Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
اللهُمَّ
صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
(ALLAH HUMMA SOLLI ‘ALA MUHAMMAD WA ‘ALAAALII MUHAMMAD)
Cabaran
Ogos ABDR kini bermula. Setiap protege mahu pun alumni yang ingin berkiat aktif
semula harus panaskan enjin terlebih dahulu. Kemaskini blog sekurang-kurangnya
sehari satu entri. Aku? Aku takkanlah nak lepas peluang. Semangat itu dah datang
semula sejak dari penghujung Julai dan kini sedang bermula setapak ke hadapan.
Moga tak jatuh tersungkur. Andai ku jatuh, ku harap ada sahabat yang sudi
tolong bangkitkan aku berdiri semula.
Download Ebook Percuma
Bermula
hari ini, tepat jam 10.30 pagi. Tugasan pertama harus dilaksanakan iaitu memuat
turun ebook percuma khas untuk protege GSL Integra. Tak sabar nak baca apa
kandungan ebook tersebut.
Itu
sebelum dapat ebook percuma tapi bila sudah siap muat turun, hati melonjak
kegirangan. Sungguh bermanfaat ilmu yang dikongsikan di dalam ebook tersebut.
Langkah
pertama, aplikasikan ilmu-ilmu yang ada di dalam 'Ebook 100 Posting Tarik
LIKE'. Alhamdulillah. Bila sudah buat baru tahu hasilnya. Seronok! Memang
Seronok.
Close Friend
Tugasan
pertama bermula pada jam 4.00 petang. Tugasan yang diberikan sangatlah mudah cuma
perlu klik label 'CLOSE FRIEND' pada setiap rakan baru yang di ADD FRIEND semalam
(1 Ogos 2016). Tugasan ini berjaya disiapkan 15 minit sebelum menjelang tepat
6.00 petang. Satu target kecil yang aku kira berjaya.
Ucapan Terima Kasih
"Terima
Kasih". Bunyinya mudah tapi
tidak ramai yang ringan mulut melafazkan ucapan terima kasih dengan mudah. Apatah
lagi ucapan terima kasih yang jarang diucapkan kepada seorang sahabat.
Kenapa
harus berterima kasih? Ada banyak sebab dan alasan untuk mengucapkan "terima
kasih". Antaranya adalah;-
1.
Terima kasih untuk saat-saat terindah - Keindahan yang akan selalu kita ingati
dan teringin kembali ke masa itu.
2.
Terima kasih untuk semangat yang diberikan - Rasa bersyukur mempunyai sahabat
positif yang sentiasa ada untuk saling membantu dan mendorong walau apa jua
situasi kita pada masa itu.
3.
Terima kasih kerana menjadi sahabat - Satu perasaan yang tidak dapat diluahkan
dengan kata-kata selain ucapan terima kasih kerana sudi bersahabat walau pun
hanya di alam maya.
Ucapan
terima kasih ini merupakan tugasan ketiga yang diberikan untuk sesi
pembelajaran hari ni. Seronok, teruja, lucu, insaf, bersemangat dan aura-aura
positif meresap dalam diri. Terasa diri begitu dihargai dan saling melengkapi
antara satu sama lain. Itulah gunanya sahabat.
Serangan Boom!
Siapa
suka kena boom? Ada yang berani jawab 'Saya'? Hahaha...Hah! Berani?
Part
ni yang seronok. Main boom macam main mercun. Banyak percikan api bertebaran. Maklumlah,
raya kan sebulan. Tidak hairanlah jika kemeriahannya masih terasa dan ditambah
pula dengan jiran-jiran saling bergunjungan. Meriah tak terluah.
Aku Bukan Artis
Sebagai
penutup tirai tugasan hari ini, 7 tips penting yang perlu dihadam. Malam ni
kena rebus siap-siap, esok pagi bolehlah dijadikan minuman utama sewaktu
sarapan. Kenapa? Tentulah sebab utama 'Aku Bukan Artis!'. Letak status
gambar kasut atau ayat poyo 'laparnya', boleh dapat beratus-ratus LIKE dalam
sekelip mata. Semuanya perlu ilmu, usaha, tindakan dan pengorbanan.
Untuk
itu, selamat malam semua wahai sahabat-sahabat positif ku yang sudi meluangkan
masa membaca coretan malam ini. Ku doakan semoga kalian lena diulit mimpi indah
malam ini dan kekal segar bertenaga bila mata celik pagi esok. Amiin.
P/S:
Nantikan entri ini pada esok pagi, 3
Ogos 2016
Bestnya aktif berfb
ReplyDelete