Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Monday, 19 February 2018

Pengalaman Pertama Menghantar Anak Ke Pusat Asuhan & Penjagaan Kanak-Kanak



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Hari ini Muhammad Nadzril Adhwan Bin Iwan Mahdzuan atau lebih manja dengan panggilan Ariel sudah mula bersekolah di sekolah Tadika Perpaduan. Ariel merupakan anak kedua dalam keluarga kecil ku.

6 tahun sudah berlalu. Namun, pengalaman dan kenangan pertama buat kami suami isteri menghantar Ariel ke pusat jagaan kanak-kanak sewaktu bayi masih segar dalam ingatan ku.

Teringat sewaktu tempoh berpantang berakhir. Aku akan kembali memenuhi rutin hakiki sebagai ibu bekerja 8 jam sehari. Keluar pagi, balik malam. Begitulah hari-hari ku akan berlalu. Ketika itu,  aku  dan suami terpaksa memutuskan untuk menghantar Ariel ke pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak (nurseri) kerana ketika itu ibu ku sendiri menjaga adik ipar ku yang juga baru melahirkan anak pertama. Ibu mertua pula tidak mampu untuk menjaga anak kedua kami akibat masalah kesihtan. Ariel pula masih bayi dan memerlukan perhatian lebih.

Risau. Perit rasanya nak buat keputusan ini. Siapalah yang sanggup melepaskan anak yang masih bayi ke tangan penjagaan orang lain? Walau berat hati, aku akur menurut cadangan suami menghantar Ariel ke pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak.

Mujurlah di bangunan bersebelahan tempat aku bekerja terdapat sebuat pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak. Pada mulanya aku bercadang menghantar Ariel ke sana agar mudah aku menyusukan Ariel ketika perlu. 

Jarak ke tempat itu dan pejabat ku cuma lebih kurang 5 minit sahaja. Selain boleh mengelak dari gejala bengkak susu, mudah aku melihat perkembangan Ariel. Maklum saja, Ariel belum aku biasakan dengan bantuan susu botol sewaktu tempoh berpantang dahulu. Itu adalah kerisauan utama bagi ku.

Suami tidak membantah dengan cadangan ku. Namun, isu kedua yang aku khuatirkan adalah masalah kebersihan dari segi halal haram peralatan dan makanan yang bakal diberikan kepada Ariel kelak. Pusat asuhan itu di miliki oleh pengusaha yang bukan beragama Islam dan pekerjanya juga dikalangan yang bukan beragama Islam. Walau pun rakan-rakan sepejabat memberikan komen 5 bintang kepada pusat asuhan itu dan mengatakan makanan yang diberikan kepada bayi dan kanak-kanak dalam jagaan meraka adalah halal, namun hati ku tidak yakin Ariel mampu dijaga dengan baik di tempat itu. Tambah pula yuran bulanan yang dikenakan agak tinggi mengikut kemampuan jumlah gaji bulanan kami suami isteri. Oleh yang demikian, Kami memutuskan untuk cari ikhtiar di tempat lain.

Kerisauan siapa nak jaga Ariel ketika kami suami isteri keluar bekerja akhirnya terjawab apabila majikan suami menyediakan satu pusat asuhan khas kepada para pekerjanya yang memerlukan dengan kadar bayaran agak murah bagi kami.


Alhamdulillah. Di pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak itu, Ariel di jaga dengan baik. Tugasku jadi mudah. Aku hanya menyediakan keperluan Ariel selama 8 jam setiap hari di pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak. Suami boleh memantau perkembangan Ariel bila-bila masa terluang. Aku pula, senang nak ambil tahu perkembangan Ariel setiap masa walau dalam wasap dan rakaman video dari pengasuhnya.

Terima kasih buat mak-mak angkat Ariel yang menjaga dan melayan Ariel dengan baik. Moga kalian diberi kesihatan yang baik dan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan kasih sayang. Terima kasih buat semua kakitangan Didi Childcare.





Wednesday, 1 November 2017

Ayam Masak Lengkuas


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Menu malam ni Ayam Masak Lengkuas

Cara Memasak Ayam Masak Lengkuas Menggunakan #PesAyamLengkuasAdhwa

1. Panaskan kuali. Masukkan Pes Ayam Lengkuas. Tidak perlu guna minyak masak.

2. Tambah 50ml air. Gaul hingga mendidih.

3. Masukkan ayam. Guna api sederhana supaya tidak cepat hangus.

4. Bila daging ayam empuk. Tambah garam secukup rasa.

5 Masak hingga kuning keemasan .

6. Sedia untuk dihidang.

7. Selamat menjamu selera.

Sila LIKE, KOMEN & SHARE jika bermanfaat. 
.
.
.
500g hingga 1kg ayam cukup untuk 1 pek (200g) #PesAyamLengkuas

Korang boleh buat pilihan sama ada untuk masak sehingga kering (macam dalam gambar di mangkuk kecil) atau basah, iaitu berkuah.

Kalau tanya aku, aku lebih suka kering sebab tahan lama. Kalau tak habis makan malam ni, boleh simpan untuk esok.

Kalau jenis basah (berkuah) kena habiskan terus. Kalau simpan takut pula basi sebab menu ni bersantan. Membazir. Esok tak boleh makan lagi.

Apa pun, terima kasih buat kawan-kawan terbaik di dunia yang sudi beli Pes Ayam Lengkuas #readytocook ni.

Selamat memasak semua.


Tuesday, 31 October 2017

Sambal Tai' Minyak Adhwa


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Sambal Tai' Minyak. Pelik bunyinya bukan? Ada yang bertanya kenapa letak nama macam tu? Takut. Seram. Nampak macam jijik. Tahi minyak? Hello, sapa nak beli?

Ya. Tidak ku nafikan. Namanya memang pelik. Tapi rasanya tidak sepelik namanya. Itu adalah salah satu nama makanan tradisi suku kaum Bugis. Siapa yang tidak kenal dengan Resepi Tradisi Nusantara? Pelbagai nama makanan yang pelik-pelik dan jarang kita dengar. Namun, sekali kau merasa yang pasti kau akan terus jatuh cinta. Begitu jugalah dengan Sambal Tai' Minyak jenama Adhwa ini.

Dulu masa kecil, mak rajin buat Sambal Tai' Minyak ni. Setakat 5 ke 10 biji kelapa tu sekelip mata saja kami tiga beradik habiskan. Maklum saja, sebiji kelapa cuma menghasilkan kurang 100 gram tahi minyak. Nak dapat hasil yang banyak, kenalah guna pati santan pekat yang banyak.

Percubaan pertama aku buat sendiri. Saja ingat-ingat balik resepi yang mak pernah ajar sewaktu sekolah rendah dahulu. Sekilo pati santan pekat bersamaan 5 biji kelapa. Hasil yang aku dapat cuma 420 gram tahi minyak saja. Sedikit bukan?

Kebetulan masa tu encik suami ajak bercuti sempena "Staff Out Day" syarikatnya. Jadi aku bawa lah sebotol sebagai bekalan. Sambal Tai' Minyak ni bukan saja sesuai di makan bersama nasi putih (nasi kosong), juga boleh dijadikan perencah nasi gorang.

Selain itu, Sambal Tai' Minyak ni juga boleh dimakan bersama bubur, pulut, buras, mee, ubi kayu, pisang goreng dan roti sanwich.

Bagi batch pertama ni, aku buat tak banyak. Saja nak tengok pasaran macam mana. Nak tahu juga, orang pandai makan ke tidak? Orang suka ke tidak dengan rasanya.

Alhamdulillah. Ramai beri respon yang baik. Sedap! Nak beli lagi. Nak yang pedas-pedas manja. Nak pedas menggigit. Ada-ada saja permintaan dari citarasa pelangan. InsyaAllah. Akan aku usahakan mengikut permintaan dan selera kalian. Terima kasih atas segala sokongan dan komen yang diberikan.

Bagi kalian yang baru mahu mencuba rasa Sambal Tai' Minyak ni boleh dapatkan di Kiosk FAMA UTC, Kota Kinabalu. Sebotol Sambal Tai' Minyak cuma RM11  sahaja. Murah bukan?



Jika nak tempah secara borong juga dialu-alukan. Ketuk saja wasap ku ini +60 16-817 8716





Tuesday, 5 September 2017

Dari Tempahan Upah Buat Fan Page Terus Daftar Ke Kelas Blog Bisnes Penulisan Di ABDR


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum. Selamat pagi Selasa. Cuti panjang sudah berakhir. Noktah. Ayuh bangkit! Kembali kepada rutin kerja harian.

Pagi ini, mak-mak kembali sibuk. Urus anak-anak sekolah.

"Ummi, mana pensil kakak?".

Sudah! Soalan ni buat ummi mahu jadi singa lapar.

"Semalam apa ummi suruh kakak buat?". Tanya ku spontan

"Kemas buku". Jawabnya selamba.

"Jadi?"

"Kan ummi suruh kemas buku. Buku sudah la kakak kemas tapi tiada ummi cakap kemas pensil box". Penjelasannya dengan panjang lebar.

Mulut mula muncung. Ku biarkan kakak urus sendiri. Biar berdikari dan beringat selalu. Tidak perlu terlalu manja. Satu hari nanti ummi tiada, kakak boleh urus diri sendiri. Itu yang ummi mahukan.

Sedang kakak ke hulu ke hilir mencari pensil, terdengar deringan wasap minta di baca. Mulanya ku biarkan sahaja. Tunggu kakak bersiap ke sekolah.

Setelah segalanya selesai, sarapan roti telur untuk anak teruna pula. Pastinya bila mata celik, itu menu wajib yang akan di cari.

Bila urusan anak-anak sudah siap baru la sedikit lega hati ku. Begitulah rutin mak-mak bekerja di rumah.

Tempahan Upah Buat Fan Page
Kini, peluang melayan henfon. Bertubi-tubi serangan wasap hari ini. Ada satu wasap personal ku terima. Yang pasti, nombor itu pertama kali ku lihat.

Alhamdulillah. Rezeki raya korban. Rezeki pertama di bulan September. Prospek ini datang dari pengunjung blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri. Katanya mahu buat tempahan buat fesbuk page.

Beliau ada bertanya, "mudah ke nak cari  maklumat di enjin google jika menggunakan medium fesbuk page untuk beriklan?".

Dengan senang hati ku kongsikan pengalaman sendiri. Mengikut kajian dan pemerhatian sepanjang aku berblog dan menggunakan medium fesbuk page sebagai wadah untuk beriklan, 90% maklumat carian google datang dari perkongsian dan penulisan di website berbayar atau pun blog. Hanya 5% hingga 10% maklumat datang dari perkongsian melalui fesbuk peribadi dan fesbuk page.

Penulisan di blog lebih mudah
di jejaki jika di bandingkan
fesbuk page
Buktinya, aku punya ramai pelanggan dan prospek yang datang dari blog jika dibandingkan fesbuk page.

Kalian boleh betulkan jika aku silap. Boleh buat kajian sendiri mengunakan enjin google. Apa pun, semuanya terpulang pada pilihan kalian.

Alhamdulillah. Dengan sedikit penjelasan mengenai beriklan di fesbuk page dan blog kepada prospek berkenaan, akhirnya beliau berminat menyertai aku di kelas blog bisnes penulisan bagi sesi Oktober.

Kalian di luar sana, bagaimana? Mahu tempah upah buat fan page? Mahu belajar buat fan page sendiri? Boleh daftar segera. Kelas one-to-one melalui wasap sahaja. 

Masa? Sudah tentu mengikut kelapangan kalian sebagai peserta.

Yuran? Dijamin termurah dan kalian mampu bayar.

Atau kalian mahu mula menulis? Boleh daftar di Kelas Blog Bisnes Penulisan anjuran Akademi Bekerja Di Rumah. Kita belajar dengan santai sahaja. Tanpa perlu keluar rumah dengan muka penuh tekanan.

Pelbagai pilihan pakej yang
disediakan di ABDR
Urus anak-anak. Urus rumah. Urus suami. Semuanya dalam satu sambil belajar menimba ilmu penulisan blog bisnes.

Pendaftaran untuk sesi September sudah bermula. Hanya 10 tempat eksklusif bagi perserta bertuah.

Mahu daftar sekarang? Ayuh! Wasap nombor ini 016-817 8716














Monday, 21 August 2017

Bengkel Penulisan Blog Anjuran Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah



Assalamualaikum. Alhamdulillah. Cuaca indah dan cerah pagi ni. Langit juga kelihatan biru di atas sana. Awan putih nan indah. Bersiaran dari ruang tamu sambil melayan tv Astro Arena channel Nadi Arena Plus 803HD, menyokong pasukan pemanah negara. Alhamdulillah. Tahniah buat pasukan pemanah negara. Emas sudah berjaya di rembat. Bertambah lagi jumlah pungutan pingat negara. Syabas!


Bengkel Penulisan Blog anjuran Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah yang telah berlangsung di Hotel Grandis, Kota Kinabalu Sabah pada 19 Ogos 2017 bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ada yang ternanti-nanti perkongsian dari ku? Hah! Dah ada yang mula bertanya, ilmu apa yang kami dapat dari bengkel tersebut. Jangan risau, akan ku kongsi di entri hari ini.


Sebelum memulakan acara pada hari tersebut, seramai lebih kurang 47 peserta mewakili persatuan dan syarikat masing-masing memperkenalkan diri. Alhamdulillah. Di bengkel ini aku bukan saja dapat ilmu baru, malah dapat menambah jaringan kenalan dari pelbagai bidang kerjaya.

“Rieya, engkau kan dah mahir berblog. Dah ada blog pun. Kenapa nak ikut lagi kelas ni?”

Wah! Soalan bonus untuk ku. Sebenarnya aku mewakili persatuan IKSnita, Sabah untuk Bengkel Penulisan Blog ini bukan sebab di taja dan datang bawa badan. Tujuan ku adalah untuk menambah ilmu yang sedia ada. Aku mengharapkan di akhir bengkel ini, aku dapat menambah dan mengasah lagi bakat penulisan berblog.

Percuma dan di taja itu satu bonus bagi ku. Alhamdulillah. Platform sudah tersedia di depan mata. Jadi kenapa aku harus berdiam diri di kala ramai usahawan di luar sana masih tidak nampak dengan jelas di mana seronoknya dunia penulisan blog. Selain murah dan jimat, penulisan blog juga salah satu medium untuk menjana pendapatan dari rumah.

Aku tidak pandai menulis, macam mana mahu berblog? Aku tidak tahu, dari mana mahu mula? Aku tiada masa. Sibuk dengan kerja hakiki. Aku bukan usahawan, perlukah ada blog?

Buang jauh-jauh semua persoalan itu. Jom bangkit dan mula belajar menulis blog.


Apa Itu Blog?

Blog adalah salah satu bentuk aplikasi web. Ia merupakan catatan peribadi yang ditulis secara alam maya dan boleh  diperbarui serta dikongsi kepada masyarakat umum.

Blog biasanya mewakili keperibadian penulis. Tapi ada juga blog yang menyajikan konten seperti tentang blogging, gaya hidup, resepi, cerita kekeluargaan, pelancongan dan sebagainya. Apa pun tujuan berblog, itu adalah pilihan masing-masing.

  
Apa Fungsi Dan Kepentingan Blog?

Fungsi blog pada dasarnya adalah sebagai media publikasi untuk menyalurkan idea atau catatan harian melalui tulisan-tulisan yang di muat-naik dalam posting. Fungsi blog sangat banyak yang mana pada mulanya hanya sebagai wadah alam maya untuk menulis pelbagai hal yang berbentuk catatan dari seorang blogger sebagai admin dari weblog yang dimilikinya.

Dalam perkembangan dunia teknologi moden masa kini, penulisan blog digunakan untuk menghasilkan duit melalui iklan penulisan yang dikongsi di blog. Ada yang buat review produk, sewa tapak iklan dan sebagainya. Untuk menjana pendapatan, sudah tentulah blog harus mempunyai pengunjung.

Kini blog dijadikan sebagai medium publisiti dan medan mempromosi bagi sebarang perkhidmataan dan produk dan juga boleh menjadi sumber pendapatan  tanpa kita sedari.


Kenapa Dan Bagaimana?

Kenapa aku memilih blog di kala ramai usahawan di luar sana lebih hebat menggunakan fesbuk peribadi, fesbuk page, instagram mahu pun twitter? Jawapannya mudah saja.

Fesbuk Peribadi

Apa jua jenis penulisan di fesbuk peribadi, ia sukar di akses. Kenapa? Yer la, kita perlu masa yang panjang untuk cari semula. Tidak perlu kata status yang kita muat naik pada 2 tahun lepas, status 10 minit yang lalu pun ambil masa untuk kita ‘scroll up and down’. Setiap saat ada saja rakan-rakan fesbuk buat posting. Jadi, persaingan untuk mendapat engagement yang tinggi agak sukar jika kita kekurangan LIKE, KOMEN dan SHARE.

Fesbuk Page

Penulisan berbentuk perkongsian mahu pun iklan, jika jumlah LIKE tidak banyak, potensi tulisan itu tersebar luas sangat tipis. Menggunakan fesbuk page, perlu daya krativiti yang lebih untuk tarik perhatian pembaca. Jika tidak, sendiri muat-naik status, sendiri like, sendiri baca. Seronok ke macam tu?

Grup Wasap

Sama juga kisahnya di grup wasap. Bila sudah buat perkongsian, susah pula mahu cari semula. Kadang, seharian mencari belum tentu jumpa apa yang kita cari. Bukankah sudah banyak masa yang terbuang? Ada pula maklumat yang sama dikongsi banyak kali. Boleh naik bosan kita jadinya. Betul tak? Ke aku saja rasa macam tu?

Blog

Bagi aku, penulisan blog lebih sesuai. Santai. Mudah untuk di cari. Bagi golongan usahawan online, bakal prospek datang dari seluruh pelusuk negara. Lebih besar. Lebih meluas.

Penulisan blog ni umpama diari harian kita. Boleh jadi arkib peribadi. Perkongsian 10 tahun lepas pun senang di cari dan boleh di baca semula. Jangan tak tahu, jika kena caranya blog boleh bantu kita jana pendapatan tambahan. Walau pun bergelar suri rumah.

Malah sebagai penulis, kita tidak perlu bersusah payah sebarkan setiap tulisan yang sudah di muat-naik ke blog. Jika kita mahir menggunakan ‘kata kunci’ dalam enjin carian google, mudah saja pengunjung menjejaki laman blog kita.

Oleh itu, kena belajar dan mahir menggunakan ‘kata kunci’ berblog.

“Macam mana nak belajar ‘kata kunci’?”

Soalan ni akan ku jawab di akhir entri nanti. Harap bersabar yer.


34 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Mula Berblog

1. Ia membantu kita mempelajari perkara-perkara baru. Dunia blog ni mungkin benda baru buat kita. Jadi banyak perkara baru yang kita perlu terokai sebelum mula menulis blog.

2. Ia membuatkan kita berfikir lebih jelas. Bebas dalam mencipta idea tulisan.

3. Ia membantu kita menjadi penulis yang baik. Sebelum tulisan di muat-naik, kita banyak ruang dan peluang untuk cantikkan ayat-ayat entri blog.

4. Ia membina tahap keyakinan/kepercayaan kita.

5. Ia membantu kita dengan menulis lebih berhati-hati. Maklum saja, tulisan lebih tajam dari pedang. Yang tajam itu mampu untuk membunuh.

6. Ia boleh menjana wang. Penulisan yang baik mampu membantu kita menjana pendapatan tambahan.

7. Ia boleh membantu dalam sesuatu perkara yang baik. Contohnya, perkongsian kita mampu membantu masalah pengunjung yang membaca tulisan kita.

8. Ia tidak memerlukan pengetahuan atau kemahiran spesifik asalkan kita mahu belajar.

9. Ia mencabar kita untuk konsisten dalam penerbitan. Kena banyak membaca agar lebih mahir dalam penulisan dan sentiasa memberi idea segar dalam perkongsian.

10. Ia percuma (atau berpatutan). Mahu berblog tidak perlu modal yang besar. Asalkan ada talian internet, komputer, laptop atau telefon mudah alih sudah boleh mula berblog.

11. Ia membantu bina pengikut baru melalui pengunjung yang datang bertandang ke blog kita.

12. Ia membolehkan kita membantu orang lain.

13. Ia membantu kita dalam mempengaruhi dasar awam.

14. Ia mendisiplinkan kita.

15. Ia membantu kita membina kredibiliti sebagai blogger.

16. Ia membantu kita jadi penerbit.

17. Ia membantu kita berkomunikasi dengan pembaca.

18. Ia membolehkan kita berunding atau membuat tawaran. 

19. Ia membolehkan kita bebas menulis walau di mana berada.

20. Ia boleh membantu mempromosikan seni tulisan atau hobi kita.

21. Ia boleh menajamkan pemerhatian kita.

22. Sebagai resume atau pengenalan diri kita di alam maya.

23. Ia membantu kita sentiasa berhubung dengan kawan mahu pun keluarga yang tinggal berjauhan agar terasa dekat. Dunia tanpa sempadan la katakan.

24. Ia membantu meningkatkan perniagaan luar talian kita. Dari alam maya mungkin boleh diperluaskan lagi di luar talian.

25. Meningkatkan kreativiti kita sebagai blogger.

26. Ia membantu kita untuk memilih yang lebih baik.

27. Ia membuatkan kita berasa gembira. Apabila apa kita tulis itu mendapat manfaat buat pembaca yang berkunjung ke blog kita, itu satu kepuasan dan sudah pasti terpancar kegembiraan di wajah kita. Lebih-lebih lagi jika ada pengunjung yang meninggalkan ulasan di ruangan komen atau secara langsung menghubungi kita.

28. Ia memberikan kita kebebasan untuk menulis. Tiada siapa yang boleh halang apa yang kita tulis asalkan tidak mengaibkan dan menggangu privasi orang lain.

29.  Ia membantu kita mengasah kemahiran baru yang bernilai.

30.  Ia memudahkan kita berkongsi masalah.

31.  Ia membolehkan kita mendokumentasikan cerita hidup kita.

32. Ia membuatkan kita lebih menonjol. Mau nya tak menonjol, jika entri kita berada di muka surat pertama carian google dan berada pada top 5 teratas. Bukankah itu satu kebanggaan? Sudah tentulah mendapat perhatian lebih kepada bakal pengunjung.

33.  Ia membina rangkaian kita. Setiap hari ada saja pengunjung baru di dalam blog dan mereka mungkin salah seorang bakal prospek yang bertukar jadi pelanggan kita (bagi usahawan online).

34.  Ia membantu kita seperti hidup selamanya. Mungkin umur kita tidak panjang. Esok lusa ajal datang menjemput. Penulisan blog yang kita tinggalkan akan kekal selagi ia dijejaki.

Ya, itu la dia 34 perkaya yang perlu kita ketahui sebelum mula berblog. Di dalam Bengkel Penulisan Blog ini, panel tidak memberikan slide langkah demi langkah untuk membina sebuah blog. Justeru, agak sukar buat newbie blogger mahu bermula.

Cara yang di ajar hanya buat carian di enjin google dengan kata carian ‘cara mula bina blog’ atau ‘how to create blog’. Cara ini terlalu banyak dan tidak spesifik. Bagi newbie blogger sudah tentu mengambil masa panjang untuk lebih faham langkah-langkah membina sebuah blog. Mungkin blog berjaya di bina tapi banyak gadget-gadget penting perlu di pelajari.

Talian internet yang di sediakan tidak mencukupi untuk jumlah peserta yang ramai. Oleh itu, setiap carian data sedikit perlahan. Walau pun begitu, itu tidak mematahkan semangat kami untuk membina sebuah blog. Alhamdulillah. Ramai juga peserta berjaya siapkan blog penulisan masing-masing sebelum majlis penutupan Bengkel Penulisan Blog berlangsung.

Apa pun tahniah buat tenaga pengajar, En. Politin @ Wenen Moboji dan gerak kerja begitu gigih dan sabar memberi tunjuk ajar dalam melayan karenah kami seperti anak kecil yang perlu bimbingan dan tunjuk ajar yang mendalam dalam dunia penulisan blog.

Apa yang menarik perhatian ku sewaktu ucapan majlis penutupan Bengkel Penulisan Blog ialah Puan Hjh. Asmiah Hj. Ajamain selaku Pengerusi Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah menyatakan bahawa satu anugerah blog ushawan teraktif bakal diadakan. Wah! Makin bersemangat aku jadinya. Dan ini salah satu inisiatif untuk lahirkan blogger usahawan online yang lain.

Barisan Ahli Jawatankuasa Wanita & Media,
Majlis Penasihat Wanita Sabah
Syabas dan tahniah buat Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah atas usaha murni untuk melahirkan lebih ramai usahawan menggunakan blog sebagai medium pemasaran. Kita sudah jauh ketinggalan jika dibandingkan usahawan dari Semenanjung. Buktinya, buat saja carian google apa jua jenis maklumat yang diperlukan. Rata-rata enjin google akan beri informasi dari blogger sekitar Semenanjung, Indonesia mahu pun dari negara barat. Ada pun dari Sabahan, boleh dihitung dengan jari.

Kalian masih mampu terus membaca? Atau ada yang sudah mulai letih? Tidak mengapa. Jom kita cuci mata dengan kenangan-kenangan yang sempat di lakar sepanjang Bengkel Penulisan Blog ini.

Coach Anna Badai mengajukan soalan kepada En. Irwan Ahmad Sabtu,
Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia.
Salah seorang panel dari Pejabat Wilayah Sabah.

En. Irwan Ahmad Sabtu, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia,
Pejabat Wilayah Sabah dihujani soalan dari para newbie blogger. 


Para peserta begitu fokus dan kusyuk mendegar ceramah dari En. Politin.

Sempat lagi melakar kenangan sebelum mengalas
perut yang sedang berlagu riang.

Makan tak ingat dunia! Sedap. Semua nak rasa.


Semua berwajah ceria dengan makanan yang sedap-sedap.


Wefie dulu sebelum mula latihan amali bina blog.


Dah kenyang, maka lipstik pun pudar.
Touch-up dulu sebelum mula kelas latihan amal bina blog.

Kenangan bersama En. Politin dengan sijil penyertaan.


Peserta dan usahawan wakil dari IKSnita, Sabah


Ramai sudah keluar dari bilik bengkel penulisan blog
setelah menerima sijil penyertaan masing-masing.


Menikmati minum petang sebelum berangkat pulang
ke destinasi masing-masing.


Masing-masing menikmati juada minum petang sambil
berdiskusi dengan networking baru. Ada bisnes baru ler tue...


Jemput makan. Jangan berebut yer.


Selelum pulang, wefie dulu la jawabnya. Chaaak! Senyuuuuuum.


Wefie terakhir bersama pemilik restoran Asam Pedas Daleena,
sebelum melangkah keluar dari lobbi  Hotel Grandis.
Nak makan asam pedas? Jom serbu restoran kak Daleena.


Maka dengan ini tamatlah sudah Bengkel Penulisan Blog
Anjuran Jawatankuasa Wanita & Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah
Oh! Ya, sebelum aku terlupa. “Macam mana nak belajar ‘kata kunci’?”. Soalan ini sungguh popular di kalangan newbie blogger.

Agak panjang jika aku huraikan disini. Justeru, jika kalian betul-betul ingin terokai ilmu-ilmu baru dalam dunia blog, maka sesuailah berdaftar di Akademi Bekerja Di Rumah. Dari rumah kita belajar menulis blog. Oleh itu, tiadalah alasan aku sibuk jaga anak, jaga laki, rutin kerja hakiki jalan pagi balik malam dan sebagainya. Banyak panduan yang diberikan.

Jika kalian ingin bersembang dengan ku mengenai Akademi Bekerja Di Rumah, boleh ketuk wasap ku bila-bila masa. Jika punya kelapangan, pasti akan ku jawab. InsyaAllah. Jangan lupa, ketik saja nombor ini 016-817 8716.

Aku mohon maaf jika ada pihak tersinggung dengan coretan ku ini. Jika kalian rasa ianya perkongsian yang bermanfaat, boleh kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Dan sampai kita bertemu lagi di coretan akan datang. Doakan aku agar mampu terus menulis dan berkongsi cerita.




Friday, 4 August 2017

Showcase Satu Daerah Satu Industri #SDSI Peringkat Negeri dan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) 2017



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Assalamualaikum. Selamat pagi warga Sandakan. Salam ukhwah buat kalian semua.

Sebelum berangkat ke tapak program SDSI pagi ni wajib selpi. Menghirup udara segar di kampung. Damai. Tenang. 


Indahnya udara segar di halaman

Pagi ni ditemani suami tersayang ke tapak pameran program SDSI. Rasa teruja nak cepat sampai ke sana.

Serius beb supir di sebelah ni.

Tapi sebelum tu kami nak isi perut dulu. Awal pagi dapat panggilan dari tokey basikal. Nak ajak sarapan coto makkasar. Alhamdulillah. Rezeki jangan di tolak. 

Inilah tokey basikal, Mr Lam Min Min (berbaju putih)


Showcase Satu Daerah Satu Industri #SDSI Peringkat Negeri dan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) 2017



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum. Hai hai hai warga Sandakan. Apa khabar semua? Rieya doakan kalian sihat-sihat saja yer. Hari ni Rieya berkampung di Plazza Harbour Mall Sandakan. Nak tahu Rieya buat apa dekat sini? Sebenarnya Rieya salah seorang usahawan yang ambil bahagian dalam program SDSI ni.

Showcase SDSI 2017, Plazza Harbour Mall, Sandakan Sabah

Apa itu SDSI? SDSI ialah Satu Daerah Satu Industri  merupakan program anjuran bersama antara Kerajaan Negeri Sabah, DIDR, MID dan MPS. Program ini berkampung di Plazza Harbour Mall, Sandakan Sabah selama tiga hari bermula pada hari ini, 4hb sehingga 6hb Ogos 2017.

Program ini adalah program pertama syarikat Rieya, Cahaya Nur Adhwa diberi ruang dan peluang bersama warga Sandakan bagi memeriahkan suasana SDSI bersama-sama dengan para usahawan seluruh Sabah menyertai EXPO besar-besaran ini. 

Wow! Seronok tau. Selain dapat balik kampung dapat juga jumpa-kawan-kawan sekolah. Networking pun makin luas terbentang di sini tau!

Jutaan terima kasih kepada para penganjur yang berusaha untuk menjayakan program ini. Tahniah Rieya ucapkan buat DIDR dan MID. Usaha ini amat membantu kami kalangan usahawan IKS yang baru bermula bagi memperkenalkan produk masing-masing.

Pangilan buat warga Sandakan agar tidak melepaskan peluang untuk datang berkunjung ke tapak pameran dan jualan SDSI di Plazza Harbour Mall hari ini. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat pelbagai jenis produk yang diinovasikan oleh usahawan seluruh Sabah.

Beli 1 balang popia kacang, dapat 1 borang cabutan bertuah. Best tak?

Bah! Apa lagi.  Jom la ajak satu keluarga dan kawan-kawan datang beramai-ramai dan sokong produk tempatan kita. Sambil-sambil berhujung minggu bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti Sandakan's  Got TALENT,  cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang lumayan. Ada artis jemputan juga tau serta ceramah perniagaan. 
.

Jangan lupa cari Rieya di tapak pameran no 21 bersebalahan pintu masuk utama. Tapak pameran syarikat Rieya berjiran dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Popia Kacang

Cahaya Nur Adhwa (Produk: Popia Kacang)

Nama Pengusaha:

Alamat:
Lot C-1-20, Fasa 3C,
Taman Pasir Putih Putatan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah.

No. Telefon:
+60 16-817 8716

Email:

Fesbuk:

Blog:

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular