Monday, 14 August 2017

Bengkel Penulisan Blog Anjuran Jawatankuasa Wanita Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah



Teks: Nasriah Abdullah

Jawatankuasa Wanita Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah akan menganjurkan Bengkel Penulisan Blog pada 19/8/2017. Bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Hotel Grandis, Kota Kinabalu, Sabah.

Tempat sangat TERHAD! Seramai 30 orang sahaja tempat duduk yang ditawarkan.

Ketika maklumat ini dikongsi oleh puan presiden IKSnita, Pn. Dg. Khatijah Datu Bachtiyal, sudah seramai 15 orang telah mendaftar.

Alhamdulillah. Ada 5 kuota disediakan istimewa khas buat ahli-ahli IKSnita yang berminat.

Dimaklumkan juga bahawa, jika ada ahli-ahli persatuan yang berminat boleh berhubung terus kepada pihak penganjur dengan memberikan maklumat berikut:-

1. Nama Penuh
2. No Kad Pengenalan
3. Alamat
4. Pekerjaan
5. No Telefon



Terima kasih.

Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama eUsahawan

Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam sejahtera. Selamat berkenalan. Selamat datang ke team eUsahawan. Saya Coach Rieya [TG246], s...

Post Paling Popular