Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah & Carian Google
Langkah
demi langkah mudah menyediakan Ayam Likku atau lagi moden nama diberi
Ayam Lengkuas. Makanan tradisi
suku kaum Bugis. Anak jati Bugis beb. Kalau tak reti makan lauk ni tu bukan
anak Bugis namanya.
Bahan-bahannya
ialah:-
500
gram ayam kampung
250
gram lengkuas kering
1
biji kelapa parut
3
ulas bawang merah
3
ulas bawang putih
2
inci halia muda
2
batang serai
5
hiris asam mangga
3
sudu besar serbuk kunyit
1
batang kayu manis
3
kuntum cengih
1
jambak bunga lawang
2
biji buah pelaga
3
biji buah keras
1
sudu kecil garam
1
sudu kecil serbuk lada putih
100
ml minyak masak untuk menumis
Langkah
pertama. Sebelum memasak kenalah
sediakan lengkuas dahulu. Ambil lengkuas hidup. Hiris sederhana halus.
Agak-agak je untuk gigi blender yang
korang guna. Kalau tajam sangat bolehlah hiris tebal-tebal. Kalau serupa
pengisar yang saya guna ni yang hampir senja terpaksalah hiris sehalus mungkin.
Lengkuas Di Parut |
Kisar semua lengkuas yang telah dihiris tadi dan perah airnya. Setelah selesai bolehlah dikukus lengkuas itu sebelum dijemur. Kenapa perlu dikukus? Tak tahulah kenapa. Mak kata untuk hilangkan rasa pedas lengkuas dan naikkan wangi lengkuas tu. So anak-anak pun boleh makan sekali. Jemurlah lengkuas tu selama 1 hingga 2 hari atau sehingga lengkuas tu kering.
Hah!
Ambek kaw. 1 hingga 2 hari yer dek non, nak tunggu lengkuas kering. Sebenarnya boleh jer
masak terus lepas lengkuas tu dikukus cuma ada perbezaan rasa disitu.
Kalau
nak ikut betul-betul cara tradisi dari nenek moyang, mana ada guna pengisar dek
non. Guna saja pisau dan hirislah lengkuas tu halus-halus. Macam buat
carik-carik ayam rebus gitue. Agak-agak korang, 250 gram lengkuas yang nak
kena hiris tu ambik berapa lama?
Masa
sekolah rendah dulu selalu guna cara ni. Guna pisau saja hiris-hiris lengkuas
tu. Kadang guna parut jer. Masa tu mesin pengisar belum wujud lagi dalam ruang dapur mak. Kalau parut tajam sangat, silap-silap jari sado pun boleh terparut sama. Sekarang rasa tak sanggup nak tunggu, gunalah cara pantas. Kita main
kisar-kisar jer senang. Jari yang sado pun surrender
dek non nak hiris-hiris lengkuas yang tak berapa nak lembut tu.
Langkah
kedua. 1 biji kelapa parut segar.
Ambil kelapa parut tadi dan perahlah pati santannya. Bukan kelapa parut yang
nak diguna tapi pati santan segar itu penting. Diperah ikut putaran jam dengan dua
belah tangan.
Jangan
malas pesan arwah nenek. Perah dengan dua belah tangan. Tangan kanan diutamakan
serta diiringi dengan bacaan selawat yang tak pernah putus. Petua yang diturunkan
oleh arwah nenek suami sebelah mak mentua. Lauk tahan lebih lama dan lagi sedap
dimakan. Tak mudah basinya katanya.
Kata
arwah nenek yang masih segar dalam ingatan. Petua itu sentiasa diamal jika
memasak menggunakan bahan kelapa parut. Selepas siap proses perah memerah
bolehlah diletak tepi dulu santan itu.
Kalau
dah tahap kemalasan datang menerpa, guna saja santan dalam kotak atau santan
serbuk. Tapi rasa lemak santan asli sangat jauh bezanya sebab itu saya lebih
mengutamakan bahan-bahan asli yang segar.
Langkah
ketiga. Ambil bawang merah,
bawang putih, halia, serai dan buah keras. Kisar hingga lumat kesemua
bahan-bahan ini. Guna sedikit air saja untuk proses mengisar. Nak guna minyak
pun boleh. Dalam masakan kali ini saya terlupa kisar serai sekali jadi
ketuk-ketuk saja serai tu pun jadilah. Asal keluar wangian dan rasa serai dalam
masakan nanti. Setelah siap proses mengisar, kita letak tepi dulu.
Ni saja yang sempat di snep. Bahan-bahan lain kita main campak-campak jer ikut style chef yang dah pro. |
Langkah
keempat. 500 gram ayam kampung. Potong
ayam mengikut saiz kesukaan sendiri. Basuh bersih-bersih. Toskan air basuhan
ayam. Kalau untuk menu jualan bazar, saya biasa guna paha ayam bersaiz besar dan dipotong dua sahaja. kalau paha ayam yang bersaiz kecil ala-ala anak ayam kefsee saya biarkan seketul macam tu.
Lepas tu bolehlah lulurkan ayam dengan hirisan asam mangga, sedikit serbuk lada sulah, dan serbuk kunyit. Tak nak campur garam nanti telebih masin. Nak letak serbuk kunyit kemudian pun boleh.
Lepas tu bolehlah lulurkan ayam dengan hirisan asam mangga, sedikit serbuk lada sulah, dan serbuk kunyit. Tak nak campur garam nanti telebih masin. Nak letak serbuk kunyit kemudian pun boleh.
Guna
asam jawa pun boleh tapi saya lebih suka cara tradisi dari nenek moyang. Asam
mangga yang ditanam, dijaga rapi dan dibuat sendiri. Pokok panggalnya dari A
hingga Z semua hasil asam mangga dari titik peluh nenek di kampung. Satu-satunya
nenek sebelah mak, adik beradik atok, ayah kepada mak yang masih diberi
kesihatan yang baik dan usia yang panjang yang sudah mencecah seratus tahun.
Alhamdulillah. doakan nenek sihat dan masih bertenaga menghasilkan asam mangga
untuk anak, cucu dan cicitnya.
Korang
nak guna ayam bandar pun boleh tapi dalam gambar ni saya guna ayam kampung (potongan ayam kampung lupa nak snep gambar so korang imajin sajalah).
Ayam jantan yang dipelihara dan diternak sendiri dengan penuh kasih sayang oleh
ayah. Apa yang paling seronok, ayam ini
disembeleh dengan penuh tertib dan patuh syariah. Halal dan sedap dimakan.
Walau ayam kampung tapi dagingnya tak keras mahu pun liat sebab kena dengan
cara masaknya.
Kalau
guna ayam bandar pun boleh cuma kena pandai gaul ayam tersebut semasa proses
memasak. Ayam bandar ni dagingnya lembut jadi bila terlalu menggaul isi ayam
boleh terlerai dari tulangnya. Jadilah ayam hancur masak lengkuas. Hahaha dah
tak jadi rupa ayam lengkuas dah lepas tu. Makanya, kena ada teknik memasak yang
betul. Cewaaah! Dah jadi macam ala-ala chef dah.
Kalau
tak nak ayam tu hancur, petuanya mudah saja. Goreng ayam terlebih dahulu.
Goreng suku masak sahaja ye. Agak-agak kulit ayam tu kering sedikit, angkat dan
toskan minyak. Cara ini sesuai kalau nak buat jualan.
Langkah
kelima. Panaskan kuali. Bila
kuali dah panas, masukkanlah minyak. Agak-agak minyak dah panas, masukkan bahan
kisar tadi termasuk la kayu manis, cenggih, bunga lawang, buah pelaga dan serai
yang diketuk-ketuk tadi. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
Sesetengah
orang suka campur serbuk jintan manis dan jintan putih. Mak tak suka makan makanan yang banyak
jenis rempah-ratus jadi saya tak campur. Biar yang asas saja katanya. Lagi
sedap. Selera masing-masing.
Langkah
keenam. Bila bahan tumis dah mula
pecah minyak dan berbau harum semerbak satu rumah, bolehlah masukkan santan.
Proses ini agak lama sedikit. Masak santan sehingga pecah minyak. Pecah minyak
tu macam mana? Sehingga santan itu naik berketul-ketul. Sentiasalah gaul
sebati. Jangan sampai pati santan tu melekat kat tepi-tepi kuali. Proses ini
mengambil masa sehingga 30 minit atau lebih. Bergantung dengan kepanasan api
dapur gas yang korang guna.
Langkah
ketujuh. Bila pati santan tadi
sudah mula naik- ketul-ketul dan tak nampak rupa santan lagi bolehlah masukkan
lengkuas kering tadi. Sebelum masukkan lengkuas, pastikan lengkuas itu sudah
siap dibasuh bersih-bersih. Maklumlah kita tak tahu apa yang dah melakat kat
lengkuas tu semasa proses mengering. Untuk langkah kebersihan dan keselamatan,
basuh saja hingga bersih. Jangan banyak tanya kenapa.
Gaul
sebati di dalam kuali. Supaya lengkuas tu tak nampak pucat, tambahkan serbuk
kunyit. Kalau 3 sudu tu rasa tak cukup kuning, tambahkan saja lagi sehingga
warna kuning yang korang suka. Kalau nak lagi harum semerbak wangi kunyit,
boleh guna kunyit hidup. Masa nak masak ni, kunyit hidup kat dapur sudah habis
stok, jadi nak cepat kita guna yang serbuk pun boleh. Asal warna kuning tu ada.
Langkah
kelapan. Korang tengoklah bila
pati santan dan lengkuas itu sudah cukup sebati dan hampir nak kering, bolehlah
masukkan ayam kampung yang sudah dilulur dengan asam mangga tadi. Nak masukkan hirisan
asam mangga sekali boleh. Nak buang pun boleh. Ikut selera koranglah nak buat
macam mana.
Kalau
tanya saya, hirisan asam mangga tu saya keluarkan sebab nanti suami makan boleh
hilang selera bila tergigit hirisan asam mangga tu. Nanti telebih masam pula. Masak
ikut selera suami juga, jadi buangkan saja. Kalau ikut selera saya memang masuk
sekali. Sedap apa, hisap-hisap hirisan asam mangga tu. Ceeeh! baru sebut dah
nak leleh air liur. Ni yang tak tahan ni.
Langkah
kesembilan. Gaul sebati ayam tu
dan masukkan garam secukup rasa. Kalau nak tambah serbuk perisa ayam tu pun
boleh tapi saya tak guna sebab nak kekalkan rasa asli dari resepi nenek moyang.
Walau cara penyediaannya sudah di upgrade
dengan sedikit cara moden.
Masak sehingga warna lengkuas itu kuning keemasan. |
Langkah kesepuluh. Masaklah hingga kering. Masak sehingga warna lengkuas itu kuning keemasan. Kalau sudah jadi emas gold bar 916 bolehlah padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Engko
makanlah dek non bersama abam mr pilot tersayang. Hidang saja dengan nasi putih
panas-panas. Fuuuuh! Jangan marah kalau dek non yang nak kurus ramping bergaya
telajak tambah nasi sampai tiga kali. Hakak tak jamin engko kurus macam anak dara
pinggang 25cm kalau makan melantak lupa dunia betambah sampai 3 kali.
Kalau
sudah kenyang, rehat sebentar. Selepas 10 atau 30 minit telan 3 biji Omega
Guard Shaklee. Minyak ikan terbaik dunia yang mampu memecahkan lemak degil
selepas korang membaham ayam masak lengkuas dengan 3 kali tambah nasi.
Akhir
sekali, kalau korang rasa resepi ni membantu memberi idea menu nak masak apa
hari ni untuk perut abam mr pilot yang sedang berkeroncong riang, bolehlah kongsikan
dengan pembaca yang lain. Yang nak jadikan salah satu menu sumber pendapatan juga boleh. Ambil saja resepi ini. Semoga bermanfaat ya.
Selamat
mencoba dek non.
No comments:
Post a Comment