Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Produk Penjagaan Kecantikan Klyen Signature |
Baru-baru ini, aku mencuba produk kecantikan untuk kulit wajah dari Klyen Signature. Pernah dengar tak nama produk ni? Aku pun tak pernah dengar lagi. Ni pertama kali dengar dan cuba. Pengasasnya Puan Nor Atika Sobri.
Berkenalan dengan beliau melalui kelas #GengLike. Agaknya lah
kot. Tak ingat sebab alumni Geng Like ramai sangat. Hanya yang sering muncul di
newsfeed FB ku saja akan kekal dalam ingatan. Hihihi...jangan marah yer
Oleh kerana ini pertama kali dengar tentang produk kecantikan
Klyen Signature, tercalit rasa was-was sedikit. Maklumlah sekarang produk
kecantikan tumbuh bagaikan cendawan. Takut nak guna kalau tak cek betul-betul
inti-pati yang terkandung dalam produk tersebut.
Dengan perasaan teruja ingin tahu tentang apa istimewanya
produk ni, aku skodeng fesbuk puan pengasas. Banyak review positif, tu yang aku
rasa, ok lah...why not kita cuba. Lagi pun, Klyen Signature ni produk tempatan.
Anak Malaysia. So kita patut beri sokongan padu.
Bagi yang belum kenal apakah itu Kleyn Signatue, jom baca entri ini sehingga ke noktah terakhir ye.
APA DIA KLEYN SIGNATURE?
Jenama Kleyn Signature ini diasaskan oleh anak tempatan Malaysia yang bernama Nor Atika Sobri. Beliau berasal dari Melaka.
Beliau telah
mengeluarkan produk kecantikan Kleyn Signature produk yang mengandungi sabun pencuci muka,
krim siang (uv cream), krim malam (treatment cream). Cantik
Tanpa Modal Banyak.. Haaaa...part ni paling best kan! Nak cantik
tak perlu berbelanja besar. Guna saja produk kecantikan Kleyn Signature.
BERAPA
JENIS PRODUK PENJAGAAN KECANTIKAN KLEYN
SIGNATURE?
Terdapat 4 jenis produk penjagaan kecantikan Kleyn Signature iaitu;-
1. Set Jerawat
2. Set Whitening
3. Brightening Cream (losyen pemutih badan)
4. Vitamin C Rosehip
2. Set Whitening
3. Brightening Cream (losyen pemutih badan)
4. Vitamin C Rosehip
5. Premium Booster Whitening
(supplement)
Di antara
produk jenama Kleyn Signature, aku berpeluang mencuba tiga jenis produk iaitu
krim siang, krim malam dan pencuci muka.
Sebelum tu,
jom kita intai apa yang terkandung di dalam setiap produk yang aku cuba ni.
APA BAHAN-BAHAN YANG
TERKANDUNG DALAM KLEYN SIGNATURE?
Kleyn Signature yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi dan herba-herba
terpilih.
Krim Siang
1. Minyak Zaitun
2.
Pati Vitamin E
3.
SPF 30
Krim
Malam
1.
Vitamin E
2.
Vitamin C
3. Pati Minyak Habbatusauda
4.
Pati Lemon
5.
Madu
6.
Serbuk Mutiara Asli
Sabun
Pencuci Muka
1.
Pati Lemon
2.
Biji Habbatusauda
3.
Pati Habbatasauda
4.
Kunyit
5.
Minyak Zaitun
SIAPA BOLEH GUNAKAN PRODUK KLEYN SIGNATURE?
Selain itu,
ia juga sesuai untuk semua jenis kulit seperti kulit sensitif, jerawat,
jeragat, pigmentasi, berminyak di zon T, 'black head', bintik-bintik halus di
muka dan lain-lain lagi.
BAGAIMANA CARA PENGGUNAAN KLEYN SIGNATURE?
1.
Gunakan Sabun Pembersih Muka Kleyn Signature
Sabun
Pembersih Muka Kleyn Signature berbentuk strawberi dan kelihatan taburan bijian
hitam iaitu habbatussauda. Sekali pandang nampak macam buah tembikai tapi bila
diperhatikan betul-betul sebenarnya bentuk strawberi.
Seperti
biasa, kalau nak jimat. Kenalah kerat sabun ini ye. Nak kerat 4 ke kerat 6 ke
suka hati koranglah. Janji bahagia. Yang nak cantik pun korang juga kan? Hihihi
tapi aku malas nak kerat-kerat. So aku guna sebesar-besar gitu yang masih
berbentuk strawberi.
Aku bersihkan muka dengan basahkan sedikit air dan oles sabun pembersih muka Kleyn Signature ke muka. Kemudian, ratakan guna tangan.
Urut perlahan-lahan
secara manja di wajah. Sesekali ambil masa manjakan muka, tak salah kan?
Selepas itu,
bilas bersih. Ermm segar sangat. Kulit bersih, lembut dan tidak terlalu tegang.
Tepekkan
muka betul-betul dekat cermin. Kesan jeragat kelihatan sudah tertanggal selepas
basuhan. Itu di muka aku. Muka korang nanti cek sendiri yer.
2. Tepekkan Toner
Memandangkan Kleyn Signature belum ada toner keluaran
sendiri. So korang boleh guna apa-apa jenama toner yang korang ada. Tak ada
masalah.
Lap muka bersih-bersih dan sembur toner jenama pilihan korang. Kemudian guna tangan ratakan. Kalau nak guna kapas atau span, pun boleh. Tak jadi
masalah.
3. Sapu
Rata Krim Siang Kleyn Signature
Selepas
gunakan toner, sapu rata krim siang pula. Krim ni calit-calit jer kat muka dan
ratakan. Mudah.
Bila gunakan Krim Siang Kleyn Signature ini, warna kulit lebih sekata, lembut dan pori-pori juga semakin kecil.
Sudah ada
beberapa kawan yang bertanya tau. Kulit wajah ku semakin cerah. Ada yang
bertanya aku guna produk apa. Hihi dengan selamba ku jawab produk Kleyn Signature saja. Hihihi...
4. Untuk Malam, Sapukan Krim Malam Kleyn
Signature
Krim Malam Kleyn Signature ini digunakan pada waktu malam. Aku gunakan selepas mencuci dengan
sabun pembersih Kleyn Signature.
Seperti
biasa, sapukan toner terlebih dahulu. Kalau malas sangat tak guna toner pun
tidak mengapa. Hihihi...
Apa yang bagusnya krim malam ini, ianya tak melekit. Bangun tidur pagi kulit rasa ringan jer.
APA 'HEALING CRISIS' SEMASA
MENGGUNAKAN PRODUK KLEYN SIGNATURE?
Setiap produk
mempunyai healing crisis masing-masing dan tu semua bergantung kepada jenis
kulit pengguna. So sebelum menggunakan mana-mana produk kenalah kenal pasti
masalah kulit wajah. Bukan main hentam nak cuba saja. Lepas tu bila timbul masalah nak salahkan produk pula? Tak baik tau!
Macam kulit muka
aku ni jenis normal tapi sensitif pada penggunaan produk. Pada permulaan
penggunaan sabun pencuci Kleyn Signature tak ada masalah. Kulit rasa ringan,
bersih dan segar.
Masalah cuma
timbul pada penggunaan Krim Siang Kleyn Siganture. Di minggu pertama, banyak anak-anak
jerawat timbul. Tapi aku bukan jenis
yang putus asa. Pada aku itu mungkin healing crisis yang nak bersihkan kesan
kotoran dari dalam kulit wajah. Aku teruskan penggunaan dengan konsisten. Membazir tau tak guna sampai habis.
Alhamdulillah.
Jerawat tak timbul lagi. Kulit nampak sekata walau pun tanpa penggunaan compaq
atau loose powder. Macam biasa, nak cepat. Bab-bab nak pakai compaq atau loose
powder semua tu aku memang malas. Aku lebih selesa guna foundation atau krim
siang sahaja untuk apa jua aktiviti di luar rumah. Jimat duit. Jimat masa.
Betul tak?
TESTIMONI PENGGUNAAN PRODUK KLYEN SIGNATURE
Testimoni
menggunakan set Kleyn Siganture, muka berseri, jerawat semakin hilang dan parut
jerawat pudar pudar dengan
pantas.
Ada satu
benda yang aku nak kongsi dengan korang. Baru-baru ni aku ikut kawan usahawan
ke sebuah pulau. Trip ke Pulau Manukan. Mandi laut dan pelbagai aktiviti pantai
yang diadakan selain perkongsian ilmu-ilmu bisnes. Saja santai-santai sambil
lebarkan sayap networking.
Panas.
Berangin. Okpos la. Haba dari laut tu. Tambah pula cuaca di sekitar Kota
Kinabalu sekarang tidak menentu. Sekejap panas. Sekejap hujan.
Biasanya
balik dari pulau kulit muka pasti berbelang. 'Sun Burn' ler tu. Losyen untuk 'sun
burn' wajib bawa tiap kali nak ke pulau tapi kali ni tak terpikir pula nak
bawa.
Lepas
berenang dan siap-siap untuk pulang, aku cuma guna Krim Siang Kleyn Siganture.
Dengan harapan 'sun burn' tu tidak la
teruk sangat. Alhamdulillah. Kulit muka tak la gelap sangat seperti kali pertama ke Pulau Manukan.
So, korang
yang nak gi mandi pulau jangan lupa berkepit dengan Krim Siang Kleyn Siganture.
Penyelamat kulit wajah dari terkena 'sun
burn' yang teruk.
Nak lagi
testimoni? Korang boleh intai fesbuk puan pengasas Nor Atika Sobri. atau fesbuk page
Klyen Signature. Semua ada di sana.
JOM KITA CUBA PRODUK KLYEN SIGNATURE!
Bagi aku
berbaloi memiliki set penjagaan kecantikan produk jenama Klyen Signature ni. Harganya sangat mampu milik iaitu set skincare (trial) RM55, makanan tambahan RM110 ( 30
biji vit c + 30 biji booster). Dengar khabar ada promosi sempena merdeka raya.
Jomlah
korang semua rebut peluang ni. Bukan selalu nak dapat harga murah tau. Sudahlah
murah. Penggunaan lebih sebulan pula. Cantik tanpa modal banyak.
Untuk pembelian dan
maklumat lanjut, boleh terus hubungi :
Facebook : Nor Atika Sobri
Page : Kleyn Signature
Instagram : Kleyn Signature
WhatsApp : 013-347 7071
No comments:
Post a Comment