Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
-
Sentuh
bab menulis, aku bukanlah orang yang bijak mengatur dan menyusun ayat. Nak
terbit buku? Masih jauh di persimpangan. Masih tersusun rapi dalam angan-angan
indah.
Aku
bermula di ABDR. Walau minat pada karangan sejak dibanggu sekolah rendah lagi tapi
minat itu telah terkubur lama.
Ilmu
menulis, ini mulanya dengan membaca status sahabat-sahabat di alam maya termasuklah
buku-buku motivasi. Ilmu-ilmu menulis juga banyak ku kutip dari blog-blog
blogger.
Kemudian,
sampailah satu tahap aku merasa bosan. Bosan akibat jatuhnya semangat motivasi.
Hilang keyakinan diri. Setelah itu, aku
cuba bangkit dan sedar perlunya berguru. Akhirnya, aku bermula di Akademi
bekerja Di Rumah.
Aku
belajar bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Guru dan mentor ku ialah Puan Anys Idayu Zakaria dan Puan Masayu Ahmad. Aku memilih
bersama ABDR kerana dapat belajar secara online walaupun hakikatnya aku tidak
berapa yakin dengan keputusan yang aku buat ketika itu.
Sedikit
demi sedikit aku mula termotivasi sendiri. Semangat diri kembali pulih setelah
3 minggu bersama ABDR. Usaha yang sedikit telah membuahkan hasil. Sejak itu aku
mula menyusun langkah.
Hari
demi hari berlalu aku sudah mula mahu serius. Tapi masih belum fokus. Masih tercari-cari apa
yang aku mahu tulis. Apa yang aku mahu kongsikan? Disebabkan itu aku masih
perlu bimbingan dan tunjuk ajar kedua-dua guru dan mentor ku.
Aku mahu lebih
tahu potensi diri. Perjalanan ku belum tamat kerana ianya baru bermula. Umpama
anak kecil yang masih baru belajar berkaki empat. Masih banyak yang perlu
dipelajari dan diperbaiki.
No comments:
Post a Comment