Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Ya Allah, ingatkanlah kami untuk bermuhasabah mengenai bekalan
kami, ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat
selama-lamanya.
Ya Allah, sedarkanlah kami bahawa, sesungguhnya mati itu benar,
alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu
benar, syurga dan neraka itu benar.
Ya
Allah, kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat
yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.
Ya Allah..Ya Ghaffar.. ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua
ibubapa kami, anak isteri/suami kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami,
sahabat-sahabat kami, serta sekalian muslimin dan muslimat, walau di mana saja
mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW,
serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya Allah.
رَبَّنَا
ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ
مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ
وَصَلَّى الله
ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
No comments:
Post a Comment