Showing posts with label Doa Harian. Show all posts
Showing posts with label Doa Harian. Show all posts

Tuesday, 14 November 2017

Doa Kesembuhan Buat Mu Teman


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Assalamualaikum dan salam ceria pagi semua https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f2/1/16/1f60d.png.

Doa bagi semua yang sakit

“Allahumma Robbannas, Adz-Hibil Ba'sa Isyfi Antasy-Syafi La Syifa'a Illa Syifa'uka Syifa'an La Yughadiru Saqoman.”

“Ya Allah Tuhan dari semua manusia, hilangkan segala penyakit, sembuhkanlah, hanya Engkau yang dapat menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali dari padaMu, sembuh yang tidak dihinggapi penyakit lagi.” 
(HR Bukhari)

Aamiin aamiin aamiin ya rabbal alamin


Tuesday, 5 September 2017

Zikir Penarik Rezeki: Blog Bisnes Penulisan Oleh Nasriah Abdullah Bawa Manfaat Buat Pembaca



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Assalamualaikum. Selamat petang buat semua warga pengunjung blog Suri Rumah BerpendapatanSendiri.

Kalian apa khabar? Sudah mula kembali bernafas setelah sibuk urus anak-anak yang kembali ke gedung persekolahan? Urusan kerja di rumah bagaimana?

Alhamdulillah. Jika sudah tenang ikut rentak rutin mak-mak bekerja di rumah.

Aku? Fuuuh! Aku jangan di tanya. Cuti panjang, pendek tiada bezanya. Semua sama saja. Cuti atau tidak juga tiada bezanya. Begitu la rutin mak-mak bekerja di rumah. 24 jam sehari. Penuh dengan aktiviti. Urus anak-anak. Urus rumah. Urus bisnes kecil-kecilan dari rumah.

Tempahan buat fan page. Tidak kurang juga yang mahu daftar kelas one-to-one belajar buat page sendiri.

Alhamdulillah. Usaha dan yakin. Janji Allah itu pasti.

Rezeki berblog. Walau pun aku masih belajar. Rentak penulisan juga masih merangkak. Namun, aku bersyukur kerana punya pengunjung yang merasa gembira atas setiap perkongsian ku.

Petang tadi aku di sapa melalui "messenger" di fesbuk. Seorang pembaca setia di blog penulisan ku.

Katanya, mengenali ku melalui blog. Perkongsian ku tentang zikir nama-nama Allah yang baik diamalkan untuk selesaikan masalah hutang menarik perhatiannya.

Mungkin saja beliau sudah mengamalkan apa yang telah aku kongsikan di coretan itu. Dan mungkin juga telah memberi kesan pada amalannya.

Alhamdulillah. Aku bersyukur jika sedikit coretan itu membawa manfaat buat dirinya dan juga pembaca lain.

Di coretan kali ini pula, dengan senang hati ingin ku kongsikan zikir nama-nama Allah bagi penarik rezeki. Zikir ini setiap hari ku amalkan walau di mana saja. Tidak kira sedang berbuat apa.

InsyaAllah. Dengan usaha dan keyakinan yang ada. Pasti saja rezeki tak terduga datang menyapa. Doa dan tawakkal. Istiqomah dalam setiap tindakan dan perbuatan.


Diriwayatkan Dari Sayyidina Ali Karromallohu wajhahu telah bersabda Rasulullah S.A.W "Maukah Engkau aku ajarkan beberapa kalimat, yang bila engkau mempunyai hutang seberat gunung yang besar, Maka Alloh akan membayarnya" :


Doa pertama: Baca setiap pagi

Allahumma Akfini bihalalika 'An Haromika wabifadlika 'Amman Siwaka

Maksudnya:
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal bukan yang haram dan berilah aku kekayaan harta benda dengan keutamaanmu supaya aku tidak mengharap dan meminta pertolongan selain daripada Engkau


Doa kedua: Baca 7x lepas solat fardhu dan di baca 70x pada hari Jumaat

YA Ghani
Ya Mughni
Ya Fattah
Ya Razzaq

Maksudnya:
Yang Maha Kaya ,
Yang Maha Mencukupkan,
Yang Membukakan Pintu Rahmat
Yang Maha Pemberi Rezeki

Dan Baca "Bismillahirrahmanirrahim" (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
301x selepas terbit matahari atau waktu syuruk


Doa Ketiga: Jika kalian berniaga, maka eloklah amalkan zikir ini. Baca sebanyak 313x ketika hendak mula berniaga.

Waja'altulahu Maalam mamduuda
Surah Al-Muddaththir (AYAT 12)


Maksudnya:
Dan aku berikan baginya kekayaan yg melimpah ruah.


Ayuh! Kita sama-sama kongsikan coretan ini agar lebih ramai lagi sahabat-sahabat kita di luar sana mengamalkan zikir ini. InsyaAllah, ekonomi umat Islam dapat diperkukuhkan. Lagi ramai mengamalkan, lagi ramai umat kita menjadi orang yang kaya dan beriman.

InsyaAllah. Segalanya adalah dengan izinNYA.

Moga bermanfaat.





Wednesday, 4 January 2017

Berkongsi Ilmu Bebas Hutang


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Video: Carian Google


Sifu saya kata, manusia suka bila kita berkongsi ilmu. Apatah lagi jika ilmu itu dapat menyelesaikan masalah mereka.

Bersempana hari kelahiran saya hari ini, dengan ini saya ingin berkongsi zikir dan doa amalan kegemaran saya setiap hari. Ramai yang bertanya, doa yang selalu dikongsi dalam group wassap tu memang sudah jadi amalan ke? Nampak tak hasilnya?

Alhamdulillah. Bila kita yakin dan istiqomah dalam melaksanakannya, insyaAllah kita akan rasai keberkesanannya. Kalau tak percaya, boleh cuba doa dan zikir ini.



ALLAHUMMA AGFINI BI HALALIKA AN HAROMIKA
WA BIFADLIKA AMMAN SIWAKA

"Ya Allah cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal sehingga aku terhindar dari yang haram. Kayakanlah aku dengan nikmat-Mu sehingga aku tidak meminta kepada selain-Mu"


YA GHANI - Maha Kaya
YA MUGHNI - Maha Pemberi Kekayaan
YA FATAH - Maha Membukakan
YA RAZAK - Maha Pemberi Rezeki

BACA 7 KALI SELEPAS SEMBAHYANG
BACA 70 KALI HARI JUMAAT DI SEPANJANG HARI


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
301 KALI SELEPAS TERBIT MATAHARI


UNTUK PERNIAGAAN :

WA JAALTU LAHU MA LAN MAMDUDA
Surah Al-Muddaththir (AYAT 12)

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak

313 KALI KETIKA BERMULA PERNIAGAAN


MARILAH SAMA-SAMA KITA AMALKAN. INSYAALLAH EKONOMI UMAT ISLAM DAPAT DIPERKUKHKAN DAN KITA MENJADI ORANG KAYA YANG BERIMAN. AAAAMIIN https://www.facebook.com/images/emoji.php/v6/f4c/1/16/1f642.png=)
.
.
.
Jika kalian rasa posting ini sangat bermanfaat, sila LIKE & SHARE pada keluarga dan sahabat-sahabat yang lain...

Doa Harian


Allah huma yassir...

Ya Allah,
Permudahkan setiap urusan kami serta urusan ahli keluarga kami & juga sahabat2 kami... Jika ada diantara kami sedang dalamm belenggu hutang.. Engkau keluarkanlah kami drpd belenggu itu. Jika ada diantara kami yg sedang dalam kesempitan hidup Engkau berikanlah jalan keluar buat kami.

Engkau jadikan lah kami hamba yg sentiasa mensyukuri nikmatMu..

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mengetahui...

Aamiin

Sunday, 1 January 2017

Nikmatnya Hidup Sentiasa Berselawat.


Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita SAW. Malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW.
-Riwayat Ad-Dailami

Jom Amalkan Berselawat Keatas Nabi.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللهم صل على محمد وآل محمد

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Nikmatnya Hidup Sentiasa Berselawat.


Saturday, 31 December 2016

Doa Hari Jumaat


DOAKU DI HARI JUMAAT TERAKHIR TAHUN 2016 BUAT KALIAN

Ya Allah , 
Muliakanlah orang yang membaca doa ini, 
Lapangkanlah hatinya, 
Bahagiakan keluarganya dan 
Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan. 

Mudahkanlah segala urusannya, 
kabulkanlah cita-citanya, 
jauhkan dia dari segala penyakit, 
fitnah , prasangka keji, 
berkata kasar dan jauhkanlah dia dari segala musibah, 
sembuhkanlah penyakitnya serta 
terimalah semua amal ibadahnya dan 
kelak jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMu.

آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن

Friday, 30 December 2016

Doa Harian


Assalamu'alaikum
Sahabatku yang di sayangi Allah. 
InsyaAllah
Mari kita sama-sama "Aamiin" kan doa ini jika termasuk doa sahabatku juga

Ya Rabb,
Kami memohon kepada-Mu di hari Jumaat penuh rahmat dan mubarrak ini,
Agar mensucikan hati-hati kami dari kotoran dengki dan iri hati,
Kecenderungan kepada keburukan dan nista, 
penyakit dendam dan benci,
Serta tanamkanlah rasa cinta dan kasih sayang ke dalam hati kami, 
penuhilah dengan kebaikan dan anugrah, 
serta segerakanlah dengan perasaan belas kasihan.

Aamiin Allahumma Aamiin

Thursday, 29 December 2016

Doa Harian


*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

*Ya Allah...*
Di pagi yang mulia ini...
Kau ampuni dosa-dosa kami, 
Dosa pasangan kami, 
Dosa kedua ibu bapa kami, 
Dosa anak-anak kami, 
 Dosa saudara-saudara kami, 
Dosa jiran tetangga kami, 
Dosa sahabat-sahabat kami, 
Dosa guru-guru kamii,


*Ya Allah...*
 jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat..
 Sihatkanlah tubuh badan kami, 
jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana..

 Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. 
InshaAllah...


*آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن*

Thursday, 20 October 2016

Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum


Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Salam penghulu segala hari. Hari Jumaat yang redup dan mendung pagi ni di bumi Sabah terutama kawasan sekitar Kota Kinabalau.

Mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Apa jua kesalahan dan kesilapan kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT , Allah Yang Maha Pengampun, Keampunan-Nya yang meliputi seluas langit dan bumi.

Berkaitan dengan dua asma Allah SWT yang agung di atas, Imam Ghazali ada berkata "Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah (Ya Hayyu Ya Qoyyum -Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"

Berkata Imam Ghazali lagi, "barangsiapa ketika mengalami kesusahan dan menghadapi berbagai masalah maka hendaklah memperbanyak membaca; "Ya Hayyu Ya Qoyyum Birohmatika Astaghisu" - Maksudnya "Wahai Zat Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan segala rahmat Engkaulah aku memohon bantuan"

Dua asma Allah SWT yang teramat agung ini sememangnya terdapat di dalam ayat Kursi. Untuk itu barangsiapa membaca dua asma Allah SWT (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) sebanyak 1000 kali setiap kali selesai solat Isya'. Dengan izin Allah Yang Maha Agung maka dia akan mendapat seperti berikut:
1) Banyak wang
2) Didengar dan ditaati segala perkataannya
3) Mendapat kasih sayang daripada perempuan dan juga lelaki
4) Diberi kekayaan
5) Mendapat kebahagiaan, kemuliaan, dan kewibawaan
6) Dijauhkan dari bala dan bencana alam
7) Dijauhkan dari penipuan, muslihat musuh dan lain2 yang sebangsa dengannya.

Beramal dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT, mudah-mudahan dengan keikhlasan kita itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan mendapat fadhilat dan khasiat2 yang tersebut diatas. Amalkan lah apa yang terdaya, dan latihlah agar ikhlas dalam beribadat.




Friday, 16 September 2016

Doa Hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di hari Juma'at yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.
يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Wednesday, 7 September 2016

Doa Harian

Ya Allah, jadikanlah Awal hari ini sebagai kebaikkan, tengahnya sebagai keberuntungan dan akhirnya sebagai kejayaan
Ya Allah, jadikan pula awalnya sebagai rahmat, tengahnya sebagai nikmat dan Akhirnya sebagai kemuliaan dan keampunan.
Aamiin...
.
.
Assalamualaikum semua...

Monday, 5 September 2016

Doa Harian


Jika engkau melihat wujud makhluk engkau akan derita dan sengsara akal fikiran mu akan beramuk kacau merosakkn jiwa mu dan jika engkau melihat kewujudannya adalah kerana wujudnya Allah, maka engkau kan mengecapi syurga keindahan dalam kenikmatan bersama ALLAH MU.
Tidak ada lagi kenikmatan dan kesejahteraan yang terlebih agung dan amat menjernihkan qalbu melainkan engkau memasuki syurga MELIHAT ALLAH.
Ya Allah kurniakan kami syurga melihat Mu.
Melihat Mu dalam segala wajah, dan kurniakan kepada kami redha dalam setiap wajah yang kau pertontonkan agar kami tidak tersalah pandang Ya Allah...
~ Kalam Sufi ~

Assalamualaikum dan salam ceria dia pagi Isnin...
Iringi doa yang tak pernah putus buat anak-anak kita yang melengkah pergi dalam perjuangan UPSR sepanjang minggu ini. Semoga mereka dapat menjawab semua soalan dengan tenang...

Thursday, 1 September 2016

Ucapkanlah ALHAMDULILLAH!


*Orang buta bermimpi untuk melihat*
*Orang tuli bermimpi untuk mendengar*
*Orang lumpuh bermimpi untuk berjalan*
*Orang bisu bermimpi untuk bicara*
Sementara kita dapat melihat, mendengar, berjalan, dan berbicara. Oleh kerana itu ucapkanlah "Alhamdulillah" dari lubuk hati yang paling dalam!
Ucaplah A L H A M D U L I L L A H...

Monday, 29 August 2016

Doa Harian



Alhamdulillah :) 
Aamiin :)
Semoga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat :)
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah,
Ya Tuhan kami, Di pagi yang indah ini ,
kami bermohon ke hadrat-Mu,
berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami
ilmu, iman dan amal.
Ya Allah Ya Razzaq
ُKami memohon kepada-Mu ya Allah,
berilah kami iman yang sempurna ,
ilmu yang memberi manfaat,
rezeki yang halal, anak yang soleh,
rumahtangga yang bahagia,
usia yang berkat,
doa yang mustajab,
hajat yang tertunai,
kesihatan yang berterusan,
hutang yang terbayar,
keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Amin.. Ya Robbal 'alamin...😍😍😍
Assalamualaikum dan salam ceria Isnin wahai semua sahabat jutawan dermawan Rieya...

Friday, 12 August 2016

Jom Kita Hafal Surah Al-Kahfi!



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google

Rasulullah s.a.w bersabda:


"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH akan meneranginya dengan cahaya di antara dua kali Jumaat."

(H.R Hakim di dalam Mustadrak)



Wednesday, 10 August 2016

Jom Aminkan Doa ini!


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Ya Allah, ingatkanlah kami untuk bermuhasabah mengenai bekalan kami, ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Ya Allah, sedarkanlah kami bahawa, sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

Ya Allah, kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah..Ya Ghaffar.. ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri/suami kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, serta sekalian muslimin dan muslimat, walau di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Monday, 8 August 2016

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular