TERMA & SYARAT

Para pelanggan yang dihargai, anda dinasihatkan untuk memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan/tempahan produk Shaklee dari kami. 

1. Semua barang yang telah di jual tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian daripada pihak kami seperti kesilapan jenis produk, produk luput tarikh atau kuantiti. 

2. Pastikan nama dan kuantiti produk yang diisi pada borang pesanan adalah betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan jenis dan kuantiti produk yang disebabkan oleh kesilapan pelanggan mengisi borang pesanan. Walaubagaimana pun, kami akan mengesahkan pesanan anda terlebih dahulu melalui email atau telefon atau sms atau whatsapp. 

3. Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan yang baik semasa dipos, oleh itu pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan barang atas apa-apa jua sebab semasa dalam proses penghantaran oleh pihak Perkhidmatan Courier. 

4. Kami memerlukan 1-3 hari bekerja (untuk kawasan Sabah dan Sarawak, 3-5 hari masa berkerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada Sabtu dan Ahad maka Isnin dikira sebagai hari pertama. Walaubagaimana pun, kami akan memastikan dan mencuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah diterima. 

5. Sekiranya berlaku kes dimana ketiadaan stok selepas pembayaran dibuat, maka kami mempunyai hak dalam memberi beberapa pilihan kepada pelanggan kami samada: 
i. Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru sampai. 
ii. Menukarkan dengan produk yang sama harga (akan mendapatkan kebenaran pelanggan terlebih dahulu) 
iii. Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai Shaklee Independent Distributor, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan daripada pelanggan. 

6. Sila pastikan alamat yang di beri adalah sah dan ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, Pelanggan akan di kehendaki menuntut barang tersebut di pejabat Perkhidmatan Courier yang berkaitan. 

7. Sekiranya pembayaran lebih di buat, baki wang akan di pulangkan semula kepada anda. 

8. Bagi Cash On Delivery (COD), temujanji hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa penghantaran untuk mengelakkan sebarang masalah. 

9. Sekiranya pembayaran menggunakan Kad Kredit /Debit melalui Paypal, fees Paypal akan dikenakan kepada anda iaitu sebanyak 3.9% + RM2 yang akan di masukkan ke dalam jumlah keseluruhan pembayaran (Fees ini dicaj oleh pihak Paypal dan bukan dari pihak kami). 


Semua TERMA & SYARAT di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak TERMA & SYARAT ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai. 



Jika anda masih mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh la hubungi saya di;- 


FB Page : Ummy.Adhwa

Blog : http://nasriahabdullah.blogspot.com/

Email : pnnasriahabdullah@gmail.com 

No. Telefon : 010-366 8516 (WA) atau 016-817 8716 (SMS/Call) 



Sekian, terima kasih kerana menyokong kami. Semoga anda berpuas hati dengan layanan kami.

Kelas Pemprosesan Herba Tradisional Dan Tumbuhan Beraroma

Teks: Nasriah Abdullah Foto: WAR Training & Management Tarikh: 10 DISEMBER 2017 Hari: AHAD Masa : 9.00 PAGI - 2.00 P...

Post Paling Popular