Monday, 1 August 2016

2 Semangat Dalam 1



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Assalamualaikum dan selamat pagi Selasa. Dengan sedikit kesempatan waktu yang ada, awal pagi kita bersiaran hari ini kerana sang putera masih lena dibuai mimpi. Sang puteri pula sudah berada di perut gedung ilmu.

Dag dig dug. Jantung berdegup kencang. Berdebar rasa di hati. Lama sungguh bercuti dari dunia blog. Baru nak bermula semula.  Rasa gementar seperti anak dara yang menanti pinangan dari sang putera idamannya.

Debaran semakin terasa bila Cikgu Anys Idayu Zakaria nak cabar supaya rajin-rajin kemaskini entri setiap blog. InsyaAlah, akan ku sahut cabaran itu. Duhai idea, jangan kau pergi, sentiasalah ada bersama ku walau di mana kaki ku melangkah.


Dua Semangat Dalam 1

2 semangat dalam 1. #‎ABDR dalam hati #‎GSLIntegra baru nak bermula. Kini hati ku telah ditawan lagi. Hari ini bermula kisah baru. Kisah ku menjadi protege GSL Integra. Apa yang akan ku pelajari di dalam kelas ini nanti? Berapa banyak tugasan yang bakal aku terima? Seronokkah kelas ni? pelbagai persoalan bermain dipikiran. Tak sabar menanti task yang akan bermula pada hari ini, 2 Ogos 2016, Selasa. Seperti budak tadika yang baru mengenal dunia sekolah. Cuba anda bayangkan, bertapa terujanya persaan itu sama seperti sewaktu mula-mula menjadi protege ABDR setahun yang lalu.


Sesi Suai Kenal

Semalam bermulanya sesi suai kenal di dalam kelas GSl-Integra. Kelas belum bermula tetapi ribut sudah melanda. Seronok berkawan dengan orang-orang yang sentiasa positif dan ingin memajukan diri. Sementara menanti tugasan yang pertama, pihak Pengurusan GSL mengarahkan agar ADD dan APPROVE kesemua rakan-rakan baru GSl-Integra. Wah! Lagi aku rasa teruja sebab dalam masa dua hari ini aku akan dapat lebih kurang seramai 150 rakan baru.

Alhamdulillah. Ku mohon semoga Allah permudahkan segala urusan ku, lancarkan segala perjalanan hidup ku dan semoga yang baik-baik sahaja Engkau beri untuk ku, keluarga ku dan sahabat-sahabat ku. Amiin 







1 comment:

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular