Ulasan Kelas Group Support LIKE (GSL)
Pengalaman Bersama GSL (Group Support
Like)
Teks: Anys
Idayu Zakaria
Foto: -
Sumber: http://anysidayu.blogspot.my/2016/02/pengalaman-bersama-gsl-group-support.html
Alhamdulillah
selamat pagi sahabat. Selamat pagi semua pembaca blog. Terima kasih kerana sudi
singgah dan baca setiap perkongsian yang saya kongsi di sini. Diharap
dapat memberi sedikit manfaat dan kebaikan untuk kalian ;)
Pagi ni
saya nak kongsi sedikit ulasan tentang GSL (GROUP SUPPORT LIKE) yang saya dah
sertai sejak akhir tahun 2015. Alhamdulillah banyak pengalaman dan
ilmu-ilmu baru yang saya perolehi. Setiap kumpulan yang kita sertai pasti ada
perbezaan dan ilmu yang kita akan perolehi.
Sebelum
sertai GSL, memang saya sedia maklum, setiap status yang kita like atau komen
di fb akan menjadikan status tersebut mudah dilihat oleh lebih ramai orang
lain. Tapi, saya masih tak tahu cara bagaimana nak minta rakan-rakan kita ni
like status yang kita post. Hai laa tak kan saya nak pergi pm sesorang
minta mereka like dan support status saya kan. Tak ke kerja gila tu namanya. Dah
nanti orang kata, dah kenapa pulak ni, hahahahha. So saya pun biarkan sahaja,
sebab masih tak tahu cara untuk buat mereka like status yang saya post di fb.
Walaupun saya tahu, setiap komen dan like ini akan membantu fb tolak status
kita untuk lebih ramai orang lihat, tapi dalam hati kecil saya selalu berkata,
ala... tak payah la nak komen-komen, nak like-like di status rakan, buat semak
notification je nanti. Tapi notification yang saya terima bukanlah banyak
sangat pun yang bertanya tentang kelas blog atau produk-produk yang saya jual.
Konon kedekut sangatkan. ;(
Alhamdulillah
bila sertai GSL, saya banyak belajar cara yang betul untuk update status, lebih
banyak like yang diperolehi dari setiap status-status yang saya update.
Semuanya daripada sokongan dan support AB GSL. Bila kita dah apply semua ilmu
yang Tuan Khairul Zahrin berikan, rasa sunyi kalau sehari tak terima
notification yang banyak heheheh. Betullah antara asbab rezeki melimpah
ruah melalui networking dan kerja berjemaah. Walaupun kami di GSL
mempunyai bisnes yang berbeza-beza, tapi di sini kami belajar untuk support dan
menyokong semua bisnes rakan-rakan, tak condem dan tak jatuhkan yang lain. Kami
saling bantu membantu. Seperti kata pepatah More u give, more and more u
will get.
Alhamdulillah,
alhamdulillah yang paling buat saya gembira, melalui GSL dan sokongan AB GSL,
status-status yang berkaitan iklan yang saya pos juga mudah dilihat oleh lebih
ramai rakan fb yang lain. Lebih ramai silent reader, dan rakan-rakan yang
tak pernah muncul di fb tiba-tiba muncul bertanyakan kelas-kelas blog dan
produk-produk yang saya tawarkan. Sebelum sertai GSL, saya akui kebanyakkan
pelajar-pelajar yang mendaftar untuk kelas blog ABDR, kebanyakkannya mereka
jejak saya melalui blog. Amat sedikit mereka yang daftar saya kenal di fb. Ayat
mudahnya macam tak pandai gitu nak gunakan fb untuk berbisnes heheheh.
Syukur,
terima kasih Allah. Terima kasih kerana hadirkan ilmu ini melalui Tuan Khairul
Zahrin. Terimaksih Allah kerana berikan idea kepada TKZ untuk menubuhkan
GSL. Tanpa GSL sudah tentu kami-kami yang masih bertatih dalam dunia
bisnes online, masih tak mahir gunakan fb dengan cara yang betul untuk
berbisnes, dan like di fb juga mesti tiada perubahan. Dan yang lebih
menggembirakan TKZ bakal menghadiahkan kami kelas-kelas percuma setiap bulan.
Bulan lepas kami AB GSLEF sudah sertai kelas BIG WHY yang beliau taja khas
untuk kami timba ilmu. Didoakan semoga selepas ini lebih banyak kelas dan ilmu
yang akan beliau berikan kepada kami. Ini semua hasil sokongan AB GSL, kerana
memberi yang terbaik untuk setiap perkongsian dan tugasan yang beliau berikan
;)
Semoga
Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk TKZ, berikan idea-idea yang
lebih bernas kepada beliau untuk terus membimbing kami di GSL.
No comments:
Post a Comment