Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Cuaca indah dan cerah pagi ni. Langit juga kelihatan biru di
atas sana. Awan putih nan indah. Bersiaran dari ruang tamu sambil melayan tv Astro
Arena channel Nadi Arena Plus 803HD, menyokong pasukan pemanah negara. Alhamdulillah.
Tahniah buat pasukan pemanah negara. Emas sudah berjaya di rembat. Bertambah
lagi jumlah pungutan pingat negara. Syabas!
Bengkel
Penulisan Blog anjuran Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita
Sabah yang telah berlangsung di Hotel Grandis, Kota Kinabalu Sabah pada 19 Ogos
2017 bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Ada
yang ternanti-nanti perkongsian dari ku? Hah! Dah ada yang mula bertanya, ilmu
apa yang kami dapat dari bengkel tersebut. Jangan risau, akan ku kongsi di
entri hari ini.
Sebelum
memulakan acara pada hari tersebut, seramai lebih kurang 47 peserta mewakili
persatuan dan syarikat masing-masing memperkenalkan diri. Alhamdulillah. Di bengkel
ini aku bukan saja dapat ilmu baru, malah dapat menambah jaringan kenalan dari
pelbagai bidang kerjaya.
“Rieya, engkau kan dah mahir berblog.
Dah ada blog pun. Kenapa nak ikut lagi kelas ni?”
Wah!
Soalan bonus untuk ku. Sebenarnya aku mewakili persatuan IKSnita, Sabah untuk Bengkel
Penulisan Blog ini bukan sebab di taja dan datang bawa badan. Tujuan ku adalah
untuk menambah ilmu yang sedia ada. Aku mengharapkan di akhir bengkel ini, aku
dapat menambah dan mengasah lagi bakat penulisan berblog.
Percuma
dan di taja itu satu bonus bagi ku. Alhamdulillah. Platform sudah tersedia di
depan mata. Jadi kenapa aku harus berdiam diri di kala ramai usahawan di luar
sana masih tidak nampak dengan jelas di mana seronoknya dunia penulisan blog. Selain
murah dan jimat, penulisan blog juga salah satu medium untuk menjana pendapatan
dari rumah.
Aku
tidak pandai menulis, macam mana mahu berblog? Aku tidak tahu, dari mana mahu
mula? Aku tiada masa. Sibuk dengan kerja hakiki. Aku bukan usahawan, perlukah
ada blog?
Buang
jauh-jauh semua persoalan itu. Jom bangkit dan mula belajar menulis blog.
Apa Itu Blog?
Blog adalah salah satu bentuk aplikasi web. Ia merupakan
catatan peribadi yang ditulis secara alam maya dan boleh diperbarui serta dikongsi kepada masyarakat
umum.
Blog biasanya mewakili keperibadian penulis. Tapi ada juga
blog yang menyajikan konten seperti tentang blogging, gaya hidup, resepi,
cerita kekeluargaan, pelancongan dan sebagainya. Apa pun tujuan berblog, itu
adalah pilihan masing-masing.
Apa Fungsi Dan Kepentingan Blog?
Fungsi blog pada
dasarnya adalah sebagai media publikasi untuk menyalurkan idea atau catatan
harian melalui tulisan-tulisan yang di muat-naik dalam posting. Fungsi blog
sangat banyak yang mana pada mulanya hanya sebagai wadah alam maya untuk
menulis pelbagai hal yang berbentuk catatan dari seorang blogger sebagai admin
dari weblog yang dimilikinya.
Dalam
perkembangan dunia teknologi moden masa kini, penulisan blog digunakan untuk menghasilkan duit melalui
iklan penulisan yang dikongsi di blog. Ada yang buat review produk, sewa tapak
iklan dan sebagainya. Untuk menjana pendapatan, sudah tentulah blog harus mempunyai
pengunjung.
Kini blog
dijadikan sebagai medium publisiti dan medan mempromosi bagi sebarang perkhidmataan
dan produk dan juga boleh menjadi sumber pendapatan tanpa kita sedari.
Kenapa Dan Bagaimana?
Kenapa aku
memilih blog di kala ramai usahawan di luar sana lebih hebat menggunakan fesbuk
peribadi, fesbuk page, instagram mahu pun twitter? Jawapannya mudah saja.
Fesbuk Peribadi
Apa jua jenis
penulisan di fesbuk peribadi, ia sukar di akses. Kenapa? Yer la, kita perlu
masa yang panjang untuk cari semula. Tidak perlu kata status yang kita muat
naik pada 2 tahun lepas, status 10 minit yang lalu pun ambil masa untuk kita ‘scroll
up and down’. Setiap saat ada saja rakan-rakan fesbuk buat posting. Jadi,
persaingan untuk mendapat engagement yang tinggi agak sukar jika kita
kekurangan LIKE, KOMEN dan SHARE.
Fesbuk Page
Penulisan
berbentuk perkongsian mahu pun iklan, jika jumlah LIKE tidak banyak, potensi
tulisan itu tersebar luas sangat tipis. Menggunakan fesbuk page, perlu daya
krativiti yang lebih untuk tarik perhatian pembaca. Jika tidak, sendiri
muat-naik status, sendiri like, sendiri baca. Seronok ke macam tu?
Grup Wasap
Sama juga
kisahnya di grup wasap. Bila sudah buat perkongsian, susah pula mahu cari semula.
Kadang, seharian mencari belum tentu jumpa apa yang kita cari. Bukankah sudah
banyak masa yang terbuang? Ada pula maklumat yang sama dikongsi banyak kali.
Boleh naik bosan kita jadinya. Betul tak? Ke aku saja rasa macam tu?
Blog
Bagi aku,
penulisan blog lebih sesuai. Santai. Mudah untuk di cari. Bagi golongan
usahawan online, bakal prospek datang dari seluruh pelusuk negara. Lebih besar.
Lebih meluas.
Penulisan blog ni
umpama diari harian kita. Boleh jadi arkib peribadi. Perkongsian 10 tahun lepas
pun senang di cari dan boleh di baca semula. Jangan tak tahu, jika kena caranya
blog boleh bantu kita jana pendapatan tambahan. Walau pun bergelar suri rumah.
Malah sebagai
penulis, kita tidak perlu bersusah payah sebarkan setiap tulisan yang sudah di
muat-naik ke blog. Jika kita mahir menggunakan ‘kata kunci’ dalam enjin carian
google, mudah saja pengunjung menjejaki laman blog kita.
Oleh itu, kena
belajar dan mahir menggunakan ‘kata kunci’ berblog.
“Macam mana nak
belajar ‘kata kunci’?”
Soalan ni akan ku
jawab di akhir entri nanti. Harap bersabar yer.
34 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Mula Berblog
1. Ia membantu kita mempelajari
perkara-perkara baru. Dunia blog ni mungkin benda baru buat kita. Jadi banyak
perkara baru yang kita perlu terokai sebelum mula menulis blog.
2. Ia membuatkan kita berfikir lebih
jelas. Bebas dalam mencipta idea tulisan.
3. Ia membantu kita menjadi penulis yang
baik. Sebelum tulisan di muat-naik, kita banyak ruang dan peluang untuk
cantikkan ayat-ayat entri blog.
4. Ia membina tahap keyakinan/kepercayaan
kita.
5. Ia membantu kita dengan menulis lebih
berhati-hati. Maklum saja, tulisan lebih tajam dari pedang. Yang tajam itu
mampu untuk membunuh.
6. Ia boleh menjana wang. Penulisan yang
baik mampu membantu kita menjana pendapatan tambahan.
7. Ia boleh membantu dalam sesuatu perkara
yang baik. Contohnya, perkongsian kita mampu membantu masalah pengunjung yang
membaca tulisan kita.
8. Ia tidak memerlukan pengetahuan atau
kemahiran spesifik asalkan kita mahu belajar.
9. Ia mencabar kita untuk konsisten dalam
penerbitan. Kena banyak membaca agar lebih mahir dalam penulisan dan sentiasa
memberi idea segar dalam perkongsian.
10. Ia percuma (atau berpatutan). Mahu berblog
tidak perlu modal yang besar. Asalkan ada talian internet, komputer, laptop
atau telefon mudah alih sudah boleh mula berblog.
11. Ia membantu bina pengikut baru melalui
pengunjung yang datang bertandang ke blog kita.
12. Ia membolehkan kita membantu orang
lain.
13. Ia membantu kita dalam mempengaruhi
dasar awam.
14. Ia mendisiplinkan kita.
15. Ia membantu kita membina kredibiliti
sebagai blogger.
16. Ia membantu kita jadi penerbit.
17. Ia membantu kita berkomunikasi dengan
pembaca.
18. Ia membolehkan kita berunding atau
membuat tawaran.
19. Ia membolehkan kita bebas menulis
walau di mana berada.
20. Ia boleh membantu mempromosikan seni
tulisan atau hobi kita.
21. Ia boleh menajamkan pemerhatian kita.
22. Sebagai resume atau pengenalan diri
kita di alam maya.
23. Ia membantu kita sentiasa berhubung
dengan kawan mahu pun keluarga yang tinggal berjauhan agar terasa dekat. Dunia
tanpa sempadan la katakan.
24. Ia membantu meningkatkan perniagaan
luar talian kita. Dari alam maya mungkin boleh diperluaskan lagi di luar
talian.
25. Meningkatkan kreativiti kita sebagai
blogger.
26. Ia membantu kita untuk memilih yang
lebih baik.
27. Ia membuatkan kita berasa gembira.
Apabila apa kita tulis itu mendapat manfaat buat pembaca yang berkunjung ke
blog kita, itu satu kepuasan dan sudah pasti terpancar kegembiraan di wajah
kita. Lebih-lebih lagi jika ada pengunjung yang meninggalkan ulasan di ruangan
komen atau secara langsung menghubungi kita.
28. Ia memberikan kita kebebasan untuk
menulis. Tiada siapa yang boleh halang apa yang kita tulis asalkan tidak
mengaibkan dan menggangu privasi orang lain.
29. Ia membantu kita mengasah kemahiran
baru yang bernilai.
30. Ia memudahkan kita berkongsi masalah.
31. Ia membolehkan kita mendokumentasikan
cerita hidup kita.
32. Ia membuatkan kita lebih menonjol. Mau nya tak menonjol, jika entri kita berada di muka surat pertama carian google dan berada pada top 5 teratas. Bukankah itu satu kebanggaan? Sudah tentulah mendapat perhatian lebih kepada bakal pengunjung.
33. Ia membina rangkaian kita. Setiap hari
ada saja pengunjung baru di dalam blog dan mereka mungkin salah seorang bakal
prospek yang bertukar jadi pelanggan kita (bagi usahawan online).
34. Ia membantu kita seperti hidup
selamanya. Mungkin umur kita tidak panjang. Esok lusa ajal datang menjemput.
Penulisan blog yang kita tinggalkan akan kekal selagi ia dijejaki.
Ya, itu la dia 34
perkaya yang perlu kita ketahui sebelum mula berblog. Di dalam Bengkel
Penulisan Blog ini, panel tidak memberikan slide langkah demi langkah untuk
membina sebuah blog. Justeru, agak sukar buat newbie blogger mahu bermula.
Cara yang di ajar
hanya buat carian di enjin google dengan kata carian ‘cara mula bina blog’ atau
‘how to create blog’. Cara ini terlalu banyak dan tidak spesifik. Bagi newbie
blogger sudah tentu mengambil masa panjang untuk lebih faham langkah-langkah
membina sebuah blog. Mungkin blog berjaya di bina tapi banyak gadget-gadget
penting perlu di pelajari.
Talian internet
yang di sediakan tidak mencukupi untuk jumlah peserta yang ramai. Oleh itu,
setiap carian data sedikit perlahan. Walau pun begitu, itu tidak mematahkan
semangat kami untuk membina sebuah blog. Alhamdulillah. Ramai juga peserta berjaya
siapkan blog penulisan masing-masing sebelum majlis penutupan Bengkel Penulisan
Blog berlangsung.
Apa pun tahniah
buat tenaga pengajar, En. Politin @ Wenen Moboji dan gerak kerja begitu gigih dan
sabar memberi tunjuk ajar dalam melayan karenah kami seperti anak kecil yang
perlu bimbingan dan tunjuk ajar yang mendalam dalam dunia penulisan blog.
Apa yang menarik
perhatian ku sewaktu ucapan majlis penutupan Bengkel Penulisan Blog ialah Puan Hjh. Asmiah Hj. Ajamain selaku Pengerusi Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah menyatakan bahawa satu anugerah blog ushawan teraktif bakal diadakan. Wah!
Makin bersemangat aku jadinya. Dan ini salah satu inisiatif untuk lahirkan
blogger usahawan online yang lain.
Barisan Ahli Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah |
Kalian masih mampu terus membaca? Atau ada yang sudah mulai letih? Tidak mengapa. Jom kita cuci mata dengan kenangan-kenangan yang sempat di lakar sepanjang Bengkel Penulisan Blog ini.
Coach Anna Badai mengajukan soalan kepada En. Irwan Ahmad Sabtu, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia. Salah seorang panel dari Pejabat Wilayah Sabah. |
En. Irwan Ahmad Sabtu, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Pejabat Wilayah Sabah dihujani soalan dari para newbie blogger. |
Para peserta begitu fokus dan kusyuk mendegar ceramah dari En. Politin. |
Sempat lagi melakar kenangan sebelum mengalas perut yang sedang berlagu riang. |
Makan tak ingat dunia! Sedap. Semua nak rasa. |
Semua berwajah ceria dengan makanan yang sedap-sedap. |
Wefie dulu sebelum mula latihan amali bina blog. |
Dah kenyang, maka lipstik pun pudar. Touch-up dulu sebelum mula kelas latihan amal bina blog. |
Kenangan bersama En. Politin dengan sijil penyertaan. |
Peserta dan usahawan wakil dari IKSnita, Sabah |
Ramai sudah keluar dari bilik bengkel penulisan blog setelah menerima sijil penyertaan masing-masing. |
Menikmati minum petang sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing. |
Masing-masing menikmati juada minum petang sambil berdiskusi dengan networking baru. Ada bisnes baru ler tue... |
Jemput makan. Jangan berebut yer. |
Selelum pulang, wefie dulu la jawabnya. Chaaak! Senyuuuuuum. |
Wefie terakhir bersama pemilik restoran Asam Pedas Daleena, sebelum melangkah keluar dari lobbi Hotel Grandis. Nak makan asam pedas? Jom serbu restoran kak Daleena. |
Maka dengan ini tamatlah sudah Bengkel Penulisan Blog Anjuran Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah |
Agak panjang jika
aku huraikan disini. Justeru, jika kalian betul-betul ingin terokai ilmu-ilmu
baru dalam dunia blog, maka sesuailah berdaftar di Akademi Bekerja Di Rumah.
Dari rumah kita belajar menulis blog. Oleh itu, tiadalah alasan aku sibuk jaga
anak, jaga laki, rutin kerja hakiki jalan pagi balik malam dan sebagainya.
Banyak panduan yang diberikan.
Jika kalian ingin
bersembang dengan ku mengenai Akademi Bekerja Di Rumah, boleh ketuk wasap ku
bila-bila masa. Jika punya kelapangan, pasti akan ku jawab. InsyaAllah. Jangan
lupa, ketik saja nombor ini 016-817 8716.
Aku mohon maaf
jika ada pihak tersinggung dengan coretan ku ini. Jika kalian rasa ianya
perkongsian yang bermanfaat, boleh kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Dan
sampai kita bertemu lagi di coretan akan datang. Doakan aku agar mampu terus
menulis dan berkongsi cerita.
No comments:
Post a Comment