Wednesday 30 August 2017

Musibah Di Ambang Merdeka 2017



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Faineh Modirim


Assalamualaikum. 

Menanti detik Merdeka. Angin malam membawa cerita duka. Duka buat seorang ibu. Puncanya tidak dapat ku pastikan.

Perkabaran ini baru ku terima melalui perkongsian di wasap grup IKSnita. Gambar kereta yang kelihatan cermin hadapan sudah hancur seperti ada sesuatu yang telah jatuh ke atas cermin kereta itu. Flat nombor kereta seperti pernah ku lihat.

"Malang tidak berbau".

Ringkas dan mendalam maksud itu dengan disertakan gambar kereta  yang berkeadaan remuk dibahagian hadapan.

Terkejut. Semua penuh tanda tanya. Baru saja kami bertemu siang tadi. Apakah yang sudah berlaku? Di mana dan kenapa? Begitulah pelbagai soalan dilemparkan buat Kak Fai.

Seketika, Kak Fai sepi. Kami masih menanti jawapan dan mendoakan semoga tidak ada musibah berat menimpa Kak Fai.  

"Jangan risau. Kak Fai ok juga cuma banyak kaca-kaca kecil di tangan".

Alhamdulillah. Lega rasanya bila dapat tahu kak Fai selamat. Mujurlah tiada luka berat.

"Tengah driving, tiba-tiba pokok tumbang. Bersusun kereta di depan dan belakang, Kak Fai juga di pilih oleh pokok itu".

Begitulah hebat percaturan Allah. Tanpa kita sedar, bersedia atau pun tidak jika sudah kita dipilih, maka tiada siapa dapat menghalangnya.

Ini dugaan kecil buat kak Fai. Juga amaran buat kita untuk lebih  bersedia. Hari ini, hari Kak Fai. Mungkin esok lusa hari kita. Siapa yang tahu? Justeru, banyakkan beramal untuk bekalan hari esok.

Apa pun, moga Kak Fai tabah dan redha atas musibah yang berlaku. Anggap ini tanda Allah sangat sayang Kak Fai. InsyaAllah. Aamiin


Jom Memasak: Kelas Hands-On


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Daleena AP




Assalamualaikum.  Salam Merdeka.

Kelas memasak ini khusus bagi yang belum terampil memasak.

Luangkan masa anda dihujung minggu bersama kami di dalam program Jom Memasak: Kelas Hands-On yang menarik ini.

Daftar segera kerana tempat adalah sangat terhad.


Justeru, untuk pendaftaran pantas boleh hubungi Pn Daleena di talian 019-313 1768. 

Mahu berdiskusi tentang maklumat program juga boleh. Jangan malu. Jangan segan. Kami sedia membantu.

Tuesday 22 August 2017

Golongan Wanita Perlu Tingkat Kemahiran Tulis Blog


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Keratan Akhbar New Sabah Time,
Selasa, 22 Ogos 2017 (Muka surat 8)

Kemahiran menulis sangat penting untuk setiap blogger. Menggunakan Bahasa yang santai, ejaan penuh dan ayat yang mudah difahami. Ini dapat membantu menarik perhatian ramai pembaca.

Tidak di nafikan bahawa tidak semua blogger sentiasa sempurna dalam setiap penulisan mereka. Adakalanya, kesilapaan berlaku dalam penulisan sama ada disedari atau pun tidak.

Oleh itu, tidak kira sama ada blogger baru atau pun yang sudah bergelar blogger otai, janganlah kita ambil mudah dan pandang sambal lewa. Jangan terlalu bangga diri. Sentiasa tingkatkan ilmu yang ada dan perbaiki kesilapan supaya menjadi lebih mantap dalam penulisan blog.

Menulis itu sukar.

Ya. Itu aku akui. Aku juga pernah merasainya. Tiada di antara kita yang lahir terus punya bakat menulis. Semua dimulai dengan sesi pembelajaran.

Asal mahu belajar. InsyaAllah, pasti akan mahir. Usaha hingga berhasil.



Popia Kacang


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Semalam sedang mata fokus dan kusyuk menanti debaran gol dari pasukan negara terdengar deringan wasap. Pada mulanya ku biarkan sahaja. Deringan demi deringan menyusul tanpa henti.

"Waaah! Malam-malam macam ni pun ramai yang aktif berwasap".

Cerita bola la tu.

Hati ku mula gatal. Tak tahan dengar bunyi wasap bertalu-talu. Lalu ku capai telefon di sudut meja komputer.

“Wah! Banyaknya mesej”.

Ku ‘scroll’ satu per satu grup yang ada tanpa membaca apa yang mereka kirim. Tiba-tiba mata ku terpandang dari seorang rakan sepejabat suami.

Dengan pantas, aku membaca kiriman wasap itu. Senyum. Alhamdulillah. Rezeki datang lagi. Tempahan Popia Kacang untuk sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba.

Tempahan Popia Kacang

Syukur alhamdulillah. Walau tak banyak tapi tempahan Popia Kacang tak pernah putus.

Cuti sempena Hari Kemerdekaan ke 60 tahun dan Hari Raya Aidiladha bakal berlangsung. Ada tak rakan-rakan pembaca yang nak buat tempahan Popia Kacang untuk kudapan di hari merdeka mahu pun di pagi raya korban?

Jika nak merasa Popia Kacang “home made by Adhwa Cookies” boleh ketuk wasap ku ini 016-817 8716. InsyaAllah, siap sebelum merdeka raya.


Monday 21 August 2017

Borneo Road To Dubai Bersama IKSnita, Sabah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: IKSnita, Sabah

Assalamualaikum. Salam pagi Isnin buat rakan pembaca coretan perkongsian blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri. Ku doakan moga kalian sentiasa dalam rahmat dan lindungan-NYA. InsyaAllah. Aamiin.


Pagi ni dengan senang hati ingin ku kongsikan satu taklimat Borneo Road To Dubai anjuran bersama IKSnita, Sabah dan Victus PTD LTD, Dubai.

Inti-pati taklimat ini mengenai pasaran Global Village, Dubai. Program B2C yang akan meletakkan produk-produk usahawan Sabah selama 6 bulan di Dubai dan negara teluk untuk jualan dan promosi.

Ayuh! Rakan usahawan semua yang ingin meluaskan pasaran produk keluaran masing-masing ke luar negara untuk turut serta dalam taklimat tersebut. 

Jangan risau! Taklimat ini PERCUMA untuk anda yang bergelar usahawan Sabah yang mampu berdaya saing di pasaran global.


Maklumat taklimat adalah seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 26 Ogos 2017
Hari: Sabtu
Masa: 10 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: TH Hotel, Kota Kinabalu



Inginkan maklumat lanjut? Kalian boleh berhubung terus dengan Puan Faineh Modirim di talian 016-827 1628 



Bengkel Penulisan Blog Anjuran Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah



Assalamualaikum. Alhamdulillah. Cuaca indah dan cerah pagi ni. Langit juga kelihatan biru di atas sana. Awan putih nan indah. Bersiaran dari ruang tamu sambil melayan tv Astro Arena channel Nadi Arena Plus 803HD, menyokong pasukan pemanah negara. Alhamdulillah. Tahniah buat pasukan pemanah negara. Emas sudah berjaya di rembat. Bertambah lagi jumlah pungutan pingat negara. Syabas!


Bengkel Penulisan Blog anjuran Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah yang telah berlangsung di Hotel Grandis, Kota Kinabalu Sabah pada 19 Ogos 2017 bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ada yang ternanti-nanti perkongsian dari ku? Hah! Dah ada yang mula bertanya, ilmu apa yang kami dapat dari bengkel tersebut. Jangan risau, akan ku kongsi di entri hari ini.


Sebelum memulakan acara pada hari tersebut, seramai lebih kurang 47 peserta mewakili persatuan dan syarikat masing-masing memperkenalkan diri. Alhamdulillah. Di bengkel ini aku bukan saja dapat ilmu baru, malah dapat menambah jaringan kenalan dari pelbagai bidang kerjaya.

“Rieya, engkau kan dah mahir berblog. Dah ada blog pun. Kenapa nak ikut lagi kelas ni?”

Wah! Soalan bonus untuk ku. Sebenarnya aku mewakili persatuan IKSnita, Sabah untuk Bengkel Penulisan Blog ini bukan sebab di taja dan datang bawa badan. Tujuan ku adalah untuk menambah ilmu yang sedia ada. Aku mengharapkan di akhir bengkel ini, aku dapat menambah dan mengasah lagi bakat penulisan berblog.

Percuma dan di taja itu satu bonus bagi ku. Alhamdulillah. Platform sudah tersedia di depan mata. Jadi kenapa aku harus berdiam diri di kala ramai usahawan di luar sana masih tidak nampak dengan jelas di mana seronoknya dunia penulisan blog. Selain murah dan jimat, penulisan blog juga salah satu medium untuk menjana pendapatan dari rumah.

Aku tidak pandai menulis, macam mana mahu berblog? Aku tidak tahu, dari mana mahu mula? Aku tiada masa. Sibuk dengan kerja hakiki. Aku bukan usahawan, perlukah ada blog?

Buang jauh-jauh semua persoalan itu. Jom bangkit dan mula belajar menulis blog.


Apa Itu Blog?

Blog adalah salah satu bentuk aplikasi web. Ia merupakan catatan peribadi yang ditulis secara alam maya dan boleh  diperbarui serta dikongsi kepada masyarakat umum.

Blog biasanya mewakili keperibadian penulis. Tapi ada juga blog yang menyajikan konten seperti tentang blogging, gaya hidup, resepi, cerita kekeluargaan, pelancongan dan sebagainya. Apa pun tujuan berblog, itu adalah pilihan masing-masing.

  
Apa Fungsi Dan Kepentingan Blog?

Fungsi blog pada dasarnya adalah sebagai media publikasi untuk menyalurkan idea atau catatan harian melalui tulisan-tulisan yang di muat-naik dalam posting. Fungsi blog sangat banyak yang mana pada mulanya hanya sebagai wadah alam maya untuk menulis pelbagai hal yang berbentuk catatan dari seorang blogger sebagai admin dari weblog yang dimilikinya.

Dalam perkembangan dunia teknologi moden masa kini, penulisan blog digunakan untuk menghasilkan duit melalui iklan penulisan yang dikongsi di blog. Ada yang buat review produk, sewa tapak iklan dan sebagainya. Untuk menjana pendapatan, sudah tentulah blog harus mempunyai pengunjung.

Kini blog dijadikan sebagai medium publisiti dan medan mempromosi bagi sebarang perkhidmataan dan produk dan juga boleh menjadi sumber pendapatan  tanpa kita sedari.


Kenapa Dan Bagaimana?

Kenapa aku memilih blog di kala ramai usahawan di luar sana lebih hebat menggunakan fesbuk peribadi, fesbuk page, instagram mahu pun twitter? Jawapannya mudah saja.

Fesbuk Peribadi

Apa jua jenis penulisan di fesbuk peribadi, ia sukar di akses. Kenapa? Yer la, kita perlu masa yang panjang untuk cari semula. Tidak perlu kata status yang kita muat naik pada 2 tahun lepas, status 10 minit yang lalu pun ambil masa untuk kita ‘scroll up and down’. Setiap saat ada saja rakan-rakan fesbuk buat posting. Jadi, persaingan untuk mendapat engagement yang tinggi agak sukar jika kita kekurangan LIKE, KOMEN dan SHARE.

Fesbuk Page

Penulisan berbentuk perkongsian mahu pun iklan, jika jumlah LIKE tidak banyak, potensi tulisan itu tersebar luas sangat tipis. Menggunakan fesbuk page, perlu daya krativiti yang lebih untuk tarik perhatian pembaca. Jika tidak, sendiri muat-naik status, sendiri like, sendiri baca. Seronok ke macam tu?

Grup Wasap

Sama juga kisahnya di grup wasap. Bila sudah buat perkongsian, susah pula mahu cari semula. Kadang, seharian mencari belum tentu jumpa apa yang kita cari. Bukankah sudah banyak masa yang terbuang? Ada pula maklumat yang sama dikongsi banyak kali. Boleh naik bosan kita jadinya. Betul tak? Ke aku saja rasa macam tu?

Blog

Bagi aku, penulisan blog lebih sesuai. Santai. Mudah untuk di cari. Bagi golongan usahawan online, bakal prospek datang dari seluruh pelusuk negara. Lebih besar. Lebih meluas.

Penulisan blog ni umpama diari harian kita. Boleh jadi arkib peribadi. Perkongsian 10 tahun lepas pun senang di cari dan boleh di baca semula. Jangan tak tahu, jika kena caranya blog boleh bantu kita jana pendapatan tambahan. Walau pun bergelar suri rumah.

Malah sebagai penulis, kita tidak perlu bersusah payah sebarkan setiap tulisan yang sudah di muat-naik ke blog. Jika kita mahir menggunakan ‘kata kunci’ dalam enjin carian google, mudah saja pengunjung menjejaki laman blog kita.

Oleh itu, kena belajar dan mahir menggunakan ‘kata kunci’ berblog.

“Macam mana nak belajar ‘kata kunci’?”

Soalan ni akan ku jawab di akhir entri nanti. Harap bersabar yer.


34 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Mula Berblog

1. Ia membantu kita mempelajari perkara-perkara baru. Dunia blog ni mungkin benda baru buat kita. Jadi banyak perkara baru yang kita perlu terokai sebelum mula menulis blog.

2. Ia membuatkan kita berfikir lebih jelas. Bebas dalam mencipta idea tulisan.

3. Ia membantu kita menjadi penulis yang baik. Sebelum tulisan di muat-naik, kita banyak ruang dan peluang untuk cantikkan ayat-ayat entri blog.

4. Ia membina tahap keyakinan/kepercayaan kita.

5. Ia membantu kita dengan menulis lebih berhati-hati. Maklum saja, tulisan lebih tajam dari pedang. Yang tajam itu mampu untuk membunuh.

6. Ia boleh menjana wang. Penulisan yang baik mampu membantu kita menjana pendapatan tambahan.

7. Ia boleh membantu dalam sesuatu perkara yang baik. Contohnya, perkongsian kita mampu membantu masalah pengunjung yang membaca tulisan kita.

8. Ia tidak memerlukan pengetahuan atau kemahiran spesifik asalkan kita mahu belajar.

9. Ia mencabar kita untuk konsisten dalam penerbitan. Kena banyak membaca agar lebih mahir dalam penulisan dan sentiasa memberi idea segar dalam perkongsian.

10. Ia percuma (atau berpatutan). Mahu berblog tidak perlu modal yang besar. Asalkan ada talian internet, komputer, laptop atau telefon mudah alih sudah boleh mula berblog.

11. Ia membantu bina pengikut baru melalui pengunjung yang datang bertandang ke blog kita.

12. Ia membolehkan kita membantu orang lain.

13. Ia membantu kita dalam mempengaruhi dasar awam.

14. Ia mendisiplinkan kita.

15. Ia membantu kita membina kredibiliti sebagai blogger.

16. Ia membantu kita jadi penerbit.

17. Ia membantu kita berkomunikasi dengan pembaca.

18. Ia membolehkan kita berunding atau membuat tawaran. 

19. Ia membolehkan kita bebas menulis walau di mana berada.

20. Ia boleh membantu mempromosikan seni tulisan atau hobi kita.

21. Ia boleh menajamkan pemerhatian kita.

22. Sebagai resume atau pengenalan diri kita di alam maya.

23. Ia membantu kita sentiasa berhubung dengan kawan mahu pun keluarga yang tinggal berjauhan agar terasa dekat. Dunia tanpa sempadan la katakan.

24. Ia membantu meningkatkan perniagaan luar talian kita. Dari alam maya mungkin boleh diperluaskan lagi di luar talian.

25. Meningkatkan kreativiti kita sebagai blogger.

26. Ia membantu kita untuk memilih yang lebih baik.

27. Ia membuatkan kita berasa gembira. Apabila apa kita tulis itu mendapat manfaat buat pembaca yang berkunjung ke blog kita, itu satu kepuasan dan sudah pasti terpancar kegembiraan di wajah kita. Lebih-lebih lagi jika ada pengunjung yang meninggalkan ulasan di ruangan komen atau secara langsung menghubungi kita.

28. Ia memberikan kita kebebasan untuk menulis. Tiada siapa yang boleh halang apa yang kita tulis asalkan tidak mengaibkan dan menggangu privasi orang lain.

29.  Ia membantu kita mengasah kemahiran baru yang bernilai.

30.  Ia memudahkan kita berkongsi masalah.

31.  Ia membolehkan kita mendokumentasikan cerita hidup kita.

32. Ia membuatkan kita lebih menonjol. Mau nya tak menonjol, jika entri kita berada di muka surat pertama carian google dan berada pada top 5 teratas. Bukankah itu satu kebanggaan? Sudah tentulah mendapat perhatian lebih kepada bakal pengunjung.

33.  Ia membina rangkaian kita. Setiap hari ada saja pengunjung baru di dalam blog dan mereka mungkin salah seorang bakal prospek yang bertukar jadi pelanggan kita (bagi usahawan online).

34.  Ia membantu kita seperti hidup selamanya. Mungkin umur kita tidak panjang. Esok lusa ajal datang menjemput. Penulisan blog yang kita tinggalkan akan kekal selagi ia dijejaki.

Ya, itu la dia 34 perkaya yang perlu kita ketahui sebelum mula berblog. Di dalam Bengkel Penulisan Blog ini, panel tidak memberikan slide langkah demi langkah untuk membina sebuah blog. Justeru, agak sukar buat newbie blogger mahu bermula.

Cara yang di ajar hanya buat carian di enjin google dengan kata carian ‘cara mula bina blog’ atau ‘how to create blog’. Cara ini terlalu banyak dan tidak spesifik. Bagi newbie blogger sudah tentu mengambil masa panjang untuk lebih faham langkah-langkah membina sebuah blog. Mungkin blog berjaya di bina tapi banyak gadget-gadget penting perlu di pelajari.

Talian internet yang di sediakan tidak mencukupi untuk jumlah peserta yang ramai. Oleh itu, setiap carian data sedikit perlahan. Walau pun begitu, itu tidak mematahkan semangat kami untuk membina sebuah blog. Alhamdulillah. Ramai juga peserta berjaya siapkan blog penulisan masing-masing sebelum majlis penutupan Bengkel Penulisan Blog berlangsung.

Apa pun tahniah buat tenaga pengajar, En. Politin @ Wenen Moboji dan gerak kerja begitu gigih dan sabar memberi tunjuk ajar dalam melayan karenah kami seperti anak kecil yang perlu bimbingan dan tunjuk ajar yang mendalam dalam dunia penulisan blog.

Apa yang menarik perhatian ku sewaktu ucapan majlis penutupan Bengkel Penulisan Blog ialah Puan Hjh. Asmiah Hj. Ajamain selaku Pengerusi Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah menyatakan bahawa satu anugerah blog ushawan teraktif bakal diadakan. Wah! Makin bersemangat aku jadinya. Dan ini salah satu inisiatif untuk lahirkan blogger usahawan online yang lain.

Barisan Ahli Jawatankuasa Wanita & Media,
Majlis Penasihat Wanita Sabah
Syabas dan tahniah buat Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah atas usaha murni untuk melahirkan lebih ramai usahawan menggunakan blog sebagai medium pemasaran. Kita sudah jauh ketinggalan jika dibandingkan usahawan dari Semenanjung. Buktinya, buat saja carian google apa jua jenis maklumat yang diperlukan. Rata-rata enjin google akan beri informasi dari blogger sekitar Semenanjung, Indonesia mahu pun dari negara barat. Ada pun dari Sabahan, boleh dihitung dengan jari.

Kalian masih mampu terus membaca? Atau ada yang sudah mulai letih? Tidak mengapa. Jom kita cuci mata dengan kenangan-kenangan yang sempat di lakar sepanjang Bengkel Penulisan Blog ini.

Coach Anna Badai mengajukan soalan kepada En. Irwan Ahmad Sabtu,
Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia.
Salah seorang panel dari Pejabat Wilayah Sabah.

En. Irwan Ahmad Sabtu, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia,
Pejabat Wilayah Sabah dihujani soalan dari para newbie blogger. 


Para peserta begitu fokus dan kusyuk mendegar ceramah dari En. Politin.

Sempat lagi melakar kenangan sebelum mengalas
perut yang sedang berlagu riang.

Makan tak ingat dunia! Sedap. Semua nak rasa.


Semua berwajah ceria dengan makanan yang sedap-sedap.


Wefie dulu sebelum mula latihan amali bina blog.


Dah kenyang, maka lipstik pun pudar.
Touch-up dulu sebelum mula kelas latihan amal bina blog.

Kenangan bersama En. Politin dengan sijil penyertaan.


Peserta dan usahawan wakil dari IKSnita, Sabah


Ramai sudah keluar dari bilik bengkel penulisan blog
setelah menerima sijil penyertaan masing-masing.


Menikmati minum petang sebelum berangkat pulang
ke destinasi masing-masing.


Masing-masing menikmati juada minum petang sambil
berdiskusi dengan networking baru. Ada bisnes baru ler tue...


Jemput makan. Jangan berebut yer.


Selelum pulang, wefie dulu la jawabnya. Chaaak! Senyuuuuuum.


Wefie terakhir bersama pemilik restoran Asam Pedas Daleena,
sebelum melangkah keluar dari lobbi  Hotel Grandis.
Nak makan asam pedas? Jom serbu restoran kak Daleena.


Maka dengan ini tamatlah sudah Bengkel Penulisan Blog
Anjuran Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah
Oh! Ya, sebelum aku terlupa. “Macam mana nak belajar ‘kata kunci’?”. Soalan ini sungguh popular di kalangan newbie blogger.

Agak panjang jika aku huraikan disini. Justeru, jika kalian betul-betul ingin terokai ilmu-ilmu baru dalam dunia blog, maka sesuailah berdaftar di Akademi Bekerja Di Rumah. Dari rumah kita belajar menulis blog. Oleh itu, tiadalah alasan aku sibuk jaga anak, jaga laki, rutin kerja hakiki jalan pagi balik malam dan sebagainya. Banyak panduan yang diberikan.

Jika kalian ingin bersembang dengan ku mengenai Akademi Bekerja Di Rumah, boleh ketuk wasap ku bila-bila masa. Jika punya kelapangan, pasti akan ku jawab. InsyaAllah. Jangan lupa, ketik saja nombor ini 016-817 8716.

Aku mohon maaf jika ada pihak tersinggung dengan coretan ku ini. Jika kalian rasa ianya perkongsian yang bermanfaat, boleh kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Dan sampai kita bertemu lagi di coretan akan datang. Doakan aku agar mampu terus menulis dan berkongsi cerita.




Wednesday 16 August 2017

Produk Penjagaan Kecantikan Klyen Signature, Nor Atika Sobri


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Produk Penjagaan Kecantikan Klyen Signature

Baru-baru ini, aku mencuba produk kecantikan untuk kulit wajah dari Klyen Signature. Pernah dengar tak nama produk ni? Aku pun tak pernah dengar lagi. Ni pertama kali dengar dan cuba. Pengasasnya Puan Nor Atika Sobri.

Berkenalan dengan beliau melalui kelas #GengLike. Agaknya lah kot. Tak ingat sebab alumni Geng Like ramai sangat. Hanya yang sering muncul di newsfeed FB ku saja akan kekal dalam ingatan. Hihihi...jangan marah yer

Oleh kerana ini pertama kali dengar tentang produk kecantikan Klyen Signature, tercalit rasa was-was sedikit. Maklumlah sekarang produk kecantikan tumbuh bagaikan cendawan. Takut nak guna kalau tak cek betul-betul inti-pati yang terkandung dalam produk tersebut.

Dengan perasaan teruja ingin tahu tentang apa istimewanya produk ni, aku skodeng fesbuk puan pengasas. Banyak review positif, tu yang aku rasa, ok lah...why not kita cuba. Lagi pun, Klyen Signature ni produk tempatan. Anak Malaysia. So kita patut beri sokongan padu.

Bagi yang belum kenal apakah itu Kleyn Signatue, jom baca entri ini sehingga ke noktah terakhir ye.



APA DIA KLEYN SIGNATURE?

Jenama Kleyn Signature ini diasaskan oleh anak tempatan Malaysia yang bernama Nor Atika Sobri. Beliau berasal dari Melaka.

Beliau telah mengeluarkan produk kecantikan Kleyn Signature  produk yang mengandungi sabun pencuci muka, krim siang (uv cream), krim malam (treatment cream). Cantik Tanpa Modal Banyak.. Haaaa...part ni paling best kan! Nak cantik tak perlu berbelanja besar. Guna saja produk kecantikan Kleyn Signature.



BERAPA JENIS PRODUK PENJAGAAN KECANTIKAN KLEYN SIGNATURE?

Terdapat 4 jenis produk penjagaan kecantikan Kleyn Signature iaitu;-
1. Set Jerawat
2. Set Whitening
3. Brightening Cream (losyen pemutih badan)
4. Vitamin C Rosehip
5. Premium Booster Whitening (supplement)

Di antara produk jenama Kleyn Signature, aku berpeluang mencuba tiga jenis produk iaitu krim siang, krim malam dan pencuci muka.

Sebelum tu, jom kita intai apa yang terkandung di dalam setiap produk yang aku cuba ni.



APA BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM KLEYN SIGNATURE?

Kleyn Signature yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi dan herba-herba terpilih.


Krim Siang
1. Minyak Zaitun
2. Pati Vitamin E
3. SPF  30

Krim Malam
1. Vitamin E
2. Vitamin C
3. Pati Minyak Habbatusauda
4. Pati Lemon
5. Madu
6. Serbuk Mutiara Asli

Sabun Pencuci Muka
1. Pati Lemon
2. Biji Habbatusauda
3. Pati Habbatasauda
4. Kunyit
5. Minyak Zaitun



SIAPA BOLEH GUNAKAN PRODUK KLEYN SIGNATURE?


Produk Kleyn Signature ini, bukan untuk orang kaum perempuan sahaja malah sesuai untuk kaum lelaki.

Selain itu, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit seperti kulit sensitif, jerawat, jeragat, pigmentasi, berminyak di zon T, 'black head', bintik-bintik halus di muka dan lain-lain lagi. 



BAGAIMANA CARA PENGGUNAAN KLEYN SIGNATURE?

1. Gunakan Sabun Pembersih Muka Kleyn Signature 

Bersihkan kulit wajah dengan sabun pembersih Kleyn Signature

Sabun Pembersih Muka Kleyn Signature berbentuk strawberi dan kelihatan taburan bijian hitam iaitu habbatussauda. Sekali pandang nampak macam buah tembikai tapi bila diperhatikan betul-betul sebenarnya bentuk strawberi.

Seperti biasa, kalau nak jimat. Kenalah kerat sabun ini ye. Nak kerat 4 ke kerat 6 ke suka hati koranglah. Janji bahagia. Yang nak cantik pun korang juga kan? Hihihi tapi aku malas nak kerat-kerat. So aku guna sebesar-besar gitu yang masih berbentuk strawberi.

Aku bersihkan muka dengan basahkan sedikit air dan oles sabun pembersih muka Kleyn Signature  ke muka. Kemudian, ratakan guna tangan.

Urut perlahan-lahan secara manja di wajah. Sesekali ambil masa manjakan muka, tak salah kan?

Selepas itu, bilas bersih. Ermm segar sangat. Kulit bersih, lembut dan tidak terlalu tegang.

Tadaaa. nampak bersih tak?

Tepekkan muka betul-betul dekat cermin. Kesan jeragat kelihatan sudah tertanggal selepas basuhan. Itu di muka aku. Muka korang nanti cek sendiri yer.


2. Tepekkan Toner

Memandangkan Kleyn Signature belum ada toner keluaran sendiri. So korang boleh guna apa-apa jenama toner yang korang ada. Tak ada masalah.

Lap muka bersih-bersih dan sembur toner jenama pilihan korang. Kemudian guna tangan ratakan. Kalau nak guna kapas atau span, pun boleh. Tak jadi masalah.


3. Sapu Rata Krim Siang Kleyn Signature

Kita calit-calit kan ajer...

Selepas gunakan toner, sapu rata krim siang pula. Krim ni calit-calit jer kat muka dan ratakan. Mudah.

Bila gunakan Krim Siang Kleyn Signature  ini, warna kulit lebih sekata, lembut dan pori-pori juga semakin kecil.

Sudah ada beberapa kawan yang bertanya tau. Kulit wajah ku semakin cerah. Ada yang bertanya aku guna produk apa. Hihi dengan selamba ku jawab produk Kleyn Signature saja. Hihihi...


4. Untuk Malam, Sapukan Krim Malam Kleyn Signature

Krim Malam Kleyn Signature ini digunakan pada waktu malam. Aku gunakan selepas mencuci dengan sabun pembersih Kleyn Signature.

Seperti biasa, sapukan toner terlebih dahulu. Kalau malas sangat tak guna toner pun tidak mengapa. Hihihi...

Apa yang bagusnya krim malam ini, ianya tak melekit. Bangun tidur pagi kulit rasa ringan jer.



APA 'HEALING CRISIS' SEMASA MENGGUNAKAN PRODUK KLEYN SIGNATURE?

Setiap produk mempunyai healing crisis masing-masing dan tu semua bergantung kepada jenis kulit pengguna. So sebelum menggunakan mana-mana produk kenalah kenal pasti masalah kulit wajah. Bukan main hentam nak cuba saja. Lepas tu bila timbul masalah nak salahkan produk pula? Tak baik tau!

Macam kulit muka aku ni jenis normal tapi sensitif pada penggunaan produk. Pada permulaan penggunaan sabun pencuci Kleyn Signature tak ada masalah. Kulit rasa ringan, bersih dan segar.

Masalah cuma timbul pada penggunaan Krim Siang Kleyn Siganture. Di minggu pertama, banyak anak-anak jerawat timbul.  Tapi aku bukan jenis yang putus asa. Pada aku itu mungkin healing crisis yang nak bersihkan kesan kotoran dari dalam kulit wajah. Aku teruskan penggunaan dengan konsisten. Membazir tau tak guna sampai habis.

Alhamdulillah. Jerawat tak timbul lagi. Kulit nampak sekata walau pun tanpa penggunaan compaq atau loose powder. Macam biasa, nak cepat. Bab-bab nak pakai compaq atau loose powder semua tu aku memang malas. Aku lebih selesa guna foundation atau krim siang sahaja untuk apa jua aktiviti di luar rumah. Jimat duit. Jimat masa. Betul tak?



TESTIMONI PENGGUNAAN PRODUK KLYEN SIGNATURE

Testimoni menggunakan set Kleyn Siganture, muka berseri, jerawat semakin hilang dan parut jerawat pudar pudar dengan pantas.

Ada satu benda yang aku nak kongsi dengan korang. Baru-baru ni aku ikut kawan usahawan ke sebuah pulau. Trip ke Pulau Manukan. Mandi laut dan pelbagai aktiviti pantai yang diadakan selain perkongsian ilmu-ilmu bisnes. Saja santai-santai sambil lebarkan sayap networking.

Panas. Berangin. Okpos la. Haba dari laut tu. Tambah pula cuaca di sekitar Kota Kinabalu sekarang tidak menentu. Sekejap panas. Sekejap hujan.

Biasanya balik dari pulau kulit muka pasti berbelang. 'Sun Burn' ler tu. Losyen untuk 'sun burn' wajib bawa tiap kali nak ke pulau tapi kali ni tak terpikir pula nak bawa.

Lepas berenang dan siap-siap untuk pulang, aku cuma guna Krim Siang Kleyn Siganture. Dengan harapan 'sun burn' tu tidak la teruk sangat. Alhamdulillah. Kulit muka tak la gelap sangat seperti kali pertama ke Pulau Manukan.

So, korang yang nak gi mandi pulau jangan lupa berkepit dengan Krim Siang Kleyn Siganture. Penyelamat kulit wajah dari terkena 'sun burn' yang teruk.

Nak lagi testimoni? Korang boleh intai fesbuk puan pengasas Nor Atika Sobri. atau fesbuk page Klyen Signature. Semua ada di sana.



JOM KITA CUBA PRODUK KLYEN SIGNATURE!

Bagi aku berbaloi memiliki set penjagaan kecantikan produk jenama Klyen Signature ni.  Harganya sangat mampu milik iaitu set skincare (trial) RM55, makanan tambahan RM110 ( 30 biji vit c + 30 biji booster). Dengar khabar ada promosi sempena merdeka raya.

Jomlah korang semua rebut peluang ni. Bukan selalu nak dapat harga murah tau. Sudahlah murah. Penggunaan lebih sebulan pula. Cantik tanpa modal banyak.


Untuk pembelian dan maklumat lanjut, boleh terus hubungi :

Facebook : Nor Atika Sobri 
Instagram : Kleyn Signature 
WhatsApp : 013-347 7071








Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular