Monday 28 November 2016

GSL BATCH VELLFIRE 31/12/16

Assalamualaikum

Jom semua geng GSL kita repeat kelas GSL BATCH VELLFIRE 31/12/16. Ni last batch dan tahun depan Abam dah STOP-kan pendaftaran untuk GSL. Nak bagi rehat katanya.

Sebabnya? Rieya pun tak pasti maybe Abam akan inform dalam group nanti. Ramai #genggsl ambik peluang repeat kelas ni untuk refresh ilmu. Rasanya lagi meriah kot sebab Abam TAK LIMITKAN 150 peserta.

Kalau belum upgrade kelas PREMIUM boleh tambah RM80. PENDAFTARAN TUTUP 10/12/16. Jadi jangan lepaskan peluang terakhir ni. Kalau sudah #GSLP just abaikan dan fokus untuk REPEAT kelas sahaja.

YURAN PENDAFTARAN:
GSL NEWBIE/REPEAT RM69
GSL PREMIUM RM80
TOTAL RM149

Boleh TRANSFER PAYMENT ke akaun Rieya (NASRIAH ABDULLAH)

CIMB 7032167445
MBB 11111-4022123

Selepas transfer, SERTAKAN BUKTI TRANSAKSI untuk Rieya masukkan dalam list BATCH VELLFIRE 31/12/2016

Ada apa-apa tak faham boleh tanya yer...



#GSL #GSLP GSLIntegra #GSLVellfire #AgenGSL

Sunday 27 November 2016

Setitik Darah Sejuta Harapan


Sakitnya tuh di sini. Ya betul! Serius sakit, ok. Yang sakit bukan time darah tu keluar. Sakit terasa sewaktu jarum di tusuk ke dalam. Terasa sangat mata jarum yang besar tu.

Masa menderma kali ke2 tidak pula rasa apa-apa. Maknanya pengawai makmal yang bertugas ketika itu cukup mahir dan berpengalaman. Kali ni mungkin pegawai yang kurang pengalaman.
Apa pun happy dapat pujian darinya..


Tukang jarum: Eh! Penuh sudah. Cepat darah kamu keluar sis.

Penderma: Aik! Betul bah? Macam nda sampai 5 minit kan?

Tukang jarum: Iya. Nda sampai 5 minit. Antara ramai-ramai penderma hari ni, darah kamu yang paling cepat penuh. Kamu ada makan apa-apa suplimen ka sis?

Penderma: Saya makan Shaklee jak. Vitalea Iron Formula. (dalam hati, dia tau ka tu apa vitalea ya? hahaha kalau dia nda tau pandai la tu dia tanya balik 😂😂)

Tukang jarum: Bagus ooo kan. Cantik darah ko sis. Kasih terus jak makan tu Shaklee. 3 bulan akan datang boleh derma lagi.

Penderma: InsyaAllah 😊 (dalam hati, asal bukan ko yang cucuk jarum lagi sudah la. Seram ai jadinya 😂😂😂)


Biskut Gery



Uols peminat RUNNING MAN?

Kang Gery kini ada di booth


Biskut gery perisa cheese ada di bazar

Karamunsing Taxi Old Stand


Mari mari mari datang sini lot 40


Saturday 26 November 2016

Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium Biasa


Alhamdulillah. Awal pagi order vitamin Shaklee terbaik dunia masuk lagi. Moga memberi manfaat buat seisi keluarga.

Kalau ada yang nak selit order sekali meh la roger akak. 

Tak susah, wasap 0168178716 pun boleh.
.


Setitik Darah Sejuta Harapan


Selesai menderma darah tadi, akak dapat hamper. Rasa tak sedap hati pula. Takut nanti orang kata kita menderma sebab nak dapat hamper sedangkan niat tu langsung tak wujud. Nakkan kepastian kita tanyalah dekat pengawai yang menguruskan program derma darah hari ni.


Penderma: Kak, kenapa ada hamper?
Penganjur: Hadiah istimewa untuk penderma.
Penderma: Semua dapat hamper ka yang datang menderma?
Penganjur: Tidaklah. Penderma yang terpilih saja.
Penderma: Terpilih macam mana tu?
Penganjur: Hanya penderma bertuah saja di hadiahkan.
.
.
.
Ok walau pun rasa kurang puas hati dengan jawapan pengawai tu kita senyum dan terima dengan hati terbuka. Syukur kerana nama tersenarai bagi penderma darah yang bertuah.

Setitik Darah Sejuta Harapan




Berbazar sambil menderma. 

Moga bermanfaat buat mereka yang memerlukan.

Ini sudah kali ke3 tapi debarannya masih terasa. Dag dig dug jantung.

Jom ramai-ramai datang ke Komplex Karamunsing Taxi Old Stand. 

Shopping sambil menderma.

Jan lupa serbu Booth #40 macam-macam ada di jual...


Tuesday 22 November 2016

Rutin Ibu Bekerja Di Rumah Sebagai Suri Rumah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Rutin ibu bekerja di rumah sebagai suri rumah sambil jaga anak dan urus bisnes dari rumah.

Dalam sibuk siapkan entri blog dapat panggilan dari pelangan yang sudah siap melakukan transaksi untuk pembelian vitamin buat anak kesayangan yang telah patah tulang akibat terjatuh. Apa yang buat akak terharu. Ibu muda ini buat pertama kalinya menghubungi akak melalui wassap bertanyakan tentang harga vitamin Shaklee. Pada mulanya nak tanya harga sahaja dahulu. Belum lagi kata nak beli apatah lagi nak cuba makan. Agaknya nak banding harga dengan pengedar yang lain kot. Kita layankan saja.

Dalam kurang 30 minit sesi berbalas wassap, ibu muda tersebut siap mendaftar sebagai ahli dengan belian rm377. Alhamdulillah. Produk baik, produk PREMIUM tak perlu cerita panjang. Pelanggan pasti akan datang cari. Seronok kan berniaga produk Shaklee dari rumah? 😍

Sambil mengisi borang pendaftaran ahli Shaklee, tiba-tiba telefon berdering minta di layan. Satu lagi panggilan tempahan untuk produk home made buat ibu bekerja di rumah. Popia Shake by Adhwa Cookies. Produk home made yang laku keras. Adakalanya tak cukup tenaga buat tempahan dari pelanggan. Alhamdulillah. Inilah rezeki buat suri rumah yang memilih kerja dari rumah. Suri rumah yang punya pendapatan sendiri.
Popia Shake by Adhwa's Cookies

Terima kasih buat semua pelanggan akak dan rakan-rakan team GSL. Korang memang super ohsom yang suka buat viral bisnes akak. Bersama korang, henfon akak selalu heng. Notifikasi fesbuk tak perna berehat walau seminit. Terima kasih atas sokongan uols semua.

Sebelum akak lupa. Nak bagi tau ni. Uols yang belum daftar jadi keluarga besar GSL, better uols daftar cepat. Pengambilan ahli baru bakal di rehatkan buat sementara waktu. Tahun depan uols merayu menagis darah sekali pun tak ada lagi pendaftaran baru. Jadi, rebutlah peluang ini. Pendaftaran cuma RM69 sahaja buat NEWBIE. Bagi yang nak UPGRADE ke KELAS PREMIUM cuma buat tambahan bayaran RM80 sahaja.

Group Support Like (GSL)

Apa yang uols dapat bila bersama keluarga besar GSL? Banyak nak cerita jadi silakan wassap akak 016-817 8716.

Buat team ABDR yang super power, tarima kasih buat semua WAHM SOHO ABDR. Kalian juga sumber inspirasi dan pencetus idea-idea baru dalam penulisan santai yang bersahaja dan berpengaruh selain memberi nafas baru dalam dunia bisnes online buat mereka yang bergelar suri rumah.

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Bagi uols yang nak bersama jemaah ABDR menjana pendapatan dari rumah melalui medium percuma boleh daftar segera. Rakan baru bertambah, trafik blog cepat naik, entri blog cepat tersenarai dan mudah di jejaki dalam carian google. Tak percaya boleh tanya mereka yang sudah bersama keluarga besar ABDR. Laju-laju wassap akak 016-817 8716.

Satu lagi nak umumkan. Produk laku keras susu soya Shaklee kini berperisa Vanila. Nak rasa? Belilah cepat. Nak harga murah? Mudah saja. Hanya mendaftar sebagai ahli dengan pendaftaran sebanyak RM69. Kalau nak PERCUMA PENDAFTARAN pun ada. Wassap saja no akak 016-817 8716.
ESP Perisa Vanila

Bertindak segera tau. Semua dalam satu. Nama pun suri rumah kan. Macam-macam boleh buat. Terpulang pada diri sendiri saja nak atau tidak.

Sekian rutin akak suri rumah yang bekerja di rumah. Anak sudah bangun, kita layankan dulu karenahnya.


Monday 21 November 2016

Belajar Dari Rumah Di Akademi Bekerja Di Rumah


Saya jumpa entri akak dalam blog. Akak masih ambik upah buat fesbuk page? Saya nak upah akak. Saya ni beniaga online je. Jadi agen dan dropshipper beberapa produk. Saya dah penat buat iklan di fesbuk tapi tak berapa jalan. Saya nak buat FB Ads juga tapi tak reti nak iklan. Saya suka follow akak. Cara akak nampak santai je tapi ramai yang respon. Apa petuanya? Akak boleh tolong saya?

Dek non ni hakak nak bagitau. Belajar buat satu-satu dulu. Sudah mahir buat fesbuk page baru belajar buat FB Ads. Fesbuk page yang paling senang tu pun ko tak reti nak buat ada hati nak main fb ads pula. Kata modal cukup makan je tapi apasal nak membazir pula?

Minum tonik ajaib vivix hakak ni pun tak boleh teguk sebotol terus hilang penyakit berzaman ko dek non. Kena minum sesudu sehari dengan air kosong secukupnya baru laju kesan tu nampak.

Begitu juga dalam menuntut ilmu. Hadam satu-satu dan praktikan baru nampak mana salah silap yang perlu diperbaiki. Kena asah skill tu sampai licin. Yang kasar, haluskan. Yang dah halus, mantapkan.

Nak tahu cara?

Mari berguru dengan hakak di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Belajar dari rumah dengan cara santai sambil layan anak boleh oles-oles muka sampai gebu dengan tonik ajaib vivix hakak ni..


Buat Blog Itu Mudah!


Buat blog itu mudah. 
Google saja di internet. 
Ikut saja langkah demi langkah yang di ajar oleh para blogger yang punya entri.


Tapi...tapi...tapi kan...
Bila blog sudah siap, apa nak buat?
Nak tulis apa?
Nak buat iklan macam mana?
Aku tulis, aku baca.
Pembeli tiada.
Sudahnya mengeluh sendiri.



Kenapa harus buat kepala pusing?
Sedang ilmu sudah terhidang.
Sebab itu hakak suka beguru di ABDR.
Tinggal nak kunyah bagi hadam lumat-lumat jer lagi. 


Uols jangan buat mata melopong.
Banyak fikir hakak jalan dulu.

Selamat tinggal dek non.

Kata Nak Belajar Tapi Tak Kejar


Saya sudah buat blog tapi tak tahu macam mana nak menulis. 
Tak tahu mana mana nak beriklan.

Akak boleh tolong ajar saya cara nak bermula?


Hakak sudah sediakan kelas. 
Uols nak kelas offline, hakak dah buat tapi apasal uols tak daftar dek non?
Nak kelas online juga ada.
Daftar saja bila sudah bersedia.


Kata nak belajar
Tapi tak kejar

Takkan nak tunggu cikgu bawa rotan
Baru nak bermula

Sendiri mau fikir la dek non oi. .

Saturday 19 November 2016

Bagai Ayam Dan Itik Berbicara...


Kakak kendali jentera berat sambil di perati budak dari korea...
Siap budak korea tu tanya macam mana mo handle ni kereta...
Bagai ayam dan itik berbicara...
Sorang berbahasa korea sorang lagi speaking english...


Thursday 17 November 2016

Jemputan VVIP GROUP ABDR


Awal pagi hati berbunga-bunga. Awal pagi sudah dapat tawaran diserap masuk ke VVIP GROUP ABDR.



Senyum semanis coklat marshmallow. Adunan resepi dari hati. Nak rasa? Marilah beli..
.
.
.
.
.
Ruangan iklan ABDR.
================

Peluang beriklan di BLOG SOHO ABDR, GROUP FB, BONUS 2 EBOOK.
Ada yang berminat?

Komen BERMINAT, saya akan berikan details lengkap.

Nak letak NO TELEFON di ruangan komen juga dialu-alukan. Akan saya wassap satu per satu.



Jamuan Perpisahan Kelas 1 Akasia SK Pekan Putatan



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Hari ni kakak ada jamuan perpisahan kelas. Kakak cadang nak bawa makanan juga.

Ummy ingat nak masak mee atau kueh teow kerang tapi takut kakak tak terangkat bawa ke sekolah. Berat. Tambah pula jamuan bermula waktu rehat.

Marshmallow Chocolate Stick pun kakak nak bawa juga. Semalam baba bawa kakak pi shopping barang jamuan. Marshamllow peket ada jual cuma coklat masakan tak jumpa.

Sebenarnya coklat masakan tak berjenama tu ada. Coklat biasa je cuma ummy yang tak nak guna. Rasa tak berapa nak sedap. Nak juga coklat jenama Beryl's. Manisnya kurang. Lagi sedap bila di olah dengan protein susu ESP Shaklee. Fuuuuh! Yang sudah rasa saja pasti datang berkali-kali nak beli.

Sudahnya beli jajan je sebabnya ada kawan lain juga bawa mee. Jawapan selamat dari mulut kakak. https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/fd0/1/16/1f602.png😂https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/fd0/1/16/1f602.png😂

Yang happy, ummy la. Senang kerja. https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/fd0/1/16/1f602.png😂https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/fd0/1/16/1f602.png😂https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/fd0/1/16/1f602.png😂


Resepi Sambal Kulat Bermusim Masakan Tradisi Bugis



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Langkah demi langkah mudah menyediakan Sambal Kulat Bermusim . Lauk kampung, masakan suku kaum Bugis. Anak jati Bugis beb. kalau tak reti makan lauk ni, tu bukan anak Bugis namanya. Lauk ni boleh dimakan hanya sewaktu musim hujan sahaja.

Bertuahlah pada ibu-ibu atau bakal ibu yang mengidam lauk ni di musim hujan. Sebab senang nak dapat kulat jenis bermusim ni. Kalau musim panas, kompom meleleh liur. Nangis air mata darah tak berlagu belum tau dapat makan.

Kenapa saya kata Sambal Kulat Bermusim? Sebab kulat ni hanya boleh dibeli di pasar sewaktu musim hujan. Cendawan ni tumbuh di pokok kayu yang telah reput. Tak tahulah apa nama cendawan ni. Mak selalu sebut kulat jadi saya pun panggillah kulat. Makcik-makcik kat pasar tamu yang jual cendawan ni pun panggil kulat. Jadi memang sahlah namanya kulat kan? Hahahaha hantam sajalah...

kulat yang wujud hanya sewaktu musim hujan.

Beli jenis kulat bermusim ni kat pasar tamu. Dek non, engko tengoklah dalam gambar macam mana rupa kulat bermusim tu ya. Hakak tak reti nak jelaskan kulat yang macam mana. Hakak dah memang kenal kulat tu jadi senang nak beli. Kalau nak masak menu ni kena masak waktu musim hujan sebab kulat ni akan banyak terjual pada musim hujan saja. Hah! Masa ni la baru merasa dapat makan sambal kulat bermusim.

Di pasar tamu ada yang jual kulat yang sudah siap di bersihkan batang kulat tu. Hah! Tengoklah gambar tu. Kulat yang siap untuk di masak. Ada pula kita terpaksa buang sisa-sisa dahan kayu yang masih melekat kat kulat tu. Buat kerja sikit je dek non. Jangan merungut. Kata nak jadi menantu terbaik dan isteri solehah. Buat saja. Jangan banyak menbebel.

Ada makcik-makcik jual kulat yang sudah kering. Itu lagi senang kerja. Macam yang hakak beli ni, kulat masih segar yang baru dipetik dari dahan pokok. Kulatnya basah dan kelihatan segar. RM2 sepiring. Beli satu piring mana cukup untuk makan seperut. Kebetulan makcik tu ada jual 9 piring. Siap dia offer RM3 untuk 2 piring. Wah! Kira murah tu. Belum sempat nak tawar menawar makcik dah offer harga murah.  Jadi hakak borong semua 8 piring untuk harga RM12. Tinggal satu piring baki lagi. Hakak kata nak borong semua tapi makcik tu bagi percuma saja. Lepas tu ditambah lagi baki stok dalam plastik yang hampir 2 genggam banyaknya. Wah! rezeki di pasar tamu la nampaknya.

Minggu lepas hakak sempat juga beli 6 piring. Kulat yang tu hakak cuma dapat harga RM5 untuk 3 piring selepas sesi tawar menawar dengan makcik tu. Rezeki setiap minggu berbeza. Tak tahu lagi rezki pasar tamu untuk minggu depan. Harap masih ada dijual kulat ni.

Dah! Stop cerita kulat. Jom kita masak...


Bahan-bahannya ialah:-

500 gram kulat (cendawan)
250 gram ikan bilis
1/2 biji kelapa parut
200 gram lada hijau
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia muda
1 batang serai
3 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
100 ml minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan Sambal Kulat Bermusim

Langkah Pertama. Pastikan cek betul-betul tiada lagi dahan kayu melekat kat kulat tu. Basuh bersih-bersih kulat yang telah dikeringkan tadi. Letak tepi.


Langkah kedua. Basuh ikan bilis bersih-bersih dan toskan airnya. Saya pilih ikan bilis yang bersaiz kecil. Sedap dan mudah dibersihkan. Tak perlu buang kepala. Kalau untuk jualan, saya guna ikan bilis yang bersaiz besar sedikit. Ikan bilis itu perlu di kopek atau belah dua dan kepala di buang.

Selepas toskan airnya basuhannya, panaskan kuali dan tuanglah minyak secukupnya untuk menggoreng ikan bilis.

Ikan bilis kecil yang telah digoreng
separuh garing bersama bawang merah.

Ikan bilis digoreng bersama satu biji hirisan bawang merah untuk menaikkan bau wangi ikan bilis. Kalau nak jimat bawang pun tak apa. Tak perlu letak. Angkat ikan bilis tu setelah kelihatan separuh garing.

Kalau ikut cara mak, ikan bilis tu tak perlu goreng tapi saya suka makan garing-garing jadi saya goreng la ikut suka selera saya. Hihihi...


Langkah Ketiga. Ambil lesung batu dan tumbuklah bawang merah dan bawang putih. Kalau tahap malas datang guna jer mesin pengisar. Tapi waktu nak masak Sambal Kulat Bermusim ni, saya tengah mood rajin nak masak jadi saya guna lesung batu. Tumbuk tidaklah lumat sangat. Agak-agak hancur macam dalam gambar tu saja. Serai tu pun ketuk la sekali.

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar.
Termasuklah serai sekali.

Langkah Keempat. Panaskan kuali. Masukkan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dengan lesung batu tadi. Tumis hingga naik bau. Tambahkan garam secukup rasa sesedap lidah, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit.

Masukkan garam secukup rasa, lada sulah dan serbuk kunyit.

Bila bahan tumis dah pecah minyak dan harum semerbak sudah memenuhi ruang tamu jiran sebelah, masukkan kulat yang sudah dibersihkan. Gaul sebati.


Langkah Kelima. Bila sudah sebati, masukkan santan perahan yang sudah diselawat ntah berapa ratus kali. Cara nak dapat santan berkualiti bolehlah baca entri sebelum ni di sini Petua Perah Santan. Gaul sebati hingga pecah minyak.

Perahlah kelapa parut ni secara manual.
Dapatkan pati santan yang asli.
Barulah sedap masakan tu.

Langkah Keenam. Apabila santan sudah sebati dengan kulat dan santan itu sudah tersejat sedikit jadi bolehlah masukkan ikan bilis yang sudah digoreng separuh garing tadi. Eh! Ikan bilis ini semakin kurang kuantitinya. Ini mesti engko dah sumbat kat mulut tadi masa perah-perah santan kan?

Ikan bilis yang sudah digoreng separuh garing.

Langkah Ketujuh. Bila kuah sudah hampir kering, masukkanlah lada hijau yang sudah dihiris serong. Saya tak terangkan macam mana nak hiris lada hijau tu jadi korang tengok jer rupa lada hijau yang dihiris serong tu dalam gambar. Hah! Jelas tak? Atau suka hati koranglah nak hiris macam mana. Layukan saja lada tu kemudian hidang. Dan siap untuk dijamah bersama seisi keluarga.

Lada hijau segar yang sudah dihiris serong.

Hidanglah bersama nasi putih panas-panas yang baru masak dari periuk nasi. Nak makan sekali dengan lauk ikan goreng atau ayam masak kicap pun boleh. Makan satu keluarga. 

Fuuuh! Tak sabar nak makan.

Fuuuh! Selera sampai boleh tambah nasi 3 kali. Lupa rasa nak kenyang. Suami juga bertambah. Selesa anak-anak luar biasa. Yang jarang menambah nasi juga bertambah. Alhamdulillah. Masak dari hati. Masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

Siap untuk dijamah. Selamat menjamu selera.

Akhir sekali, kalau korang rasa resepi ni membantu memberi idea menu nak masak apa hari ni untuk perut abam yang sedang berkeroncong riang, bolehlah kongsikan dengan pembaca yang lain. Semoga bermanfaat ya.

Selamat mencoba dek non.







Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular