Showing posts with label Derma Darah. Show all posts
Showing posts with label Derma Darah. Show all posts

Sunday, 27 November 2016

Setitik Darah Sejuta Harapan


Sakitnya tuh di sini. Ya betul! Serius sakit, ok. Yang sakit bukan time darah tu keluar. Sakit terasa sewaktu jarum di tusuk ke dalam. Terasa sangat mata jarum yang besar tu.

Masa menderma kali ke2 tidak pula rasa apa-apa. Maknanya pengawai makmal yang bertugas ketika itu cukup mahir dan berpengalaman. Kali ni mungkin pegawai yang kurang pengalaman.
Apa pun happy dapat pujian darinya..


Tukang jarum: Eh! Penuh sudah. Cepat darah kamu keluar sis.

Penderma: Aik! Betul bah? Macam nda sampai 5 minit kan?

Tukang jarum: Iya. Nda sampai 5 minit. Antara ramai-ramai penderma hari ni, darah kamu yang paling cepat penuh. Kamu ada makan apa-apa suplimen ka sis?

Penderma: Saya makan Shaklee jak. Vitalea Iron Formula. (dalam hati, dia tau ka tu apa vitalea ya? hahaha kalau dia nda tau pandai la tu dia tanya balik ðŸ˜‚😂)

Tukang jarum: Bagus ooo kan. Cantik darah ko sis. Kasih terus jak makan tu Shaklee. 3 bulan akan datang boleh derma lagi.

Penderma: InsyaAllah ðŸ˜Š (dalam hati, asal bukan ko yang cucuk jarum lagi sudah la. Seram ai jadinya ðŸ˜‚😂😂)


Saturday, 26 November 2016

Setitik Darah Sejuta Harapan


Selesai menderma darah tadi, akak dapat hamper. Rasa tak sedap hati pula. Takut nanti orang kata kita menderma sebab nak dapat hamper sedangkan niat tu langsung tak wujud. Nakkan kepastian kita tanyalah dekat pengawai yang menguruskan program derma darah hari ni.


Penderma: Kak, kenapa ada hamper?
Penganjur: Hadiah istimewa untuk penderma.
Penderma: Semua dapat hamper ka yang datang menderma?
Penganjur: Tidaklah. Penderma yang terpilih saja.
Penderma: Terpilih macam mana tu?
Penganjur: Hanya penderma bertuah saja di hadiahkan.
.
.
.
Ok walau pun rasa kurang puas hati dengan jawapan pengawai tu kita senyum dan terima dengan hati terbuka. Syukur kerana nama tersenarai bagi penderma darah yang bertuah.

Setitik Darah Sejuta Harapan




Berbazar sambil menderma. 

Moga bermanfaat buat mereka yang memerlukan.

Ini sudah kali ke3 tapi debarannya masih terasa. Dag dig dug jantung.

Jom ramai-ramai datang ke Komplex Karamunsing Taxi Old Stand. 

Shopping sambil menderma.

Jan lupa serbu Booth #40 macam-macam ada di jual...


Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular