -
Sumber: http://anysidayu.blogspot.my/2016/02/pengalaman-bersama-gsl-group-support.html



Alhamdulillah selamat pagi sahabat. Selamat pagi semua pembaca blog. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca setiap perkongsian yang saya kongsi di sini.  Diharap dapat memberi sedikit manfaat dan kebaikan untuk kalian ;)


Pagi ni saya nak kongsi sedikit ulasan tentang GSL (GROUP SUPPORT LIKE) yang saya dah sertai sejak akhir tahun 2015.  Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya perolehi. Setiap kumpulan yang kita sertai pasti ada perbezaan dan ilmu yang kita akan perolehi. 


Sebelum sertai GSL, memang saya sedia maklum, setiap status yang kita like atau komen di fb akan menjadikan status tersebut mudah dilihat oleh lebih ramai orang lain. Tapi, saya masih tak tahu cara bagaimana nak minta rakan-rakan kita ni like status yang kita post.  Hai laa tak kan saya nak pergi pm sesorang minta mereka like dan support status saya kan. Tak ke kerja gila tu namanya. Dah nanti orang kata, dah kenapa pulak ni, hahahahha. So saya pun biarkan sahaja, sebab masih tak tahu cara untuk buat mereka like status yang saya post di fb. Walaupun saya tahu, setiap komen dan like ini akan membantu fb tolak status kita untuk lebih ramai orang lihat, tapi dalam hati kecil saya selalu berkata, ala... tak payah la nak komen-komen, nak like-like di status rakan, buat semak notification je nanti. Tapi notification yang saya terima bukanlah banyak sangat pun yang bertanya tentang kelas blog atau produk-produk yang saya jual. Konon kedekut sangatkan.  ;(


Alhamdulillah bila sertai GSL, saya banyak belajar cara yang betul untuk update status, lebih banyak like yang diperolehi dari setiap status-status yang saya update. Semuanya daripada sokongan dan support AB GSL. Bila kita dah apply semua ilmu yang Tuan Khairul Zahrin berikan, rasa sunyi kalau sehari tak terima notification yang banyak heheheh.  Betullah antara asbab rezeki melimpah ruah melalui networking dan kerja berjemaah.  Walaupun kami di GSL mempunyai bisnes yang berbeza-beza, tapi di sini kami belajar untuk support dan menyokong semua bisnes rakan-rakan, tak condem dan tak jatuhkan yang lain. Kami saling bantu membantu.  Seperti kata pepatah More u give, more and more u will get.


Alhamdulillah, alhamdulillah yang paling buat saya gembira, melalui GSL dan sokongan AB GSL, status-status yang berkaitan iklan yang saya pos juga mudah dilihat oleh lebih ramai rakan fb yang lain.  Lebih ramai silent reader, dan rakan-rakan yang tak pernah muncul di fb tiba-tiba muncul bertanyakan kelas-kelas blog dan produk-produk yang saya tawarkan. Sebelum sertai GSL, saya akui kebanyakkan pelajar-pelajar yang mendaftar untuk kelas blog ABDR, kebanyakkannya mereka jejak saya melalui blog. Amat sedikit mereka yang daftar saya kenal di fb. Ayat mudahnya macam tak pandai gitu nak gunakan fb untuk berbisnes heheheh.


Syukur, terima kasih Allah. Terima kasih kerana hadirkan ilmu ini melalui Tuan Khairul Zahrin. Terimaksih Allah kerana berikan idea kepada TKZ untuk menubuhkan GSL.  Tanpa GSL sudah tentu kami-kami yang masih bertatih dalam dunia bisnes online, masih tak mahir gunakan fb dengan cara yang betul untuk berbisnes, dan like di fb juga mesti tiada perubahan.  Dan yang lebih menggembirakan TKZ bakal menghadiahkan kami kelas-kelas percuma setiap bulan. Bulan lepas kami AB GSLEF sudah sertai kelas BIG WHY yang beliau taja khas untuk kami timba ilmu. Didoakan semoga selepas ini lebih banyak kelas dan ilmu yang akan beliau berikan kepada kami. Ini semua hasil sokongan AB GSL, kerana memberi yang terbaik untuk setiap perkongsian dan tugasan yang beliau berikan ;)


Semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk TKZ, berikan idea-idea yang lebih bernas kepada beliau untuk terus membimbing kami di GSL. 


Ulasan Kelas Group Support LIKE (GSL)



Ada Apa Dengan #Group Support LIKE

Teks : Sariah Awang Senik 
Sumber : Facebook 





Bismilaahirahmannirahim.
Syukur, alhamdulilah. Amboi, agak lama juga tidak menulis entri baru di blog ini. Nasib baik tidak bersawang lagi. Kalau tidak mahunya sia-sia segala usaha selama ini. Nak mula, tidak akan tidak nak buat sampai habis. Kenalah usaha gigih lagi kan. Betul tidak?

Sebenarnya bukannya minat menulis itu hilang terus, tapi banyak juga masalah lain yang perlu saya uruskan. Alamak, nampak macam nak bagi ALASAN je. Ok, kita tidak payah fikir pasal hal itu lagi. Baru-baru ini, saya dah join satu group yang sangat ' awesome'. 

Nama group ini Group Support Like/Komen. Tujuannya adalah untuk kumpulkan semua usahawan yang hebat-hebat tidak kira yang buat bisnes online ataupun offline. Dengan hanya beri sokongan melalui tekan button like, sekaligus kita telah pun beri sokongan dan memberi semangat kepada rakan-rakan yang lain. Bestkan macam itu. Lepas itu secara automatik kita akan ramai rakan-rakan yang baru yang datang daripada pelbagai latar belakang. 

Yang peliknya aura mereka sangat positif. Jadi dengan join group ini, bolehlah kita selalu maintain semangat supaya tidak cepat down ataupun tersentap. Ala, biasalah kan. Ada masa kalau tidak dapat sale, kita cepat rasa down dan sebagainya. Tapi bila follow group ini, dan baca semua status rakan-rakan secara tidak langsung kita rasa bersemangat semula. 

Terbaik kan macam itu. Kalau kena gayanya yang betul, kita akan dapat belajar banyak ilmu yang baru dan juga tips-tips yang sangat berguna. Selain itu kan, kat group ini juga ada kelas-kelas online yang diadakan di Telegram berkaitan rapat dengan apa yang kita buat.

Cuba bayangkan, kita taip status dan dapat like atau komen daripada rakan-rakan. Jadi tidaklah rasa macam cakap sesorang kat Facebook itu. Tidaklah rasa macam syok sendiri je. Tapi kena jugak, jangan tunggu orang like je statua kita. Kita juga kena like dan rerajinlah komen yang baik-baik tentang apa sahaja status rakan-rakan kita itu. 

Maknanya nak dapat banyak like, kitalah usaha like juga status rakan yang lain. Janganlah asyik cerita tentang produk je. Lelama orang naik boring nak like dan juga follow kita. Lupa pulak nak beritahu ya, group ini diasaskan oleh Tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Seorang hamba Allah yang biasa tapi punya idea yang luar biasa hebat. 

Terima kasih kepada dia sebab tubuhkan group ini. Sekarang rakan-rakan baru semakin bertambah dan usaha untuk displinkan diri taip status seawal yang boleh. Status berupa nasihat, mendoakan, petua ataupun nasihat dengan tujuan saling mengingatkan antara satu sama lain. Namanya aktif di fb. Jadi kenalah bersosial dan beramah mesra terlebih dahulu. Asyik update status pasal produk, orang akan cepat bosan dan mungkin tidak akan dapat banyak lain.

Apa pun, tiada jaminan yang bila join group ini, sale kita akan mencanak naik, tapi kalau kena dengan cara yang betul anda akan dapat ramai propek yang baru yang berkemungkinan akan jadi pelanggan kita. Siapa tahu kan? Jadi anda kenalah join dulu baru tahu. Tidak join tak tahu. 

Kalau rasa berminat, boleh je hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com. Okeylah, cukuplah entri untuk hari ini. Insha Allah saya akan tulis entri yang lebih bermanfaat nanti ya.


Sekian Terima Kasih 

Sariah Awang Senik

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular